Thursday, 10 May 2012



Sebagai  anggota bujang, semasa di dalam komando, masa yang paling Den seronok MANO .adalah semasa ditugaskan untuk memasuki kawasan operasi.  Semasa di penghujung tahun 80an, tentera kita banyak melalukan operasi-operasi di kawasan perbatasan sempadan negara tak kiralah sama ada di sempadan  Malaysia-  Thailand ataupun di kawasan hutan di Sabah dan Serawak.  Masa zaman tu Den  pernah terlibat di dalam beberapa operasi  seperti Operasi Kota Foxtrot,  Kota Echo,Ops Bersih, Ops Serampang, dan sebagainya. Operasi yang paling banyak Den terlibat adalah  Ops Kota Foxtrot dan Kota Echo di mana jumlahnya 6 kali, sekali masuk  biasanya 3 bulan. Pendek kata semasa Den 2nd Lt sampai Kapten, Den selalu keluar masuk hutan   terutamanya di kawasan Sempadan Thai. Yang Den ingat, ada LP  [ Landing Point utk Heli] yang Den dah buat  dalam tempoh itu  dan  LP yang paling baik dan besar  adalah LP di pucak ULU LAHO.


Kalau nak diceritakan satu persatu memang banyak yang benda yang ‘seronok’, seksa dan azabnya semasa melaksanakan ops tersebut.  Walau bagaimana pun, dalam banyak-banyak ops tu den hanya berkesempatan bertembung dengan sekumpulan PHT [Pendatang Haram Thai] sekali aje..Dengan komunis tak ada peluang langsung, mungkin pada masa tu PKM sedang membuat ‘tining out’ [mengurangkan aktiviti di dalam hutan] kerana mereka sedang berunding untuk “meletakkan senjata dan berhenti memperjuangkan ideologi mereka dengan menggunakan senjata”…Dan sebagaimana sejarah membuktikan bahawa pada awal Dis 1989, mereka menandatangani {Perjanjian Hatyai] .Perlu di ingat mereka bukan MENYERAH DIRI TETAPI HANYA BESETUJU MEMBERHENTI PERJUANGAN SENJATA MEREKA. Yang baiknya selepas perjanjian itu, ancaman komunis secara bersenjata telah tamat sepenuhnya. Jadi…aman sikit negara kita…YANG TAK BAIKNYO ….kalau kau tanya Den….LOBEH BANYAK LAGI…

Antaranya…Si komunis yang menyerah, dapat tanah, dapat elaun tanggung hidup beberapa tahun..ehehh ada kampung sendiri lak…askar  yang pencen , bagai nak rak untuk  dapat tanah sekangkang kera, nak dapat permit teksi lagi ….harapkan…persatuan-persatuan  bekas tentera yang adat satu hal juga. Pertama bilangannya terlalu banyak dan memperjuangkan pelbagai slogan, lepas tu bila kerajaan yang bantu untuk dapat tanah ko, permit teksi ko, peluang meniaga ko….ada pulak yang nak memonopolinya hingga menyukarkan            golongan bekas tentera yang benar-benar layak  untuk mendapatkannya. Akhirnya kerajaan juga yang disalahkan.  Buat masa ini Den  tak nak berminat nak berpolitik pasal askar pencen ….yang den nak cerita pasal operasi dulu…….

Part yang  paling best operasi adalah semasa beroperasi di Sarawak. Alhamdulillah Den antara spesies akhir komando  yang merasa beroperasi  di sana. Perjalanan menuju sano menaiki pesawat C 130 dan tidak ada apa yang menyeronokkannya.  Dari Kuching kita menaiki feri ke Sibu dan dari sana kami menuju ke Kanowit. Pekan kecik di tebing sungai Sarawak.  Kira-kira dua malam Kanowit, tempat yang dijadikan  Markas Taktikal  Squadron kami, kami kemudiannya belayar menaiki bot pancung di dalam satu seksyen . Kira-kira 3 jam kemudian kami sampai ke Dropping Point. Kawasan kampung di Daerah Meluan. Dari situ kami bertapak masuk ke kawasan operasi kami. Satu perbezaan yang nyata antara muka bumi hutan di Sarawak dengan hutan di Semenanjung  adalah .Kalau di semenanjung tu garisan kontur muka buminya ..lebih mengasihani ..landai dan naik secara perlahan-lahan..dan banyak permatang di antara dua kawasan bukit atau tanah tinggi..Tapi kat Sarawak lain macam sikit…kurang ada permatang di antara bukit dan ini menyebabkan kami akan mendaki dan menurun bukit yang curam. Kalau dalam bahasa seksi kawasan tanah hutan di Sarawak ini lebih bercirikan feminin..dan nak mudah faham, bayang dua kun oren, yang biasa digunakan sebagai tanda di jalan raya diletakkan bersama-sama…Situasi muka bumi begini amat menyeksa bagi kami yang melaluinya ditambah dengan beban pack kami yang puratanya antara 40-50kilo. Tetapi satu percaya yang menyeronokkan beroperasi di kawasan pendalaman Sarawak adalah terdapat banyak rumah panjang yang sentiasa menerima kehadiran kami dengan tangan terbuka…

Semasa operasi pertama Den di sana, dalam masa tiga bulan tu, hanya lebih kurang sebulan saja Den betul-betul tinggal di kawasan hutan, yang selebihnya Den menumpang di rumah panjang. Seronok juga dapat bergaul dan tinggal bersama orang di rumah panjang Iban tu, banyak yang Den pelajari dari mereka. Rentak kehidupan mereka cukup simple dan mudah…Pagi lepas minum , biasanya mereka akan berduyun-duyun pergi ke lading , ada yang pergi ke ladang lada hitam ,ada yang pergi ke lading padi bukit. Mereka akan bekerja dari pagi sampai ke petang di lading, bila balik hari dah petang , lepas makan malam, biasanya kami akan duduk bersembang,  masa itu banyak rumah panjang yang tiada TV lagi , elektrik pula jauh sekali . Jadi banyak masa malam kami akan bersembang, dan menghirup…..lepas tu kami akan tidur,. Esok bangun pagi rutinnya adalah sama. Sepanjang masa bersama mereka Den sempat juga belajar berbahasa Iban…setakat nak mintak makan, nak bersembang dengan anak dara mereka boleh lahhh ..kalau lebih-lebih..NAK NEMU AKU..OUK-OUK KOYA…..!!!

Selain dari itu dapat juga Den merasa cara nak bertanam padi bukit. Masa part menunggal [ membuat lubang dengan mencucukkan kayu dan memasukan benih pagi] adalah part yang amat menyeksa. Habis tangan Den pecah-pecah…tapi pasal komando punya pasal, Den buat juga…Tetapi part yang paling teruk sebenarnya adalah part nak membuka ladang, di mana kerja-kerja penebangan dibuat, kemudian pembakaran dan pembersihan…semuanya dibuat dengan menggunakan tulang empat kerat dan parang..tanpa sebarang jentera…Begitu gigih mereka berusaha untuk mendapatkan sumber rezeki…..Satu  lagi yang Den perhatikan orang-orang Iban di pendalaman ini kebanyakannya berani, tetapi berjiwa lembut dan sangat suka merendah diri . Selain dari itu mereka mempunyai semangat kerjasama yang sangat baik antara satu sama lain…Dan masa Den dalam tentera dulu, kebanyakan askar yang paling taat, rajin, dan boleh dipertanggungjawabkan adalah mereka-mereka dari bangsa Iban ini.

Sepanjang operasi Den di sana, Den tidak bernasib baik kerana tidak pernah bertembung atau bertempur dengan puak PKKU [ Parti Komis Kalimantan Utara] . Ini mungkin juga pada masa itu PKKU sedang berada diambang kepupusan. Perjuangan mereka tidak mendapat sokongan rakyat Sarawak. Justeru itu operasi yang dilaksanakan pada waktu itu lebih ‘relax’ dan lebih kepada usaha “show of force’ sahaja. APa yang banyak Den pelajari adalah Den dapat merasai dan memahami kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang. Pengalaman ini amat berguna bagi Den, kerana selama ini, masa Den di kampung dulu Den ingat Den lah yang paling susah..tapi rupa-rupanya ada lebih ramai lagi orang yang lebih susah kehidupannya dari Den. Sekarang ini , selepas pencen bila Den terfikir perkara itu….sesusah-susah Den kerana tidak ada pekerjaan …sebenarnya ada orang lain yang lebih susah hidupnya dari Den…Situasi Den sekarang SUSAH YANG TAK SESUSAH MANA jika dibandingkan dengan orang lain. Atas sebab itu Den rasa bersyukur juga dengan keadaan Den sekarang…..!