Untuk sesiapo yg tak berkonan fasal blog nei dok
menceritokan fasal komando...tak payah lah nak buek porang saraf dengan Den yo...Dan
cerito Den fasal komando ini memang tak habis-habis...Insyallah sehinggolah Den
habis nyawo. Maleh Den nak layan atau nak sembang fasal isu ini lagi. Kali ini Den nak cerito fasal hal perilaku dan kepenakutan askar Australian
SAS yang pernah buek latihan bersamo. Maaf cakap bukan Den nak memburukan
mereko atau mano-mano askar-askar pasukan khusus orang putih nei yo. Selamo nie
dalam perlbagai media,mereko ini selalu menceritokan akan kegahan dan
keprofesionalan askar mereko. Jarang
kito dongar cerito-cerito negatif fasal mereko. Perkaro ini menyebabkan mereko menjadi lobeh gah dan ia secara tidak langsung
melotakkan minda askar kito pado kelas inferiority complex bilo bergaul dengan
mereko...sogan tak tontu fasal dengan mereko. Perkaro ini tidak sepatutnyo
berlaku. Sebenarnya dari sogi perasan, naluri dan citorasa mereko adolah
manusio jugak macam kito, cumo kelobihan mereko mungkin dari sogi kelongkapan peralatan dan logistiknyo ajo .
Disobabkan bintang Den golap maso dalam
komando dulu, mako dari mulo masuk komando sehinggolah Den berumor 34 tahun,
Den cumo berkhidmat di dalam duo unit
tempur sahajo. Iaitu 21 komando dan 11 RGK. Den tidak berpeluang untuk berkhidmat
sebagai pegawai staf di luar komando seperti
di Markas GGK atau di MINDEF atau dimano-mano pusat latihan yang menjadi
kelaziman di dalam karier pegawai tentera. Walau bagaimanapun, ado baiknyo
bondo tu berlaku pado Den , Disebobabkan lamo sangat dalam unit tempur mako Den
selalu berpeluang untuk beroperasi , samo ado di Sempadan atau pun di Sarawak
ataupun di luar negaro. Selain dari itu Den juga dapek menghaso bergaul dan terlibat dalam latihan dengan banyak pasukan
khas luar negaro seperti US Marines, US Geren Beret, British SAS, Australian
SAS, New Zealand SAS...dan Tentero Singapura Infantri. Hasilnyo banyaklah
pengetahuan dan pengalaman yang Den perolehi fasal askar-askar pasukan khusus
dari negaro-negaro ini..dan di akhir-akhir tempoh perkhidmatam Den , menghaso
jugaklah Den di latih/bergaul/berkerjasama dengan jebon-jebon mereko. Semuanya ini merupakan pengalamana berguno
bagi Den dan mano-mano yang boleh
dikongsi Den kongsikan bersamo dengan pengunjung blog KKK.
Semaso Den membuek latihan bersamo dengan
tentera Australian SAS, ado berlaku beberapo peristiwa yang mano menyerlahkan
sifat jati diri mereko yang sebenarnya. Dan ia adolah berlainan sekali dengan
apo yang digambarkan di dalam media mereko. Seperti dengan konsep latihan yang biasa dilaksanakan
beberapa pasukan khas dari negara lain, Kami juga terlibat di dalam latihan
bersama dengan pasukan khas Australian
SAS. Secara konsepsualnyo...biasanyo
ia akan melibatkan latihan timbal balas, seperti kito mengajar mereko ilmu
peperangan hutan , merek amengajar kito ilmu peperangan bandar [FIBUA- Figthing
In Built Up Area], Special Demolition dan sebagainya. Dan seperti biasa, di
peringkat akhir latihan, kami akan bergabung untuk membuat satu siri latihan ‘raid’
[serangan mengejut] . Semasa peringkat ini, kami akan membuat perancangan
bersama bagaimana nak melaksanakan
serangan tersebut.
Secara umumnya, tentera Australia ini lebih
berhemat dan menghormati askar kito jika dibandingkan dengan tentera British
dan juga Amerika. Den difahamkan sebelum mereka datang, mereka telah diberi pendedahan
berkaitan dengan budaya, adat resam tentera Malaysia. Itu sebabnya kami tidak
mengalamai masalah pergaulan dan masing-masing saling menghormati antara satu
sama lain. Cuma masalah yang kami hadapi adalah masalah komunikasi, kerana
tidak semua anggota kita yang boleh memahami bahasa Inggeris orang Australia
ini...Bila dia jumpo askar kito dio selalu kato ‘
“..Hai
Mike..Howw Are You Too Dyee..!’. [how are you today]
.Kalau bondo tu dicakapakan pado komando kito,
biasonyo komando kito akan sonyum ajo sambil mengangguk-anggukan kepalo macam
faham, dalam pado tu ado jugak yang nakal
dan berkato.
..Good..Good but My name is not Mat my name is
Salleh..”
Sambil mengerutkan muko . Dan kalu bondo tu
diucapkan pado Den selalunyo respond Den
“...I am OK
but I dont know when I am going to die..and how it going to happen ...Why
you ask me ?”
Dan biasnyo Mat Salleh tu akan konfius bilo Den respond macam tu. Dan Den akan
berlalu sambil sonyum kambing...dengan harapan dio faham Den perli dio orang.
Dari sogi displin dan kepatuhan kepado pihak
atasan/pegawai. Askar-askar Australian SAS ini memang tak ado masalah begitu
jugak sikap yang ditunjukkan oleh mereko terhadap pegawai-pegawai komando kito.
Dari segi penampilan, keterampilan mereko memang gah...cumo biasolah masuk
hutan tu standard dio samo ajo macam SAS Britisih...macam badak sumbu main
godah ajo...bilo tersangkut duri rotan , akar kayu...mako terkeluar ayat F dan S yang sinonim dengan Shannon
Ahmad tu terkeluar...
Ado satu
peristiwa yang telah mencabar sifat keberanian dan jati diri
mereka ketika latihan gabungan dengan
pasukan kdo kita semasa latihan peringkat
akhir . Pada masa itu Den berpangkat Lt telah mengetuai Troop Kdo dengan
kekuatan dua seksyen manakala pihak Austraian SAS juga terdiri dua sekysen dan
diketuai oleh satu pegawia
berpangkat Kapt. Semasa penyusupan kami telah diturunkan dengan
menggunakan heli di dua LP atau Dropping Point yang berbeza. Kami dipecahkan di
dalam dua kumpulan di mana satu kumpulan terdiri dari Pasukan kdo kito dan satu
lagi dari pasukan Australian SAS. Dari
situ kami di kehendaki menyusup masuk ke kawasan sasaran dengan berjalan kaki
sejauh lebih kurang 50 km dan kami dikehendaki bergabung semula di satu RV yang
terletak kira-kira 5 km dari kawasan sasaran. Sasaran kami adalah kawasan
pasukan bot tempur musuh yang terletak di kawasan pantai.
Setelah 5 hari berjalan akhirnya kami sampai
di tempat RV yang dijanjikan. Dari sana kami telah membuat perancangam bersama.
Pada peringkat permulaan semuanya OK sahaja. Walau bagaimanapun kami menghadapi
masalah untuk membuat ‘close recce’ kerana kawasan tersebut sangat strategik
dan amat sukar untuk di buat tinjauan rapat. Ini menyebabakan kami menghadapi
masalah di dalam perancangan akhir kami untuk melaksanakan serangan ke sasaran
tersebut. Setelah semua usaha menemui jalan buntu akhirnya Den telah mencadangkan untuk membuat
tinjauan melaui arah laut. Cadangan Den
itu tidak dipersetujui oleh Kapt
Australian SAS kerana terlalu bahaya dan katanya kami tidak mempunyai kemudahan
bot. Pada masa itu den membantah dan mengatakan bahawa, laluan tersebut tidak
boleh menggunakan sebarang bot kerana ia amat mudah di kesan oleh musuh,
hanya satu cara sahaja iaitu dengan
bergerak mengikut air pasang. Semasa air surut di kawasan itu, ia agak jauh ke
tengah laut, dan pada masa itu kita boleh berjalan dan sekiranya kita berani
dan mengikut paras air pasang , maka pergerakan kita agak sukar untuk dikesan
oleh musuh. Den mendapat maklumat ini semasa sesi tinjauan kedua Den untuk
merapat kekawasan musuh, dan pada masa itu air sedang...surut. Dari kawasan itu
kita boleh menghampiri sasaran dengan mengikut paras air pasang, keadaan ini
agak bahaya,lambat dan perlukan kesabaran yang tinggi tetapi adalah paling
sesuai dan tidak mudah dikesan oleh musuh kerana musuh tidak akan menyangka yang
kami akan datang dari arah laut tanpa
menggunakan sebarang bot/perahu.
Pada malamnya Den bersama seorang lagi anggota
Den telah cuba memasuki kawasan sasaran mengikut arah dari laut. Pergerakan kami
agak lambat kerana, semasa air surut, kami terpaksa berjalan jauh dari kawasan
sasaran untuk mengelakkan dari dikesan musuh. Agak lama juga kami menunggu air
pasang...semasa air pasang kami mula bergerak perlahan-lahan mengikut paras air
dipinggang...setelah hampir sejam baru kami
sampai di tepi pantai kawasan sasaran. Pada waktu itu jam dah
menunjukkan hampir pukul 2 pagi...Den telah merangkak disepanjang pantai itu
dan dapat mengenal pasti beberapa lokasi
penting sasaran musuh. Setelah berpuas hati dengan maklumat diperolehi, kami
bergerak masuk semula ke kawasan air dan menyusuri tebing sehingga kami selamat
keluar dari kawasan tersebut.
Pada sebelah paginya Den telah memaklumkan
akan kejayaan kami membuat tinjauan tersebut. Den telah membuat keputusan untuk
mengikut jalan yang sama untuk kami melancarkan serangan. Cadangan Den di
bantah oleh Capt Australian SAS. Den tahu bantahan dibuat adalah disebabkan
masalah keselamatan, mereka khuatiri bahawa ia akan menyebabkan anggota lemas
kerana berpakaian lengkap dan pada masa itu tiada sebarang bot yang boleh
digunakan sebagai langkah keselamatan. Walau bagaimanapun Den membantah dan
mengatakan bahawa laluan tersebut adalah selamat, kerana Den telah melaluinya.
Bagi nak meyakinkan mereka Den mengatakan paras air pasang di kawasan tersebut
adalah hanya pada paras dada Den sahaja, jadi ia tentu tidak menjadi masalah
kepada anggota Aust SAS kerana mereka lebih tinggi dari Den. Walau bagaimanapun
mereka tetap membantah. Akhir Den membuat keputusan yang serangan akan dibuat
mengikut laluan tersebut, walaupun tanpa diikuti oleh anggota dari pasukan
Australian SAS .Keadaan ini telah menimbulkan “suasana tidak selesa” antara
kami yang telah berkerjasama dengan baik sebelum ini. Kemudiannya Den memanggil
anggota Den dan meyakinkan mereka bahawa, kawasan itu adalah selamat dan Den
akan menjadi guide mereka. Satu yang Den respek kek anggota komando nei,
semangat loyalty kepada bos ini memang tinggi. Mereka semua bersetuju dengan
cadangan Den . Dalam konteks in “MISSION FIRST...SAFETY DISCOUNTED !”
Malam itu tepat jam 12 kami mula meninggalkan
base kami menuju ke sasaran. Mungkin kerana terpaksa atau malu alah, akhirnya semua
anggota Aust SAS mengikut kami malam itu...Kami berjalan penuh taktikal, walau
pun begitu masih ada rungutan/rasa tak puas hati dari puak Aust SAS nei. Den
buek-buek tak donga ajo dan meneruskan perjalanan..dan bila menghampiri kawasan
untuk memasuki sasaran, Den mengarahkan supaya mereka berada di dalam keadaan
sebaris dan memegang bahu anggota hadapan. Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana
anggota dari hilang semasa pergerakan. Setiap 10 minit Den arahkan mereka
membuat pemeriksaan anggota dengan orang yang paling belakang akan mengira. 1..2..
sehingga orang dihadapan menyebut 24, bermakna semua 24 anggota yang terlibat
dalam serangan itu tidak termasuk Den berada di dalam keadaan selamat.
Kira-kira 30 meter sebelum menghampir pantai sasaran, Den telah mengarahkan
agar mereka menukar fomasi dari sebaris ke formasi melintang..kemudian kami
terus bergerak menghampiri sasaran...Kami sampai disasaran kira-kira jam 2 45
pagi. Air telah pasang pada paras pinggang kami, Den telah mengarahkan mereka
agar duduk/mencangkung di dalam air
dengan hanya menampakkan kepala sahaja
supaya kehadiran kami tidak dikesan musuh . Tepat jam 3:00 kami memulakan
serangan..dan kira-kira 15 minit kemudian serangan tamat, dan kami bergerak
merempuh pintu utama kawasan sasaran dan
bergerak balik ke pengkalan kami, dari sana kami kemudiannya berpecah menuju ke
pick up point kami yang terletak
kira-kira 30 km dari situ.
Pada keseluruhannya serangan itu boleh dikategorikan
sebagai berjaya. Pihak musuh tidak menyangka yang kami akan melakukan serangan
dari laut, kerana mereka tahu ia agak sukar lebih-lebih lagi kalau tiada
bantuan bot. Bagi Den, serangan tersebut berjaya mencapai element of surprise kerana kami telah melaksanakan satu penyusupan
yang tidak disangka-sangka oleh musuh walaupun ia memerbahaya. Selepas latihan
itu, Capt Aust SAS tidak pernah, membincangkan isu penyusupan masuk ke sasasran
musuh itu kerana mungkin mereka malu dan tidak mempercayai akan kata-kata Den
sebelum itu. Bagi Den approach yang kami ambil itu tidak merbahaya mana, kerana
Den telah melaksanakannya terlebih dahulu dengan melalui kawasan itu dan faham
akan keadaan topografi dan menggunakan kesempatan dari keadaaan air pasang
surut itu. Cuma masa itu, mungkin fasal Den mudo laei, Den akan berkato dengan
nada sombong dengan Capt Aust SAS
..” Never Underestimate..Our Capabalities:..for
all you know we migth far more better than u all “
...Capt tu tak berkato apo...cumo songeh
kambing ajo..
