Friday, 13 July 2012

PAK JENERAL KDO.. "TAK TAHU MACAM MANA ?"


Ini ado satu lagi kisah fasal seorang Pak Jeneral dalam komando. Macam biaso namonyo tak boleh didodahkan atas soba-sobab kesihatan. Maklumlah Pak Jeneral nie dah agak berumor dan kesihatan pun tak berapo baik. Nanti takut lak dio terkojut dan akan memudaratkan kesihatannyo. Den mulo mengonalinyo semasa dio tu berpangkat Major dan Den waktu itu masih lagi anggota Green Jacko. . Maso tu dio adolah Penolong pegawai Memerintah. Dio nie maso memudo dulu memang hebat bersukan dan sukan kegomarannyo adaloh main kayu hoki.  Maso itu Team GGK memang terkona dengan  Team hokinyo wlaaupn tak samo standard dengan team Hoki askar Melayu pado waktu itu. apo pun pado waktu ini...baik komando,  baik Askar Melayu akan unit semboyan, team hoki mereko semuo dah tinggal sejarah..tiado  lagi zaman kegahannyo.


Berbalik semulo fasal Pak Genaral tadi. Semaso dio menjadi Penolong Pegawai Memerintah Den, dio masih lagi aktif  bermain hoki dan mewakilli  Tim Hoki GGK. Ado satu pagi tu semaso NAAFI BREAK [Rehat jam 1000 pagi}, dio telah buek pengumuman kepada semua pegawai di tempat Kelab Balak itu, bahawa esok Tim GGK akan bertanding di dalam Pertandingan Hoki antara Kor di Padang Wardiburn KL. Dio kemudian bertanyo kepada Den, samado Den pandai bermaik hoki atau tidak. Kalau mengikut sejarah Den, main hoki ini antara sukan favorite Den sojak maso sekolah rondah laei Den dah mewakili Sekolah, kemudian di High School dan RMC dan Cadet Wing. Nak kato pandai sangat tu taklah jugak...tapi  Den ponahlah bermain satu tim dengan Lim ChowChuan , bokeh kapten hoki Malaysia dulu.  Bilo Pak Jeneral itu mengetahui akan salasilah Den di dalam sukan hoki mako diopun terus berkato.

“OK esok jam 5:00 pagi, kau bersiap , driver akan datang ambil kau di wisma, Saya nak kamu ikut saya ke Kem Wardiburn, untuk bermain hoki.”

 Maso tu Den tak ambik kisah sangat, mungkin Den ingek dio cakap sajo-sajo. Yolah maso tu Den masih lagi Green Jacko dan tak ponah pun mengikuti latihan team hoki GGK,tak mungkin Den akan dipilih bermain dengan Team GGK yang  memang sudah mempunyai ramai pemain yang handal-handal. Lalu arahan tersebut Den anggap sebagai ...ajak-ajak ayam ajo.

Keesokkannyo, dalam jam 5 lebih, diwaktu azan subuh pun bolom berkumandang , Den terdongar jeritan dan ketukan yang agak kuek di pintu bilik Den. Bilo sajo pintu di bukak  kelihatan Pak Jeneral yang pada maso itu berpangka t Mejar, menjerit  kepada Den berkato :.

...” C@#@$a Kau, kenapa tak siap lagi, kan saya dah pesan supaya bersiap jam 5 pagi lagi.  Kau boleh tidur lagi. Patutlah driver aku datang dan tunggu kau ,tak timbul-timbul tadi. Kau nak aku kejutkan kau pulak. “.

..Maso tu Den masih lagi pisat-pisat, maklumlah baru bangun tidur, lalu  Den berkata

“ Maaf Tuan, saya ingat semlm tuan kata main-main aje”..dan belum sempat Den habiskan ayat Den, ...Pak Jenerla tu kata

“...Sudah , AKU TAK TAHU, MACAM MANA  aku beri kau lima minit untuk siap, aku tunggu di land lover. Balik esok AKU TAK TAHU, MACAM MANA  kau ingat kau hutang aku duty officer 2 bulan !”.

Pada masa itu Den terus tergesa-gesa mencapai perlatan dan kelengkapan sukan yang ada dengan seberapa segera  dan terus berlari menuju ke Land Rover yang sedang menunggu Den. Nak jadikan ceritakan semasa perlawanan pertama tim hoki GGK pagi itu telah menang...dan Pak Jeneral tadi , kata
“...Ok sebab tim kita menang,  duty officer selama dua bulan yang kau hutang itu kira lupus.”

Logo hati Den bilo dio berkata begitu....Dalam hati Den berkato...baik jugo bos aku nie yo. Yo bos Den ini, memang baik...dan kaki lawak  jugak sebenarnyo. Favorite clise dio adolah “....AKU TAK TAU MACAM MANA  ..”. Bioasonyo dio akan berkato demikian sebagai memulokan mukadimah di dalam menyatakan sesuatu arahan atau suruhan.

Ado satu ketiko semaso Pak Jeneral ini berpangkat Lt Kol, dan semaso itu dio menjadi CO Den. Maso itu maklumlah dio baru sahajo dinaikan pangkat. Semangat dio memang tinggi dan sentiaso membuat yang terbaik untuk menaikkan namo unit .  Dan pado era itu, suaronyo agak selalu kedengaran di Mk Rejimen, dengan nada menjerit tetapi tidak berbaur kemarahan. Jika ada masalah atau arahan yang dia arahakan kepada pegawai/staf untukmelaksanakanya dia selalu berkata ..” AKU TAK TAHU MACAM MANA...aku nak...benda ini siap”..AKU TAK TAHU  MACAM MANA aku nak....laporan ini dihantar..” AKU TAK TAHU MACAM MANA...aku nak”...itulah klise yang selalu keluar dari mulutnyo...” AKU TAK TAHU MACAM MANA ...aku..nak....”

Ado satu ketiko itu selepas kami NAAFI BREAK dio berkata kepada Ketua Skuadaron Den

 “..Li AKU TAK TAHU MACAM MANA, lepas ini kau ikut aku untuk melawat kawasan skuadron kau. “,

Bila mendengar sahaja arahan itu, OC tadi memandang kepado Den dan seterusnyo berkata

“..Zar kau pergike Skn sekarnag, maklumkan CO nak melawat kawasan, pastikan kawasan bersih “

..Sebaik sahaja mendengar arahan tersebut, Den terus minta kebenaran untuk meninggalkan majlis dan terus berlari ke kawasan skn.  Sebaik sahaja sampai, Den maklumkan kepada SSM SKN, supaya mengarahkan anggota segera membuat pembersihan kawasan. Arahan tersebut diberi serta merta dan ia menimbulkan rasa tidak puasa hati di anatara anggota. Walau bagaimanapun, dah dinamakan komando, mereka tetap akur dengan arahan tersebut.Maka semua anggota yang ada pada waktu itu, dibahagikan kawasan untuk dibuat pembersihan seperti mencuci longkakng, tandas kawasan landsap dan sebagainyo. Sebenarnya kawasan memang sudah bersih,tetapi ia tetap juga dilaksanakan kerana ia adalah arahan OC. Semasa itu ada seorang anggota di dalam Skn itu yang mempunyai masalah mental. Namanya Jalut, Anggota ini sudah mempunyai lesen besar dan masalah mentalnya memang sudah diketahui oleh CO. Anggota tersebut diarahkan untuk membuat pembersihan di bahagian hadapan Skn...

Hampir setengah jam kemudian semasa anggota sedang membuat pembersihan kawasan, tiba-tiba datang kereta pegawai memerintah, berhenti di hadapan kawasan Skuadron tersebut. Kemudian kelihatan Co keluar dari kenderaan tadi dan diikut oleh OC. Semasa beliau keluar SSM telah memberi arahan kepada semua anggota yang sedang bekerja .

.: Bangun..Skottt Sediap....Koamando Selamat Pagi Tuan .”

...dan dikuti dengan .”.Minta Kebenarna Menjalankan Tugas Tuan”

 ..CO membalas tabik hormat  itu dan mengangguk bermakna ia memberi kebenaran untuk anggota lain meneruskan tugas mereka. Entah macam macam mana,...tiba-tiba  si Jalut yang berada di kawasan itu terus berkata :...OK YANG LAIN KERJA-KERJA , JANGAN MALAS ....CO MANDOR DAH DATANG NAK CHECK....!”
Sebaik sahaja beliau berkata demikian, semua anggota yang berada di situ tersenyum  melihat telatah Sijalut itu. Melihat keadaaan itu, CO tadi merah padam dan terus berkata kepada OC...

” Kau dengar  tu Li, Aku CO dikatakannya MANDOR...!”.

..lalu CO berpatah balik menaiki kenderaannya dan sebelum berlepas dia berkata....

.” Maas aku nak check, nanti entah apa lagi agaknya akan dikatakan oleh si Jalut tu....AKU TAK TAHUMACAM MANA, lain kali kalau aku nak buat pemeriksaaan kawasan aku tak nak si Jalut tu ada...Ada ke patut aku dikatakan MANDOR..”

Lalu beliau mengarahkan drivernya bergerak meninggalkan kami semua yang masih lagi tersenyum dalam kebingungan...melihat reaksi  CO MANDOR itu ......!!!! Sebenarnya kami semua merasa gembira dengan situasi itu....siJalut telah menyelamatkan kami. Seterusnya..OC memanggil SSM SKn dan berkata.

.” OK En, CO batalkan lawatanya, bagus tu...lain kali Saya TAK TAHU MACAM MANA, saya nak SIjalut mesti ada kalau CO nak membuat pemeriksanan kawasan di Skuadron ini.”

 Dalam hati Den berkata “..Woit,OC nie biar betul tadi CO kata AKU TAK TAHUMACAMANA..dia tak nak Sijalut ada..tapi OC ini kata AKU TAK TAHU MACAMANA , dia nak SiJalut ini ada..”....Dalam hati Den berkata..Entah Den pun TAK TAHU NAK KATA MACAM MANA laei........

Kisah selanjutnyo, Semaso dio menjadi pengarah GGK. Den dan seorang kawan Den telah ditemu duga oleh beliau kerana kami akan menghadiri satu kursus kerjaya. Memang menjadi satu keperluan pada waktu itu, mana-mana pegawai yang akan menghadiri kursus kerjaya, biasanya akan ditemu duga oleh Pengarah.Tujuannya adalah untuk memberi semangat supaya berjaya di dalam kursus yang bakal dihadiri. Semasa temu duga itu, ...beliau telah berkata kepada kami berdua .

.” AKU TAK TAHU MACAM MANA, ...aku nak kau dua orang berjaya di dalam kursus ini dan mesti dapat tempat top 10, faham!”..

..Maso tu  kawan Den terus respn dengan penuh semangat...” Faham Tuan “..manokalo Den pulak tidak memberi sebarnag reaksi...Melihat keadaan itu dio terus berkata ,..

” Yang kau nie pulak macam mana ?.”

Lalu Den jawap..” Entah lah tuan...kalau tuan sendiri dah TAK TAHU MACAM MANA kami boleh jadi top student....saya lagi lah TAK TAHU MACA MANA sebab saya sendiri tak pernah menghadiri kursus tersebut”.

.Bilo dio mendengar saja keluhan Den, dio tersenyum dan berkato...” C@#$@$A kau perli aku ya !’..

Lalu Den jawab “taklah tuan...memang saya tak TAHU  MACAM MANA  nak jadi best student!...Lepas itu dio hanya senyum dan tidak berkato apo-apo laei dan mengarahkan kami supaya keluar dari pejabat itu. Sebenarnya Den memang sengaja berkata begitu, dengan niat nak bergurau manjo dengan dio, dan mungkin dio faham kot , tu yang dio buek tak kisah ajo...Nak dijadikan cerito ..alhamdulilah...Den berjayo jugak mendapat kedudukan ke 5 terbaik dari 112 pegawi yang datang kursus itu dan kawan den tadi kalau tak silap Den tersenarai sebagai KPB {Kumpulan Pertahanan Belakang } . Walau bagaimana, dah rezoki dio, dio pakai pangkat Lt Kol lebih awal dan Den hanyo pencen sebagai Major Subersif ajo. Inilah yang dikatokan dah suratan rezoki masing-masing....dan Den pun TAK TAHU MACAM MANO laei nak dikatokan.