SALAM SATU MALAYSIA, semoga semua pembaca berjaya menjadi seorang insan
yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Dan diharapakan agar semuanya dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan BERSIH CEKAP DAN
AMANAH pada hari ini....Inilah fenomena yang selalu berlaku di Malaysia, bilo
ado ajo pemerintah baru mako adolah slogan baru yang akan di perkonakan. Dari
segi lahiriahnya memang bagus bagi memberi motivasi dan membina jati diri anak
muda...Tapi kadang-kadang ia terlalu “extravanganza” hingga timbul ketidak
selesaan kepada ghamai orang dan juga kepada pihak tertentu. Macam cakap orang
kampung Den...Meluat !. Dan ada di antara slogan yang berapi-api ini telah diguna pakai pada situasi yang tak
sepatutnya...lebih-lebih pulak. Bilo Den kato bab ini Den pasti ado ghamai yang
marah dengan Den. Bukan niat Den nak buek provokasi dan kasi orang marah, cumo
Den nak katokan pendapat peribadi sahaja....
Maaf cakap Den secara peribadi ghaso tak sesuai bilo askar mulo mengadaptasikan
slogan SATU Malaysia, kepada SATU ARMY ..I MINDEF....Alasan Den...perhubungan ,
keakhraban, semangat es spriti de corp dan comradeship di dalam tentera memang
sudah wujud dan kukuh sejak kewujudan ATM itu sendiri. Setakat ini tak ada
sebarang kes yang serius yang melibatkan askar yang dahagi,berpecah belah dan
sebagainya...atas sebab itu bila askar cuba mengadaptasikan semangat SATU Malaysia
kepada SATU ARMY Den ghaso macam tak
sesuai ajo. Dan dari kacomato pihak yang sebolah sinun akan membuat dakwaan bahawa
ATM merupakan sebuat “apolitical”
oraganisasi yang sudah hilang ‘a’ nya
dan lebih cenderung dipengaruhi oleh
politik. Kalau Den nak berhujah fasal isu
ini, dah tontu dari sogi moralnya Den akan kalah dan silap-silap Den di “blacklisted”,
sebab mengkritik ATM. Apo pun itu bukan niat Den nak berporang dengan mano-mano
agensi....sekadar nak menyatakan pandangan peribadi....
Kalau Jeneral dulu-dulu yang baru diberi tampuk pemerintah, biasanya
akan memperkenalkan slogan-slogan yang berbaur dan berorentasikan semangat
perjuangan, peningkatan tahap pengurusan professiolisme, keberanian dan
sebagainya di dalam perintah ulungnya. Dulu
ado pak jenenral tu dia minat fasal slogan berkaitan dengan management dan
sebagainya...mako dio pun suko mengunokan slogan pengurusan TQM seperti
:
DO IT RITE FOR THE FIRST
TIME ON TIME AND EVERYTIME.
Dan biasonya bilo pak jeneral dah minat dan suko mengunokan slogan tu,
mako biasonya tak lamo lopeh itu....akan tumbuhlah pelbagai papan tando bak
cedawan selopeh hujan yang mempaparkan slogan “DO IT RITE FOR THE FIRST TIME ON
TIME AND EVERYTIME.”
Bermulo dari pintu masuk kem-kem sehinggalah ke pintu tandas-tandas
yang berado di dalam kem-kem tersebut. Kebaikkannya ghamai askar-askar yang tap
pornah dongar atau tahu apo-apo fasal slogan tu akan mulo menghafal ,
mempraktik dan ado juga mano-mano pegawai yang mempunyai insentif lobih akan mulo mencari bahan bacaan
berkaitan slogan tersebut...Dan kalau
dibuat survey dalam tempoh itu dimano-mano kem, bilo ado ajo perbualan, meeting,
seminar dan sebagainya biasonya isu yang akan dibincangkan adolah berkaitan
yang telah di war-warkan.
Selopeh itu bilo tampuk pemerintahan bertukar tangan, jeneral yang baru
masuk pulak, yang jenis suko baco buku hal-hal ketenteraan dan berkaiatan isu
military strategik. Mako akan terkeluarlah pulak slogan baru dan biasonyo
itulah soalan yang biaso ditanyo kepada pegawai-pegawai yang dijumpoinya. “WHAT
IS A FOG OF WAR” . Kalau tanyo Den pado maso tu , Den pun tak tahu nak jawab,
sobab otak Den maso itu, tongah ponoh dongan
“FOG OF SMOKE”. Isu dan persoalan yang samo jugak akan di perhujahkan
dan di perincikan di dalam setiap ucapan-ucapan beliau...lopeh tu akan ghamai
laa askar yang akan cari buku “ON WAR “ yang banyak mengupas dan membincangkan
isu itu. Ia adalah buku mengenai perang
dan strategi ketenteraan yang ditulis oleh Carl von Clausewitz yang ditulis
kebanyakannya selepas peperangan Napoleon. Macam biaso selopeh akan tumbuhlah lagi
poster-poster, billboard yang baru memberi definisi :
THE FOG OF WAR IS THE
UNCERTAINTY IN SITUATIONAL AWARENESS EXPERIENCED BY PARTICIPANTS IN MILITARY
OPERATIONSTHE TERM SEEKS TO CAPTURE THE UNCERTAINTY REGARDING ONE'S OWN
CAPABILITY, ADVERSARY CAPABILITY, AND ADVERSARY INTENT DURING AN ENGAGEMENT,
OPERATION, OR CAMPAIGN.
Dan kebaikkannya , dari segi ekonomi ,seperti biaso adolah beberapo
askar yang akan buek duit kerano mendapat kontrak membuat “billboard” ini. Bagi
yang masih berkhidmat, terutamonya pegawai akan berduyun-duyun mencari buku ON
WAR , baco dan kemudiannyo pantang bersembang dengan pegawai atasan, habis akan
diceritakan berkaitan isu FOG OF WAR dan fasal buku ON WAR,...bagi nak
menunjukkan dio tu updated dan knowledgeable. Kalau tongah kursus dalam pusat latihan tentera aau
staff college , bilo buek esei akan pasti busuk-busuk dapek C...kalau C+ dah
kiro baik laa tu.
Dan bilo jeneral baru masuk dari
jenis yang combatan dan suko kepada opeational and taktikal , mako slogan yang
berbaur combatan dan operational pulak yang diperkenalkan, seperti
“SATU PELURU SATU MUSUH.”
Dan macam biasa fennomena yang samo akan berulang, billboard “FOG OR
WAR” dan sebelumnya akan diturunkan dan di gantikan dengan slogan SATU PELURU
SATU MUSUH . Slogan tersebut akan mulo di paparkan hatta hingga ke dinding
tandas. Buku dan artikel serta majjalah terbitan ATM akan mengupas,
membincangkan dan memperkembangan konsep SATU PELURU SATU MUSUH dan akan
dipratikkan di dalam setiap bidang pengurusan ATM yang difikirkan sesuai. Maso
ini geng geng infantri semuonya berjalan mengombang dado. Maklumlah slogan SATU
PELURU SATU MUSUH lebih menggambarkan keprofessional karier mereka . Bagi geng-geng yang
berkelayak SNIPER seperti anggota komando ...lagilah gahnya. Dan dah memang
tradisi komando ini..bilo part tembak-menembak ini kejaguhan mereko memamg
tidak boleh di sangkal lagi. Disebabkan ramainya jaguh menembak yang berupaya
menepati misi SATU PELURU SATU MUSUH ini, maka mereka telah menjuarai trophi
unit menembak terbaik Tentera Darat lebih dari 10 kali. Sehinggakan satu peringkat
itu, mereka tidak dibenarkan bertanding di dalam Pertandingan Menembak Tentera
Darat kerana sudah terlalu lama menjuarai Kejohanan tersebut.
Selain dari itu, kebanyakkan sniper [team penembak tepat] yang ada di
dalam ATM pada hari ini , adalah terdiri dari anggota komando dan kalau ada pun
dari unit yang lain , biasanya mereka telah di latih oleh anggota komando. Ado di
antara pembaca yang pernah bertanya Den tentang kegahhan seseorang yang
mengakui dirinya sebagai bekas anggota sniper dan telah pernah mempunyai rekod “....9
confirmed killed”....dan setelah Den semak...Den tak nak komen. Kalau mengikut
pengetahuan Den dan pengalaman Den bergaul dengan anggota sniper yang pernah
ditugaskan sama ada di luar negara, dalam negara atau semasa kes Al Maunah
dalam masa 27 tahun yang lepas ....tak ada lagi anggota sniper komando yang
mempunyai rekod seperti itu. Jadi Den tak nak komen..
Apo pun kat sini Den nak bagi kredit kepada anggota sniper komando,
kerana kejayaan mereka semasa diberi tugas dan tanggungjawab. Alkisahnya...sebagaimana
yang diceritkasn kepada Den..kesahihannya...lu fikirlaa sendiri. Den teringat
kisah salah seorang sniper komando yang pernah bertanding menembak bersama SAS
British dan US Marine. Semasa era itu, secara kebetulan Tentera Darat sedang hebat mempermosikan slogan SATU PELURU
SATU MUSUH. Dalam satu pertandingan menembak yang disertai oleh hanya pasukan
khas, keputusannya 3 anggota dari 3 pasukan elite telah mendapat markah yang
sama, di dalam menentukan juara rifle perseorangan. Mereka dari pasukan US
MARINES, BRITISH SAS dan GGK MALAYSIA . Bagi memutuskan siapakah yang bakal
digelar sebagai juara rifle perseorangan , mereka telah bersetuju untuk membuat
pertandingan secara “sudden death”.
Setelah semua syarat dan peraturan diberikan kepada perserta tersebut
oleh pegawai dari Austalia yang bertindak sebagai pengadil....Anggota Britisih
S.A.S telah bergerak ke tapak menembak untuk menembak ke sasaran. Beliau hanya
diberi satu peluru. Sasaran berada 300 meter di mana terdapat seorang anggota dari Malaysia berdiri dan dikepalanya ada sebiji labu.
Anggota S.A.S Britisih itu dengan tenang mengangkat riflenya, membedik dan
seketika kemudian...phom..melepas tembakan. Tembakannya mengenai buah labu yang
berada di kepala anggota yang berdiri tadi . Sejurus kemudian semua penonton
bersorak gembira , dan kemudiannya anggota British itu berjalan dan sambil
berkata dengan megahnya.kepada anggota Marines dan GGK..
“LOOK....I AM ROBIN HOOD..MY
slogan “ACCURAY IS GURANTEE”
Kemudian tiba pula giliran US Marines. Beliau mengambil kedudukan yang
sama dan tetapi sasarannya adalah merupakan seorang anggota SAS British dan di atas kepalanya diletakkan sebotol wine..Beliau
membidik dan melepaskan tembakan. Phoom...botol wine yang berada di kepala
anggota yang berdiri di sasaran tersebut pecah. Semua penonton bertepuk tangan
melihat keadaan itu. Anggota Marine itu kemudiannya berjalan sambil berkata
dengan megahya kepada anggota British SAS dan GGK yang berada di situ:
“LOOK I AM CAPTAIN AMERICA...MY MOTTO IS “EXECUTED PERFECTLY”
Sekarang tiba pula masanya anggota komando dari Malaysia nak
menunjukkan kejagohan. Setelah berada di tapak menembak, beliau membidik dengan
tenang ke arah sasaran yang berada pada jarak 300 meter yang mana seorang
anggota Marines telah diletakkan belon yang sentiasa bergoyang ditiup angin di
kepalanya. Hendak dijadikan cerita sebaik sahaja anggota komando melepaskan
tembakan pada ketika itulah belon tersebut terlepas dari atas kepala anggota
yang berada di sasaran. Sebaikan sahaja tembakan dilepaskan. PHOM....maka pada
ketika itu jugalah anggota Marine yang berada di sasaran itu tumbang akibat
terkena tembakan anggota komando Malaysia. Pada masa itu keadaan menjadi gempak
dan huru hara kerana anggota marine tadi telah mati terkena tembakan. Walau
bagaimanapun, anggota komando yang menembak itu dengan tenang berjalan menuju
ke khemah anggota penembak yang lain dan dengan megah berkata kepada anggota
sniper Marines:
“LOOK I AM SORRY..THIS IS A SUDDEN DEATH COMPETITION .... MY MOTO IS “
SATU PELURU SATU MUSUH” ! [ 1 SHOT 1 ENEMY}
Begitulah taksub dan bangganya anggota komando Malaysia itu dengan
slogan SATU PELURU SATU MUSUH.
