Seminggu duo yang lalu Saluran History Channel Astro telah menanyangkan
beberapo rancangan dokumenteri menarik berkaitan dengan beberapa pasukan khusus
negara jiran dan juga Malaysia. The Malaysian GGK, Philippines Special Units,
Thailand Marines dan sebagainya. Malah beberapa bulan yang lalu terdapat juga
rancangan khas pasukan US Marine, Surviving the Cut dan juga Tentera
Singapura...Dari situ telah timbul banyak persoalan dan perbandingan yang
berkaitan dengan kebolehan, keberanian dan tahap profesionalisme antara pasukan
tersebut dengan pasukan GGK Malaysia. Dalam pada itu Den pun ado di ajukan
persoalan tentang perbandingan latihan dan keterroran
pasukan GGK Malaysian dengan pasukan komando dari negara serantau.
Secaro peribadi dan sebagai bokeh anggota GGK Den tak berapo suko nak
buek perbandingan tentang pasukan mano lobih baik atau lobih terror dianatara pasukan khusus negara
serantau seperti Thailand, Singapura , Malaysia mahupun Filipina . Ado banyak sobab Den tak nak
berbuat demikian. Antaronyo setakat ini tak
ado standard measurment atau
kaedah pengukuran yang boleh digunopakai untuk mengetahui kredibiliti dan
kelobihan pasukan GGK dengan pasukan khusus atau komando yang lain. Tetapi
macam Den ponah kato dulu, terdapat beberapo kriteria yang boleh diguno pakai
untuk membandingkan kredibiliti dan kelebihan pasukan khas GGK dan pasukan khas
yang lain. Kriteria yang Den maksudkan adalah seperti perbandingan yang dibuek
dari sudut kelengkapan peralatan dan gadget dan peralatan serta kelengkapam
yang diguno pakai oleh pasukan khusus.
Pandangan dan pendapat itu tidak boleh dijadikan sebagai satu keputusan atau
rujukkan yang boleh diguna pakai bagi mengklasifikasikan tahap kebolehan dan
kredibiliti di antara pasukan khusus.
Dalam konteks ini Den berpendapat untuk menilai tahap keberanian,
kredibiliti dan kepakaran sesuatu pasukan khusus itu hanya boleh dibuat
mengikut ‘case by case’ dan ketika mereka beraksi di pentas sebenar dan
bukannya di peringkat latihan, demostrasi dan sebagainya. Sebagai contoh, kejayaan
pasukan ATM di dalam membenteras perjuangan komunis semasa era darurat
dulu...telah dianggap sebagai satu kejayaan yang besar dan sehingga ke hari ini
ATM Malaysia disanjung oleh seluruh dunia kerana kejayaan tersebut. Den akui
itu memang satu kejayaan yang besar dan amat membanggakan. Dalam pada itu kita
mesti ingat banyak faktor yang menyebelahi kita sehingga kita berjaya mencapai
kejayaan yang diagung-agungkan itu. Dan memang tidak dinafikan antara faktor
yang menyumbang kepada kejayaan itu adalah semangat perjuangan dan keberanian
yang telah ditunjukkan oleh para anggota ATM, Polis dan juga kejayaan konsep “Winning
the Hearts and Minds” yang telah diguna
pakai oleh kerajaan pada masa itu. Selain dari itu terdapat beberapa rentetan
kisah yang mengisahkan perjuangan ATM seperti Perisitiwa di Bahkara Market, di
Bosnia , Launan Somalia..Hasil dari perisitwa –peristiwa ini maka ATM dan
khususnya pasukan GGK telah di anggap antara pasukan khusus yang paling
berwibawa. Kita patut bersyukur kerana sehingga ke hari ini, walaupun pasukan
GGK dan ATM sudah beberapa menghadapi dugaan dan cubaan situasi peperangan atau pertempuran sebenar....dan
hasilnya kita BELUM LAGI GAGAL....Atas dasar itu, keupayaan ATM,PDRM dan pasukan khususnya, GGK, PASKAL dan PASKAU
serta VAT 69 masih lagi mendapat penghorrmatan dan di sanjungi oleh ramai pihak
termasuk negara-negara luar.
Pada saat ini, pasukan tentera dari Filipina dan juga Thailand pula
sedang menghadapi ujian. Di negara mereka pada dasarnya masih lagi “ berlaku perjuangan dan pertempuran
yang menuntut kebebasan”...dan perkara ini sedang berlaku...dan dari singkapan
sejarah perjuangan kedua-dua tentera mereka....tiada satu pun yang boleh
dianggap sebagai satu “kejayaan tentera yang besar’”. Bagi Thailand walau pun
mereka telah bebas dari ancaman perjuangan komunis pada tahun 1989 dahulu
dengan termeterinya Perjanjian Hatyai, tetapi pada masa kini mereka sedang
menghadapi satu lagi puak yang berjuang untuk kebebasan autonomi dan sehingga
ke hari ini ia masih lagi tidak menampakkan sebarang kejayaan muktamad.
Sementara itu tentera Filipina masih lagi terus berusaha untuk menghapuskan
perjuangan Abu Sayyaf dan sebagainya...sehingga berakhirnya kempen tersebut,
Den berpendapat kedua-dua negara tersebut tidak boleh duduk sebangku dan makan
dan semeja dengan tentera Malaysia dan mengaku mereka lebih kredibil dan baik
dari tentera kita. Bagi Den , mereka “
are not in the league”...jadi tak payahlah kita nak buat perbandingan tentang “KEBERANIAN,
JATI DIRTI serta kecemerlangan di medan
sebenar”...Bagi Den mereka hanya layak dibuat perbandingan dari segi kelengkapan kemudahan peralatan peperangan dan logistik...dan itu hanya untuk mengetahui
kekuatan di atas kertas sahaja...
Dan bagaimana dengan negara jiran kita pula...diselatan ? Dan bagi Den tentera mereka masih tidak
pernah melalui “ pertempuran dan peperangan sebenar”...in theory the are not in the
league juga ..justeru itu tidak
ada kayu pengukur untuk mengetahui tahap kredibiliti dan keberanian antara mereka
dan kita selain dari hanya perkara yang berkaitan dengan kelengkapan dan
peralatan perperangan dan logistiks sahaja. Dalam kontenks ini kita tidak akan
dapat menilai dan membandingkan tahap keberaniaan, jati diri pasukan khusus
mereka dengan hanya membandingkan tahap
latihan yang pasukan khusus mereka lalui dengan pasukan kita. Jadi kalau ada
orang disinun atau orang Malaysia bertanya antara pasukan khusus Malaysia dan orang
sana ..yang mana lebih baik...Jawapan yang boleh diberi..., buatlah
perbandingan dari segi kelengkapan peralatan dan logisitik tetapi jangan buat
perbandingan dari segi pengalaman dan kredibiliti yang telah mereka lalui....
antara mereka dengan kita....biasanya kalau Den, maka jawapan yang Den akan
beri adalah ....THEY ARE NOT IN THE
LEAGUE .....
Ada juga yang bertanya dengan Den bagaimana dengan komando Indonesia ?
Adakah mereka lebih bagus dari kita ? Secara ikhlas Den berpendapat kita harus
menghormati pasukan khusus Indonesia, kerana mereka adalah bekas SIFU kita.
Kita seharusnya berterima kasih kepada mereka kerana diawal penubuhan pasukan
GGK dahulu, Ramai otai-otai GGK yang telah dihantar untuk berlatih dan menimba
ilmu dari mereka. Bagaimana latihan
pasukan khusus mereka, adakah lebih
teruk dan hebat dari pasukan kita ? Den secara peribadi tidak pernah
menjalani latihan asas komando mereka. Tetapi dari apa yang di maklumkan oleh
abang-abang komando Den, yang pernah mengikuti latihan asas komando
mereka....LATIHAN DI SITU LEBIH TERUK DARI DI Malaysia. How teruk is teruk ..is
very subjective and intagible....Maaf Den tidak dapat menulis secara detail
berkaitan dengan perkara ini. Apa yang Den boleh maklumkan ialah...mana-mana
abang komando yang telah menjalani latihan asas komando di Kem Batu Jajar
Indonesia, kebanyakkan mereka kami anggap “ada class gitu “ kerana berjaya
melalui dan lulus dua kursus asas komando.
Selain dari itu, kita juga menghormati pasukan khusus dan tentera
Indonesia...kerana mereka memerdekakan negara mereka melalui “ peperangan”... Walaupun
terdapat beberapa kisah yang mengambarkan kekurangan tentera mereka semasa di
era konfrantasi dan juga semasa mereka berkhidmat di bawah panji-panji PBB . Bagi
Den perkara itu tidak boleh dijadikan ukuran dan sandaran. Den secara peribadi
, masih menghormati tentera mereka dan menganggap mereka sebagai SIFU...Tetapi
ini bukanlah bermakna kita harus takut kepada mereka jika berlaku apa-apa
perkara yang tidak diingini...Bagi Den mudah, TOK SIFU kita tu pulak jangan
pula anggap walaupun kita pernah dianggap sebagai anak murid...mungkin mudah
nak diganyang...kerana kami anak murid yang bijak , kami tak berguru hanya pada
seorang...jadi faham-fahamlaaa...
Akhir sekali apa yang Den nak nyatakan di sini adalah...sebenarnya
tidak mudah nak dibuat perbandingan dan penilaian tentang semangat jati diri,
keberanian dan kebolehan antara pasukan khusus di antara satu sama lain. Ini
adalah kerana banyak faktor intangible dan tiada satu standard measurement pun
yan gboleh diguna pakai. Kalau ada pun perbandingan yan gboleh dibuah hanyalah
keupayaan dari segi logistik, kelengkapan dan peralatan peperangan. Dan kalau
kita tahu pasukan mana pun mempunyai advantage atau lebih baik antara satu sama
lain ia sebenarnya tidak menjamin apa-apa jika berlaku apa-apa perkara yang
tidak diingini antara kedua-dua buah
negara...Remember Vietnam..how america were defeated by the Vietenamese...
