PUEH DEN SONYUM DAN TAHAN NAPEH !
PENYERAHAN BUKU MENJUNJUNG BERE HIJAU
KEPADA YBG TUN. DR. MAHATHIR
Alhamdulilah..majlis pelancaran buku pertama Den,
MENJUNJUNG BERE HIJAU telah selamat dilancarkan secara sederhana semasa Majlis
Makan Malam Veteran Komando di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC. Den ingin mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada TUN DR. MAHATHIR , kerana sudi melancarkan buku
tersebut. Den ingin juga mengucapkan terima kasih kepada LT KOL NIK OMAR [B] Presiden
KVKM dan jugo LT KOL ILIAS MOHIDEEN [B] selaku pengerusi penganjur pada malam
itu. Terima kasih juga kepada anggota PANGGILAN
PERTIWI DAN RAKAN RAKAN FACEBOOK DEN COMANDO yang turut hadir dan yang tidak
dapat nak disebutkan namanya satu persatu . Tuan-tuan telah banyak membantu dan
memberi sokongan moral kepada Den . Den rasa sungguh terhutang budi pada sahabat
FACEBOOK Den dan ahli Panggilan Pertiwi yang sudi datang, bersusah payah dan menolong
memberi semangat dan sokongan moral Den. Secara peribadi Den terharu dengan sokongan
yang Den terima dari sahabat-sahabat Den di Panggilan Pertiiwi dan FACEBOOK,
yang kebanyakannya orang awam dan anak-anak muda walaupun Den tidak mengenali
anda semua secara peribadi.
KULIT BUKU DEN...ANAK DEN TAKUT TENGOK..
ADO TENGKORAK KATONYO !
Den teringat semasa pelancaran buku ‘Jotting of
the X Nuri Pilot yang dikarang oleh MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN yang telah
dibuat pelancaran oleh YBhg MENTERI PERTAHANAN pada 2 Ogos 2011. Den difahamkan
bahawa walaupun pelancaran itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya, tetapi
jualanya pada hari pelancaran adalah “amat mengecewakan”. Den rasakan pelancaran itu adalah berjaya
tetapi di dalam masa yang sama tidak berjaya mendapat sokongan daripada hadirin
pada waktu tersebut. Ini komen Mej (B)
Nor Ibrahim selepas pelancarannya:dilink ini :
“Jualan
pula? Jangan terkejut....22 naskah saja! Lagi sekali tak pulang modal....Kesian
saya!! Dari aspek wang ringgit...memang tak berbaloi. Yang 'intangible'nya
pula...pertambahan kepada pengalaman yang tidak boleh dinilai dengan RM. Apa
pun, saya bersyukur kepada Allah kerana Pak Menteri masih sedia melayan kerenah
mejar veteran ini.
Ini hampir sama dengan situasi semasa pelancaran Buku
Den...majlis pelancaran berjaya dilaksanakan walaupun secara ‘ala kadar’ tetapi
jualan buku Den sebahagian besarnya mendapat sokongan dari anak-anak muda Group
Panggilan Pertiwi dan juga rakan Face book serta beberapa kerat veteran komando.
Apa-apa pun Den tidak berkecil hati dan sungguh seronok kerana ia berjalan
dengan lancarnya Nasib baik juga ada kehadiran rakan-rakan Panggilan Pertiwi
yang kebanyakannya mereka-mereka ini adalah anak-anak muda yang tidak berkhidmat di dalam tentera tetapi
mempunyai semangat seperti anggota tentera yang datang menyokong Den.
Dalam pada itu di sini Den ingin juga merakamkan
ucapan terima kasih kepada YB DATO' SERI HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB MENTERI
BESAR PAHANG di atas kesudian beliau menyumbang dan membuat pembelian yang
terbanyak semasa majlis pelancaran tersebut. Sokongan YB Dato Sri amat-amat
saya hargai. Terima Kasih juga diucapkan kepada LT KOL HALIL, Pegawai
Memerintah Rejimen 21 Komando kerana membantu Den untuk mempromosikan buku
tersebut di dalam unit Rejimen 21 Komando. Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua hendaknya.
Den bercadang untuk menjual buku tersebut secara
online. Harga RM 40 buku dan kos pos adalah 8.20: Walau macam mana pun Den
letakkan harga sebenarnya RM 45.00 termasuk kos pos....Ini harga yg boleh tawarkan, kalau boleh memang Den nak
jual lebih murah lagi..tapi Den tak mampu..., sebab tak ado sponsor, Den buek
tak banyak dan kos agak tinggi .. Ini adalah kerana penghasilan buku tersebut
dibuat secara ‘one man show’. Tiada sponsor. Tiada pengedar...duit sendiri . Den tulis, Den cetak, Den jual....Tak laku
?...Den buek tilam ajo nanti huhuhuhu .....Maklumlah Den masih mentah di dalam
dunia penulisan, modal pun kecil . BAGI YANG TAK BERMINAT ..TAK POO..TOLONG WAR-WAR PUN DEN DAH BERSYUKOR...DAN BAGI YANG BERMINAT BOLEH MEMBELI CARA POS SEPERTI DIBAWAH:
HARGA BUKU RM 45.00 : [TERMASUK KOS POS LAJU]
Akaun Maybank 014011458470
NAZAR BIN TALIB
EMAIL KE: dencomando@yahoo.com.my maklumat berikut:
NAMA PEMBELI
ALAMAT PENGHANTARAN
NO TELEFON
NO RUJUKAN PEMBAYARAN
Memandangkan bakal pembeli buku Den itu adalah
terdiri dari orang awam dan merupakan pengunjung tegar blog KOMANDO KODAI KOPI dan kawan FACEBOOK Den ,
maka di sini Den nak maklumkan bahawa secara ringkasnya buku itu merupakan
perjalanan hidup Den dari zaman kanak, zaman persekolahan dan kadets days
sehinggan lah Den memasuki unit Komando dan menjalani kursus Asas Komando. Kebanyakan
kisah-kisah tersebut telah diceritakan di dalam blog Den. Justeru itu jika
tuan-tuan/puan puan merasakan inti pati cerita tersebut telah diketahui sebagaimana yang diceritakan di
dalam blog KKK, maka Den rasa tidak perlu tuan-tuan mendapatkan buku tersebut.
Den secara peribadi memang suka kalau ramai yang membeli buku tersebut, tetapi
Den secara ikhlas ingin memaklumkan terlebih dahulu jalan cerita buku tersebut
supaya tuan-tuan tidak terkilan atau merasa ‘tertipu’ kerana membelinya disebabkan sebahagiannya
telah diceritakan di dalam blog KKK. Perbezaannya terdapat 10 bab tambahan dari
21 bab keseluruhan cerita tersebut yang
tidak ada di dalam blog KKK. Jumlah keseluruhan muka surat adalah 240. Gambar
hitam putih. [bajet rendah bro.. or !!] Bahasa yang digunakan adalah bahasa
Malaysia dan minta maaf kerana terdapat beberapa kesilapan dari segi ejaan dan dsbnya di dalam
buku tersebut.
Selain dari membuat jualan secara online Den akan
juga membuat jualan secara langsung dan juga jualan di bawah payung di beberapa tempat pasar malam
teripilih. huhhuhuh. Apotah laei sejak berstatus..jobless pensioner nie...maso
lapang Den banyak. Nak jual kat ATM susah sikit bila mengenangkan nasib
buku-buku yang telah ditulis oleh beberapa penulis veteran ATM seperti buku X
Nuri Pilot, Tuan Robert Rizal dan beberapa orang lagi. Laa nie Den nak cuba
market baru ...masyarakat awam dan kekawan Den...kalau buku tu tak habis
nanti....Den nak buek bantal tidor ajo huhuhuu....Akhir sekali terimo kasih
kepada semua yang menyokong Den...warga Panggilan Pertiwi dan kekawan FACEBOOK
DEN COMANDO.


