Thursday, 29 March 2012

118 - SEJARAH DEN !

Tarikh dan masa sebenarnya Den tak berapo ingat, yang pastinya masa tu kami dah penghujung kursus dan sedang menjalani latihan perairan di kawasan Betutu Laut  Kem Sungai Udang. Pada satu pagi tu, selepas kami selesai membuat pembersihan kawasan, kami telah dibenarkan untuk menikmati minuman pagi. Semasa tempoh minum pagi itu kami tidak sikitpun diganggu oleh mana-mana jurulatih. Pendek Kata hari itu kami menikmati minuman pagi dengan selesa dan nyaman sekali tanpa sebarang gangguan.


Sebaik sahaja kami selesai menikmati minuman pagi, kami telah berbaris semula untuk menerima taklimat bagi melaksanakan latihan seterusnya pada waktu itu. Semasa Sjn Sepah  sedang memberi taklimat latihan kursus, tiba-tiba kelihatan Sarjan Black datang menghampiri Sjn Sepak sambil berbisik dan berkata sesuatu yang tidak dapat Den pastikan. Apo yang Den nampak maso tu Sarjan Sepah angguk-geleng, angguk geleng..seolah-olah faham dengan apo yang Sarjan Black tu katakan. Sebaik sahaja selesai pembisikkan tersebut  kelihatan Sarjan Sepah beredar dan meninggalkan Sarjan Black bersama kami yang sedang berbaris itu. Pada sangkaan Den mungkin ada hal kecemasan yang mesti diuruskan oleh Sarjan Sepah pada masa  itu tugas memberi taklimat itu telah diserahkan kepada Sarjan black. It’s seems normal and nothing to worry about.

Sejurus kemudian, Sarjan Black pun mula berkutubah kepada kami.

“Kau orang basik, memang pemalas, degil dan suka curi tulang…bla.bla..!”

Wah apa hal Sarjan Black ini bercakap dengan memberi mukadimah  dengan bernada marah dan memaki  hamun kami nie…Ini mesti ada kes yang tak betul nie…Sarjan Black meneruskan ucapan dengan kata-kata maki hamum dan memarahi kami, menurutnya ,

“Kau orang nie dah nak penghujung kursus dah masih lagi tidak boleh berkerjasama dan masih suka mencuri tulang dan suka menyabo antara satu sama lain…..bla…bla..bla..” Kemudian Sarjan black bertanya, Siapa siswa yang bertugas pagi ini semasa  membuat pembersihan kawasan.”

“Saya Staf”, Jawab Den sambil melangkah setapak kehadapan.

Soalan seterusnya kepada Den “Kau periksa atau tidak kawasan sekeliling sebelum kau membenarkan budak basik mula minum pagi ?” 

“Periksa Staf !” Jawab Den dengan ringkas.

“Kalau kau periksa, kenapa masih ada longgokan daun yang tidak diangkat di bahagian belakang bangunan stor tu lagi, kau tipu aku ya Siswa ?”

“Tak Staf , saya periksa tadi dan mungkin saya tidak perasan yang ada lagi sampah yang tak diangkat  Staf, Salah saya Staf”..

“Memang betul itu memang salah kau siswa, dan yang lain pun sama, tidak ada semangat kerjasama langsung untuk membantu siswa.!”

Sebaik sahaja Sarjan Black berkata demikian Den dah dapat bayangkan bahawa ia membawa maksud terdapat kemungkinan besar kami semua di hukum. Bagi semua itu merupakan lumrah dan menjadi kebiasaan. Sebelum ini kami pun kami dah jenguh dihukum atas dasar tiada semangat kerjasama atau ‘espirit de corps”. Macam Den pernah katakan dulu, kami dah lali dan dah tak kisah akan hukuman beramai-ramai yang bakal terima. Nak-nak masa tu kami dah dipenghujung kursus, badan kami dah “tak lekang dek panas dan reput dek hujan”.

Sarjan black kemudiannya memanggil Den supaya keluar baris dan bergerak kearahnya. Sebaik sahaja Den berada besebelahan Sarjan Black dan menghadap anggota lain yang sedang berbaris ,Saya Black mula bersyarah kepada anggota yang berada didalam perbarisan:

“ Kamu semua sepatutnya memberi kerjasama kepada pegawai kamu , Siswa Den. Tanpa kerjasama kamu Siswa nie tak boleh di persalahkan semata-mata kerana tidak akan dapat memastikan kebersihan kawasan sekitar sentiasa di jaga. Kamu semua telah SABO Siswa Den, kamu semua mesti dihukum.”

Bila mendengar kata-kata tersebut , hati Den menjadi lega sedikit kerana, dalam hati ini berkata seolah-olah Sarjan Black menyebelahi Den. Pada masa itu, dalam kepala Den terfikir, ini mungkin pasal Sarjan Black nak bodek Den nie. Maklumlah kursus dah nak tamat, kalau Den lulus nanti, mungkin Den  akan jadi ketua Troop Sarjan Black nanti, maklumkan Sarjan Black adalah dari unit X Ray Sqn, 21 Kdo, sama unit dengan Den. Itulah yang  dapat bayangkan kenapa Sarjan Black seolah-olah menyebelahi Den pada pagi itu. Bagi  Den waktu itu, dah tak kiro  lagi, dio nak bodek ko, dio nak ampu ko, dio nak carik makan untuk kemudahan dio dimaso hadapan, Den tak peduli, janji Den tak  dihukum pagi itu. Fuhhhh itu pun dah cukup baik.

Seterusnya Sarjan Black berkata :

“Baiklah disebabkan kamu semua tidak bekerjasama dan menyabo Siswa Den, maka saya nak siswa  Den menghukum kamu dengan melempang setiap seorang dari kamu, bermula dari bahagian barisan hadapan. “ “Siswa Den , lakukan, kalau kau lempang main-main aku akan suruh anggota lempang kau balik, faham tu Siswa ?”

“Faham Staf” ,  Lepas itu Den terus menghampiri anggota pertama yang berbaris. Sebaik sahja Den sampai, Den mula melempang seorang demi seorang anggota basik dengan sekuat hati Den. Kalau Den lempang pelahan nanti Den pula akan dilempang semula. Akhirnya setelah puas melempang,Den sampai ke penghujung barisan,masa tu tangan pun dah naik sakit. Penat melempang guna tangan kanan, Den guna tangan kiri. Sedas kiri dan sedas kanan. Akhirnya berjaya juga den melempang kesemua hampir 120 anggota basic itu. Fuhhhhh..puas nak menghabiskannya. Sebaik sahaja selesai, Sarjan Black terus berkata :

“Bagus Siswa Den, itu caranya nak mengajar anggota-anggota kamu yang tidak mahu bekerjasama dan nak menyabo ketua mereka”:…Maso tu Den diam , tapi dalam hati Den berkata. Fuhhh..ini dah kira satu sejarah dalam hidup Den kerana berpeluang melempang 118 dalam satu hari, walaupu penat, tapi merupakan satu rekod yang paling membanggakan Den….

118 pingggg..nasib tak pengsan ajo !

Kemudian Den mendengar Sarjan Black memberi arahan:  “ Baris….Barisss Sediappp! Bergerak ke kanan bertiga-tiga kekanan pusinggggggg….!” Selepas itu Den mendengar Sarjan Black berkata : PERHATIAN ! KOMANDO !(JAWAB SEMUA ANGGOTA), PERHATIAN! KOMANDO!, PERHATIAN, KOMANDO !

“…OK sekarang saya nak seorang demi seorang datang ke depan dan melempang Siswa Den, sesiapa yang saya dapati tidak melempang beliau sebagaimana sepatutnya, saya akan suruh Siswa Den melempang balik….faham tak ?!!!

“FAHAM STAF!!” Seperti guruh dilangit jawapan  yang diberi oleh anggota yang berbaris itu. Dari nada dan riak air muka mereka , mereka gembira kerana diberi peluang untuk membalas perbuatan Den tadi. It’s payback time ! Dari situ bermula detik yang lebih bersejarah dari apa yang Den anggap bersejarah sebentar tadi. Dari situ Den telah dilempang seorang demi seorang penuntut kursus sehingga selesai semuanya iaitu 118 anggota basik. Pada masa itu Den  rasa kulit muka Den tebal, setebalnya....bukan kerana malu tetapi disebabkan sakit dan bengkak akibat dari 118 lempangan oleh kengkawan Den tadi. Lebih kurang 3 hari barulah rasa kesakitan itu hilang…!!Dari saat itu barulah Den tahu akan nilai kerjasama dan espirit decorps”.Dalam matris mudah nilai kerjasama dan espirit de corp adalah 118-1.Cuma nasib Den baik sebab struktur muka Den tidak di disconfigured ….kalau tidak dah tontu sekarang Den dah buat plastic surgey !!!