Thursday, 26 January 2012

Kemujaraban Semburan Beracun !!

Pojam colik pojam colik dah nak masuk bulan Feb 2012, copeknyo maso berlalu. Den yang baru terkial-kial nak menyesuaikan diri sebagai orang awam, masih tercari-cari  karier yang sesuai  untuk Den ceburi. Maklumlah dah 27 tahun hidup dalam askar, raso kekok dan malu-malu nak mencubo nasib di dunia awam nie. Masuk bulan nie dah 3 bulan Den berstatus penggangur.  Buek maso ini Den bolom nampak laei bidang  yang nak Den ceburi sebagai karier Den yang kedua.  Kalau maso dalam komando dulu, semuo kojo Den buek, tak kiro susah , atau apo juo halangan..maklumlah..komandolaa maso tu. Maso tu jiwo mudo, tenago bagaikan gajah, nafsu bagaikan ghimau…hari-hari mau .borilah apo juo kojo…pasti  SIAP PAK ! Laa nak meniago nasi lomak dan air cendol pun kono fikir panjang……huhuhuhu.


Entah dari mano datangnya ilham nie atau mungkin pasal mimpi malam tadi..tetibo Den teringin nak jadi bomoh lah….huhuhu. Malam tadi Den bermimpi ado orang kampung Den kono ghasok hantu, lopeh tu dio panggil Den supaya  tolong pulihkan budak tu.  Dalam mimpi Den tu, yang Den ingek Den baco duo tigo  Ayat lazim lopeh tu Den somborkan air kek muko budak tu…dengan kuaso tuhan , pulih laa budak tu…Lopeh tu orang kampung panggil Den , Pak Den bomoh…hahaahahahaaa..golak bosa Den bila Den sodar dan bilo Den cerito kek orang ghumah Den …lagi golak laa dio…

Den nak jadi bomoh ? Itu satu karier yang ok jugak kot..sebab selamo nie ghamai askar pencen yang jadi tok siak, tok imam dan bilal tetapi kurang yang jadi tok bomoh…Mungkin ini satu option bagi Den. Kalau tengok dari segi sejarah Den berkaitan dengan perkara-perkara mistik dan ghostly nie…nak-nak maso dalam servis memang kebanyakkannya mengecewakan dan tak  ado ketokohan untuk menjadi bomoh . Mungkin pembaco masih ingat pasal kegagalan Den dan rakan sekutu Den untuk mententeramkan si Jalut semasa di 21 kdo  dulu. Selain dari itu ado juga beberapa peristiwa mistik dan ghostly yang pernah Den lalui semasa dulu…yang bolom Den ceritokan laei….inilah kisahnyo…..

Kisah pertamo Den berkaitan dengan dunia mistik dan ghostly ini adalah semasa Den terserempak dengan hantu semaso Den berumor dalam 11-12 tahun. Maso tu rumah Den ,terlotak paling ‘corok’ sekali kek kampung….lopeh rumah Den…dah tak ado ghuma orang lain , yang ado yalah sawah padi dan hutan paya  rumbia tompek Den cari sagu dan kumbang sagu. Pada satu potang tu lopeh Den balik dari “meronda kampong”…Den sampai kek ghumah Den, tapi maso tu sorang pun tak ado kek ghumah Den…[Omak Den bukak gerai selalu balik lewat malam Abang dan kakak Den tolong omak Den meniago} . Lopeh Maghrib Den pun pasang pelito minyak [maso tu ghumah Den tak ado elektrik lagi] dan berbaring sambil nak melolapkan mato…tibo-tibo  Den dongar bunyi polik kek luar ghumah..ado bunyi macam moto pun ado,tapi pelahan , sayu dan melarut-larut…Nak kato bunyi macam orang menangis pun ado jugak , macam orang menderam pun ado jugak..pendek kato bunyinyo agak janggal.

Den ghaso tak sodap hati…ghaso ingin tahu meluap- luap. Den dah biaso dengan suasano ghumah Den yang corok dan berdekatan dengan hutan rumbia dan pokok buluh. Nak kato berani sangat tu tak laa…tapi kalau jumpo antu macam Kes Mak Limah tu, Den totap lari pocotnyo. Dengan memberanikan hati, Den pun bukak pintu  nak ngok dari mano datangnya bunyi tu…Bilo pintu dibukak ajo..Den terlihat satu cahaya suram yang ada di kawasan rimbun buloh di hadapan rumah Den…Bilo Den tonung, Den perasan macam rupo orang pun ado.cumo mukonya ado cahaya putih kekuningan yang agak pucat dan sepasang mato yang agak merah..dan bila contrast dengan latar belakang yang golap baru laa Den perasan yang itu bukan manusio , tapi Den agak ajo maso tu adolah polong….[maso tu kek kampung Den memang terkonal ado seorang nenek tu dikatokan membola polong . cerito macam mano rupo polong nie memang selalu Den dongar dari nenek Den dan arwah nenek Minah [mak sedaro Den] yang menurutnya pernah terserempak dengan polong ini] . Dari bunyi-bunyi yang Den donga tu, memang ado mirip-mirip bunyi polong yang digambarkan oleh nek Minah.

Lobih kurang ruponyo macam ini laa, cumo tak ado kopak ajo....

Bilo nampak ajo bondo tu, Den konfom, ini sah polong yang nek minah gambarkan tu . Den pun tak tunggu lagi, disebabkan maso tu Den keseorangan , Den lari.kalah lipas kudung .dan kalau ado  Usin Bolt lari dengan Den pun maso tu, mungkin usin pun akan  tertinggal belakang . Maso tu Den lari macam THUNDER BOLT ! Entah macamano Den buleh lopeh semua halangan dan semak samum yang berada dari rumah Den dan rumah nenek Den , Den sendiri pun tak pasti…kalau lari lagi sekali mungkin Den akan tersungkur dengan akar kayu dan lopak-lopak yang ada sepanjang lorong rumah Den ke rumah nenek Den . Den berlari dan terus berlari sambil menjerit  “ POLONG..POLONG..sampai ke rumah arwah nenek Den yang terletak kiro-kira 200 meter dari rumah Den…Maso larian Den tak sompek Den catitkan, tapi kalau ikut nafas Den ghaso senafas ajo…, Bilo sampai ajo kek ghumah nenek Den ,keadaan jadi kecoh sebab nenek dan maklang Den terkejut mendengar jeritan Den…Lopeh Den ceritkan apo yang Den nampak. Arwah nenek Den suruh Den ambil air sembahyang dan sembahyang isya..lopeh tu Den dah tak balik ghumah dah….Den tidur kek rumah nenek Den. Itu pengalaman pertamo Den bertemu dengan ghost ini.

Dalam maso servis dulu ado sekali tu Den terterjah ke alam mistik dimana Den jadi Bomoh secara kebetulan. {macam Nujum Pak Belalang}. Den ingek lagi maso tu Den berpangkat Lt Mudo…zaman yeh-yeh. Ado satu hari tu ada satu  Wisma Perwira [Officer Mess] di Kem Terendak  buat  yeh-yeh  [majlis tari menari tak formal ] Disebabkan  ‘maso tu Den selalu berkawan dengan geng  “Bar Council’ maka Den dijemput untuk hadir .Den telah datang ke Wisma Perwira dengan seorang senior Den. Semasa di sana Den seperti biasa duduk di Bar bersama CO unit. Sambil-sambil tu, Den ado jugak jeling-jeling gelagat-gelajat pegawai dan pasang mereka yang sedang melaksanakan aksi Pak Semaun di ‘dance floor ‘. Hajat hati memeang nak join jugak, tapi pasal tak ado pasangan dan kalau adopun takut nanti orang kato  Den “the dancing bear’ payah jugak. …lalu Den pendamkan hasrat dihati huhuhu…
.
Sebenarnya Den dari dulu lagi walaupun tak baik mano, tetapi bab-bab cak kuncak ini memang tak pandai tapi Den minat melihatnya. Zaman kanak-kanak maso kek kampong dulu..bilo ado ajo majlis orang kahwin,ke Melokek ko, kek Jelatang ko, ke Melako Piindah ko..Den memang selalu pogi..samo ado naik basikal atau jalan kaki…Den minat tengok orang terkinja-kinja …dan zaman tu…maso macam tu laa ajo kito orang nak berhibur.. …Tapi pada malam tu di wisma itu Den lebih senang menjadi sebagai pemerhati sahaja. Dalam pukul sebelas, tetiba ada seorang teman wanita pegawai tu, meraung dan meronta-ronta..seperti dirasuk…wanita tersebut kemudiannya di bawa ke  bilik rehat untuk ditenteramkan…

Lebih kurang lima minit kemudian ada seorang pegawai datang dan berjumpa dengan CO yang sedang berbual dengan Den di bar dan menyatakan ..”Tuan…temanita  A telah  kena rasuk laa tuan..dia meracau tak tentu pasal “… Co pun berkata , tak ada orang ke yang pandai mengubat kes macam ini. .?  Dalam hati Den berkata “Mana nak ada , kebanyakkannya yang ada kat situ semua nya dah pening lalat…”  Masa tu laa Den dengar arahan dari senior Den yang datang bersama Den pada waktu tu…Tuan jangan risau… Lt Den…boleh buat.”..dan senior Den tu terus arahkan Den,  “..Ok pergi tengok, dan cuba sedarkan dia “…

Bila Den dengar aje arahan tu Den rasa nak gelak pun ada, confuis pun ada…Mej B ini…Den pun tengah pening lalat dan seumur hidup Den memang tak pernah Den berubat orang…Apapun ,macam Den cakap..komando ini memang susah nak katakan tidak pada arahan..lalu Den sahut suruhan senior Den dan beredar menuju ke wanita yang sedang merasuk tu.  Maso tu memang Den tak tau nak buek apo- apo-, tapi Den buek konfident ajo , macam Lt Lamin dalam kes si Jalut…Den suruh seorang pegawai tu ambil segelas air, kemudian Den minum dan Den baco laa beberapa ayat lazim, ayat kursi dan beberapa bahagian Surah Yasin…lepas tu Den sembur kat muka perempuan tu.

Dengan kuasa tuhan, sebaik sahaja air disembur perempuan tu diam dan sedar sambil bertanya dimana dia berada. Maso tu Den macam tak percayo ajo..dalam hati Den adokah ia dsebabkan kemujaraban air semburan Den  [huhuhuhu kalau itu , kan kes aniaya tu } atau memang ketentuan Allah. Apa-apa pun Den sonyum sendiri..dan bergerak menuju ke meja CO dan senior Den tadi….. dan memaklumkan..mission accomplished…Maso tu senior Den dan CO macam tak percaya dan CO tu kato..”OK jugak kau Den yea…boleh berubat…!.”Response dalam hati Den  “Boleh berubat ?.??? …Entah-entah dia tu sedar sebab kena air semburan beracun dari Den “ detik hati Den….kalau betul pasal kono air semburan beracun dia tu sedar huhuhu…kan haru . Masa tu Den dengar senior Den…kato “ Lt Den kalau sombo..usah kato manusio….jin pun lari..”…Dalam hati Den golak sendirian ajo….

Selain dari tu ada jugak beberapa kes  mistik dan ghostly yang Den alami semasa dalam servis .Ada satu malam tu semasa Den duduk kat LP yang baru di buat dikawasan operasi ,  Den ternampak beberapa orang sedang sembahyang berjemaah semasa berada di LP. Yang cantiknya kumpulan tersebut seolah-olah diterang cahaya kehijauan dan menerangi kawasan LP yang lapang tu . Menurut rakan Den itu kemungkinan jin Islam ataupun kawasan orang bunian. Tapi Alhamdulilah..maso tu kami tak mengalami sebarang kejadian pelik. Mungkin dalam masa yang sama semua komando yang beragama Islam yang ada di dalam troop Den terdiri dari orang-orang yang warak..dan jenis tak tinggal sembahyang ehemmmm discounted  the troop commander !

Ada juga satu malam tu kami terpaksa berpindah tengah malam dari kawasan base di hutan Belum disebabkan anak buah Den diganggu  orang halus . Masa tu salah seorang dari kami dipercayai telah mencemar kawasan tersebut yang dipercayai adalah juga kawasan tempat tinggal mahluk halus. Ada juga satu ketika, kami tersesat dan jalan di dalam kawasan perimeter yang sama, berulangkali..akhirnya untuk melepaskan diri…Den arahkan supaya salah seorang anak buah Den untuk azan. Lepas azan kami pun sembahyang asar berjemaah..lepas pada tu baru laa kami sampai ketempat yang nak kami tujui yang terletak kira-kira 3 km dari kawasan tadi dan kami sampai dalam masa 1 jam sedangkan kami telah jalan berpusing-pusing dilokasi yang sama hampir 5 jam sebelum ini.

Kami pada masa tu telah membuat pelbagai andaian, ada yang kata mungkin salah seorang dari kami telah  memotong rotan semasa dalam perjalanan, ada yang kata mungkin kerana ada diantara kami yang telah bercakap besar atau telah  ‘pissing’ tanpa minta kebenaran , ada yang kata pasal kami telah termasuk didalam kampung orang halus dan telah mengotorkan kawasan tersebut.

Apa-apa pun andaian mereka semuanya hanya andaian sahaja  kerana kami tidak dapat membuktikannya. Memang kami selalu diperingatkan tentang petua-petua dan pantang larang semasa di dalam hutan…sama ia adalah kebetulan atau pun memang suratan hanya Allah sahaja yang mengetahui….namapun perkara mistik….susah nak diterangkan dengan logik akal .Apa-apapun jika perkara-perkara macam ini berlaku kepada kita banyakkan berserah kepada Allah dan cuba atasainya mengikut ajaran Islam..insyAllah kita akan selamat….keranan jin , setan , mahluk halus yang lain pun adalah mahluk Allah juga…mereka tidak akan dapat mengatasi kuasa Allah..begitu juga manusia. Berserahlah kepada Allah dan perbanyakkan  DUIT ! {Doa, Usaha, Istiqamah  dan  Tawakal ] …….Takbir ..!!! Allahu Akhbar…!!! { opsss Den bukan buat takbir politik yo huhuhu!!!!!!}