Artikel yang den tulis kali ini bukan berniat nak memburuk-burukan atau
menjatuhkan jiran kito semasa konfrantasi tetapi sekadar nak bercerito kisah
yang diungkapkan oleh mereko yang pernah terlibat semasa era itu. Jadi kalau
ado yang pro negaro jiran sebelah tu jangan lak nak mengambil kesempatan nak
mulokan porang medio yo....Sebonarnyo dah agak Lamo jugak Den nak menulis kisah
berkaitan cerito yang diceritakan oleh seorang
Pak Jeneral Komando kepada Den tentang salah satu kisah yang dilalui
oleh beliau semasa era konfrantasi. Sebolom nei den banyak mengetahui
kisah-kisah dan punco berlakunyo konfrantasi dari dokumen-dokumen rasmi ajo dan
dan itu pun tak banyak mano serta amat kurang mendengar cerita atau membaco
pengamalan yang orang-orang lamo. Di sini Den ghaso ado banyak kerugiannyo
kerano pengalaman-pengalaman orang lamo nei amat susah nak di jumpo dalam bentuk
penulisan dan kebanyakkannyo hilang begitu sahajo...dari situ apo yang mulonyo
dianggap pengalaman realiti yang berhargo ,ia beransur menjadi lagenda..dan akhirnya di anggap
sebagai mitos sahajo.
Den teringat alkisah yang diceritakan oleh seorang otai komando berkaitan pengalaman beliau yang
terlibat di dalam “penangkapan” tentera Indonesia di Labis semasa era konfrantasi
dahulu. Menurut Jeneral tersebut, semasa itu beliau berpangkat Lt M, telah
mendapat maklumat bahawa sepasukan tentera Indonesia telah berjaya menyusup
masuk di kawasan ladang kelapa sawit di Labis Johor. Semasa itu beliau
berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu dan memegang jawatan sebagai ketua platun.
Semasa mendapat berita berkaitan dengan penyusupan pasukan payung terjun
tersebut unit beliau telah diarahkan ke
lokasi tersebut. Platun beliau telah diarahkan untuk membuat penjejakan dan
memburu kedudukan pasukan penceroboh yang dianggarkan hampir satu platun.
Diberitakan mereka memasuki kawasan tersebut pada hari Rabu..dan setelah dua
hari mereka membuat penjejakan mereka masih tidak bertembung dengan pasukan
penceroboh tersebut.
Pada hari ketiga, iaitu hari Jumaat, semasa sebahagian anggota pergi ke
masjid berhampiran untuk menuaikan sembahyang Jumaat, beberapa anggota telah
berbual dan bersembang dengan penduduk kampung kariah masjid tersebut. Perkara
ini secara tidak langsung telah digunakan oleh “anggota risik “ untuk merisik
dan mengumpul maklumat dengan bertanya
orang tempatan tentang kemungkinan kehadiran orang-orang yang mereka tidak kenali atau ‘tentera
penceroboh’ di kawasan kampung tersebut. Hasil dari siasatan, perisikan dan
sembangan yang telah dilaksanakan dengan penduduk temnpatan difahamkan beberapa
orang kampung telah memaklumkan kepada pasukan keselamatan bahawa terdapat
beberapa orang asing yang dipercayai berada bersama-sama jemaah di masjid
disebuah kampung. Dari segi pemakaian dan gerak laku, anggota perisikan dan
setelah mendapat kepastian dari penduduk kampung bahawa terdapat beberapo orang
asing yang mereka tidak kenali dan di percayai orang dari seberang.
Berdasarkan kepada maklumat yang di terima itu. Anggota risik dengan kerja
sama pihak polis telah menemui beberapa Jemaah
asing itu dan telah setelah dipastikan bahawa mereka adalah askar seberang,
mereka telah ditangkap dan telah di bawa ke balai polis. Semasa disoal siasat
mereka mengakui bahawa mereka adalah pasukan tentera Indonesia yang telah
menyusup masuk ke kawasan melalui payung terjun. Menurut mereka, setelah dua
hari berada di kawasan tersebut mereka terkejut kerana mendengar Azan dari masjid berhampiran kerana menyangka
Malaya pada waktu itu telah di kuasai oleh pihak British dan telah dimaklumkan
bahawa semua orang Melayu Islam Malaya
sedang berada di bawah penjajahan dan sedang merana dan tersiksa akibat
kekejaman pihak British. Justeru itu mereka telah diarahkan untuk menganyang
Malaya bagi membebaskan Malaya dari penjajahan British sebagaimana yang mereka
pernah laksanakan terhadap belanda di tanah seberang dan seterusnya berusaha
untuk menyatukan Malaya di dalam Indonesia Raya. Walau bagaimanapun ramai di
antara mereka amat terkejut setelah mengetahui penduduk Melayu Islam Malaya
pada waktu itu tidak seperti yang digambarkan oleh pihak pemerintah mereka .
![]() |
..ihsan exc158 photobucket....
|
Menurut mereka setelah mendarat, mereka telah menghantar pasukan
tinjauan. Dan menurut pasukan tinjauan, mereka telah berjumpa dengan beberapa orang
kampung dan ada di antara mereka yang boleh berbahasa jawa. Agaknya si mamat
ini dah psyop orang seberang tu dan kasi dio orang makan ubi rebus kaw-kaw.dan
kopi o serta rokok gudang garam..kemudian sembang fasal politik malaya waktu
itu...sehinggo mereka ghaso tertipu dengan maklumat yang telah diberikan kepada
mereko oleh pemerintah mereko sebolom nak menyerang malaya. Akhirnya mungkin
dari situ Semangat mereko nak MENGANYANG
MALAYA..TERUS BERTUKAR.menjadi .SAYANG Malaya. Apo pun maklumat ini telah
disampaikan kepada ketua mereka dan mereka menjadi serba salah kerana tidak
mahu berperang atau membunuh saudara se Islam dan rakan sejawa mereka. Dari
penduduk kampung tersebut mereka telah memperoleh maklumat yang sebenarnya
tentang keadaan rakyat Malaya pada waktu itu.
Hasil dari siasatan dan berdasarkan kepada maklumat yang telah
diperolehi, maka pihak keselamatan telah membawa mereka untuk menunjukkan
kawasan pengkalan mereka. Akhirnya pasukan keselamatan ATM bersama pihak polis telah mengepung
kedudukan tentera penceroboh dan mengarahkan mereka semua supaya menyerah diri
bagi mengelakkan kejadiaan yang tidak diingin berlaku. Semasa memasuki kawasan
pengkalan mereka , pasukan keselamatan telah berjaya merampas pel bagai jenis
senjata dan bahan letupan yang telah dibawak masuk untuk tujuan ‘sabotaj’.
Hasil dari sisatan juga dipercayai mereka adalah anggota kumpulan pasukan
khusus yang ditugaskan untuk menyusup masuk dan membuat sabotaj sebelum pasukan
utama mereka mendarat.
Ini adalah satu kisah yang diceritakan oleh orang lama kepada Den
mengenai pengalaman beliau semasa terlibat dengan pengepungan dan penangkapan
pasukan penceroboh seberang semasa era konfrantasi. Den difahamkan kisah
penangkapan pasukan penceroboh dari seberang di Labis semasa konfrantasi memang
ada dilaporkan selain dari peristiwa Kalabakan tetapi Den tidak pernah terbaca
mengenainya secara teperinci bagaimana ia berlaku di dalam mana-mana dokumen
rasmi sebelum nie. Kalau ado di antara pembaca yang mengetahui kisah sebenarnya
, harap tampil ke hadapan untuk membetulkan fakta kalau ada yang silap den sampaikan. Maklumat ini memang Den
ketahui dari peagwai yang terlibat semasa operasi penangkapan tentera
penceroboh di Labis....Kalau dio tipu Den ...erhemmm bermakno Den kelentong
pembaco laaaa...apo-apo pun kalau ado maklumat yang lebih sahih dan perlu
diperbetulkan ....sila maklumkan..
Maso terus berlaku..rentetan sejarah Malaya dan Malaysia..terus
berjalan..tetapi sayangnya pada hari ini kita masih kurang mempunyai
maklumat-maklumat yang lengkap dan sahih
yang ditulis berkaitan dengan sejarah negara kita. Den teringat semasa Den
berada di USMC , USA dulu...semasa itu Den nak buat thesis berkaitan dengan
insurgency warfare in Malaya...di perpustakaan tersebut...terdapat
beratus-ratus buku yang boleh dijadikan rujukan ,malah terdapat satu buku yang
menyimpan “ kawad-kawad dan persuratan rasmi kerajaan British dan pemerintahan
Malaya’...yang berkaitan dari mula pemerintahan British sehingga ke ambang
kemerdekaan. Den dapati terlalu banyak buku dan dokumen yang boleh digunakan
sebagai rujukkan yang mana Den rasa kalau si Malaysia susah nak dapatkan
maklumat sedemikian.
Pado pendapat Den semuo orang mesti mempunyai semangat
patriotik..semangat cintokan negaro. Bagi memastikan kito ado semangat
patriotik kito kono kona sejarah dan kisah perjuangan untuk membentuk negaro
kito. Mano-mano orang yang tak ado semangat patrioktik tu..mereko adolah “stateless”...Pasal
isu semangat cintokan negaro ini Den tak nak dobat, nanti jadi isu politik
pulak...Den cumo nakkan kalau boleh semuo orang Malaysia mempunyai semangat
patrioktik yang tinggi dan berusaha menjago keamanan negaro ini. Kito kono
belaja apo yang dah jadi di negaro yang dulunyo dikenali sebagai
Yusgoslavia....dimano tigo bangso/ugamo yang dulunyho bersatu, kito kono tengok
iraq yang dulunyo syiah/sunah/kurds boleh hidup damai...dan dari situ kito kono
lihat perhubungan tigo bangso utama di Malaysiadan apo kesannyo kalau tigo
bangso ini bertelagah.......Negaro kito tidak mustahil akan jadi macam iraq dan
yusgoslavia kalau tigo bangso ini tak bersatu dan saling bertelagah dan tidak hormat-menghormati
antaro satu samo lain...mesej Den yang tersurat... HORMATILAH SESAMO KITO
WALAUPUN BERLAINAN BANGSO...baru Malaysia boleh berjayo...Mesej yang
tersirat....lu fikirlaa sendiri......
