Saturday, 7 July 2012

SUMPAH KE 12 KOMANDO


Maklumat ini Den peroleh semalam dari salah seorang Cdo Cyber REJIMEN GERAKHAS  yang menceritakan bahawa pada hari Khamis yang lepas di sebuah Bandar bernama Mersing, telah berlaku satu lagi peristiwa  yang memaparkan keberanian  seorang anggota Cdo .   Menurut yang empunya cerita, REJIMEN GERAK KHAS:

Kejadian itu melibatkan seorang anggota Gerak Khas dari Kem Mersing yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke Kem Iskandar (kalau tak salah).


Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.

Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tad, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut? beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.

Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.

Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkan seorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.

Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa2 abg komando ini menyelamatkan nyawa.

Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah direnyuk dan dibaling kearah muka wanita yang memberinya tadi. Lalu berderai2 sumpah dan nasihat diberikan kepada pasangan tersebut ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)
THE IMPORTANT OF BALANCE TRAINING.. FOR CDO
PHYSICAL AND SPIRITUAL.

Kisah Tindakan Serta-merta (TSM) yang dilakukan oleh Abg Cdo itu pada dasarnya boleh dikatakan disebabkan instinct and training yang telah dilalui oleh Abg Cdo tersebut sebagai seorang anggota Gerak Khas. Tindakkannya yang dalam bahasa orang putih kata “in a split second”, ..berlari, tinggalkan dompet duit dan terjun ke laut untuk menyelamatkan budak tersebut adalah sesuatu yang datang secara spontan dan kalau nak diikut dalam keadaan biasa...kita akan berfikir dulu, fasal keselamatan diri,fasal boleh tak boleh, dan pelbagai lagi..sebelum nak terus terjun dan menyelamat budak tersebut. Itu sebab ramai yang jadi pemerhati pada masa itu di kawasan tersebut ....mungkin mereka tengah memikirkan isu-isu itu sebelum berusaha nak membantu. Atau mungkin sedang sebuk menelefon Bomba & Penyelamat atau Polis  hingga menyebabkan talian hotline kecemasan itu ‘overload’ ...untuk meminta bantuan bagi memudahkan urusan mencari budak yang lemas itu.

Atau mungkin pada masa itu mereka yang ada keinginan untuk menyelamatkan budak tersebut  sedang berusaha untuk menelefon orang tersayang untuk memberi pesanan terakhir sebelum menyelamatkan budak tersebut dengan pesanan:

 “ Sayang abang di kawasan Jeti Mersing. Kelihatan ada seorang budak lemas. Abang hendak menyelamatkan budak tersebut, Air Laut tengah pasang, Kawasan sekitar banyak kayu bakau. Walau bagaimanapun demi untuk menyelamat nyawa seorang kanak-kanak, Abang rela....dan jika abang gagal dan tidak kembali, atau lemas dalam usaha murni abang pada masa itu..Ingatlah bahawa dalam hati Abang youlah orang yang paling Abang Sayang...”

Dan sebaik sahaja selesai meninggalkan pesanan...Pada masa itu Abg Kdo tadi dah berjaya membawa budak tersebut ke kawasan selamat...Bagi Abg komando tu, Den rasa, semasa dia berlari dan terjun ke kawasan paya bakau itu, dia tak terfikir langsung akan risiko dan bahaya yang mungkin bakal  dia hadapi, kemungkinan tercucuk dengan kayu bakau, kemungkinan tersekat dalam lumpur dan sebagainya..Pendek kata his safety becomes last priority...otak dia terfokus nak menyelamatkan budak itu.

Secara peribadi situasi ini tidak pelek memandang latar belakang Abg Cdo itu yang memang dilatih untuk bertindak demikian di dalam keadaan kritikal . Dulu pun Den ada mendengar cerita kehebatan komando lama, yang mengejar komunis dengan parang selepas pelurunya habis semasa pertempuran,..ada juga cerita yang komando yang berlari di dalam hujan peluru musuh demi untuk menyelamatkan kawannya yang telah tercedera di bahagian hadapan hingga menyebabkan beliau sendiri terkorban [kisah Arwah Truper Rasali bin Buang SP] . Ada juga kes komando yang berani nak tangkap komunis dengan hanya menggunakan poncho saja..Nantilah Den akan berusaha mengumpulkan kisah-kisah ini.

Dan kali terakhir sebelum ke sini, kisah dua bekas komando yang dikenali sebagai XCDO Jamal Poncho dan XCDO Joe Cdo yang berenang hampir 200 meter mengharungi banjir di kawasan bukit Belacan Ampang, disebabkan pihak Bomba mengatakan bahawa mereka tiada bot pada waktu itu untuk menyelamatkan keluarga XCDO Halim. Pada masa itu keluarga XCDO Halim telah mula memecahkan bumbung rumah untuk keluar kerana mereka terperangkap di dalam rumah dan air telah hampir mencecah 5 kaki. Dalam kejadian itu teksi XCDO Halim turut dihanyutkan ke sungai berhampiran. Semasa XCDO Jamal dan XCD Joe datang untuk menyelamatkan keluarga XCDO Halim, mereka hampir terkena kejutan elektrik yang telah terputus. Nasib mereka baik kerana selamat dari terkena kejutan elektrik tersebut.


Dalam dunia kdo...tindakan sebegitu telah menjadi instinct yang hasil dari  latihan yang telah mereka lalui. Tindakan sebegini menunjukkan bahawa anggota komando dan juga XCDO masih menghayati dan mengamalkan SUMPAH PERAJURIT KOMANDO di mana SUMPAH KE 8 dan 12 :

8.      Saya akan sentiasa membantu rakan-rakan seperjuangan saya dan memimpin mereka jika saya yang terkanan sekali dalam masa yang genting

12.  Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya.


Bagi Den sebagai XCDO...cara Den amalkan SUMPAH PERAJURIT KOMANDO No 12 adalah dengan cuba mengharumkan Nama Bere Hijau Dan Rakan-Rakan melalui KOMANDO KODAI KOPI....Harapan Den tolonglah war-arkan kewujudkan blog ini kepada kekawan sebagai satu usaha membantu Den untuk melaksanakan SUMPAH PERAJURIT KOMANDO KE 12...Lebih ramai orang melawat Blog Den tidak mendatang kekayaan dari segi kewangan kepada Den tetapi ia mendatang kekayaan dari segi kekawan dan ia juga sebagai upah kepada Den untuk lebih kerap menulis lagi...Lepas ini Den nak laksanakan SUMPAH PERAJURIT KOMANDO YANG KE 13....iaitu NAK BERONDAM KE LAUUUUUUUUUUUT.