Tuesday, 19 June 2012

ADO BERANI ....NAK BORI PGB ?


Dalam banyak-banyak komen yang Den baco di dalam blog Den, ado satu komen yang sangat menarik perhatian Den. Komen tersebut ditulis oleh seorang pemuda yang bertanyakan kepada Den berkaitan dengan kisah arwah bapanya, Mejar Ariffin bin Zakaria yang telah terkorban pada 12 Mei 1994 semasa bertugas sebagai Pegawai Pengaman dalam misi UNPROFOR di bumi Bosnia. Siapo namo anaknya itu tak payahlah Den sobut.  Tetapi apo yang Den nak ceritokan adolah pertanyaan beliau berkaitan dengan perisitwa  bagaimana arwah ayahnya telah terkorban. Den yang pada masa kejadian tersebut adalah satu unit dengan arwah Mejar Ariffin dan bertugas sebagai Ejutan Rejimen 11 Gerak Khas memang mempunyai sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut. Malah semasa Den berkhidmat di Bosnia pada tahun 1995 Den sempat melawat kawasan di mana kejadian itu berlaku  dan berbual dengan beberapo penduduk tempatan berkaitan dengan peristiwa itu.
 ARWAH MEJAR ARIFFIN BIN ZAKARIA
ALFATIHAH : SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN 
BERSAMO-SAMO
 DENGAN ORANG BERIMAN .AMEEN



Bagi mengimbas kembali peristiwa itu Den telah membuka buku Imbasan Sejarah Gerak Khas  40 tahun. Malangnya di dalam buku tersebut hanya menyiarkan gambar arwah Mejar Ariffin dan sebaris ayat yang menyatakan arwah sebagai Pegawai Gerak Khas yang terkorban semasa misi UNPROFOR. Selain dari itu tiada sebarang cerita .Begitu juga dengan berita berkaitan kematian Arwah PW II AZMAN BIN MOHD TAHIR  yang meninggalkan pada 18 Julai  1994 semasa misi UNOSOM di Somalia. Respond Den..ehemmm apo nak dikato..kalau Den komen kang ado ghimau-ghimau GGK yang akan melonting dan marah kek Den. Sedangkan Den tak ponah menyorang mereko pun , ado dikalangan mereko yang pandang serong kek Den. Apo-apo pun bukan itu yang Den nak ceritokan kali ini. Hajat Den nak memberi  cerito yang Den tahu mengenai kejadian yang menimpa arwah Mejar Ariffin , agar mungkin ia dapat  menenangkan hati anak dan keluarga arwah yang bertanyo fasal isu itu di dalam blog Den.

Secaro peribadi Den memang mengenali arwah Mej Ariffin sejak Den masok  komando lagi.  Maso tu dio berpangkat Kapten. Pada pandangan Den ,arwah ini geng HAPPY GO LUCKY dan jenis orang yang ceria dan walaupun penampilan nya agak ganeh dan garang...tapi jauh di sudut hatinya, Den tahu dio seorang yang baik. Beliau berasal dari FELDA LURAH BILUT, Pahang. Semasa berkhidmat, ado satu peristiwa yang Den tak boleh nak lupokan fasal arwah ini. Maso itu Den sedang menghadiri  ‘coaching course’ MEMBACA PETA sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan Amali Lt ke Kapt. Beliau telah menjadi Directing Staff Den .Semasa latihan menunjukkan arah sasaran, Den sepatutnya  berkata seperti berikut :

‘Tuan Pandang hadapan, jarak 300 meter, pukul 12, ada sebatang pokok tumbang, pukul 9 dari situ ada terdapat sebuah jambatan, di situ ada musuh, siapa nampak tembak.!

 Tetapi semasa itu kami berada di atas bukit dan di bawah  bukit tersebut ada sebatang jalan raya  dan di penghujungnya ada jambatan. Disebabkan tiada sebarang  objek yang boleh Den dijadikan panduan penetapan pukul 12 sebagai tanda panduan utama Den telah berkata :

“Tuan Pandang Hadapan...Tuan Pandang hadapa [kemudiannya Den senyap beberapa ketika]..[Arwah memandang ke hadapan dan berkata kepada Den

 “ Kau suruh aku pandang apa nie ?].

 Sejurus kemudian Den ternampak sebuah Bus berwarna biru melalui jalan tersebut , dan Den terus berkatan :

“OK Tuan pandang Hadapan, pukul..erhennnnnn  [sebaik sahaja bus tersebut berada pada arah pukul 12 di hadapan kami , Den terus sambung... pukul 12 ada bus berwarna biru.....dan dah bergerak menuju ke arah pukul 11,  .erehmm now ke arah pukul 10....dan arhhhhh berada di arah pukul sembilan, dan diarah tersebut ada jambatan , di situ ada musuh siapa nampak...tembak...!

Sebaik sahaja  Den berkata demikian bus tadi telah bergerak ke hadapan dan hilang dari pandangan mata kami.!. Pada masa itu arwah nak kata marah pun ada gelak pun ada...dan  berkata : 

“Kau belaja kat mana nie...? Den hanya diam sahaja..Katanya lagi ,

“Sepanjang aku dalam komando ini aku tak pernah dengar orang memberi tunjuk sasaran seperti itu...! Kau fail !...”

Dan memang betul, Den telah fail/gagal di dalam coaching course tersebut.

Berbalik fasal kejadian yang menimpa arwah di Bosnia. Semasa itu Den menjadi Ejutan dan pada petang selepas kejadian yang menimpa arwah di Bosnia, Den telah mendapat maklumat dari Pegawai Memerintah bahawa arwah telah meninggal ketika menjalankan rondaan pemerhatian, di kawasan,, Iijas doket VISOKO  akibat terkena serpihan bom mortar. Itu sahaja maklumat secara rasmi yang Den terima mengenai perkara yang menyebabkan kematian arwah. Dalam pada itu Den cuba juga bertanya kepada CO berkaitan kejadian secara terperinci mengenai kejadian tersebut, malangnya beliau juga tidak mengetahui.

Walau bagaimanapun semasa upacara pengebumiannya di Felda Lurah Bilut ,Bentong Pahang Den berkesempatan bertanya dengan pegawai pengiring yang membawa jenazah arwah dari bumi Bosnia. Menurut ceritanya yang Den ingat, pada masa kejadian arwah sedang melaksanakan rondaan pemerhatian di kawasan yang dikuasai oleh puak Serbs. Semasa di dalam perjalanan, Tim Pemerhati tersebut telah mendengar bunyi tembakan mortar dan senjata di sekitar kawasan bandar ...alahai Den lupo lak namonya.... Sebaik sahaja mendengar perkara tersebut, menurut cerita, teman beliau telah mengarahkan agar mereka balik sahaja ke pangkalan dan melaporkan kepada HQ berkaitan dengan kejadian itu. Tetapi difahamkan arwah membantah kerana menurutnya  mereka perlu mendapat maklumat yang lebih terperinci dan tepat mengenai insiden tembakan tersebut, seperti siapa yang menembak adakah puak SERBS, BOSNIA MUSLIM atau CROATS, kekuatan mereka, kedudukan mereka  dan  maklumat-maklumat lain yang dapat membantu membuat laporan yang tepat berkaitan.

Seterusnya arwah telah mengarahkan pemandu kenderaan beliau untuk  berhenti dan beliau telah keluar untuk membuat pemerhatian yang lebih rapi. Setelah selesai membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat yang diperlukan beliau telah berpatah balik kek kenderaan yang terletak kira-kira 100meter dari situ.  Semasa di dalam perjalanan untuk berpatah balik ke kenderaan mereka. Satu tembakan mortar telah terjatuh berhampiran mereka. Pada masa itu arwah lengkap berpakaian helmet dan  ‘flak jacket [baju kalis peluru]. Walau bagaimanapun, serpihan mortar tersebut telah mengenai bahagian belakang tengkuk arwah hingga menyebabkan kematian  beliau. Itulah maklumat yang Den masih ingat yang Den terima dari salah seorang pegawai pengiring jenazah beliau.
 Duo Gambar ini Den cilok di blog malaysiaflyingherald .
Maaf Tuan punyo blog tak dapek Den nak menghubunginyo.
 Di kesempatan ini Den memohon kalau ada version yang lain mengenai kejadian yang menimpa arwah.yang diketahui oleh sesiapa jua, di harap .dapat di maklumkan di sini agar 6 orang anak-anak arwah yang pada masa itu masih lagi  kanak-kanak dapat mengetahui kisah sebenarnya. Anaknya yang masih Den ingat pada masa itu adalah Along, Jabbar dan yang lainnya Den tak berapo ingek namonya. Along yang berumor 12 tahun kalau tak silap Den maso itu sekarang nie dah berumor 30 tahun agaknya...

Itulah maklumat yang Den dapek berikan mengenai kisah yang menimpa arwah Mejar Ariffin bin Zakaria. Dan Den pun tak berapa pasti adakah arwah dikurniakan sebarang pingat ekoran daripada kejadian tersebut. Itu mungkin pihak berkaitan boleh menjawabnya. Tapi Den secara peribadi  merasakan bahawa beliau sekurang-kurangnya patut diberi pingat PGB kerana meninggal semasa di dalam penugasan operasi. Ini adalah kerana, Den pernah mendengar ada pegawai beberapa tahun yang lalu dikurniakan pingat PGB hanya kerana beliau telah melepaskan tembakan ke arah sebuah bot yang disangka lanun dan telah membuat pengejaran.  Selepas daripada kes itu, COnya membuat laporan yang mantap dan justifikasi yang kukuh maka dapatlahh pingat PGB pegawai tersebut. Di sini bukan Den nak persoalan insiden itu yang membawa kepada pengurniaan PGB, tetapi Den nak membandingkan weigthage dengan peristiwa yang di alami oleh arwah Mejar Ariffin.

Den secara peribadi dalam kes Arwah Mejar Ariffin, rasanya tidak ada masalah untuk beliau dikurniakan pingat tersebut kerana “beliau meninggal dunia disebabkan sedang menjalankan misi keamanan”..dan bukannya meninggal dunia disebabkan sakit atau sebagainya.  Kalau kena pada situasi dan disokong dengan justifikasi yang kuat dan kukuh...kenapa beliau tidak layak diberikan pingat PGB. ?  Den terfikir jugak terdapat kemungkinan beliau boleh dikurniakan pingat tersebut, walaupun ia telah lamo berlaku kalau pihak tertentu buat kerja lebih sikit dan  beri sokongan  dan justifikasi yang bagus.. .Nantilaah kalau ado peluang berjumpa dengan Pak Menteri Den nak sajo usulkan isu ini...Bukan apo...Den memang tak layak nak dapek pingat tu..tetapi kalau boleh tolong kawan dapek pingat tu..apo  salahnyo.....Dalam pado tu Den nak tanyo pihak berkaitan ...Boleh tak buat REVIEW semulo dan mencadangkan agar Arwah  dikurniakan pingat PGB....Benda ini Den pasti boleh buek..cumo  rajin tak rajin yo, nak tak nak yo.. dan berani tak berani ajo...Persoalannya sekarang  ADO BERANI ?.!!!!!