Monday, 26 March 2012

YANG PENTING KERJASAMA-KERJASAMA

YANG PENTING KERJASAMA….,KERJASAMA itu adalah  slogan yang biaso Den dongar bila tengok cerito Wonder Pet bersamo anak Den. Alhamdulilah slogan tu dapek memberi kesan yang positif pada anak Den yang berumur  5 tahun tu. Hasilnya sekarang ini Den   lihat dio tu ringan tulang sikit  dan rajin membantu Den bila  disuruh, tidak seperti dulu lagi. Kalau dulu bilo Den suruh ambik air ko, biasanya  dia akan jawab “Apalah  abah nie, asyik-asyik suruh  saya aje, ambil lah sendiri “….Tapi laa nie dia akan terus buat apa yang disuruh kerana diakhir  suruhan Den itu Den akan kato …” Yang Penting Kerjasama-kerjasama..”


Semangat untuk berkerjasama ini memang sentiasa ditanam dan diutamakan di dalam askar.  Malah semangat itu memang dah menjadi sebati dan amalan biasa bagi mana-mana askar yang sedang berkhidmat . Semangat selalu bekerjasama ini tetap subur  walaupun askar tu masuk ke zaman pencen.  Walau bagaimanapun bukanlah semua askar pencen itu sentiasa mempunyai semangat kerjasama yang tinggi, tetapi Den buleh jamin kalau dalam 10 orang itu, sekurang-kurangnya 8 orang masih mempunyai dan mengamalkan sikap kerjasama yang tinggi . Ini semua mungkin hasil dari didikan untuk sentiasa berkerja sama di dalam satu kumpulan yang sering diajar, diasuh dan diamalkan semasa berkhimat sehingga ia sudah sebati dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian mereka.  Persoalannya sekarang , bagaimana anggota tentera kita dilatih untuk sentiasa mengamalkan sikap kerjasama didalam pasukan. Bak kata orang kampung Den ‘ Lain Padang Lain Belalang’…Begitulah juga  didalam askar, cara dan corak untuk melatih dan mendidik serta menanam semangat kerjasama adalah berbeza mengikut unit dan pasukan masing-masing. Sebagai contoh unit Ordnans, mungkin pendekatan yang lemah lembut dan berhemat digunakan , maklumlah ordnans,askar pejabat dan askar stor.hehehhee…kalau dalam unit infantri lain  renjar dan askar melayu,  mungkin keras sikit, maklumlah unit perang dan regimental sikit dan dalam komando ada kelainan sikit…banyak cara dan pendekatan yang diajarkan adalah tidak ada didalam mana-mana sllybus pembelajaran memupuk  semangat kerja sama. Semuanya dibuat main ikut sedap hati saja…dengan bermotifkan untuk mewujudkan semangat kerja sama.
KERJASAMA  MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK SEMUA

Bila menceritakan pasal nak memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain di dalam pasukan ini Den teringat akan latihan dan deraan yang pernah kami terima dahulu semasa menghadiri kursus atas dasar untuk memupuk semangat kerjasama yang jitu di dalam satu pasukan.  Kalau nak diceritakan memang banyak kaedah, hukuman dan tatacara yang digunakan di dalam unit komando untuk mewujudkan semangat kerjasama ini. Sebagai contoh semasa melaksanakan PT Bot, dimana lari bawak bot, lari keliling  kem  biasonya bot bosi, 8-10 org satu boat, kalau ado  geng menuang, memang tak leh nak sampai. Maso tu memang kono bori kerjasamo seponohnyo.tak leh tuang . Motifnya bukan nak mendoro, tapi lobeh kepada usaho untuk memupuk semangat KERJASAMA, KERJASAMA di dalam kumpulan. Biasanya latihan  memberikan impak yang tidak baik dari segi fizikal dan mental TETAPI IA SANGAT BERKESAN  UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN. Selain dari itu PT Balak, Latihan Kawad Kaki, Latihan Merempuh halangan, Mendayung Jauh dan beberapa aktiviti rasmi lain lagi adalah diadakan semata-mata untuk menanam semangat kerjasama antara satu sama lain.

Adakalanya usaha untuk mendidik semangat kerjasama dikalangan anggota komando ini dilaksanakan secara melampau sehingga ketahap yang melampaui batas kemanusian dan tidak boleh diterima akal. Walau bagaimanapun bagi anggota komando ia lebih merupkan satu fasa ngeri semasa melaluinya tetapi ia akan menjadi  satu ingatan abadi yang boleh dianggap lucu dan menglikan . Antara kisah yang boleh Den hikayatkan berkaitan dengan pengalaman ini adalah semasa menghadiri kurusu basik komando peringkat latihan kem .  Pada satu  pagi itu , dalam minggu kedua, kalau tak silap Den,   semasa kami sedang berbaris untuk mendapatkan minuman pagi, kami telah mendengar jeritan Sjn Misai dengan lantang sekali

 “…Cilako kau budak basic, kurang asam..pagi-pagi dah buat hal..”..” Kamu semua berbaris sekarang ..!’

Melihat keadaan Sarjan Misai yang marah sangat , kami semua menjadi heran dan terus berlari menuju ke kawasan lapang tempat dimana kami  diarahkan supaya berbaris. Sebaik sahaja semua anggota bersedia didalam perbarisan, Sarjan Misai tiba dan terus berkata :

“OK kau dengar sini baik-baik. Tadi semasa aku membuat rondaan kat kawasan paya tu [dibelakang kem kami adalah kawasan paya ], aku dah terkena “booby trap” kau Orang. Masalahnya aku dah bagi tahu dari dulu lagi jangan, lepaskan “booby trap” [istilah sebenar jerangkp samar tapi dalam konteks ini “human waste”] kau orang dimerata  tempat  , tapi   masih ada antara kamu yang degil lagi…Dah melepas tak tentu arah, lepas tu boleh tinggal begitu sahaja, tanpa dikambus !...laa nie sampai aku sendiri terkena . Cilaka betul….Suwey   aku nie..pagi !!!

Bila mendengar  kata-kata tersebut, ramai diantara kami, yang tersenyum, walaupun kami tahu Sarjan Misai didalam keadaan marah dan kami pasti bahawa kami akan dihukum sebentar lagi. Situasi itu sedikitpun tidak menakutkan Den dan kebanyakkan dari kami , kerana kami sudah “masak” dan lali dengan hukuman yang diterima, paling lama sakit atau penat yang bakal kami tanggung selepas dikenakan hukuman adalah 10-15 minit , lepas itu kami akan berasa seperti biasa semula . Bak kato orang kampung Den “Alah biso togah dek biaso”…Yang pastinya pada masa itu, dalam hati Den tongah golak  bosa

“…Ambik kau Sarjan Misai, pagi-pagi buto dah kono, ‘bobby trap ‘, !!! Ingek kan kau jurulatih komando, memang cokap mengesan dan membau, booby trap !”’Rupo-ruponya kau pun lobeh kurang kito orang ajo…apo hidung kau tersumbek ko pagi nie.”..

Sebaik sajo Sarjan Misai selesai, memaki hamun kami, dia mengarahkan kami supaya berjalan di dalam satu barisan. Dan bergerak menuju kekawasan paya yang terletak di bahagian belakang kem kami yang jaraknya lebih 400 meter. Semasa di dalam perjalanan menuju  ketempat tersebut, sempat lagi Sarjan Misai nmengarahkan kami menyanyi lagu, “Barisan Kami”..Kami pun menyanyi dengan sekuat hati dengan penuh syahdu dan meremang bulu  tengkuk.!

“Inilah Barisan Kita, 
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Sebaik sahaja kami hahis menyanyi, kami disuruh berhenti berjalan dan diarahkan untuk mengambil kedudukan mencangkung. Tiba-tiba, Sarjan Misai bersuara dan mengarahkan supaya semua Siswa bergerak secara berjalan seperti itek datang ke tempat dimana Sarjan Misai berdiri. Kami berlima [5 pegawai] pun terus mengikut arahan tersebut dan bergerak seperti itik  pulang petang . Sebaik sampai, Sarjan Misai terus berkata kepada  Sam, yang mengepalai kumpulan Siswa itu, Den berada di no 3.

“Kau nampak apa yang ada depan kau nie Siswa ?”
“Nampat Staff “ Jawap Siswa Sam “..

“Sekarang aku nak kau , gunakan tangan , ambil sebahagian”booby trap”..dan sapu kan kan di kumis [bahagian antara bibir dan hidung } dan aku nak benda tu kekal sampai jam 2000 malam nie. Dan bila aku periksa dan Kalau kau basuh, hilangkan, aku akan suruh berak balik dan kemudian sapukan semuanya kat muka kau..Faham !”

“Faham Staf “, lalu  Siswa Sam buatlah seperti mana yang disuruh sambil diperhatikan oleh Sarjan Misai.

Sebaik sahaja selesai Sam melaksanakan arahan yang diberi, Siwa Salim,  pun diarahkan supaya membuat perkara yang sama dan seterusnya giliran,  Den . Sebaik  sahaja Den berjaya “menscoop” hasil buangan manusia itu dan terus menyapunya di bahagian kumis Den yang hitam  manis  tu, rasa hilanglah  seri muka Den pada  waktu  itu . Perasan Den pada waktu itu jangan di tanya…dan baunya……Perghhhhhh..malas nak cerita.

Begituah seterusnya sehingga ke akhir anggota,yang untungnya orang dipenhujung hanya akan menscoop saki baki dan  tanah paya yang ada disitu . Pada dasarnya tanah paya yang itu mempunyai baunya lebih kurang serupa juga.  Kami dkehendaki memastikan bahawa human waste yang disapu itu kekal sehingga jam 2000 malam. Ini bermakna selama 12 jam kami akan dhantui dengan  human waste yang berada di kumis  kami. Yang peliknya  ramai diantara kami  yang sanggup membiarkannya berada dikumis mereka sehingga 12 jam . Tapi ini tidak berlaku kepada Den, kerana  1 jam  selepas upacara itu Den berpeluang  untuk  membuangkan nya dan menyapu dengan tanah lumpur dari paya tersebut. Masa itu Den  berani mengambil risiko tersebut kerana, Den  pasti Sarjan Misai tidak akan dapat membezakan  mana satu lumpur mana satu human waste kerana Den  pasti takkan Sarjan Misai nak test lumpur yang berada di kumis Den itu untuk memastikan human waste sebenar atau tidak.  Sebaik  sahaja Den membasuh dengan  air  paya tersebut, Den pun mulakan aksi  lakonan Den seolah- olah najis tersebut masih melekat  dikumis Den. , Pagi itu Den tidak minum  pagi, dan makan tengaharipun Den buat seolah-olah tidak lalu, tetapi mana-mana saki baki  makanan kawan Den yang tak lalu makan kerana kehadiran  najis dikumis mereka, habis Den balon…secara berhemah hehee..ehe..

Walau apapun Den masih teringek kato-kato Sarjan Misai setelah selesai sesi tersebut.
“Inilah akibatnya kalau kamu semua tidak saling berkerjasama untuk memastikan kawasan kediaman kamu sentiasa bersih dan tidak dicemari dengan benda-benda kotor “!

BENDA-BENDA KOTOR ..!!!Apo Sarjan Misai tak perasan ke sepanjang masa kursus tersebut kami semua sentiasa berada di dalam kekotoran ! “….Walau apa pun itu adalah sebahagian dari pelajaran yang Den terima berkaitan dengan cara hendakl menanam semangat kerjasama  didalam pasukan. Ia sememang perit dan tidak berperikemanusian tetapi ia amat  berkesan.