Friday, 13 July 2012

Kisah Beruk dan Bapak Beruknya....


Di satu era yang lain ada pula kisah zaman di mano ..setiap hari komando akan di label sebagai  BERUK  oleh seorang Pak Jeneral.. Entah  apo ketulah nyo, ..Pak Jeneral nie suko sangat memarahi..pegawai  dengan stafnyo dengan perkataan BERUK. Walau bagaimanopun  ..biasonyo pegawai/staf yang menerimo  labelkling “beruk” itu biasonyo tidak marah..malah kekadang ado jugak yang sonyum. Ini adolah disebabkan tindakan dilabel sebagai beruk  dan memberuk ini telah menjadi perkara biasa. Oleh sebab telah terlalu banyak kekerapan yang Pak Jeneral ini melabel pegawai/stafnyo sebagai BERUK...ia telah  menukar presepsi  penerima label beruk itu dari Malu, Marah atau kecewa...kepada suatu benda yang melucukan. Anda diantara mereka yang diajukan soalan pertama   sebaik sahaja keluar dari pejabat Jeneral tu dengan kata “...Kau  kena diberukkan tak ?..” Berapa kali kau diberukkan dan sebagainyo. Tetapi Den ghaso kalau perkara ini berlaku kepada staf awam..dah lamo Pak Jeneral itu  dijadikan tugu Bapak Beruk. Itulah keunikan  unit komando...Tak kirolaa, garang mano sekali jeneral tu...biasonyo...situasi yang garang, tense itu akan diubahkan sebagai satu isu yang lucu..oleh para anggota komando...


Den berkesempatan untuk  berkhidmat sebagai Liason Officer kepado Pak Jeneral nie, selamo sebulan lobeh ajo.  Dalam maso sebulan lobeh  tu sompeklah Den mengona hati budi Pak Jeneral nie. Maklumlah sebagai LO dio, Den macam belakangkas...sentiaso mengikut dio kemano poei...dari mulo pepagi sesudah subuh Den ambik dio kek ghumah sehinggo lah dio selosai kojo Den hantar dio balik ke ghumah. Kalau dio out station, dalam negaro, Den pun akan turut ikut. Secaro tak langsung Den jadi “tompek dio mencurahkan hati dan perasaan dan rakan bersembang” ..Dari situ banyaklah Den mengetahui dan mengona hati budinyo...In a short phrase ..”He is a very nice and practical General “...Cumo dio suko menunjukkan kegarangannyo..dan dah memang menjadi “signage” peribadi beliau..suko memarahi orang dengan perkataan BERUK.  Andaian yang Den dapek buek pado maso itu kenapo dio suko melabelkan orang sebagai beruk, mungkin fasal dio terlobih makan sop borok semaso menghadiri kursus basik dulu kot ..hahaha..Anyway part kojo dio, Den memang respek, samo juga part knowledge as a Commando’s General dan memang ado gaya laei.

The only weakness point about this Pak Jeneral , is his wife. Part nei Den maleh nak cerito. Surfice to say that at that time the General is one star General, but his wife..is  A FOUR STAR FEILD MARSHALL.....Sebagai seorang LO, Den sepatutnyo berkhidmat selamo 3 bulan dengan Pak Jeneral nei, dan kalau dio dan wife dio suko, biasonyo dio akan berkhidmat lamo lagi..tambah kontrak laaa.Dan kalau baik lagi..lopeh tu naik pangkat macam borok panjat pokok laa..berrlosuuuppp....habih dipotongnyo senior yang lain..maklumlah pegawai BLUE EYE BOI...! Tapi nasib Den tak berapo baik dan bintang Den maso tu tak berapo corah...ia golap segolap kulit DEN.

Alkisahnyo, ado satu ketiko, Pak Jeneral ini nak pergi ke Melako, semaso itu Kem GGK di Kem Pasifik, Jln Ampang, laa nei Kem tu dah jadi Quarters dah...Dan seperti biaso, wife kepado Pak Jeneral ini jugak akan turut ikut samo. Tengah hari itu, selepas zuhur kami bertolak dari Kem Pasifik, menuju ke Melako. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah institutsi kerajaan , kerano nak mengambil wife Pak Jeneral tu. Sebaik sahaja samapi di sano, Pak Jeneral tu mengarahkan Den turun dan pergi memanggil isteri Pak Jeneral tu di Pejabatnya. Sebaik sahaja Den sampai di pejabat itu, kelihatan,  Isteri Pak Jeneral itu sedang bersembang dengan beberapo orang wanita lain yang mungkin pada tanggapan Den adolah staff beliau. Bilo Mak Datin [isteri Pak Jeneral] nampak ajo Den  datang, dio tahu bahawa dah tibo masonyo  dio kono berhenti bersembang . Mak Datin tu kemudiannyo berkato kepada Den

“ LO [ Namo Den pun tak dipanggilnyo, atau entah-entah dio tak tahu }, you angkat kotak tu bawak ke kereta, dan cakap dengan Dato kejap lagi saya sampai “

...Perghh...sodapnyo mulut, dah lah tak “called me by name/ or by rank ..lopeh tu  erhhh boleh suruh kito angkek kotak laei ..”...Apo dio nak menunjukkan kek kekawan dio yang dio ado power ko ? suruh Pegawi komando yang beruniform angkek kotak dio.”

...kato hati Den, Den pun ghaso sogan jugak dibueknyo macam itu...dopen  geng perempuan dio. Tapi Den sabar, Den buek bodo ajo  dan terus poei ke lokasi kotak yang disuruh nyo Den angkek tu...Sebaik sajo sampai, Den nampak kotak yang tak bertutup  ghuponyo mengandungi beberapo pasang kasut high heel, yang Den ghaso untuk kegunoon Mak Datin tersebut semaso function di Melako nanti. Melihat keadaa itu hati Den jadi paneh..takkan lah Pegawai komando, yang tongak gah dengan beruniform , dengan wing bersilang, dagger, pistol dan bere senget ..yg mano agak ganez penampilan Den pado waktu itu...standard Den angkat kotak kasut yo..Puiiiihhh..mampuih Den tak nak buek “..bontak hati Den, lalu Den kato..


”Sorry  Datin, Saya  tidak angkat kotak itu dan nanti saya akan panggil driver untuk angkat kotak tu...”

...Muko Mak Datin tu jadi merah padam,  tak payah nak berbodak laei, mungkin dio kemaluan..pado waktu itu, apotah laei maso itu kekawannyo masih ado kek situ. Maklumlah Den sudah TIDAK PATUH pado arahannyo.  Kemudian Den terus bergorak menuju ke kenderaan dan memangill driver untuk membawa kotak tersebut. Beberapo minit kemudian, kelihatan driver dan Mak Datin yang terkedek-kedek itu datang menghampiri kereto dengan keadaan muko munchuong ibarat burung kenyalang. Den tidak membuko pintu kereto dio, sebaliknyo dio terus masuk dan menutup pintu kereto dengan agak kuek. Beberapa saat kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Melako. Disepanjang  perjalanan, Den mendengar,,,suaro  Mak Datin seperti merungut.dan marah-marah..kemudian diselang seli dengan  seuara pak Jeneral. seperti suruh bersabar :

”.Alla.biarlaa, orang mudo...Memang ..”..dan sebagainyo,

Den dapat tafsirkan yang mereko mungkin berceirto fasal tindakan Den tadi. Den yang pado maso itu duduk dibahagian hadapan sebelah drive.r..tidak berani menjeling ke cermin atau memusing kepalo ke belakang bilo melihat situasi itu. Dalam hati Den berkato...”


"Sah Mak Datin nie marah  apasal isu tadi dan mengadu kat Daddynyo..”


Entah apolah Den akan kono lopeh nei...Sepanjang perjalanan kami tidka berhenti dan tidak pernah sekali pun sama ado Pak Jeneral atau Mak Datin bercakap dengan Den...Dalam hati,  Den ghaso ado yang tak kono..I smelll rats....in my kitchen. Sangkaan Den memang boto, sebaik sahajo sampai ke ghumah penginapa nmereko di KemSUngai Udang, pak Jeneral  memangil Dendan berkato...


”...OK...Mlm ini you tak payah tidur di sini, you tidur di Mess saja “.


..Itulah kato terakhir yang Den donga dari Pak General itu setelah hampir sebulan lobeh Den menjadi LO dio..Potang tu Den bergorak ke Mess Pegawai dan niat hati nak tumpang bilik kawan...Rupo-ruponyo tak sampai duo jam kemudian , Ado pegawai 21 Kdo datang bagi tahu Den.

.” OK Zar, kau tak payah ikut Dato laei, mulai hari isnin ini kau lapor balik kek uni t21 komando.!”.

..Den yang tercongang-congang mendengar berita itu terus mengangguk-anggukkan kepalo...tanpo perlu berkato apo-apo..Sobab Den dah tahu punconyo...Perghhhh..golap maso dopan Den lopeh tu.....Dan semonjak dari  itu Den tidak pernah di posting keluar dari unit tempur komando, Den berkojo samo ado di 21 Komando dan kemudianyo di 11 RGK dan tidak pernah membuat  sebarang tugas pegawai staf diunit  luar sebagai yang lazimnya berlaku di dalam karier pegawai komando...sehinggalah tahun 2001 baru lah Den berpeluang berkhimat sebagai PS 2 Undangx di MK GGK .Situasi itu memberi disadvantage di dalam kairier Den kerana tidak  berpeluang membuat TUGAS PEGAWAI STAF...Apo  pun Den redho..sobab, sebab pulut santan binaso, sobab mulut Den tersekso huhhuuh..

Apo-apo berbalik kepado  kisah Pak Jeneral tadi...Seterror –terror dio memborokkan orang..akhirnyo dio bertemu jugo dengan seorang pegawai yang sespecies dengannyo. Yang mano pegawi tersebut dihari kemudiannyo juga menjadi seorang Pak Jeneral jugo. Dikisahkan oleh sesatu sumber yang sudah disahkan, ado satu ketiko itu,Pak Jeneral tersebut telah memanggil seorang Mejar (Senior and Subversif} dan memarahi Mejar tersebut di atas  kegagalannyo menyiapkan satu tugasan mengikut kehendak Pak Jeneral tersebut. Pak Jeneral itu dengan nada marah telah memberokkan mejar tersebut....DAN MEJAR YANG TELAH DIBERUKKKAN ITU DENGAN NADA LEBIH MARAH LAGI TELAH BERKATA ..

.”KALAU DATO KATA SAYA BERUK, DATO ADALAH BAPAK BERUK, KERANA SAYA BEKERJA DENGAN DATO “

.... Difahamkan keadaaan agak tidak terkawal waktu itu dan menurut ceritanya, sebaik sahaja MEJAR YANG  TELAH DIBERUKKAN ITU..MEMBAPAK BERUKAN PAK JENERAL ITU, beliau terus keluar dan meniggalkan Pak General  yang mungkin tengah TERKEJUT BERUK  pada waktu itu melihat MEJAR itu MELABELKANNYA SEBAGAI BAPAK BERUK. Walau bagaimana pun dikisahkan, bahawa perkara itu tidak berpanjangan..dan ia hanya menjadi  “open secret” dikalangan staff tertentu...dan Mejar itu tidak dikenakan sebarang tindakan..dan dah rezeki Mejar itu....beberapo tahun berselang...Mejar yang telah dilabelkan sebagai Beruk itu....telah dinaikkan Pangkat sebagai Pak Jeneral Juga...Dah rezeki beruk laa namanya tu.....

Selain  dari suka melabelkan pegawai /staf sebagai Beruk, Pak Jeneral tersebut pada dasarnya antara Pak Jeneral Komando yang mempunyai banyak legacy di dalam komando,. Semasa pemerintahanyo kerja komando  adalah TipTop...Ini membuatkan Den terfikir tentang satu peri bahaso orang kampung Den..

SOMETIME WE HAVE TO BE CRUEL IN ORDER TO BE KIND”.

.. Kalau dalam sogi amalan mudah...Kito kono  “kojam terhadap seseorang ...demi untuk kebaikan mereko.”..erhhh ado kono mengono ko contoh tu... Apo–apo.. Mesej yang lobeh ponting ,

Janganlah kito suko MEMBOROKAN ORANG, KERANO PADA SATU HARI NANTI PASTI AKAN ADO  ORANG YANG AKAN MEMBOROKKAN KITO...HUHUHUH

p/s : Something that worth to think about.