Wednesday, 20 June 2012

Askar Malaysia Yang Paling Berani!

Artikel ini Den ambik dari Kawan FACEBOOK DEN..Saudaro APO LAK...Sajo nak share dengan kekawan lain


Tersebutlah satu kisah pada masa dan lokasi yang tidak dapat dinyatakan; Ada tiga batalion askar iaitu askar dari Amerika Syarikat, Russia dan juga Malaysia. Maka jeneral ketiga-tiga batalion ini duduk bersama dan berbual tentang pengalaman mereka dan juga anak-anak buah mereka dalam perkhidmatan. Macam biasa Jeneral dari US ini nak kerek dengan Rusia dan Malaysia, dia pun berkata;

 "Apa kata kita lawan, anak buah siapa yang paling berani antara tiga batalion ni".
Jeneral dari Russia dengan penuh bersemangat, kata 

... "Okay, tak ada masalah!" 

Maklumlah askar-askar Russia ni memang tahan lasak dan tak pernah rasa takut, penangan vodka sepanjang masa. Tapi Jeneral dari Malaysia diam dan senyum saja. "Malaysia, ada berani nak join challenge?" Jeneral US dan Russia ketawa mengekek gelakkan Jeneral Malaysia. Jeneral Malaysia pun angguk saja, malas nak layan Jeneral US dan Russia yang poyo.

Kemudian, Jeneral US memanggil seorang askar US berpangkat Sarjan dan Jeneral itu bertanya kepada anggota tersebut; 

"Sarjan, kamu nampak tak bangunan tu?" 

"Nampak Tuan!!! 

Sarjan US itu dengan penuh semangat memberi tabik hormat menjawab soalan Jeneral.

"Pergi naik ke tingkat tiga dan terjun dari bangunan tu sekarang juga!" 

Jeneral US memberi arahan tanpa belas kasihan.

"Baik Tuan!!! 

Sarjan itu dengan penuh semangat menjawab lagi dan tanpa sebarang bantahan sarjan tersebut pun naik ke tingkat tiga, lalu terjun tanpa menggunakan apa-apa alatan, lalu patahlah kakinya. Jeneral Russia dan Jeneral Malaysia yang menyaksikan kejadian itu pun memuji keberanian askar US tersebut. 

"Askar US memang berani, sampai patah kaki…" Lalu kembang kempislah lubang hidung Jeneral US mendengar pujian tersebut.

Jeneral Russia pun tak mahu kalah dan berkata. 

"Oh itu tidaklah hebat sangat. Saya akan tunjukkan kehebatan askar Russia pula!" 

Lalu Jeneral Russia pun memanggil pula askar Russia berpangkat kapten dan dia menyuruh pula kapten tersebut naik tingkat lima dan terjun. Kapten Russia itu pun tanpa banyak soal menjawab, 

"Baik Tuan!!!" 

Lalu kapten itu pun segera berlari naik ke tingkat lima dan terjun dengan selamba tanpa guna apa-apa peralatan. Lalu kapten Russia itu sama seperti sarjan US, patah kaki juga.

Jeneral US dan Malaysia tergamam melihat keberanian kapten Russia itu. "Wah!!! Dahsyat betul. Selamba dia terjun dari tingkat lima!"

Jeneral Russia dan Jeneral US tepuk bahu masing-masing sebab bangga kerana berjaya tunjukkan keberanian askar-askar mereka. Jeneral-jeneral itu memandang pula Jeneral Malaysia dan dengan poyonya mencabar.

 "Macam mana askar Malaysia??? 

Ada berani tak buat macam askar kita orang?"

 Sambil budget askar Malaysia mesti tak seberani diaorang. Jeneral Malaysia pun memanggil seorang askarnya yang berpangkat prebet. Jeneral Malaysia bertanya,

 'Kamu nampak tak bangunan itu?” Sambil menuding jari ke arah bangunan tersebut.

“Nampak tuan” jawab askar Malaysia dengan penuh semangat.

Jeneral Malaysia memberikan arahan, 

“Kamu pergi naik tingkat tujuh dan terjun dari tingkat tujuh tu sekarang!!!" 

Sebaik sahaja mendengar pertanyaan Jeneral, prebet Malaysia itu pun menjawab, 

"Kepala berjambul tuan, askar bodoh je yang ikut arahan bangang, patahkan kaki macam tu, tuan...gila punya Jeneral.” 
Askar prebet Malaysia pun berlalu meninggalkan jeneral-jeneral tersebut.

Kemudian Jeneral Malaysia pun berkata kepada Jeneral US dan Jeneral Russia; 

"Tengok tu...askar Malaysialah yang paling berani…"

Jeneral US dan Jeneral Russia tak faham lalu bertanya, 

"Kenapa pulak???"

Jeneral Malaysia pun balas, 

"sebab askar Malaysia paling berani melawan. Itu baru pangkat prebet..."