Monday, 14 May 2012

WE DESTROY FIRST WE BUILT IT LATER...!!


Den selalu juga ditanya oleh kawan-kawan kenapa Pegawai Komando dan anggotanya agak akrab jika dibandingkan dengan unit-unit tentera yang lain. Dari pandangan mereka terdapat ‘gap’  atau jurang yang jelas di mana dalam unit-unit lain biasanya pegawai atau mereka yang berpangkat tidak “begitu mudah bercampur gaul dengan pihak bawahan”.  Maaf , sebelum itu Den nak ,maklumkan yang Den tak berminat nak mengkritik, mengulas atau memberi sebarang pandangan yang berlaku pada mana-mana pasukan dalam ATM. Yang Den nak ceritakan kenapa semangat ‘comradeship’  atau setia kawan sangat kuat di kalangan anggota komando,  Pendapat dan pandangan Den ini bukanya pandangan pakar tetapi lebih kepada hasil daripada pengalaman dan pergaulan Den dengan anggota komando semasa berkhidmat di dalam unit tersebut. 


Bagi Den usaha untuk mewujudkan satu semangat “comradeship’ atau ‘es spirit de corps’ di kalangan anggota di dalam sesuatu unit tidak akan berjaya dengan hanya mengeluarkan slogan dan ucapan penuh gegar di dalam unit tersebut. Dan ia bukannya satu perkara yang boleh dijayakan secara ‘kempen’...macam kempen keselamatan jalan raya, kem naiki kenderaan awam, kem menjaga kebersihan. Usaha untuk memupuk semangat yang biasanya berjaya adalah jika “banyak aktiviti interaksi” antara golongan pegawai dan juga peringkat bawahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergabungan antara peringkat pegawai dan golongan LLP HENDAKLAH selalu diamalkan.  Sebagai contoh, masa tiba waktu sukan...pegawai bermain golf. Anggota bermain badminton . Keadaan ini akan menambahkan lagi jurang antara anggota dan pegawainya. Di dalam komando amalannya [masa zaman Den laa] , kalau waktu sukan kami kena bermain bola, maka semua akan berada di padang bola, kalau waktu sukan kena berenang , semua anggota dan pegawai kena ke kolam renang . Hasil daripada pergaulan dan penglibatan aktiviti-aktiviti sebegini,  ia menambahkan keakraban antara kedua belah peringkat dan ini secara tidak langsung mewujudkan satu ikatan ‘es spirit de corps’ yang kuat di antara satu sama lain di kalangan anggota komando tanpa mengira pangkat/ dan kedudukan.

Antara penyebab utama kekuatan ikatan semangat ‘es spirit de corps’ di dalam unit komando adalah kerana corak latihan yang dilaksanakan. Di peringkat awal semasa kursus Asas Komando lagi, Pegawai dan LLP akan menjalani fasa latihan yang sama. Tiada sebarang perbezaan daripada segi layanan, keistimewaan tempat tinggal dan makanan di antara mereka. Malah skil dan bentuk hukuman yang dikenakan pun adalah sama, Cuma bezanya kalau pegawai ia di lebihkan sikit..Begitu juga dengan beberapa kursus kepakaran yang lain, ia akan dijalankan secara bersama antara pegawai dan LLP, seperti Sniper, CQB, Special Demolitions, Para dan Amphibious . Kekerapan anggota dan pegawai menghadiri kurus secara bersama secara tidak langsung  mengukuhkan lagi ikatan kerjasama dan semangat ‘es spirit de corps’ antara pegawai dan LLP. Selain dari itu, apa juga latihan didikan ketabahan, senaman dan sebagainya, setiap gerakkan akan dilaksanakan oleh pegawai dahulu dan diikuti oleh anggota yang lain. Dalam keadaan sebegini, biasanya amat jarang untuk kita melihat pegawai komando hanya bercekak pinggang mengarahkan anggotanya melaksanakan latihan sambil ia hanya memerhatikannya. Biasanya pegawai komando akan terjemahkan perkataan  “Commando “ dengan  “COMMAND”  [Perintah] dan ‘DO’ [Buat] . Keadaan ini akan menimbulkan rasa hormat anggota bawahan terhadap pegawai atasannya., kerana biasanya pegawai komando...DIA CAKAP DIA BIKIN,,,,,BUKANNYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

Selain dari itu, anggota Komando biasanya di dalam operasi akan ditugaskan di dalam unit RKK [Ronda Kumpulan Kecil] dan biasanya di dalam setiap unit RKK hanya ada 5 anggota  sahaja. Disebabkan hanya ada lima anggota sahaja, jadi kebanyakan barang-barang yang dibawa untuk operasi bagi kegunaan unit tersebut akan diagihkan secara bersama tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Dan semasa operasi pula, biasanya untuk tempoh 3 bulan 5 anggota ini akan sentiasa berada di dalam kumpulan yang sama untuk tempoh itu.  Situasi ini secara tidak langsung akan mengikat hubungan/keakraban kuat antara satu sama lain.  Bagi golongan pegawai dan anggota unit RKK nya  adalah menjadi satu kebanggaan mereka. Biasanya pegawai akan kenal hati budi, perangai, sifat dan sikap setiap anggota unit RKK nya dan begitu juga anggota akan kenal sangat dengan pegawainya . Ini adalah kerana sepanjang 3 bulan mereka akan bergerak, makan, tidur di dalam kumpulan yang sama. Semasa zaman Den beroperasi dulu, pada setiap malam, Den akan buat jadual untuk setiap anggota menjadi penglipur lara pada setiap malam. Setiap malam satu anggota dikehendaki mengendalikan sessi sembang antara kami. Anggota tersebut bebas untuk memulakan apa juga topik yang dikehendakinya, tak kira laa politik, fasal cinta, kisah hantu dan sebagainya...selepas itu anggota lain akan bersoal balas atau memberi  pendapat masing-masing. Usaha begitu di teruskan hampir setiap malam di sepanjang operasi. Akhirnya daripada sesi tersebut kami lebih mengenali hati budi antara satu sama lain....

Dan lagi satu ., ini hanya pandangan umum Den dan tidak dapat disokong dengan apa-apa fakta saintifik atau survey bahawa jurang antara anggota dan pegawai di dalam komando biasanya adalah sangat baik dan rapat adalah disebabkan faktor “KESUSAHAN’.  Di mana mula-mula memasuki unit komando semua anggota dan pegawai akan melalui banyak kesusahan dan kesukaran secara bersama-sama. Begitu juga semasa latihan dan operasi, di mana anggota komando dan pegawainya biasanya akan menghadapi risiko dan kesusahan secara bersama, Dan mungkin boleh dijadikan faktor nasi tambah, kebanyakan  anggota dan pegawai datang dari latar belakang keluarga yang susah. Secara tidak langsung biasanya pegawai yang datangnya dari latar belakang keluarga yang susah  akan sentiasa suka merendah diri dan bersikap ‘humble’ dan ini memudahkan lagi anggota dan pegawai untuk bergaul lebih rapat dan secara tidak langsung mewujudkan semangat es spirit de corps’ yang kuat antara pegawai dan LLP. 
Begitulahh bagaimana kesusahan dapat menyedarkan kita untuk berusaha bersama.......mazam AWAN NANO...
CLEAN AND HYGIENIC WAR 



PART BAWAH SNIPPETS DEN FASAL  POLITIKS..TAK MINAT POLITIKS JANGAN BACO..... font ...windings

Dari sini Den dapatkan rasakan elemen dan faktor “KESUSAHAN” dapat membantu kita bersatu dan saling bekerja sama antara sama lain. Persoalannya dengan keadaan politik sekarang , adakah kita semua orang Islam berbangsa Melayu,  perlu menghadapi  KESUSAHAN dahulu baru kita boleh bersatu dan bekerjasama . Kalau itu jawapannya...Maka DEN sokong sangat DEMONSTRASI BERSIH..DAN INSYALLAH DEN AKAN MENGUNDI PART PAKATAN RAKYAT....DEMI UNTUK MENYATUKAN UMAT  ISLAM DAN  Melayu...DAN KITA LALUI FASA KESUSAHAN BERSAMA  SUPAYA KEMUDIANNYA Melayu  BOLEH BERSATU KEMBALI...!! Teori ini Den panggil...WE DESTROY FIST WE BUILT IT  LATER...!! Dan setelah kita lihat kemusnahan yang ada dan kita anak cucu serta seluruh  rakyat  Malaysia telah merasa dan mengecap KESUSAHAN SECARA BERSAMA-SAMA....KEMUDIANNYA MARILAH KITA BINA SEMULA Malaysia DARI DEBU KEHANCURAN ITU DAN MENJADIKAN Malaysia LEBIH BAIK DARI YANG SEKARANG INI......DAN KALAU KITA GAGAL...JANGAN SALAHKAN SESIAPA..SALAHKAN DIRI KITA SENDIRI....SEBAB KITA TAK MENGHARGAI  KESENANGAN DAN KEMEWAHAN YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA Malaysia HARI INI.