Saturday, 28 January 2012

Goli Geloman Den.

Sepanjang   perkhidmatan Den terdapat beberapa ketika dan waktu yang mana Den anggap sebagai satu situasi yang ngeri dan geli [geli disini bukan membawa maksud lucu/lawak tapi yang mengeli gelemankan Den ] yang terpaksa Den lalui. Kalau nak ikutkan pemikiran yang waras dan mengambil kira nilai-nilai murni sebagai manusia memang tak sanggup nak Den lakukan. Tetapi  pada masa itu keadaan  bolehlah dikategorikan sebagai  dharurat dan suka tak suka terpaksa juga Den lakukan.  Dan sebenarnya apa yang berlaku itu memang tidak ada dalam sllybus /modul kursus pun, tapi ia merupokan salah satu inisetif untuk melarikan diri dari ditangkap, musuh…..

Thursday, 26 January 2012

Kemujaraban Semburan Beracun !!

Pojam colik pojam colik dah nak masuk bulan Feb 2012, copeknyo maso berlalu. Den yang baru terkial-kial nak menyesuaikan diri sebagai orang awam, masih tercari-cari  karier yang sesuai  untuk Den ceburi. Maklumlah dah 27 tahun hidup dalam askar, raso kekok dan malu-malu nak mencubo nasib di dunia awam nie. Masuk bulan nie dah 3 bulan Den berstatus penggangur.  Buek maso ini Den bolom nampak laei bidang  yang nak Den ceburi sebagai karier Den yang kedua.  Kalau maso dalam komando dulu, semuo kojo Den buek, tak kiro susah , atau apo juo halangan..maklumlah..komandolaa maso tu. Maso tu jiwo mudo, tenago bagaikan gajah, nafsu bagaikan ghimau…hari-hari mau .borilah apo juo kojo…pasti  SIAP PAK ! Laa nak meniago nasi lomak dan air cendol pun kono fikir panjang……huhuhuhu.

Monday, 9 January 2012

Beginning of the Ends....

Den minta maaf sebab lamo bonar menyepi , disebabkan komitment dengan urusan keluarga dan peribadi. Maklumlah awal tahun ini Den telah berpindah  dan sibuk  dengan urusan nak menyekolahkan anak dan nak mencari kerja…setelah lama mengganggur. Apapun disebabkan  isu hangat pasal  Anuar dibebaskan dari tuduhan liwat nie….Den nak komen  sikit….Secara peribadi Den rasa sukar juga nak  menerima berita tu. Tapi   disebabkan ia dikeluarkan oleh Mahkamah,, maka Den terima dengan hati yang terbuka.