Thursday, 12 April 2012

One For..All..And All For One….BUT NOT FOR ME !...

Ingat cerita the three muskeeters tak ? Slogannya “One For All And All For One !”. Mesejnya agar semua orang bersatu untuk satu tujuan demi kebaikan  semua . Fuhh kalau lah  semuo orang melayu, gunopakai slogan tu “…Melayu Bersatu untuk Kebaikan Semua  Melayu” , kan bagus heheheh…baru sampai part nie Den ghaso dah ghamai  ingek Den nak menulis pasal politik lak. Nope..buek maso nie bolom laei. Apo yang Den nak ceritokan adolah pengalaman Den , maso basik laei….dimano slogan “One For All…” tu mengingatkan kepada Den satu peristiwo yang mengolikan. Laa nie kalau bercerito kek anak Den , respon dio orang ; “ Ehhh abah nie pengotor laa !!”


Well, memanglaa pengalaman Den tu agak sebenarnya kotor, tapi ia tidaklah kotor hingga membawa ke peringkat 7 dosa besar. Bila diceritakan semula memang susah orang nak percaya, melainkan mereka-mereka yang pernah melaluinya atau melihatnya atau mengarahkan benda tu dibuat. Ia mungkin tidak di alami oleh semua mereka-mereka yang pernah mengikuti kursus asas komando tetapi mereka memang mengetahui bahawa perkara itu memang berlaku. Macam biasa, hukuman itu pun bukannya ada dalam module asas komando.

Isu tentang memupuk semangat kerjasama, bersatu, esspirit de corps  memang selalu dititik beratkan di perkhidmatan tentera. Tidak kira di peringkat mana anda berada, isu ini selalu dicanang oleh pihak atasan. Ini adalah kerana tanpa semangat kerjasama, banyak perkara tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Malah isu kerjasama dan bersepakat itu adalah merupakan salah satu element penting di dalam prinsip peperangan. Justeru itu tidak hairanlah pelbagai usaha untuk memastikan bahawa setiap anggota tentera mempunyai semangat kerjasama yang tinggi  pada sebilang masa.

Di dalam dunia komando pula, pelbagai latihan dan juga hukuman diperkenalkan atas dasar kononya hendak memupuk semangat kerjsama di antara satu sama lain. Ada yang sememangnya diadakan mengikut module latihan yang sedia ada dan ada juga diperkenalkan mengikut suka hati pihak tertentu, sehinggakan ia sebenarnya lebih kepada sifat ingin mendera atau untuk keseronokan.

Pernah satu ketika, semasa peringkat  kem di dalam kursus basik, kami diarahkan berkumpul pada tengah malam, ketika kami sedang enak dibuai mimpi. Sebaik sahaja kami semua sudah siap berkumpul, kami diarahkan berendam di dalam kolam tadahan air longkang yang berhampiran. Disebabkan kami ramai sangat, kira-kira hampir 130 orang, sebahagian dari kami kena berendam di dalam lubang beruang, tempat seperti kubang kerbau dan kerbau serta berlumpur. Tempat itu kira ok sikit jika dibandingkan dengan tempat tadahan air longkang kerana, jauh perbezaan baunya . Alasan yang diberi oleh jurulatih kenapa kami direndam adalah kerana anggota yang  telah ditugaskan untuk mengawal pada malam itu telah tertidur . Peerrghh senangnya jurulatih memberi alasan….dan katanya disebabkan kami tidak memberi kerjasama….maka kami pun turut di hukum . Entah mana punya undang-undang yang dipakai oleh jurulatih tu kami pun tak pasti. Kalau nak diikut rentetan peristiwa itu, ianya tidak ada kena mengena langsung…Bagi Den itu hanya alasan basi  dari jurulatih dan niat sebenar mereka adalah untuk mengenakan kami semua. Full Stop!

Opsss tapi alasan basi seperti itu,dan hukuman yang sengaja nak mengenakan kami itu tidak berhenti disitu sahaja. Pada sebelah paginya, setelah selesai membersihkan kawasan, seperti biasa kami akan berbaris sebelum dibenarkan minum pagi. Biasanya seminggu sekali, semasa perbarisan pagi ini akan membuat pemeriksaan ‘hygine’ kepada tubuh badan kami. Semasa pemeriksaan, biasanya kasut kami akan dibuka, seluar kami akan dilondeh, segala bentuk burung akan diperiksa, MALU ? Masa itu tidak ada sifat MALU lagi pada kami. Tujuan pemeriksaan dibuat adalah untuk mengetahui samaada kami mengidap sebarang penyakit kulit. Baju kami akan  dibuka, kuku kaki dan tangan kami akan turut juga diperiksa. Semuanya untuk memastikan bahawa kesihatan kami berada di dalam keadaan terbaik. Pemeriksaan biasanya akan melibatkan anggota medik. Mana-mana anggota yang mempunyai sakit kulit akan diberi rawatan segera. Mana-mana anggota yang mempunyai kuku yang panjang dan kotor akan di hukum dan diarahkan untuk membersihkannya. Alhamdulilh, pada pemeriksaan kesihatan pagi itu semuanya berjalan lancar dan tiada masalah . Nampak gayanya selepas  pemeriksaan nanti kami dibenarkan menikmati minuman pagi tanpa di ganggu.

Sebaik sahaja, selesai pemeriksaan, Sarjan Black mengarahkan kami mengenakan pakaian semula. Selepas itu beliau berkata :

PERHATIAN !.[biasanya perkataan itu diucapkan sebelum jurulatih memberi sebarang arahan dan ia akan disahut dengan perkataaan KOMANDO oleh semua anggota kursus dengan suara yang lantang .]

PERHATIAN !...... KOMANDO!   PERHATIAN !...... KOMANDO!  PERHATIAN!...... KOMANDO!

Ketika jeritan KOMANDO yang ketika, tiba-tiba kelihatan Sarjan Black memalingkan mukanya kekiri dengan pantas sambil menyapu sesuatu yang berada di pipi kananya. Sejurus kemudian Sarjan Black bersuara dengan dan yang marah :

“ Puihhh..celakko kau basic, air liur kau baunya macam bau mayat, kau tak gosok gigi ko pagi nie !”

Dari suara itu Den Sjn Black marah pada salah seorang anggota basik yang berada dihadapannya kerana mungkin air liur anggota basik itu telah tersembur dan mengenai pipi kanan Sarjan Black ketika mejerit perkataan KOMANDO dengan penuh semangat tadi. Akibat dari itu ia telah menimbul kemarahan kepada Sarjan Black. Melihat keadaan itu ramai diantara kami yang tersenyum dan tersengeh. Keadaan itu membuatkan Sarjan Black menjadi lebih marah dan seraya berkata :

“Woi lahabau, kau tak gosok gigi ke pagi ini ?”…Anggota itu menjawab  dengan kuat  “Gosok Staff!”..Sebaik sahaja anggota itu menjawab, Sarjan Black berkata : “ Kau pembohong, mana berus gigi kau aku nak tengok !”.

Anggota tersebut terus mengeluarkan berus  giginya yang disimpan di pouches dan memberikannya kepada Sarjan Black. Kemudian dia diminta supaya mengeluarkan ubat giginya. Malangnya jawapan yang di beri adalah “TIDAK ADA STAFF”.

Keadaan itu membuatkan  Sarjan Black bertambah marah dan berkata :” Padanlah mulut kau berbau bangkai”.

Melihat keadaan keadaan itu, kami semua hampir tergelak dan ada yang tidak dapat menahan lalu tergelak sehingga didengari  oleh Sarjan Black.Sarjan Black  menjadi marah dan terus berkata “ OK kau boleh gelak ya”..Lalu Sarjan Black mengarahkan kami berbaris dalam satu barisan. Pada masa itu terlintas pula difikiran kami, apa pulak yang Sarjan black nak hukum kami kali ini kerana mengelakkan beliau tadi. Sebaik sahaja selesai berbaris, Den sebagai pegawai yang paling kanan sekali telah diarahkan untuk berada di barisan kanan sekali diikuti siswa yang lain. Sebaik sahaja kami berada didalam kedudukan, Sarjan Black berkata :

“OK disebabkan ada diantara kamu yang pemalas,tidak mahu menjaga kebersihan, tidak mengosok gigi dengan menggunakan gigi, kedekut…dan yang lainya tidak hendak membantu rakan yang sudah kehabisan ubat gigi…menunjukkan kamu masih kurang bekerjasama dan mementingkan diri sendiri, maka pagi ini saya mengajar kamu supaya lepas ini kamu akan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain “…

Lalu Sarjan Black memberi berus gigi yang telah dirampasnya tadi kepada Den , dan kelihatan berus gigi sudah layak untuk dibuat “verandah brush” [berus yg digunakan untuk kiwi bahagian tepi kasut]  . Dia mengarahkan Den untuk mengunakan berus tersebut untuk memberus gigi Den dengan tiga langkah. Langkah pertama, memberus bahagian depan sebanyk 10 kali, langkah kedua memberus bahagian rahang kanan sebanyak 10 kali dan langkah ketiga memberus di rahang kiri sebanyak sepuluh kali. Tanpa air dan tanpa ubat gigi.  Maleh nak dibayangkan... Setelah selesai, Den diarahakan untuk  mem’pass’ berus tersebut kepada orang sebelah dan orang sebelah dikehendaki membuat perkara yang sama..dan kemudian mem’pass’ pada orang sebelah..sehingga kepenghujung beharisan.

Hehehe….masa itu Den merasa bertuah kerana menjadi orang pertama..jadi tidak tidak timbul rasa geli dan sebagainya….Malangnya tuah Den tidak lama mana, kerana, setelah  selesai orang dipenghujung sana, berus gigi itu berpatah balik ke arah Den. Secara matriksnya semua anggota berpeluang mengosok dua kali dengan menggunakan berus gigi yang dikongsi bersama hampir 130 orang. Semasa tiba giliran Den untuk membuat upacara penutup sidang mengosok gigi itu….Den tak tergamak nak mengosok lagi…Den korehkan hati, jolok punyo jolok…akhirnya Den berjaya juga melaksanakannya….walaupun Den muntah..hijau lopeh tu….!!!Maleh Den nak mengonangkannyo laei…..!!!!! One For..All..And All For One….BUT NOT FOR ME !...