PROMO COURSE

PROMO COURSE

Pages

KENGKAWAN SIBER DEN

Sunday, 15 July 2012

ASKAR PENCEN : BE A MAN !!


Notes : Recruiting Followers Campaign . Planning  to restrict the blog access to My Followers.Only ..Pliz add as my follower.. just in case  I decided to give access to my followers only in the future. It's Free. No Hidden Charge ..At least i know who is reading my blog...huhuhu

Hari-hari cerito fasal Pak Jeneral , tak elok jugak nanti ado yang akan hontam Den. Kali ini den nak ubah topik sikit, yang mano mungkin akan buek ado Pak Mamat  Askar Pencen yang tak bersetuju dengan isu ini dan hontam Den jugak..huhuhu. Kali ini Den nak menyembang fasal askar pencen lak. Semenjak Den pencen nei dan dah masuk tahun keduo , Den mulo ghaso pelbagai masalah untuk menyesuaikan diri  menjadi orang awam nie. Maklumlah  dalam askar dulu, Den umpamo mahkluk yang diceritokan oleh Abg Jamal, Di hujung sebuah kampung, ado sebuah teratak, di dalam teratak ado sebuah bilik, di dalam bilik ado sebuah almari , di dalam almari ado sebuah kotak, di dalam kotak ado  sebuah tenpurung dan di dalam tempurng adolah seekor katak !. Den dan duni a askar Denajo...Pergh.. itulah yang Den bayangkan DIRI Den semaso di dalam ATM dulu dan ini adolah perasaan Den sorang yo..mungkin anggota ATM lain tida meraso begitu. Jadi bilo Den dah pencen baru lah Den nampak dunio sebonar, dan unpomo lombu yang sodang  meragut ghumput berkato kepada rakan selembunyo :..“the grass on the other field is always greener, but once you get there it is not really so”.


Walau pun Den pencen dan mempunyai kelulusan akedemik, tetapi  itu bukannyo satu jaminan yang perjalanan seterusnyo di dalam dunia awam akan mudah.  Faktor  usio lak memainkan peranan .Banyak halangan dan cubaanyo. Sobab itu walaupun dah berpencen hampir duo tahun , Den masih lagi kelabu nak buek apo sebonarnyo nak membosarkan anak-anak Den yang bolom cukup bosar nei... Berdasarkan kepada situasi  Den ini, mako dapeklah Den memahami masalah-masalah untuk menyesuaikan diri yang berlaku pado ramai askar-askar pencen ketiko ini. Dari situ barulah Den faham kenapo begitu ramai daripado mereko masih mengharapkan belas ihsan dan mengadu kepado  Persatuan Veteran, ATM dan kerajaan . Dan bilo kerajaan atau ATM tidak dapek membantu mereko sebagai mano mengikut kehendak mereko, mako mereko akan bertindak memburukkan ATM, Kerajaan dan Persatuaan Veteran. Den secara peribadi memang tak bersetuju untuk terus mengharapkan belas ihsan dan mengadu kepado  Persatuan Veteran, ATM dan kerajaan. Sebolom Den mengulas  dengan lobih panjang lagi, Den nak buek  statement ttg status diri “...Den pun masih menggangur , Den pun ado anak limo orang yang semuonyo bawah 15 tahun laei yang nak ditanggung..dan kalau nak harapkan duit pencen mmg tak cukup nak tanggung keluargo...situasi ini Den ghaso agak samo dengan ghamai lagi askar pencen..walaupun ado pencen..hidup bolom boleh goyang kaki lagi  .”...

Isu yang Den nak sembangkan adolah, sebagai askar pencen , kito janganlah menganggap Persatuan Veteran sebagai Persatuan Kebajikan Masyarakat untuk bekas tentera.Dan janganlah kito nak menyalahkan ATM atau kerajaan kalau kito hidup susah lopeh pencen. Den ghaso cukuplah kita hontikan sifat menagih simpati kepado mano-mano pihak atas alasan kito nie bokeh tentera. Den tahu ghamai Pak Mamat yang dah berstatus askar pencen akan marah  dongan Den fasal isu ini. You have the rigth to get angry...n Den has a rigth to state my stament on this isu. Cubo kito ingekan kembali, maso mulo-mulo kito  nak masuk askar dulu...Den pasti kalau ditanyo..Mengapa Anda Memilih Tentera Sebagai Kerjaya Anda...?..dan jawapan pilihan yang diberi:

A. Fasal Semangat Patriotik dan Ingin Berkorban untuk Negaro.
B. Fasal Gaji Askar Bosa.
C. Fasal Dah tak ado kojo lain.
D. Fasal Minat dongan caro hidup askar

Ghamai yang pado maso itu akan jawapan A. Fasal Semangat Patriotik dan Ingin Berkorban untuk Negaro . Kalau itulah jawapan kito pado maso mulo-mulo masuk askar dulu dan jawapan itu adolah ikhlas dari diri kito. Kenapo setelah pencen kito sibuk nak menagih simpati laei kalau tujuan kito dulu nak berkorban untuk negaro. Kalau maso dah pencen kito dok sibuk menagih simpati dan minta jaso kito dibalas atau dikonang kerano mengharungi perlbagai susah payah semaso menjadi askar...ini bermaksud perjuangan kito semaso di dalam askar itu tidak ikhlas. Dan bilo niat kito dah tidak iklhas, dan kito berkojo kerano nak kan imbuhan semato-mato, mungkin kito akan akan dapek imbuhan sahajo, tapi pahalo berkojo untuk  mempertahankan negaro mungkin tak ado. Macam kito hulurkan pertolongan kepada orang. Kito kato kito ikhlas...mako tak payah lah kito merungut lopeh tu kalau org tu tak memberi balasan atau tak mengonangkan pertolongan kito tu..hilang pahalo ikhlas tu...huhuhuu

Den ghaso  kalau niat kito kojo askar dulu memang ikhlas nak berkorban untuk negaro., mako eloklah kito jangan lagi mengharapkan apo-apo balasan dan menagih simpati kepado sesiapo selopeh kito pencen. BE A MAN !. Susah sonang hidup kito lopeh pencen ini kito tanggung sendiri!.Kalau ado orang nak tolong dan bantu  kito sobab kito bokeh askar...Alhamdulilah kito terimo...tapi  kito jangan sampai satu peringkat menyalak tak tontu fasal kepado sesiapo kerano meraso diri  kito tidak dibantu oleh mano-mano pihak.  Dan mana-mano beghonti awal dan tak berpencen atau sabab masalah displin..faham-fahamlah...status anda yo. Itu adolah pilihan anda dahulu. BE A MAN..ACCEPT  UR  DESTINY ...Den dah ghamai jumpo askar pencen yang hidup tak sonang mano, tapi tak ponah meraih simpati untuk dibantu oleh Persatuan Veteran ko, ATM atau kerajaan. Den ado rakan-rakan pegawai komando, yang sekarang nie menjalankan kehidupan seperti orang  biaso , ado yang jadi penjual ikan, ado yang jadi pekebun, ado yang jadi pemandu teksi, peniago fasal malam .dll..dan mereko ini adolah pegawai tentera komando pada satu ketiko dahulu. Pado mereko-mereko ini Den SALUTE,  Dan  sobab itu pado hari ini Den pun berghani meniago pacak payung, walaupun satu ketiko dulu Den ini erhemmm...maleh nak cerito laa. Janji duik halal masyukkkkk....!

Mesej yang Den nak sampaikan kepado semuo askar pencen dan PERINGATAN UNTUK DIRI DEN adolah supaya semuo bokeh askar pencen untuk mempunyoi semangat jati diri yang tinggi. Jangan mengharapkan belas ikhsan mana-mana pihak  dan sentiasa  berusaha untuk memajukan diri sendri. Kalau ado yang sudi membantu kito terimo , jangan menyombonglak, tapi kito jangan sesekali menagih simpati , marah pado persatuan Veteran kerano tidak membantu kito . Anggap lah persatuan veteran itu sebagai satu badan alumini kito, tompek untuk kito buek net working, mengeratkan siratullrahim  antaro sesamo bekas tentera dan bukannya sebagai persatuan kebajikan untuk kita meraih simpati. Dan pado pemimpin-pemimpin persatuan veteran, kurangankan kebergantungan kito dari meminta sponsor dari mano-mano pihak...sobabnya.. bilo duit masuk ke persatuan, ghamai ahli-ahli yang tahu dan ingek duit-duit tu untuk membantu mereko, tetapi kalau ado pun yang dibantu , ghamai yang lain turut nak mintak walaupun mereko tak layak dibantu...akhirnyo akan timbul pelbagai fitnah dan perpecahan di kalangan anggota persatuan. Dari situ bermulalah  episod buruk-memburuk sesamo ahli dan pemimpin persatuan. Dan mano-mano yang tak berpuas hati, akan berpindah  platform dan akan menyokong orang sebolah sinun untuk menghentam ATM balik...Nak-nak musim PRU dah doket nie..akan lebih banyaklah peluang untuk mano-mano askar pencen yang dok meraih simpati akan dikudokan oleh puak-puak politik untuk kepentingan mereko.

Dan untuk ATM dan kerajaan, [kalau ado sesiapo yg boleh sampaikan kepado mereko lagi baik] ...Den nak cadangkan supaya diadokan satu program  “recond”, mano-mano askar pencen yang mempunyai skill yang boleh diguno pakai dimano-mano agensi kerajaan yang lain atau GLC. Den tahu  blue Ocean Strategy, ado mengamalkan konsep kerjasamo antaro polis dan askar, ado bokeh askar yang berghonti   diberi peluang masuk  polis. Kenapo program ini tak diexpandkan lagi dan melibatkan banyak agensi lain seperti KASTAM,JPJ, MACC, IMEGRESIN..Ini adolah kerano ramai askar pencen ini mempunyai latar belakang displin dan mutu kerja yang bagus. Bilo mereko diberi peluang dengan pelbagai agensi kerajaan yang melaksanakan tugas “penguatkuasan”...Den percayo  ia akan menambahbaikan lagi perkhidmatan agensi tersebut. Dan kebanyakkan askar pencen ini mempunyai sifat “loyalty to the organisation yang tinggi”...dan jiko mereko diberi peluang untuk berkhidmat  di dalam agensi penguatkuasan, maka masalah  “musuh dalam selimut”, duri dalam daging”...InsyAllah akan selesai..nak –nak kalau mereka nie kito hired sebagai spy  agensi hahaahhaa....Dan mano-mano askar pencen yang tuo dan ado pengalaman dan pakar di dalam bidang tertontu , ATM atau mano-mano agensi yang sesuai , kito hired sebagai jurulatih dan tenago pengajar...laa nie yang banyak dipanggil adolah mereko yang berstatus red collar ajo....yang bawah pado tu hampeh tak mengaso huhuuu....Apo-apo ini mungkin satu usul yang berhargo 2 sen dari Den dan kalau dirompak boleh menjadi satu usul yang berhargo... yang mungkin boleh membantu bokeh-bokeh askar pecen.

Entah mengapo Den nak menulis isu ini Den tak berap pasti. Ini mungkin kerano, sojak pencen , bilo berjumpo dengan askar pencen atau mano-mano askar yang tongah berkhidmat, mereko  suko bertanyo kepado Den kenapo tak mintak tolong dongan ATM ko, Veteran Ko..dan sebagainyo...Jawapan Den...ATM dah banyak membantu dan menolong Den semaso berkhidmat, enough is enough...Laa nei Den nak usaho sendiri untuk my survivality in the world as a cillivian, I Have succeed during my days in the Army...Why not in my Civillian’s Life ? I believe I can survive and I will !