KURSUS TERBARU

KURSUS TERBARU

Pages

KENGKAWAN SIBER DEN

Wednesday, 20 June 2012

Askar Malaysia Yang Paling Berani!

Artikel ini Den ambik dari Kawan FACEBOOK DEN..Saudaro APO LAK...Sajo nak share dengan kekawan lain


Tersebutlah satu kisah pada masa dan lokasi yang tidak dapat dinyatakan; Ada tiga batalion askar iaitu askar dari Amerika Syarikat, Russia dan juga Malaysia. Maka jeneral ketiga-tiga batalion ini duduk bersama dan berbual tentang pengalaman mereka dan juga anak-anak buah mereka dalam perkhidmatan. Macam biasa Jeneral dari US ini nak kerek dengan Rusia dan Malaysia, dia pun berkata;

 "Apa kata kita lawan, anak buah siapa yang paling berani antara tiga batalion ni".

Tuesday, 19 June 2012

ADO BERANI ....NAK BORI PGB ?


Dalam banyak-banyak komen yang Den baco di dalam blog Den, ado satu komen yang sangat menarik perhatian Den. Komen tersebut ditulis oleh seorang pemuda yang bertanyakan kepada Den berkaitan dengan kisah arwah bapanya, Mejar Ariffin bin Zakaria yang telah terkorban pada 12 Mei 1994 semasa bertugas sebagai Pegawai Pengaman dalam misi UNPROFOR di bumi Bosnia. Siapo namo anaknya itu tak payahlah Den sobut.  Tetapi apo yang Den nak ceritokan adolah pertanyaan beliau berkaitan dengan perisitwa  bagaimana arwah ayahnya telah terkorban. Den yang pada masa kejadian tersebut adalah satu unit dengan arwah Mejar Ariffin dan bertugas sebagai Ejutan Rejimen 11 Gerak Khas memang mempunyai sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut. Malah semasa Den berkhidmat di Bosnia pada tahun 1995 Den sempat melawat kawasan di mana kejadian itu berlaku  dan berbual dengan beberapo penduduk tempatan berkaitan dengan peristiwa itu.
 ARWAH MEJAR ARIFFIN BIN ZAKARIA
ALFATIHAH : SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN 
BERSAMO-SAMO
 DENGAN ORANG BERIMAN .AMEEN


Saturday, 16 June 2012

ROAD TOUR NAK CARI CERITO !


Alhamdulilah Majlis Pelancaran dah selosai. Hati Den logo sikit. Tapi kisah berikutnyo macam orang lopeh kojo kahwin, pengantin dah selamat bersanding, tuan ghumah sebok nak basuh kawah. Situasi ini samo jugak dengan  keadaan graduan lopeh berkonvo. Maso konvo…yahoooo, sampai baling-baling T Cap lagi..Lopeh tu termonung, memikirkan manolak nak cari kojo ini. Keadaan Den begitulah…dah selamat pelancaran..laa nie baru dok ghisau pasal nak cari pasaran. Ado yang cadangkan Den buek surat kek unit-unit askar, minta sokongan. Tapi melihat situasi sekarang, Den ghaso susahlaa. Den tahu presepsi askar yang masih berkhidmatan …”ASKAR PENCEN KALAU MASUK KEM MESTI NAK MINTAK TOLONG!” 

Thursday, 14 June 2012

BOLI JANGAN TAK BOLI.!!


 PUEH DEN SONYUM DAN TAHAN NAPEH !

PENYERAHAN BUKU MENJUNJUNG BERE HIJAU 
KEPADA YBG TUN. DR. MAHATHIR

Alhamdulilah..majlis pelancaran buku pertama Den, MENJUNJUNG BERE HIJAU telah selamat dilancarkan secara sederhana semasa Majlis Makan Malam Veteran Komando di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC.  Den ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada TUN DR. MAHATHIR , kerana sudi melancarkan buku tersebut. Den ingin juga mengucapkan terima kasih kepada LT KOL NIK OMAR [B] Presiden KVKM dan jugo LT KOL ILIAS MOHIDEEN [B] selaku pengerusi penganjur pada malam itu. Terima kasih juga kepada anggota  PANGGILAN PERTIWI DAN RAKAN RAKAN FACEBOOK DEN COMANDO yang turut hadir dan yang tidak dapat nak disebutkan namanya satu persatu . Tuan-tuan telah banyak membantu dan memberi sokongan moral kepada Den . Den rasa sungguh terhutang budi pada sahabat FACEBOOK Den dan ahli Panggilan Pertiwi yang sudi datang, bersusah payah dan menolong memberi semangat dan sokongan moral Den. Secara peribadi Den terharu dengan sokongan yang Den terima dari sahabat-sahabat Den di Panggilan Pertiiwi dan FACEBOOK, yang kebanyakannya orang awam dan anak-anak muda walaupun Den tidak mengenali anda semua secara peribadi.

KULIT BUKU DEN...ANAK DEN TAKUT TENGOK..
ADO TENGKORAK KATONYO !

Den teringat semasa pelancaran buku ‘Jotting of the X Nuri Pilot yang dikarang oleh MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN yang telah dibuat pelancaran oleh YBhg MENTERI PERTAHANAN pada 2 Ogos 2011. Den difahamkan bahawa walaupun pelancaran itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya, tetapi jualanya pada hari pelancaran adalah “amat mengecewakan”.  Den rasakan pelancaran itu adalah berjaya tetapi di dalam masa yang sama tidak berjaya mendapat sokongan daripada hadirin pada waktu tersebut.  Ini komen Mej (B) Nor Ibrahim  selepas pelancarannya:dilink ini :

“Jualan pula? Jangan terkejut....22 naskah saja! Lagi sekali tak pulang modal....Kesian saya!! Dari aspek wang ringgit...memang tak berbaloi. Yang 'intangible'nya pula...pertambahan kepada pengalaman yang tidak boleh dinilai dengan RM. Apa pun, saya bersyukur kepada Allah kerana Pak Menteri masih sedia melayan kerenah mejar veteran ini.


Ini hampir sama  dengan situasi semasa pelancaran Buku Den...majlis pelancaran berjaya dilaksanakan walaupun secara ‘ala kadar’ tetapi jualan buku Den sebahagian besarnya mendapat sokongan dari anak-anak muda Group Panggilan Pertiwi dan juga rakan Face book serta beberapa kerat veteran komando. Apa-apa pun Den tidak berkecil hati dan sungguh seronok kerana ia berjalan dengan lancarnya Nasib baik juga ada kehadiran rakan-rakan Panggilan Pertiwi yang kebanyakannya mereka-mereka ini adalah anak-anak muda yang  tidak berkhidmat di dalam tentera tetapi mempunyai semangat seperti anggota tentera yang datang menyokong Den.

Dalam pada itu di sini Den ingin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB DATO' SERI HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB MENTERI BESAR PAHANG di atas kesudian beliau  menyumbang dan membuat pembelian yang terbanyak semasa majlis pelancaran tersebut. Sokongan YB Dato Sri amat-amat saya hargai. Terima Kasih juga diucapkan kepada LT KOL HALIL, Pegawai Memerintah Rejimen 21 Komando kerana membantu Den untuk mempromosikan buku tersebut di dalam unit Rejimen 21 Komando. Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua  hendaknya.

Den bercadang untuk menjual buku tersebut secara online. Harga RM 40 buku dan kos pos adalah 8.20: Walau macam mana pun Den letakkan harga sebenarnya RM 45.00 termasuk kos pos....Ini harga yg  boleh tawarkan, kalau boleh memang Den nak jual lebih murah lagi..tapi Den tak mampu..., sebab tak ado sponsor, Den buek tak banyak dan kos agak tinggi .. Ini adalah kerana penghasilan buku tersebut dibuat secara ‘one man show’. Tiada sponsor. Tiada pengedar...duit sendiri .  Den tulis, Den cetak, Den jual....Tak laku ?...Den buek tilam ajo nanti huhuhuhu .....Maklumlah Den masih mentah di dalam dunia penulisan, modal pun kecil . BAGI YANG TAK BERMINAT ..TAK POO..TOLONG WAR-WAR PUN DEN DAH BERSYUKOR...DAN BAGI YANG BERMINAT BOLEH MEMBELI CARA POS SEPERTI DIBAWAH:

HARGA BUKU  RM 45.00 : [TERMASUK KOS POS LAJU]

Akaun Maybank  014011458470

NAZAR BIN TALIB

EMAIL KE: dencomando@yahoo.com.my  maklumat berikut:

NAMA PEMBELI
ALAMAT PENGHANTARAN
NO TELEFON
NO RUJUKAN PEMBAYARAN

Memandangkan bakal pembeli buku Den itu adalah terdiri dari orang awam dan merupakan pengunjung tegar blog  KOMANDO KODAI KOPI dan kawan FACEBOOK Den , maka di sini Den nak maklumkan bahawa secara ringkasnya buku itu merupakan perjalanan hidup Den dari zaman kanak, zaman persekolahan dan kadets days sehinggan lah Den memasuki unit Komando dan menjalani kursus Asas Komando. Kebanyakan kisah-kisah tersebut telah diceritakan di dalam blog Den. Justeru itu jika tuan-tuan/puan puan merasakan inti pati cerita tersebut telah  diketahui sebagaimana yang diceritakan di dalam blog KKK, maka Den rasa tidak perlu tuan-tuan mendapatkan buku tersebut. Den secara peribadi memang suka kalau ramai yang membeli buku tersebut, tetapi Den secara ikhlas ingin memaklumkan terlebih dahulu jalan cerita buku tersebut supaya tuan-tuan tidak terkilan atau merasa ‘tertipu’  kerana membelinya disebabkan sebahagiannya telah diceritakan di dalam blog KKK. Perbezaannya terdapat 10 bab tambahan dari 21 bab keseluruhan cerita  tersebut yang tidak ada di dalam blog KKK. Jumlah keseluruhan muka surat adalah 240. Gambar hitam putih. [bajet rendah bro.. or !!] Bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia dan minta maaf kerana terdapat beberapa  kesilapan dari segi ejaan dan dsbnya di dalam buku tersebut.

Selain dari membuat jualan secara online Den akan juga membuat jualan secara langsung dan juga jualan  di bawah payung di beberapa tempat pasar malam teripilih. huhhuhuh. Apotah laei sejak berstatus..jobless pensioner nie...maso lapang Den banyak. Nak jual kat ATM susah sikit bila mengenangkan nasib buku-buku yang telah ditulis oleh beberapa penulis veteran ATM seperti buku X Nuri Pilot, Tuan Robert Rizal dan beberapa orang lagi. Laa nie Den nak cuba market baru ...masyarakat awam dan kekawan Den...kalau buku tu tak habis nanti....Den nak buek bantal tidor ajo huhuhuu....Akhir sekali terimo kasih kepada semua yang menyokong Den...warga Panggilan Pertiwi dan kekawan FACEBOOK DEN COMANDO.

Friday, 1 June 2012

USEFUL IDIOTS !


Agak lamo jugak Den tidak meluahkan perasaan Den mengenai isu politik yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini. Den tahu ado diantara pengunjung blog ini yang tidak berapo minat bilo Den menceritakan pandangan Den berkaitan politik. Tapi Den nak kono bagi tahu kek sini, bahawa, sebagai rakyat biaso yang dah berpuloh tahun bayar cukai , ghaso-ghasonya Den jugak layak untuk ‘mengkritik’’ situasi politik di negaro ini. Apatah lagi bilomano ado di kalangan bekas tentera seperti Den yang telah di perkudokan untuk tujuan politik yang tidak bersih walapun bertujuan sebagai bantahan kepada isu BERSIH oleh sesetengah pihak.