Tuesday, 17 July 2012

A Messsage To Ex Pak Jeneral


Salam ..ampun dan maaf pada semuo Pak-Pak Jeneral dan Pegawai Kanan samo ado yang berkhidmat atau yang telah bersaro.  Hari  Ini Den nak bersembang  fasal pemerhatian dan pendongaran Den berkaitan dengan situasi Pak-Pak Jeneral yang telah bersaro. Mano-Mano yang sedang berkhidmat Den tak nak sontuh. Bukan takut atau apo-apo, cumo Den ghaso apo yang Den nak sembangkan ini adolah isu..apo pandangan orang bawah macam Den pado  Pak Jeneral setelah mereko bersaro. Den tidak  akan memberi contoh spesifik seperti Jeneral anu tu, Jeneral siPolan tu dan sebagainyo. Apo yang Den sembangkan adolah berdasarkan kepado pemerhatian Den.Mungkin sebagai  Mejar cabok pencen macam Den tak patut nak  “mengajar atau menogor”  bokeh-bokeh Jeneral, tetapi Den ghaso terpanggil bukan nak mengajar atau nak menogo mereko cumo nak memberitahu apo presepsi ghamai askar yang Den konali terhadap Pak Jeneral Pencen.


Ghamai Pak Jeneral dan Pegawi Kanan yang Den lihat bilo Dah pencen nei, masih lagi terbawak-bawak  peranghainyo  sebagai seorang sebagai pegawai tinggi di dalam ATM .Mereko masih lagi menyangkokan bahawa pangkat dan kedudukan mereko di dalam askar dulu masih lagi mempunyai  “power” setelah bersara. Bagi Den mano-mano Pak jeneral yang masih mempunyai perasaan begitu..Maaf cakap mereko silap. This is a GENERAL mistakes made by majority of GENERALS once they left the service.It  was seen as a MAJOR msitake by  a Ex MAJOR like me huhuhu.  Bagi Den sebagai askar pencen cukuplah lah “aura”nyo sebaga Jeneral sahaja yang di bawak bersamo setelah mereko berpencen. Maksudnyo, aura tu, penampilan , gayo , dan jati diri sebagai seorang tentera  sahaja yang di bawa selopeh bersaro. Power dan kegahanya,kesombongan dan kemangkukan...sebagai Jeneral semaso di dalam ATM hendakklah di tinggalkan. Mereko jugak seharusnyo lobeh “humble” terutamanya berurusan atau berjumpo dengan bekas orang bawahan atau masyarakat umum. Kerano jika  pak-pak jeneral ini masih lagi  dibuai kegahannyo dan kepowerannyo serta masih berlagak ” I am a General “ selepas pencen...Mako Den gerenti lambek laun dio akan keseorangan...Kalau maso berkhidmatan dulu, bilo askar nampak dio dan tidak hormat mako dio boleh menghamput askar itu , dan boleh sampai men”charge” askar itu. Tapi bilo dah pencen, jangan terkojut pulak ado bokeh askar yang kalau terlanggar bahu dongan Jenerall macam nei...akan buek-buek tak kona,atau mano yang nakal sikit akan kato :...Woii Lu siapa ?”


Den dah banyak kali melihat, mendengar  dan ado jugak terlibat dengan insiden seperti ini. Insiden kali pertamo , maso tu Den masih lagi berkhidmat dan berpangkat Mejar. Ado satu hari tu Den pergi ke RSAT [Rumah Sakit Angkat Tentera – Rumah tu tak sakit, cumo askar yang sakit ajo datang kek situ ]. Semaso Den duduk menunggu giliran untuk di buek pemeriksaan, tibo-tibo kelihatan ado duo tigo orang  askar yang samo-samo berado dibilik menunggu bangun dan mengucapkan “...Selamat Pagi Dato Seri..” Sementaro itu ghamai yang lain lagi hanyo duduk buek tak kisah macam tak ado apo-apo berlaku termasuk Den. Bilo  den lihat siapo yang di bori hormat itu , ruponyo adolah seorang bokeh Jeneral 4 Bintang yang memang Den kona sangat. Dio nie dulu dalam askar maleh nak ceritolaa..Kemudian entah macamano dio duduk sebolah Den tanpo sebarang sonyuman,dan memandang Den seolah-olah nak tolan Den. Mungkin dio marah fasal Den tak hormat dio kot.  Maso tu Den buek tak tahu ajo, salam tidak, sonyum pun tidak, Den teruskan lamunan Den yang terhenti tadi tanpo memperdulikan Pak Jeneral itu.

Sebenarnyo Den memang ado perisitiwa tak seronok dengan Pak Jeneral nie semaso dio berkhimat dulu. Punconyo semaso Den menghadiri meeting di tingkat 13, dan maso tu waktu rehat , Den dan kengkawan berbual kek  walking alley, bilik mesyurat. Sambil berbual tu Den bersembang sambil meletakkan tangan di dalam poket seluar. Semasa itu dio lalu , kami memang tak perasan, sebab rancak berbual, tibo-tibo dio berhenti dan berkato kepado Den

“..You..Bas#$%D , Damn . Fu@#R how can you just standing like that when a general is passing by !”

.Blaa..Blaaa.Blaa...adolah dalam 2-3 minit dio hamput Den dan kekawan Den pado waktu itu. Memang salah kami fasal tak hormat dio semaso melalui kawasan itu, masalahnyo sebab kami tak perasan. Kalau perasan takkan lah kami kebanyakkannyo senior major buek-buek tak tahu lak. Tapi nak buek macamano, dio Jeneral...kito Major yang dah buek major mistake...diam ajolah..Dan sojak hari itu memang Den tak respek dio. Apotaknyo..ponek arwah abah Den akad nikah dulu sampai tigo kali, sampai berpoloh-poloh maso nak kahwin dongan omak Den sonang-sonang dio kato Den anak “out of the wedlock”..Chiss..hampeh punyo Jeneral. Tapi part dio kato den “FU#$@R to Den tak marah..memang maso tu Den nak F@#K dio unpside down. huhuu. ..Dan bilo jumpo dio semaso dah pencen,lagaknyo tak ubah, nak menyombong laei... lagi laa Den buek tak tahu walapun den tau dio adolah Jeneral 4 bintang dan duduk sebolah Den..Sejurus kemudian dio try to break d ice dengan bertanyo kepada Den:

 “...How long you have been in the Army, Don’t you know me ?”

..Bunyi nadanyo tak lah se friendly  mano, dan lobeh kepado seolah-olah nak memerli Den kerano tidak menghormatinyo. Maso mulo-mulo  Den buek tak tahu ajo maso dio duduk . Bilo soalan tu diajukan kepada Den  Respond Den.:

“.Sorry...I dont know you, but your face is quite  familiar..Sorry anyway..I have to go.”

 Den bangun dan blah meninggalkan pak jeneral tu...yan gmungkin terpinga-pinga dengan jawpaan Den.

Lagi satu insiden, melibatkan kawan Den.. Maso tu waktu potang kami telah pergi restaurant NZ Wangsa Maju. Semasa kami memasuki kawasan restaurant tersebut kami telah lihat  sekumpulan lelaki berumur duduk bersembang di salah satu meja di situ. Dalam kumpulan tersebut Den dapat pastikan bahawa salah seorang dari mereka bekas Jeneral bergelar Tan Sri. Dan Tan Sri ini pun satu, masa dalam askar dulu, selalu jugak buak perkara kemaharan orang. Entah macam mana kawan Den itu juga perasan akan kehadiran Tan Sri itu dan seterusnya bergerak menuju ke meja tersebut. Pada pandangan Den mungkin dia nak berjabat salam dan bertanya khabar kepada Tan sri itu, maklumlah bekas Jeneral dan mungkin kawan Den itu mengenali atau baik dengan beliau semasa Jeneral itu berkhidmat.

Sebaik sahaja sampai, Den yang mengikutinya dari belakang.[Den memang suka Support from Behind ajo –but dont get me wrong I am not  LGBT supporter yo ] Den lihat si Samdol kawan Den nei bersalam dengan orang sebelah Tan Sri itu, seorang Cina  dan mereka agak akhrab . Kawan Den berkata :

“Woit  ...Mt Simon..what are doing you here....long time now see llaa..how are you ?”

Sambil tu kawan Den berjabat tangan dan menepuk-menepuk belakang Simon dan kelihatan mereka seolah-olah kawan rapat sebelum nei  . Mereka  berbual sambil bergelak ketawa tanpa menghiraukan 3 orang tua lain termasuk jeneral yang berada di situ. Kemudian Simon  berkata .

“..Come meet my friens...this Mr Teng, En Ahmad..and this....You sure know him..”

Maso tu simon memperkenalkan Samdol kepada Pak Jeneral yang bergelar Tan Sri tu...Respond kawan Den ..

“Erhemmm..your face look familiarlaa...you..you..erehmmm Rah..Rahman..rrhh ..Rahmann,,Rahmanan kan ?. “

Masa tu respond  Pak Jeneral tu ..” Tak arh..Mustapha  ..Mustapha ..my name  is Mustapha  .”..

Balas  Samdol : ..Ishh..Rahman..kan.Jangan nak tipu...yea I know you Rahmam .!”

 Sambl mengoyangkan jari-jari telunjukknya yang di halakan ke hadapan muka Pak Jeneral itu.

Pak Jeneral seolah-olah konfius dan terkedu ..membalas “...tak arhhhhh nama saya Mustaphal..!”

Respond Samdol ..;;”Ya ka ? Sorry I cant remmember your name , but your face is so familiar ...1”

Pada masa itu Den lihat Pak jeneral itu macam terkedu dan tak percaya, takkan lah kami tak kenal dia , dia tu 4 star jeneral dan baru beberapa bulan bersara. Dalam hati Den berkata si Samdol ini biar betul,,:..
Melihat keadaan itu Simon terus bersuasra ..’

“Ha yaa..Samdol .this is your Ex P...Tan Sri..Mustapha ...tak kan you tak perasan “...

Rspond Samdiol.. : “..Alahai Tan Sri..Ampun minta maaf laa..Mintak Maaf laah memang saya tak perasan, Tulaah saya tengok muka Tan Sri familiar sangat..macam pernah jumpa..dah pencen nei lain pulak sikit..tak perasan saya..Maaf ya Tan Sri “

Semasa itu Tan Sri tadi, diam, mukanya merah padam, dan mungkin terasa besar kemaluannya pada waktu itu di hadapan kekawanya..kerana walaupun baru berpencen sebagai sebagai seorang Pak Jeneral....orang dah tak mengenalinya lagi. Atau buat-buat tak kenal. ..Entah apakah yang bermain di fikiran Pak Jeneral itu pada waktu itu Den pun sendiri tak tahu. Yang pasti pak Jeneral itu dalam kemaluan besar. Melihat keadaaan itu Den terus mencelah dan bersalam dengan mereka. Kemudian kami meminta diri untuk bergerak ke meja kami. Semasa di meja Den bertanya kepada Samdol. Apalah kau nei takkan kau tak kenal bekas Panglima tu...kau buat dia malu ajelah..Masa tu Den dengar Samdol berkata “

Yang sebenarnya, aku memang kenal dia tu, Cuma aku buat-buat tak kenal, sebab dulu masa dalam askar bukan main lagi dia buat aku..Laa  nei bila dia dah pencen ..it’s pay back time...apa dia nak buek kat kita kalau kita kata tak kenal atau tak pendulikan dia.? ..Baru dia tahu...dio berkuasa maso dalam askar ajo..kat lua sorrilaa..” kato Samdol.

Den pun tak nak memanjangkan isu itu lagi dan terus memanggil waiter ..”

Handsome. kasi roti banjir dua, kopi o kosong satu ..”!

Dan bukan itu sahaja insiden yang membabitkan bagaimana nasib pak-pak jeneral yang dulunyo begitu gah di dalam ATM tetapi bila dah berhenti ....hampeh orang tak pedulikan. Kalau nak diceritakan memang banyak dan boleh dikisahkan didalam hikayat ..The Crying of Ex General..Old Soldiers never dies nor fade away..they have been chase away ! Ini lah mesej  yang Den nak sampaikan pada Pak –Pak Jeneral Pencen. Ini mungkin nasihat bernilai 2 sen dan datangnya dari mejar subversif...tapi inilah suara-suara yang jarang dimaklumkan kepada Pak Jeneral semasa pak Jeneral mula berpencen. Ramai yang datang nak menceritokan yang baik ajo  pado Pak Jeneral dan nak membodek atau mempunyai niat tertentu..bondo-bondo macam nei tak nak dibagitahunyo..sensitif katonyo...!

Dalam pada itu ini bukanlah bermakna semua Pak Jeneral pencen itu bersikap demikian. Aada juga yang Den lihat begitu humble dan masih Den hormati..to name some of them macam Dato  Mokhtar EX Panglima Markas Latihan, Dato Raih my ex bos semasa di Bosnia, Dato Shahrin Ex Pangima 5 Bdge, Dato AKU TAK TAHU MACAM MANO dan beberapa lagi yang Den konali...Walaupun Dato Shahrin berapi maso kojo dulu..bilo dah pencen nei..very humble...Den dulu memang tak goma dio sobab ponah lompang Den fasal tak gosok baju yang Den gunokan untuk bersukan,  T Shirt Sukan, maso tu dia mejar kek 11 RGK...tapi hari ini Den jumpo dio Den seronok fasal dio tak bawak pangkat jeneral dio masa bersembang dengan Den. Ado jugak yang Pak jeneral pencen yang mengonali Den tapi bilo jumpo samo ado buek tak kona atau tak nak bersembang dongan Den. Ado jugak yang pangkatnyo kolonel , warak orangnyo...tapi bilo sembang dengan dio...mapuih tak di  layannyo kito dan masih menganggap kito ini macam 2lt yang dikonali  dulu. Jadi lopeh nei kalau pak-pak jeneral jumpo dengan Den dan Den buek tak kona, faham-fahmalah yo...Tak rugi Den tak kawan dengan sorang yang sombong.tak kirolah apo tarafnyo..lagi sonang hidup Den huhuhuhu......

 Bagi Den yang lopeh tu lopeh laa.. asal dio dah sodar ..tu dah kiro baik...Den pun mungkin jugak gitu masok dalam askar ..tapi laa nei bilo dah bergonti..pangkat dan power Den pun tuturt berghonti...Bagi Den seganeh-ganeh kito maso dalam perkhidmatan, masih boleh dimaafkan,itu kisah dulu...asalkan sekarang dah berubah dan tahu bagaimano nak membawa diri...Secaro peribadi..bagi Den bilo dah pencen nei...pangkat dan kuaso Den pun turut pencen..yang tingga hanyo budi bahaso...kalau budi bahaso kito pun duk tak elok..eloklah kito poei berumah kek hutan  dan berkawan ajo dengan borok...kalau marah dengan borok..kurang-kurangnyo kito boleh makan dio...tapi kalau dengan orang bilo kito sombong  , nanti selalu lak jadi bahan umpektan orang dan kemarahan orang ajo...buek menambahkan doso ajo....! Apo –apo Den minta maaf kalau sembang Den kali ini ado Pak Jeneral yang terghaso dan raso tak seleso...sobab itu memang niat Den nak memberitahu suaro-suaro org bawah macam Den untuk kebaikan bersamo.