Wednesday, 4 July 2012

Cerito Hero : REKOD DAN SIMPAN

PW II Azman bin Mohd Tahir
18JULY  1994 UNOSOM  -SOMALIA

Den mulo mengonali arwah PW II Azman bin Mohd Tahir pado tahun 1990 lagi. Pado maso itu Den mengenali beliau disebabkan beliau adalah antaro geng Tim Menembak GGK yang boleh dikatokan termasuk dalam kategori lagenda GGK. Dio berkelayakkan sebagai seorang anggota sniper. Walau bagaimanapun Den tidaklah begitu rapat atau intim dengan beliau kerano kalau tak silap Den dio pado tu masih lagi berkhidmat di Kem Slim , Cameroon Highland Pahang di dalam unit 22 Komando. Dari sogi perwatakkan apo yang boleh katokan adolah dio seorang yang lomah lombut. Dan dari sogi rupo paras dio dikateogrikan sebagai antaro komando yang hensem. Biasonyo dalam komando ini kalau ado sepuloh anggota yang berbaris, sembilan daripadonyo muko macam “nak pocah pintu” punyo geng. Hehehee Den pun termasuk dalam kategori tu jugak laa. Apo-apo dari segi pergaulan, Arwah ini seorang yang agak peramah, dan sangat mudah tersenyum.


Pada zaman itu, Arwah agak terkona dikalangan peringkat Pegawai dan  PTT Kanan Komando kerano kepakarannyo di dalam ilmu menembak. Beliau adalah antara anggota Tim Menembak GGK yang memang berada dizaman kegahanyo pada era itu. Pada setiap kali acaro pertandingan menembak antara unit-unit Tentera Darat...kalau tak silap Den lobeh dari limo kali berturut-turut geng tim penembak GGK menjadi Johan Keseluruhan...Sehinggokan dah naik muak Den kono berjalan balik dari Simpang Sungai Udang masuk ke kem kerana berarak meraikan kemenangan Tim Menembak GGK. Apo-apo pun itu adolah legacy Tim Penembak GGK yang pado maso ini Den tak pasti adokah mereko masih berada di persada juara semaso pertandingan menembak diadokan di era ini.

Kali terakhir Den melihat Arwah  adolah sekitar tahun 1993 dimano pada maso itu kalau tak silap Den arwah bertugas sebagai Troop Sjn di Skuadron Y , Rejimen 21 Komando.  Semaso itu Den menjadi ketuo Trup Skduaron Tanggo , 11 RGK. Semaso tahun itu, kalau tak silap Den (Den tak berapo pasti  tahun sebenarnya) Arwah telah terlibat  di dalam satu Operasi Kota Foxtrot di Kawasan Sempadan Malaysia –Thai. Di dalam operasi itu, satu tim RKK dari Y Sqn 21 Komando telah berjaya menewaskan musuh” negaro  semasa di dalam operasi tersebut. Den dimaklumkan bahawa arwah adalah orang yang berjaya menewaskan musuh tersebut . Selepas perjanjian Damai di Hatyai, ini lah kali pertamo anggota keselamatan kito berjaya menewaskan “musoh” di kawasan perbatasan hutan  sempadan negaro. Dan dari sogi sejarah kejayaan Skuadron Yangkee , 21 Komando, mako bertambahlah satu lagi bintang pado benderonyo, walaupun bintang itu berwarno hitam. Den tidak berhajat nak mengulas panjang fasal “perisitiwa” dan kejayaan  itu  di sini.Ado isu sensitif.  Tapi cukuplah Den katokan bahawa Arwah lah HERO sebenarnya di dalam perisitiwa itu.

Pado tahun 1994 Arwah telah terlibat sebagai anggota Tim Combat Rescue Tim yang bertugas di bawah Panji-panji PBB di bumi Somalia. Misi tersebut di konali sebagai UNOSOM 11 . Pada 18 hari bulan July 1994. Arwah telah terkorban bersama seorang lagi anggota tentera bernama Lkpl Ganie .  Bagi mendapat gambaran tentang perisitiwa tersebut, Den telah membuat googling dan hasilnya Den ada menjumpai satu artikel dari blog yang menceritkan kisah tersebut. Pemunya blog tersebut secara kebetulan adalah  kawan cyber Den Yastro. Dan dari penulisannya di memaklumkan maklumat tersebut diperolehi dari portal Panggilan Pertiwi yang telah diceritakan oleh seorang yang menggunakan nick Sniper Gunong yang  berada di sana sebagai seorang anggota sniper semasa kejadian tersebut.  Keadaan ini membuatkan Den menggelengkan kepalo Den. Fasal apo tak ado formal report ko, cerito hebat rasmi ko fasal perjuangan anggota ATM yang di disiarkan untuk tatapan umum sebagai satu bahan sejarah, isu patriotik dan menonjonkan semangat perjuangan anggota ATM dibuat oleh pihak tertentu. Ini yang ado adolah “cerito-ceirto tak rasmi dari sumber-sumber bebas”...yang mano mungkin orang tak percayo bilo diceritokannyo. Dalam kes ini, secaro kebetulan ,Den adolah geng Panggilan Pertiwi, Si Sniper Gunung adolah kawan cyber Den dan si Yastro adolah org awam yg minat dan mempunyai semangat yg tinggi fasal ATM.yang jugo kawan cyber Den..Ini seolah-olah kami bercerito sepusat sepusing ajo...!!! Sobab tak pueh hati Den kemudian buek lagi googling  fasal insiden 18 jul 1994 yang mengakibatkan  pemergeian duo orang pejuang negaro itu.Hasilnyo adolah Den jumpo sedikit catatan dari wikipidia... Malaysian Army - Wikipedia, the free encyclopedia yang mano mencatitikan mengenai peristiwa itu

“.../One of the known foreign operations involving this regiment was an attack by Somali militia on a convoy transporting UN Intelligence Chief in UNOSOM II on 18 July 1994. In the action, 2 members of the regiment were killed in action while another 4 were wounded. One of the injured men was taken hostage by the militia and was released 9 hours later.”

Walaupun Sniper Gunong kawan cyber Den itu mengaku berado disano dan menceritokan kejadiaan itu sebagaimano yang disiarkan dalam blog YASTRO, Den tak pueh hati selagi Den tak dapat maklumat dari sumber lain untuk mengesahkan kejadian tersebut. Hasilnyo Den telah berjumpo dengan SOS Den, maklumat A1 dan dari cerito versi SOS Den ini, Den boleh katokan, apo yang diceritokan oleh Sniper Gunong di sini mengenai kes yang melibatkan kematian arwah Azman bin Mohd Tahir adolah 99% boleh dipercayai dan menyamai versi yang Den terimo dari sos Den. Duo perkaro yg paling Den tertarik pado cerito si Sniper Gunong adolah berkenaan statmentnyo :

“Apa yang saya diberitahu kita punya Gen. Aboo Samah sudah warning Gen. Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs.”

“Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu "diorang tembak Ganie hidup-hidup!!”

Dimano statement di atas adolah statement yang samo dibori oleh SOS A1 Den. Cumo maklumat yang berbezo adolah statament  Sniper Gunong ,mengenai :

“Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana di dalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenal pasti apabila pulang mesti laluan yang lain.”

Ini adolah kerano mengikut SOS A1 Den, kenderaan arwah adalah kenderaan pengiring kepada Pegawai Intel Italy, dan kenderaan arwah hanya mengikut  pergerakan kenderaan askar Italy yang bergerak di hadapan. Jadi Tim Pengiring tidak boleh membuat pemilihan laluan jalan dan hanya mengikut kenderaan Italy tersebut. Dan kito dah tahu mindset org barat ni, kalau ia pun kito bagi tahu supaya ikut pelan perjalanan kito..mampuh dio tak akan ikut sobab dio orang biasonya..tak berapo hormat orang asia. Akibat dari kebodohan pegawai risik italy itu menyebabkan dua nyawa anggota kita terkorban dan untuk askar dio seorang sajo cedero...

Mengikut cerito SOS A1 Den, semasao kejadian itu, kenderaan pegawai Italy itu telah ditahan oleh sekumpulan anggota militia dengan menggunakan senjata HMG, mereka terus berhenti dan menyerah diri dan mengikut ceritonya menangis-nangis merayu supaya tidak ditembak, kerano pasa maso itu geng militia yang menahan mereko menyuruh mereko membaca surah alfatihah/mengucap. Walau mereko tak boleh nak bersyahdah, tetapi mereko terselamat kerano puak somali memahami bahasa mereka. Untuk pengetahuan Italy pernah menjadi penjajah somalia sebelum ini. Atas sebab itu mereka tidak ditembak sebagaimana nasib LKpl Ghanie. Sementara itu mengikut versi SOS A1 Den , Lkpl Ghanie di percayai masih hidup semasa di tangkap oleh puak militia tetapi kemudiannya ditembak kerana, semasa mula-mula serangan hendap tersebut, ia itu semasa kenderaan yang di pandu oleh Arwah PW 11 Azman terhenti, Lkpl Ghani dipercayai berjaya memberi tembakan balas dengan menggunakan senjata M203 [pelancar bom attached to M16]. Situasi itu menyebabkan beberapo orang ,militia telah tercedera. Dan ini menyebabkan anggota militia yang lain menjadi marah dan membunuhnyo semasa beliau di tawan. Sejauh mano dakwaan SOS A1 ini Den tak dapat nak pastikan. Nantilah kalau ado rezeki Den berjumpo dengan Sjn Zaidi atau Mat Budu ko yang terlibat di dalam insiden ini Den akan korek cerito dari dio orang lak.

Di sini Den nak usulkan satu isu yang mano diharap dapek perhatian oleh pihak-pihak tertentu. TAPI SEBOLOM TU DEN NAK  MINTA MAAF SOBAB ADO PIHAK YANG AKAN MARAH DENGAN USUL DEN INI. BUKAN APO DEN GHASO BONDO INI BONDO BAIK ELOK DIBUEK .  Isu yang Den nak usulkan , adokanlah tim yang boleh menulis dan merekodkan insiden-insiden ini dan kemudian simpan rekod-rekod ini untuk dijadikan bahan sejarah yang mungkin boleh dibuek pelajaran, digunakan sebagai bahan untuk mentarbiahkan semangat patriotik kepado generasi mudo . REKOD DAN SIMPAN.