Tuesday, 10 July 2012

Commando's General and The Reds [ants] Army


Selalunyo bilo Den menulis, Den pilih kisah yang melibatkan rakan-rakan dan juga angota kumpulan Lain-lain Peringkat. Jarang sekali pengkisahan yang melibat pihak atasan atau pegawi kanan atau jeneral. Apo fasal yea?. Den ponah jugak terbaco ado beberapo blog yang menulis fasal pegawai atasan dengan niat nak menjatuhkan namo baik pegawai tu. Ado juga Den peghasan  yang menulis kisah pegawai atasan atas sobab nak membodek pegawai tersebut. Pendek kato kisah-kisah pegawai atasan di dalam ATM in jarang ditulis  dan kalau ditulis hanya disebabkan satu di antara duo sobab. Pertamo sobab si penulis marah sangat dengan pegawai tu dan nak malukan pegawai tersebut  atau sebab nak bodek pegawai tersebut atas alasan sipenulis itu sendiri yang mengetahuinyo.


Erhemmm..Seingatan Den kalau nak bercerita fasal pegawai kanan /atasan dalam komando ini memang banyak yang boleh dituliskan  dan silap-silap boleh buek buku baru Den...The Commando’s General ..huhuhuh. Setiap Jeneral yang pernah berkhidmat di dalam komando biasonyo mempunyai identiti atau trade mark sendiri dan ia nyo berbeza antaro satu samo lain. Sebagai contoh kalau General tu dio minat main basket ball, mako seluruh unit di bawah GGK akan menjadikan games basket ball tu sebagai games utamo mereko. Kalau general tu minat berbasikal, mako akan berduyun-duyun lah anggota boli basikal baru nak samo-samo mengayuh dengan general tu. Kalau general tu minat memancing  mako akan lahirlah ramai pemancing-pemacing baru  diketika itu. Dan kalau general tu kali berlari..mako akan lahirlah lebih ramai  geng pelari jarak jauh di dalam konado. Itu dah menjadi satu phenomena yg biasa di dalam komando dan ia akan berubah mengikut citaraso pegawai kanan atau general yang memerintah pado maso tu.

Tapi bukan isu itu yang Den nak tuliskan kali ini.Sobab bondo tu tak ado urmmpp dan nilai dari sogi  ‘atikel blog’..ia adolah biaso dan mundane..kato orang putih. Dan Den pun tak berniat nak menulis keburukan dan kelomahan yang ado  pado General  komando, sobab tak ado faedahnyo, buek menyakitkan hati orang membaconyo dan Den sebonarnyo tak ado apo-apo dondam pun dengan mereko. Den punbukan boto dan baik bonoa....huhuhu. Begitu jugo Den tak berniat nak menulis kebaikan dan keluhuran hati budi pak-pak general komando ini, sebob Den ghaso tak sesuai lak..ado berbaur  nak membodek..huhuhuu...Isu yang Den nak ceritokan adolah beberapo  kisah yang melibatkan mereko yang mano Den ghaso elok dokongsi bersamo kerano kish itu menjadi satu “a moment that most of us  will laugh at”...bilo mengonangkannyo. Dan Den ghaso kalau Jeneral tu baco kisah itu pun , pasti dio tak akan marah dengan Den ...bukan niat  nak mengonokan dio..tapi semaso berlaku peristiwa itu, walau pun ia sebenarnyo di dalam satu situasi yang genting , serius .....Den dan beberapo suku sakan Den akan sonyum dan sonyum.....

Alkisahnyo....ado satu ketiko  di dalam Markas GGK  yang pado maso itu masih laei  berada di Kem Sungai Udang, ia dipimpin oleh seorang pak jeneral yang amat terkenal “garang”, tegas , adil dan saksamo. Jeneral komando yang garang dan berapi ,  bukan lah satu isu yang bosar di dalam kor GGK. Ini adola kerano memang ramai  pak general dari GGK yang mempunyai sifat begitu. Bagi kami ia tidak menjadi masalah, sobab dah lali gitu. Tapi pak jeneral yang Den ceritokan ini, dio ado kelainan sikit, bukan sajo garang dan tegas..dio tu adil dan saksamo. Maksud Den dio adil dan saksamo adolah..kalau dio suruh orang buek latihan PT, dio akan buek dulu, kalau dio suruh panjat tali, dio akan panjat tali..kalu dio dah tak larat nak naik bukit, dio tak akan pakso orang lain naik bukti...Pak jeneral ini dalam bahaso yang mudah adolah pak jeneral yang mrengayati term COMMANDO tu dengan boto. Dio COMMAND..kemudian di buek DO...Baru boto jadi pemimpin komando. . Tapi bilo part isu garang dan tegas ini..fuhhhh susah Den nak cerito...dio pulak suko bagi arahan yang polik-polik yang tak pornah  dibuek dek orang.  Mesyuarat itu ikut dan dio ajo....ado kalonyo mula jam 12:00 mlm, selesai sesudah suboh..siap ado rehat dan majlis qiamulai lagi...Kalau morning prayer, istilah brefing  pagi setiap hari di Markas GGK, starts pukul 1000 selepas PT akan selosai ikut mood dio..kekadang sampai makan tongahari..dan tea time. Kalau staf tak sompek buek laporan/audit/ Lembago siasatan...staff/pegawai tersebut akan diquarantine di Bilik gerakan sehingga bondo tu disiapkan. Walau bagaimanpun bondo-bondo tu bukan laa sesuatu yang polik atau menyusahkan bagi pegawai komando...Ia secara tidak langsung memang mendatangkan kebaikan kerano semuo kerja jadi  up todate, selosai di dalam maso yang ditotapkan....semuonyo nak copek....Kalau pak jeneral tu bagi kito kojo, dan kito tanyo balik bilo Bos nak ..jawapanyo ..aku nak bondo ini siap semalam lagi huhuhu..Takko haru dibueknyo. But itulah typical answer yang dio selalu bagi...Bagi kojo ari ini , nak siap semalam lagi...Boleh ko ?

Anyway..segarang-garang dan setegas-tegas  pak general nie,dio selalu buek lawak secara tidak langsung dan mungkin tanpo disedarinyo.  Bagi dio bondo tu atau arahan yang dikeluarkan adolah satu bondo serius, tapi bagi geng-geng pegawai/anggota komando yang samo jugak sekepalo dengannyo boleh menukarkan situasi itu dari situasi yang tense, togang kepado situasi lawak bodoh huhuhuu. Ado satu peristiwa yang berlaku diwaktu subuh hari semaso perbarisan PTpagi. Pak Jeneral ini, memang kaki PT dan kalau perbarisan PT biasonyo dio akan lead. Biasonyo geng-geng macam Den akan tersenarai di dalam geng KTB {Kumpulan Tinggal Belakang] ,tak larat nak mengikutnya berlari..keliling kem dua kali, naik mentagor, panjat Flat  MQ  yang telah dikosongkan setinggi 5 tingkat dan biasonya bilo Den tibo di garisan penamat....perbarisan PT dah nak abis dan dah siap buek warming down lagi..Tapi yang cantiknyo...Pak Jeneral ini tak akan marah..yang ponting...kami ikut sampai habis dan tidak menuang.

Ado satu pagi tu kami semuo dikehendaki berbaris untuk PT di kawasan padang Stadium Kem Sungai Udang.  Perbarisan tersebut sepatutnya  diadakan awal dan dijangka pada pukul 6:30 pagi kami akan mula berlari dan mengikut radio karat, Pak Jeneral tu nak bawak kami berlari....jarak jauh...masuk Kem Terendak, larian Pantai..Entah macammano agaknyo..ramai  yang datang agak lewat pado pagi itu. RSM dah kelam kabut, lapur lambek kek Pegawai Bertugas...dan setersunyo Pegawai Bertugas Lapur lewat ke Ketuo Staff..dan Ketuo Staff lambeklah lapor ke Pak Jeneral tadi. Situasi ini membuatkan Pak Jeneral itu marah. Habih di homputnyo kami dan diberi tarbiah berkenaan keperluan “menepati maso”...Sambil marah dan berkhutubah...Pak Jeneral ini berkato...

“Tak berguna kamu semua pakai jam tangan.” [Sambil membukan jam tangannya}

“Ada jam puntak boleh nak ikut, lebih baik buangkan saja benda ini...Buat menyusahkan tangan saja.”

[Sambil tu pak jeneral tadi membuka dan membaling jam tangannya , nun tinggi ke  udara dan jam itu  jatuh agak jauh di bahagian belakang anggota yang sedang berbaris di padang rumput itu.]

Sebaik sahaja beliau membalingjam tersebut, dan nasib baik tidak mengenai sesiapa..kerano kalau kena, Den gerenti mesti berjahitnyo..memandangkan jam tu agak besar, maklumlah  jam jeneral....kalau dibaling pado anjing pasti  anjing itu pun akan mati. Walaupun jam tersebut jatuh dibahagian belakang anggota yang berbaris, TIDAK  ADO SEORANG PUN KOMANDO YANG MEMPUNYAI  BUDI PEKERTI UNTUK MENGAMBIL JAM TERSEBUT DAN MENGEMBALIKAN KEPADA PAK JENERAL ITU. .....melainkan semuanya diam dan tunduk mendengar khtubah dari Pak Jeneral itu.

Agak lama juga beliau berkhutubah...akhirnya dia memberi arahkan supaya baris berpusing ke kanan dan mengarahkan dalam bahasa kawad....

..”Dari .....kanan..cepat lari..”

....Semasa berlari..beberapo pegawai yang mengetuai kumpulan hadapan tidak pasti “route “ larian pagi itu. ini  adalah keranan biasanya Pak Jeneral itu yang akan menjadi  :”lead”, setelah kumpulan melepasi bukit Sarjan Mess, salah seorang dari pegawai telah mengarahkan supaya...kumpulan tersebut berlari mengikut route keliling kem sahaja..kerana pada masa itu kelibat pak Jeneral itu masih lagi tidak kelihatan di barisan hadapan kumpulan tersebut.....sebagaimana lazimnya. Pada masa itu kami berpendapat mungkin pak jeneral itu amat marah atau merajuk maka beliau tidka mahu berlari bersama kumpulan PT itu. Maka kami pun terus berlari mengikut route keliling kem dengan rasa gelisah, risau..dan sebagainya kerana Pak Jeneral dah mengamuk.

Sebaik sahaja kami hampir berlari satu pusingan dan tiba semula di kawasan di mana kami mula berbaris tadi..kelihatan seorang lelaki yang berumor memakai seluar track sut hitam dan bert shirt putih..sedang merayau-rayau..di kawasan di mana tempat perbarisan kami tadi sambil tertunduk-tunduk seolah-olah mencari sesuatu. Setelah menghampiri kawasan tersebut barulah kami perasan yang kelibat orang tua itu adalah Pak Jeneral yang sedang mencari sesuatu di kawasan padang itu. Pada masa itu secara automatik kami menjangkakkan bahawa beliau mencari jam tangan yang dibalingkanya sebagai CONTOH pagi tadi. Semasa itu kami tidak bersuara, melainkan mempercepatkan gerakkan larian kami untuk round yang kedua  dan berpura-pura seolah-olah tidak nampak Pak Jeneral yang sedang mencari sesuatu itu. Sebaik sahaja melelpasi kawasan bahaya itu..Ramai di antara kami yan tergolak....hahaahhaa..dan ado yang berkato

“....Adoi sapolah suruh kau buek demo baling jam tu tadi..kan dah kono carik sendiri...mungkin jam  tu jeles Rolex..atau kurang-kurangpun immitation Rolex kot...kalau tak takkan pak jenneral tu bersungguh-sungguh mencarinyo..”

Hari itu kami hanya berlari dua pusingan sahaja..sebaik sahaja selesai...Pak Jenneral itu dah tak ado di kawasan tersebut....Dan semasa morning prayer itu...Pak Jeneral itu tidak menunjukkan sebarang peranghai yang tak baik..Dio kelihatan selambo ajo dan seolah-olah tidak ado berlaku apo-apo kejadian semasa Pt pagi itu....Dan kami pun berlakonlah seolah-olah ..nothing really happens....thaat morning..huhuhuu

Masa berselang, bulan berlalu...disuatu pagi yang lain, kami semua dikehendaki berbaris untuk PT di kawasan padang Bola keranjang di bahagian belakang Markas GGK. Semuanya berjalan lancar pada pagi itu, dan dalam jam 6:30...perbarisan telah siap untuk diserahkan kepada Pak Jeneral tersebut. Sambil menunggu ketibaan Pak Jeneral itu, kami berbual dalam nada berbisik antara satu sama lain di dalam barisan. Tiba-tiba kami terdengar sayup-sayup suara herdik marah,  dari sumber yang tak asing lagi pada masa itu , Pak Jeneral kami, disebabkan terdapat beberapa buah motosikal  awam yang telah di parkir di kawasan  parkir MT [ troop kenderaan }. Keadaaan ini membuatkan Pak Jeneral naik marah. Situasi tersebut membuatkan kami yang memang sudah sedia berada di dalam perbarisan menjadi resah gelisah. Perghh..apa pulak yang kami akan kena nie. Beberapa minit kemudian, kelihatan Pak Jeneral berdiri sambil mencekak pinggan dihadapan perbarisan. Secar kebetulan tempat beliau berdiri itu adalah kawasan yan gagak tinggi dan di sekitar kawasan tersebut ditanami dengan beberapo anak pokok pinang jantan.  Sambil memarahi kami  dan dengan nada yang menjerit –menjerit , Pak Jeneral itu berkata

“...Kau orang ini, keras hati, degil macam tunggul, tak faham-faham arahan yang telah dikeluarkan . Pokok ini [sambil menunjukkan ke arah sebatang anak pokok pinang yang berada di hadapanya}...kalau dibentuk, kalau dilentung..sekurangnya-kurangnya akan ikut jugak” [...dalam pada masa yang sama Pak Jenneral itu menendang pokok tersebut, dan berkata

 “Kalau ikutkan hati dah lama aku akan patah-patahkan motor itu  macam aku patah-patahkan pokok ini”.

Pada masa itu kelihatan Pak Jeneral beria-ia benar menendang dan cuba menarik pelepak  anak pokok pinang itu mungkin dengan harapan untuk mematahkannya.....sebagaiman niatnya untuk mematah-matahkan motor tersebut. Malangnya perkara itu tidak berlaku. Lalu dia menarik {merengkoh} daun pokok pinang itu,,,dengan sekuat hati mungkin dnegan harapan ia akan mematahkan pokok tersrebut. Walau bagaimana, tindakannya tiba-tiba terhenti,..dalam masa yan gsama suaranya yang dalam kemarahan tadi tidak mengeluarkan sepatahpun perkataan...melain asih..asish..uhs../dan kelihatan Pak Jeneral itu,,,melompat-lompat dan cuba menapis sesuatu yang berada di badannya dan sekitka kemudian kelihatan pak jeneral itu berlari ..sambil membuka baju .meninggalkan perbarisan dan menuju ke biliknya .Kami yang pada masa itu kehairan..akhirnya mendapat jawapan bahawa Pak Jeneral itu telah diserang oleh segerombolan askar semua merah [kerengga] yang berada di pelepah anak pokok pinang itu. Kami gelak tanpa mengeluarkan suara....tappi  air muka kami semuanya kelihatan ceria kerana menahan ketawa melihat aksi  Pak Jeneral Komando yang telah lari meninggalkan kami disebabkan serangan Semua Merah.....hahaahahha. Dalam hati seterror -terror Harimau bolom tontu dio boleh monang dengan mahluk kocik seperti somut merah. Elok  mano yang perasan kuek ambik iktibar dari cerito rakyat komando ini. Pado pak Jeneral....kalau Pak Jeneral membaco kisah ini...jangan marah yo....Den  ghaso ado unsur teladan dalam ceirto ini yang boleh Den  sharekan kek kekawan Den.. where HOW The Commando’s General Was Biten By Reds Ants Army huhuhu.....Apo pun secaro peribadi Den memang respek kek Pak Jeneral kerano Pak Jeneral .amalkan konsep ...Cakap dan Bikin....COMMAND n DO semaso era pemerintahan Pak Jeneral..