Saturday, 16 June 2012

ROAD TOUR NAK CARI CERITO !


Alhamdulilah Majlis Pelancaran dah selosai. Hati Den logo sikit. Tapi kisah berikutnyo macam orang lopeh kojo kahwin, pengantin dah selamat bersanding, tuan ghumah sebok nak basuh kawah. Situasi ini samo jugak dengan  keadaan graduan lopeh berkonvo. Maso konvo…yahoooo, sampai baling-baling T Cap lagi..Lopeh tu termonung, memikirkan manolak nak cari kojo ini. Keadaan Den begitulah…dah selamat pelancaran..laa nie baru dok ghisau pasal nak cari pasaran. Ado yang cadangkan Den buek surat kek unit-unit askar, minta sokongan. Tapi melihat situasi sekarang, Den ghaso susahlaa. Den tahu presepsi askar yang masih berkhidmatan …”ASKAR PENCEN KALAU MASUK KEM MESTI NAK MINTAK TOLONG!” 


 Asal Den jumpo ajo askar yang masih berkhidmat, tak berapo ghamai yang Den ghaso menyokong Den. Ado tu buek tak kisah ajo. Ado yang berminat nak cakap pasal buku Den tu , tapi lopeh tu mintak free pulak . Den bukan tak nak bori free, tapi Den sendiri tongah sakit.huhu. Buku-buku Den tu sekarang kalau dibuek tilam boleh bersaiz KING BED …huhuhuhu. Walau macamana pun, Den akan MENJUAL BEBERAPA  naskah dengan HANYA RM 5.OO  DENGAN SYARAT MEREKA MESTILAH ANAK TEMPATAN MERSING BERUMOR 20 TAHUN KE ATAS DAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PANGGILAN PERTIWI  kepada penduduk MERSING, sempena carnival 1MINDEF  yang akan diadakan di sana pada pada 29 Jun-1 Jula 2012 nanti.  Yang lobehnyo Den akan jual caro pacak payong dan online.

Apo-apo lupokan dulu pasal buku tu. Den nak cerito sikit pasal makan malam tu. Semaso majlis tersebut Den berkesempatan berjumpo dengan Pak Mohta, veteran komando, orang Kepala Batas. Dari sogi penampilan dio nie memang Nampak gah walaupun dah berumor 72 tahun. Badan masih steady lagi, gayo bercerito memang gah. Dikesempoktan itu Den cubo-cubo mengorek cerito-cerito lamo berkaitan dengan ke gahan komando. Den ghaso dio nie memang boleh dijadikan sumber sejarah tidak rasmi komando. Banyak yang dio tahu pasal komando, maklumlah dio geng-geng masok askar tahun 1956, bolom merdeka. Mulo-mulo masok askar Melayu, kemudian masok komando, kemudian dio ditumpangkan ke HANDAU semasa awal penubuhan unit tersebut.  Semalam Den sompek menelefon dio dan nak bertanyo samo ado dio sudi nak bercerito dengan Den, menurutnyo dio sanggup. Den ghaso ini peluang baik untuk mengetahui cerito-cerito komando ni…
 X RAY SUADRON 21 KOMANDO . BIL BINTANG PADA BENDERA, MENUNJU
Maso mulo-mulo Den berbual dengan dio di PWTC, soalan pertamo Den tanyo, macamano X RAY Squadron , 21 Komando , boleh guno lambang tengkorak kek benderonyo. Menurutnyo, ia nya bermula bilo squadron itu diarahkan untuk melaksanakan operasi khas untuk memburu 7 pengganas kominis di kawasan RAUB, PAHANG pada awal tahun 60an. Setelah berminggu membuek penjejakkan, mereko telah berjumpo dengan kawasan perkhemahan kominis dan semaso pemeriksaan dibuek didapati ado 7 rangko manusio yang dipercayai anggota kominis yang telah mati kerana termakan buah beracun. Menurutnyo tengkorak manusio tersebut dikutip dan di bawak balik ke unit. Mulo-mulo tengkorak tu di simpan di Markas 21 Kdo, kemudian di simpan di Skuadron X Ray. Sojak itu tengkorak tersebut di jadikan lambang X Ray Squadron dan koka hinggo ke hari ini. Sejauh mano kesahihan cerito dio tak dapek Den nak pastikan ,. Den harap mano-mano otai komando yang mengetahui kisah sebonar di sebalik isu lambang tengkorak ini, boleh tampil dan memberi keterangan….

Hasil dari perjumpaan Den dengan otai-otai lamo, Den dapek tahu banyak kisah-kisah menarik berkaitan komando tetapi tidak pernah direkodkan secara rasmi. Den ghaso terkilan lak. Justeru itu memandangkan Den sekarang ini dah tak ado kojo, mako Den dah plan nak jumpo otai-otai lamo ini nak korek cerito komando. Insyallah tour pertamo Den akan poei ke kepalo bateh, nak jumpo Pak Mokta, lopeh tu ke Jembatan Bosi, Batu Kikir Kualo Pilah  nak cari Haji Kamaruddin dan kemudian nak ke Batu Pahat nak jumpa Pa Maakmor, PGB…lopeh tu nak jumpo Ali Cabang, Den nak jumpo En Mat Chin Peng..nak tanyo pasal apo dio dapek guno gelaran tersebut. Hari tu  Den jumpo dio tapi tak sompek nak bersembang. Terlopeh laa peluang ..

Pado Abang Roslan AK 72 ,InsyAllah minggu dopan den balik Melako, mungkin kito boleh TTS.Niat Den nak kumpul ceirto-cerito ini dan nak maklumkan kek orang ghamai…kalau tidak mano mereko nak tahu akan ‘cerito-cerito menarik pasal komando ini…! Walau pun tak ado yang suruh dan sonspor Den untuk buek kojo ini Den nak buek jugak, pasal belanjo tak ado hal, Den boleh tidur kek surau/masjid…dan makan kek gerai ajo huhuhu…Tapi dari sogi kepuasan hati…Den teraso teruja sangat nak mengumpulkan cerito –cerito rakyat komando yang tak ponah di dongar dek orang ghamai…Den harap pembaco mendoakan agar usaho den ini membuahkan hasil . Kalau Den tak buek macam ini , Den ghaso rugi cerito-cerito yang mungkin mempunyai nilai sejarah, ilmu, pengajaran akan hilang begitu sahaja….sebab AKAN RUGI GENARASI MUDO KERANO TIDAK MENGETAHUI SEJARAH BERHARGO!.