Sunday, 15 July 2012

USA ARMY Center of Gravity


Dulu Den ponah bercerito  pasal keangkuhan tentera SAS British semaso membuek joint excercise dengan komando kito. Hari ini Den nak bersembang fasal semangat spritual/kerohanian anggota US Special Forces pulak. Maso dulu-dulu komando kito  memang selalu buek latihan bersamo dengan tentera US SF. Dan konsep latihan bersamo dilaksanokan adolah latihan timbal balik  .Maksud Den, pihak US SF akan mengajar kito latihan yang menjadi kepakaran mereko seperti Figthing In Built Up Area [FIBUA}  dan kito pulak akan mengajar dio orang jungle warfare teknik dan jungle survival. Dan diakhir latihan biasonya kami akan membuat latihan seperti raid dengan melibatkan keduo-duo belah pihak.


Secara umumnyo askar USSF ini agak berhemah bilo bergaul dengan komando kito dan mereko juga telah di ajar untuk memahami budayo dan amalan askar kito. Mereko tidaklah sebelagak seperti askar SAS British. Justeru itu biasonya kami dapat saling faham memahami dan hormat menghormati antaro satu samo lain. Selain dari  itu dari sogi bantuan logistik,  Den memang salute dengan keupayaan mereko. Tip Top. Situasi ini menyebabkan pelaksanaan latihan dapat berjalan dengan lancarnyo. Walau bagaimanapun dari sogi profesiolnalisme sebagai anggota pasukan khusus, Den ghaso USSF ini lebih gah hanya dipersada “media “ sahajo..ini reality..mereko sebenarnyo mempunyai “semagat spiritual dan jiwo “ yan gagak lomah. Secaro fizikal mereko gah, peralatan dan kelengkapan memang advance dan berteknologi tinggi...tapi dari sogi semangat...mereko ado kurang sikit.....

Ado satu ketiko itu kami telah membuat latihan bersamo untuk latihan survival hutan dan jungle warfare teknik. Semaso fasa pertamo latihan, semua anggota komando dan USSF akan menjalanai jungle survival selamo 5 hari. Semasa latihan itu Den terlibat sebagai Pegawai latih bagi pasukan komando dan Capt Green pulak merupakan Pegawai  Latih bagi pasukan US SF.  Sebelum semua anggota masuk ke kawasan latihan, Den telah memberi taklimat berkaitan dengan latihan yang bakal dilaksanakan. Den jugo telah memberi tahu the Do’s and Don’t semasa latihan dilaksanakan.


Sebaik sahaja selesai taklimat, Den telah mengarahkan mana-mana anggota sama ada USSF atau GGK yang membawa barang terlarang semasa latihan jungle survival hendaklah  meninggalkan di base jurulatih. Kemudian den telah mengarahkan agar mereko berbaris semula.  Semaso berbaris Den telah memaklumkan  kepada Capt Green supaya membuat pemeriksaan terhadap anggota GGK, untuk memastikan mereka tidak membawa barang-barang terlarang semasa latihan survival seperti rokok, makanan, minuman dan sebagainyo. Sementara itu Den pulak membuat pemeriksaan ke atas anggota USSF. Den di fahamkan semasa pemeriksaan yang dibuat oleh Capt Green , tiada barang larangan yang dijumpai dari anggota GGK. Sementara hasil dari pemeriksaan yang dibuat ke  atas USSF, oleh Den, didapati banyak barangan  terlarang yang di rampas oleh Den seperti rokok, chewing tobacco, cokelat M&M dan MRE [Meals Ready To Eats –Ration Bungkus Tentera USSF] . Semasa Den merampas barang-barnag tersebut ado anggota USSF yang tidak berpuas hati dan marah serta enggan menurut perintah Den. Maso itu kepalo Den dah naik angin, dalam hati Den berkato :”

“ Makk Oiii..ce @#@$ko  punya mat Salleh, dio berani nak melawan Den lak”...

Melihat keadaan itu, Den terus berkato “...It’s OK if you dont want to leave  the “things”...but you must finished it before we go in to the training area. Until then we all will wait here until u all finisihed eating it.!”.

Arahan itu telah menyebabkan mereka menjadi lebih marah dan sudah mula berani nak berargue dengan Den. Maso itu Den terus panggil Capt Green dan terus berkata ;  

 “, OK Capt Green if ur men still insist to keep the “thing”, it’s ok with me...but I will cancel the jungle survival training and we all can pack up our gear and go back to Sungai Undang this evening. And as for you I am happy to assist you in writting a report on why the training has been cancelled.”..

Bila mendengar cakap Den pada waktu itu, muko Capt Green menjadi merah padam, mungkin malu di atas peranghai yang ditunjukkan oleh bebudak dio. Lalu dio  berkata sesuatu kepada kumpula anggota USSF dengan  nada agak marah dan menyuruh semuo anggotanya mematuhi arahan Den. Selopeh itu barulah kelihatan mereko mengeluarkan barangan terlarang itu dan menyimpannya di khemah jurulatih.Dalam hati Den ghaso banggo jugak...dan berkato:

 “..C#23ko punya askat Mat Salleh...kau ingek boleh nak “main-main”  dengan Den yo."

Sepanjang limo hari latihan survival hutan itu, alahai maleh Den nak cakap fasal performance askar USSF...macam hampeh,,pemaleh dan lobih banyak bebaring dari berusaho untuk mendapatkan makanan dari sumber  hutan. Tapi bilo kito jamu dio dengan bubur nasik...oiiimak oiii ngalahkan itek mereko menyudu bubur tu. Lopeh tu kalau berjalan dalam hutan, dah hilang “skill tactical mereko yang sepatutnyo berjalan dengan sonyap dan berkosan”..Ini tak , disebobkan badan kebanyakkan dari mereko bosa-bosa macam badak berondam..mako mereko selalu tersangkut pada duri gotan. Bilo in  berlaku akan terkeluar lah dari mulutmereko ..”fu@#,Sh#@#@”.dan dalam maso yang samo mereko turut jugak ingek tuhan..Oh My God...Fu@!@,Sh@#!#!

Kalaulah dalam operasi sebenor mereko bersikap begitu bukan sahajo mudah untuk musuh mengesan kehadiran mereko, malah borok-borok pun akan bertempiran lari melihat kehadiran mereko yang umpamo sekumpulan gajah sodang meredah hutan..gajah pun berjalan lagi sonyap dari mereko. Bilo kito togur dio kato “dont worry its only  training. Tapi kalau kito tengok dalam filem..fullamak....begitu taktical, senyap..dan kalau mereko terpijak somut waktu itu somut pun akan angkek kaki mereko..begitulah bagaimano media digunakan oleh mereko untuk mempamirkan skil dan displin tentero dio orang. KAlau ado askar dio  org cedero ko , mati ko  dalam pertempuran...insyallah tak lamo lagi adolah sebuah buku kelua rpasal insiden itu..Tapi kalau  askar kito kono..gah sekojap sehari duo dalam surat khabar ajo...lopeh tu jangan  haraplah soinang nak dapek maklumat pasal inseiden tu...alasanyo.BIARLAH .RAHSIO., Kito  konoo low Profile...huhuhuuh

Perkaro ini berbezo dengan askar kito....bilo kito nak menceritokan fasal kegahan askar kito banyak pulak halangannyo. Den ponah bercakap dengan pegawai kanan kenapo kito tidak begitu berani menceritokan kegahan tentero kito, katonyo kito komando kono low profile, tak perlu menunjuk...Respond Den dalam hati..

..”Pegawai tu ngap...tak faham ttg konsep information warfare, media propaganda dan sebagainyo”

Tapi yang poliknyo mereko setuju sangat bilo cerito-cerito askar yang gah seperti Bere Hijau, Platun Harimau..dibarisi dengan pelakon yang hensem sebagai hero, kemudian ado kisah cinto lak...Perghhh...itu fasal Den tengok drama Bere hijau duo siri ajo..pasal dio gambarkan yang pegawai komando tu orang hensem dan ehhh sibuk bercinto lak...Lainkali kalau nak buek cerito  fasal komando...carik hero yang mukonyo macam geng nak pocah pintu, lopeh tu tak payah ado heroin atau bungo dan bab-bab cintan...bukan apo hilang..sorinyo cerito itu....Tu yang Den meluat ngok cerito drama porang Melayu tu....

Apo-apo Den nak berbalik pado latihan dengan askar Amerika. Kesimpulan yang Den dapek buek berdasarkan pengalaman bergaul dengan mereko dan hidup lobeh dari setahun dengan geng US Marines di Amerika dulu, mereko mempunyai  kelomahan dari sogi spritual . Kalau Den terlibat berporang dengan askar Amerika dimaso hadapan, Den akan musnahkan Center of Gravitinyo dulu...Tak payah komando kito nak lotupkan Kereto kebal dio, atau meriam dio atau gudang peluru...cukup kalau kito tangkap seorang duo dari mereko kemudian kito semboleh potong kaki ko, potong kepaloko..kemudian kito campakkan body mereko di kawasan umum. Macam mano VietCong buek..gerenti mereko kocut porut...dan kalau waktu itu mereko nampak tikus lalu pun akan pasti tikus itu dihujani peluru HMG kerano disangkonyo musuh...Itu sobab banyak berlaku insiden tertembak orang awam di Iraq....disebabkan semangat spritual mereko yang sangat lomah, takut pado bayang-bayang sendiri dan takut tidak menontu, mako abih kereto yang membawa orang awam di tembaknyo  apabilo pemandu melambaikan tangan kepado mereko kerano disangkonyo pemandu itu adolah sucide bom.

Semaso di Amerika Den berpeluang melawat kawan Den yang di rawat di Army Reid hospital..Washington DC. Di situ terdapat ramai askar yang baru balik dari Iraq dimasukan ke dalam ward. Kalau tak silap Den waktu itu  hampir 125 orang..masuk wakd physitaric , masaalah mental, kerano tidak tahan dengan keadaan peperangan di Iraq. Itu sebab Den berani kato jiwa /spritual askar mereko lomah. Kebanyakkan mereko menghadapi Posttraumatic stress disorder (PTSD):

PSTD is a severe anxiety disorder that can develop after exposure to any event that results in psychological trauma. This event may involve the threat of death to oneself or to someone else, or to one's own or someone else's physical.

Dan satu lagi caro nak monang porang dengan askar Amerika ini adolah dengan caro memusnahkan “logisitik minuman keras mereko “....Biasnyo di mano-mano tompek askar dio bertugas, bekalan beer mesti diadakan walau pun pengambilannya dikawal dan anggota hanya boleh minum di dalam had-had tertentu. Kalau kito berjaya memutusakan bekalan logistik ini..Den percayo dalam maso seminggu askar dio orang akan mengelupor dan meleleh air macam mat gian tak dape ganja...lopeh tu kalau mereko ditugaskan membuat operasi pasti morale  mereko akan rendah..dan kalau kito dapek tangkap soran g atau duo kemudian kito semboleh ...pasti dari  sogi moralenyo kito dah monang 50% dari peperangan itu.  dan kalau lagi lamo mereko terputus bekalan beer, mako akan lebih mudahlah kito menangkap mereko ibarat ikan di kolam yan ggersang....mereko akan mengelupur macam orang kono sawan..Huhuhuh..jangan percayo sangat teori  kodai kopi Den nei....yo..Den bercakap atas dasar  KALAU...dan  jangan lak dijadikan sebagai satu pandangan dan pendapat peribadi yang yo boleh dirujuk atau dipakai...!!1 Apo-apo pun Den pasti the weakness of the American Army is their  "spiritual morale"...nak-nak ramai dianatara mereka yang memasuki askar kerana nak mengejarkan Green Card dan selepas tiga tahun bertugas layak untuk memohon kerakyatan Amerika...atau masuk askar pasal nak education schorlaship, atau pasal nak gaji bosa..tak macam askar kito yang SEMUONYO MASUK ASKAR KERANO NAK BERKORBAN DEMI NEGARO....!!!! YO KO ?...Entahlah mano-mano yang masih dalam askar lagi  topok dado tanyolah diri sendiri....!