Selamat hari Ghayo. Ghayo dah selamat..kito ajo bolum tontu selamat
atau tidak. Di sepanjang bulan ghayo nei..Den ado beberapo berito yang
menyodihkan...abang ipar Den telah kembali ke warahmatullah akibat penyakit
kanser pancreas, beberapo hari yang lalu. Alfatihah untuk arwah semoga rohnya
ditempatkan bersamo-samo orang beriman. Selain dari itu dengar berito beberapo
rakan Den jugak dah ghamai yang kembali ke alam barzakh. Apo-apo lives must go
on. Suko tak suko kito yang hidup nei mesti meneruskan kehidupan kito sehinggo
sampai pulak maso kito kembali kepado Nya.
Hari minggu lopeh Den ado tengok rancangan dokumenteri Malaysian GGK kat Astro. Bilo Den tengok apo
yg ditunjukkan dengan apo yang Den alami agak jauh bezonyo...Den boleh kato,
maaf cakap...sonang sikit nak jadi komando sekarang nei. Den tak pasti sama ado
apo yang ditunjukkan memang apo yang dilakukan sebenarnya atau sekadar untuk
gimmick ajo. Bagi mereko yang tak pernah melalui mungkin menganggapnyo sebagai
satu latihan yang agak teruk, tapi bagi mereko yang telah melaluinya dan
mendapati tidak sama dengan apa yang mereka lalui semasa mengambil kursus asas
komando dulu mungkin akan kata...dah releks sikit sekarang nei.
Apo-apo pun itu presepsi masing-masing...Den secara peribadi ghasonyo
latihan yang ditunjukkan di dalam siaran Astro tu agak..cool and rileks sikit.
Ini mungkin fasal rancangan itu di buat untuk tujuan umum dan mungkin nak
menjago hati sesetengah pihak. Dan bukan lah niat Den nak membuat sebarang
perbandingan tentang latihan dulu dan sekarang...sebenarnya Den ghaso ia adalah
tidak adil kerana tiada kayu pengukur yang boleh digunakan untuk menilai sama
ada latihan dulu atau sekarang lebih baik atau lebih teruk....zaman dah
berubah....mungkin pendekatan latihan pun turut telah diubah mengikut
kesesuaian masa dan keadaan.
Secara umumnya...peringkat dan fasa latihan yang dilaksanakan masih
lagi sama...macam dulu-dulu. Cuma terdapat penampilan “manja dan santai sikit” dalam
beberapa aspek latihan, gerakkan yang ditunjukkan. Satu adengan yang Den sakit
mato tengok adolah, part bilo dio orang buek latihan KOMANDO REST....biasonyo
kalau buek latihan KOMANDO REST ini ...kepalo atau dahi yang kono kek tanah tu
tak boleh berlapik...tak kiro laa kalau tompek tu ado batu jalan ko, pasir
ko..tapi dalam rancangan tu, dio orang buek siap berlapik lapik laei...nak-nak maso kono
tangkap musuh....fuhhh.. kalau kono komando yang tegar.....bilo kepalo@dahi
berlapik@ beralas semasa buek komando rest....boleh lolap...Bilo dah kono
berlapik untuk buek komando rest tu...Den ghaso dah hilang trill dan
gahnyo KOMANDO REST tu....
Lopeh tu sekarang nei Den difahamkan, mereko tak tidur dan buek khemah
atas batas lagi bilo tibo waktu malam semaso peringkat kem. Part nei mungkin
jurulatih ado sebab dan alasannya untuk berbuek demikian . Den tak nak komen.
Tapi kalau dulu, maso nak tidur kat batas tu adolah maso yg paling trill dan
seronok...lopeh jurulatih bagi green ligth untuk tidur ajo, kami akan berlari
cari kayu nak pacak khemah, bueh basha dalam masa yang terpantas mampu kami
buek....dan biasonyo dalam maso 5 -10 minit semuanya telah siap dan keadaan
akan menjadi sunyi sepi..hanya kedengaran suara jurulatih sahaja...anggota
komando..semuanya dah berada dalam basha masing-masing....
Satu lagi penampilan semasa peringkat paya agak santai sikit, kerana
mereka boleh berseluar tight dan berkasut. Keadaan itu sudah cukup selesa dan
mereka mampu bergerak dengan pantas semasa di dalam paya. Mungkin dulu seluar
jenis tight tu belum diciptakan lagi, maka kami hanya berbogel dan berdaun
sahaja serta berkaki ayam di peringkat paya....Apa-apa pun...macam Den cakap
tadi...mungkin jurulatih mempunyai sebab untuk membenarkan mereka berbuat
demikian.
Adolah tidak adil untuk Den memberi pandangan atau pendapat sama ada latihan
komando yang dijalankan itu adalah rileks atau teruk. Bagi Den sesiapa sahaja
yang telah melalui latihan asas komando mereka telah berani “ mempertaruhkan
jati diri, umur dan tenaga mereka”
selama 3 bulan hanya semata-mata untuk layak digelar sebagai anggota komando.
Apa yang mereka perolehi dan pelajari dan bagaimana ia telah membentuk jati
diri dan pemikiran mereka semasa tempuh
itu hanya individu itu sendiri yang mengetahui.
Bagi mereka yang telah mengharungi fasa ini di dalam kehidupan mereka,
Den pasti mereka akan merasa bangga dan menganggapnya satu kejayaan yang besar
pada diri masing-masing...Walaupan ia tidak mendapat sanjungan dan pujian dari
masyarakat umum. Bagi Den secara peribadi Ia lebih kepada kepuasan diri dan
bukan sesuatu yang sesuai untuk di bangga-banggakan kepada masyarakat umum..
Pengalaman melalui latihan asas komando telah membentuk jati diri yang
tinggi kepada mereka-mereka yang telah melaluinya...Tetapi ada di antara mereka
yang tidak mampu untuk mengawal dan membawa diri dengan sempurna selepas
bergelar komando. Ada juga yang telah melakukan perkara-perkara yang
mencemarkan nama baik dan kredibiliti pasukan komando itu sendiri. Ini semua
mungkin disebabkan kegagalan mereka untuk menghayati sumpah perajurit komando
itu sendiri atau mereka telah terlalu obses dengan gelaran komando yan gada pada
dirinya hingga menyebabkan mereka lupa diri dan menjadi riak dan bongkah dan
mula melakukan perkara-perkara bertentang dengan sumpah perajurit komando yang
pernah diketahuinya pada satu waktu dulu. Dari situ timbul lah bekas-bekas komando yang menjadi lagenda jenayah negaro seperti Man Taik, dan sebagainyo.....
Saranan Den kepada semua warga komando, sama ada yang masih berkhidmat
dan yang telah bersara..marilah kita sama-sama mengamalkan sumpah perajurit
komando selagi kita bernyawa demi untuk mengegalkan kepercayaan dan menjago
nama baik yang diberikan kepada kita. Den tahu ado ghamai bekas angota komando
yang hanya berpangkat di lengan dan tangan semasa berkhidmat tidak puas hati
dengan layanan yang diterima setelah tamat perkhidmatan . Bagi Den kito
banyakkan bersabar dan berusaho...dan cubo kurangkan kebergantungan kepada
mano-mano pihak...Yang ponting sebagai bokeh komando kito mesti selalu bersatu
dan berusaho untuk tolong-menolong antara satu samo lain....Dan dalam masa yang
samo kito mesti sentiaso berusaho untuk kejayaan kito tanpa meminta ihsan dari
pihak yang lain. Sekali kito menjadi komando , kito akan totap menjadi komando
selagi hayat dikandung badan.
