Friday, 1 June 2012

USEFUL IDIOTS !


Agak lamo jugak Den tidak meluahkan perasaan Den mengenai isu politik yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini. Den tahu ado diantara pengunjung blog ini yang tidak berapo minat bilo Den menceritakan pandangan Den berkaitan politik. Tapi Den nak kono bagi tahu kek sini, bahawa, sebagai rakyat biaso yang dah berpuloh tahun bayar cukai , ghaso-ghasonya Den jugak layak untuk ‘mengkritik’’ situasi politik di negaro ini. Apatah lagi bilomano ado di kalangan bekas tentera seperti Den yang telah di perkudokan untuk tujuan politik yang tidak bersih walapun bertujuan sebagai bantahan kepada isu BERSIH oleh sesetengah pihak.


Dalam maso seminggu  duo yang lopeh, Den ado terbaco beberapo berita yang amat tidak menyenangkan  dan memalukan Den sebagai bokeg tentera. Berito itu berkaitan dengan usaha yang telah dianjurkan oleh sesetengah kumpulan dengan mengadakan pelbagai demostrasi di kawasan rumah Acee Ambiga. Secara peribadi Den memang tidak sokong perjuangan BERSIH dan AMBIGA kerana bagi Den itu semua adalah “usaha-usaha  untuk menjahamkan negaro” dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Walau bagaimanapun sebagai rakyat yang bertamadun, Den tidak bersetuju dengan pendekatan yang dibuat oleh sesetengah kumpulan yang menentang BERSIH. Bagi Den kalau kito bertelagah dengan orang yang kemaruk kuaso, berniat jahat, kito jangan cepat melatah dan turut samo menentang mereko dengan caro yang samo. Ia bukan sahaja tidak memberi impak yang baik malah akan turut meletakkan diri kita SAMA TARAF DENGAN MEREKA. Kalau kito menentang BERSIH dan menyatakan bahawa usaha mengadakan perhimpunan haram yang dibuat oleh bersih itu tidak baik dan banyak mendatangkan kerosakan, kenapa dalam masa yang sama kita juga menuruti cara mereka di dalam usaha kita untuk menentang mereka.
INSTEAD OF TARIAN ENOL WHY NOT COMMANDO REST ? 

Apo-apo pun samo ado kito menyokong atau membantah isu yang diperjuangkan oleh Acce itu kito ketopikan dulu. Isu yang lobeh penting yang Den nak bincangkan kek sini adolah isu bokeh-bokeh tentera yang di perkudokan oleh pihak tertentu. Tindakan sekumpulan askar pencen yang  mengadakan “TARIK ENOL “ di rumah Acee tu memang Den tak setuju langsung. Den tahu ado diantaro penyokong kumpulan “TARIAN ENOL” tu akan kato : KAU APO PEDULI ? Jawapanya Den peduli sebab mereka adolah bekas askar dan yang lebih Den pedulikan adolah ado diantara  mereka yang merupakan BOKEH KOMANDO macam Den. Dan sumpah  ke 12 kami sebagai anggota komando adolah:

Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan
yang memakainya hingga akhir hayat saya.

Dari maklumat yang Den terimo, golongan anggota veteran komando yang terlibat ini di bayar dengan sedikit imbuhan. Den merasa sedih kerana mereka terlibat di dalam kegiatan sebegini. Kalau  mereka buat WAR DANCE ke, SENAMAN PERANG ke, COMMANDO REST ke sebagai bantahan mereka semasa di rumah Acee tu , kira ok jugak. Baru ado Nampak gah sikit…ini Tarian Enol yang dibuatnya. Dalam kepalo Den , apo yang dapaek Den bayangkan ialah, Pengajur kepada perhimpunan di rumah Acee tersebut mesti  RAJA DANG DUT nie.huhhuhu. Maaf yo penganjur dan penari TARIAN ENOL…Den tahu kau orang semua  mesti marah kek Den…Sebab itu Den minta maaf dahulu…..

Memandangkan PRU 13  dah doket, jadi Den nak mengambil kesempatan memaklumkan kepada semua bokeh askar, tak kirolah samo ado yang menyokong kerajaan atau yang menyokong pembangkang. Tidak menjadi masalah kalau kito nak bertungkus lumus, siang malam untuk memperjuangkan PARTI politik yang kito sokong. Apotah lagi bilo dah pencen dan tak ado kojo totap macam Den ini, banyak maso yang boleh diluangkan untuk kegiatan politik. Cumo Den nak berposan , kalau yo bonarpun nak berpolitik….pandai-pandailah dan biarlah berpada-pada dan kalu boleh biarlah RAHSIA . Jangan sampai membabi buta menyokong dan memperjuangkan parti sokongan anda tanpa berfikir panjang. Sebagai individu, kito semua bebas untuk membuat pilihan pihak mana yang hendak kita sokong….Cuma bila kita menyokong itu biarlahh berpada-pada..jangan sampai kita pula akan diperkuda.

Pesanan Den ini lebih merupakan “Dari kekasih buat kekasih”…huhuuh. Bukan apo Den  dah naik jenuh mendengar banyak perkara yang tidak baik yang telah dilabelkan oleh masyarakat umum terhadap bokeh askar ini. Kalau semaso perkhidmatan dulu orang ghamai menghormati kito disebabkan keboleh percayaan dan displin yang ado pado kito, kenapo kito tidak mengekalkan  perkaro itu walau pun kito dah meninggalkan alam ketenteraan. Di luar sano, ado terdapat banyak “GHIMAU-GHIMAU” terutamonya orang politik dan jugo presiden persatuan , yang sentiasa mengambil peluang untuk memperkudokan kito untuk tujuan politik atau persatuan mereko.  Mereko tahu kebanyakkan dari kito bokeh askar, tidak semunyo mempunyai pendapatan atau kedudukan kewangan yang kukuh. Justeru itu GHIMAU-GHIMAU tadi akan mengambil kesempatan kepada bokeh-bokeh askar macam kito untuk memperkudokan kito demi mencapai matlamat mereko. Sebahagian besar mereka ini menganggap bahawa bokeh askar sebagai insan yang mudah di pengaruhi dengan kuasa dan wang ringgit . Mereko menggangap kito BODOH dan boleh dibeli.

Justeru itu sebagai bokeh askar kita mesti mempunyai jati diri, maruah dan mesti sentiasa berhati-hati dari menjadi mangsa GHIMAU-GHIMAU ini. Mereka hanya berminat untuk mengumpul seberapa banyak orang yang sanggup menyokong mereka. Ghimau-ghimau ini melihat kito sebagai “kuantiti “, satu benda, ;lebih banyak AHLI YANG PERSATUAN MEREKA ADA  lebih berkuasa lah mereka. Mereko tidak  melihat kita sebagai satu asset yang berkualiti . Itu sebabnya ada persatuan bekas tentera yang hanya berminat untuk mengumpul ahli sahaja, demi untuk menunjukkan bahawa persatuaan itu mempunyai pengaruh yang besar. Tetapi dari segi realitinya, semua ahli-ahlinya telah diperkudakan dan diperbodohkan dimana di dalam mesyuarat yang diadakan suara-suara ahlinya tidak pernah diguna pakai dan diperlekehkan . Ghimau-ghimau ini mahukan ahli –ahli mereka yang bodoh dan tahu mengikut sahaja dengan menggunakan wang dan kuasa sebagai umpan mereka. Ghimau-ghimau ini mahukan ahli yang BODOH tetapi BERGUNA UNTUK MENUNJUKKAN PERSATUAN MEREKA MEMPUNYAI RAMAI AHLI DAN PENGARUH. AHLI-AHLI BAGI PERSATUAN BOKEH ASKAR SEPERTI INI DEN PANGGIL “ USEFUL IDOTS!”.

Lopeh ini adolaah bokeh askar yang kato Den ado orang yang menghasut Den untuk menimbulkan isu ini. Sebelum bondo itu berlaku Den nak bagi tahu bahawa, sebagai bokeh askar, Den dapat ghasokan “ frustration” yang ado pado mereka  selepas berhenti. Sebagai bokeh askar yang berpencen hanyo pado pangkat Mejar ajo, Den ado lagi banyak isu yang boleh Den jadikan alasan sebagai “frustration”. Dari dalam askar dulu sampai laa Den pencen macamx isu yang kalau Den fikirkan membuekkan Den pun nak menentang kerajaan dan jugak unit yang pernah den berkhidmat dulu. Tapi itu bukan caro Den. Macam Den ponah cakap dulu , isu itu semuo bukan disebabkan oleh unit, ATM atau kerajaan , ia disebabkan oleh individu-individu tertentu yang KEMARUK, SALAH GUNO KUASO dan KEEGOAN mereka. Bagi Den isu itu biarlah Tuhan yang urusan.  Secara sinisnyo Den nak kato “ HARI INI KAU SUKO JADI DOKTOR GIGI, CABUT GIGI ORANG SANO SINI, SERONOK TENGOK ORANG DOK MENAHAN KESAKITAN..JANGAN LUPO SATU HARI NANTI, ADO DOKTOR GIGI YANG LAIN YANG AKAN BUEK BONDO YANG SAMO KEK KAU. SIAPO MACAM CILI DIO AKAN TERASO PODEHNYO..KALAU ADO CERMIN…TENGOK-TENGOKLAA GIGI ANDA DAN TANYOLAH DIRI ANDA…ADAKAH ANDA DOKTOR GIGI YANG DIMAKSUDKAN ?

p/s Posanan Den bagi bokeh askar , Jadilah veteran tentera yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Jauhi diri anda dari dilabel dan diperkudokan sebagai “USEFUL IDIOTS”.