Saturday, 28 January 2012

Goli Geloman Den.

Sepanjang   perkhidmatan Den terdapat beberapa ketika dan waktu yang mana Den anggap sebagai satu situasi yang ngeri dan geli [geli disini bukan membawa maksud lucu/lawak tapi yang mengeli gelemankan Den ] yang terpaksa Den lalui. Kalau nak ikutkan pemikiran yang waras dan mengambil kira nilai-nilai murni sebagai manusia memang tak sanggup nak Den lakukan. Tetapi  pada masa itu keadaan  bolehlah dikategorikan sebagai  dharurat dan suka tak suka terpaksa juga Den lakukan.  Dan sebenarnya apa yang berlaku itu memang tidak ada dalam sllybus /modul kursus pun, tapi ia merupokan salah satu inisetif untuk melarikan diri dari ditangkap, musuh…..


Sebolom tu Den nak maklumkan bahawa jauh dalam hati Den, bukanlah tujuan Den menceritakan isu itu untuk mengahkan “kedasyatan “[Not For Bragging Purposes} masa zaman Den dulu dan bukan untuk dibanding-bandingkan dengan era lain.  Den nyatakan disini kerana “dalam askar ini syndrome “When I was…..” masih kuat diamalkan.  Den pasti lepas Den tulis nanti pasti ado  bekas komando atau komando yang masih dalam servis akan memperlekehkan  “ situasi ngeri dan geli “ yang Den lalui dan mereka akan kata “..Ala…WHEN I WAS …..lagi dasyat.”…hehehe part tu Den dah faham dan memang Den jangkakan akan berlaku. Cuma Den nak bagi tahu, ….masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing mengenai sesuatu situasi yang dilalui itu….Untuk mereka, Den nak maklumkan…apa yang Den nak tuliskan mungkin tak sedasyat dan tak se gah dengan apa yang mereka telah lalui ..tapi bagi diri Den ia cukup  ngeri dan mengelikan…..huhuhu…
pergerakn tektikal melalui tepian kolam untuk menghindari musuh  ..!!!!

insiden ini berlaku semasa Den dan tim Den lari dikejar musuh semasa membuat tinjauan rapat ke sasaran. Dalam satu siri latihan serangan pantas  “raid “Den dan dua anggota lagi telah diarahkan untuk membuat  “tinjauan rapat” ke atas sasaran. Dua orang lagi kawan Den tu adalah Mat Rock dan Gondang .Bagi memudahkan kerja dan bagi mengelakkan dari dikesan, kami akan  berpecah di satu tempat  {DP] semasa menghampiri sasaran.  Semasa perjalanan datang kesasaran kami telah mengikuti satu lorang kampung Cina dimana dan dikawasan tersebut terdapat satu kandang babi yang agak besar. Den memilih jalan tersebut kerana Den pasti itu adalah jalan paling selamat dan musuh tidak akan berada di kawasan tersebut.  Semasa berada di titik berpecah…Den telah memberi taklimat akhir kepada tim Den. Den telah mengingatkan mereka apa  maklumat yang hendak dicari, jangkamasa mereka membuat tinjauan rapat dan segala tindakan-tindakan serta merta yang lain. Dari situ setelah memberi taklimat akhir kami telah bergerak menuju ke kawasan tinjauan masing-masing.

Kira-kira baru 5 minit kami bergerak dari tempat kami berpecah, Den terdengar bunyi letupan dan diikuti dengan cahaya yang terang benderang.  Maso tu Den pasti bahawa  salah seorang dari tim Den telah terpijak  “trip flare”…dan apo laei ..menyebabkan kawasan tersebut ..torang bendorang di sinari cahaya. Ini bermakna tinjauan rapat kami telah gagal. Kehadiran kami telah diketahui musuh. Tindakan yang harus kami ambil apabila mengetahui bahawa kehadiran kami diketahui musuh adalah dengan bergerak menuju ke RV Kecemasan.  Walaubagaimanapun masa tu Den tak berganjak lagi kedudukan Den…Maso tu Den nampak pihak musuh dah berlari sambil menembak ke udara..macam Red Indian dapek senapang..sambil menjerit-jerit..”tangkap basik tu , jangan bagi lari…” Mereka menuju ke arah Selatan dimana kawasan trip flare yang bercahaya tadi…pada masa tu dalam kepalo hotak Den terus teringat si  Mat Rock yang berada dikawasan tersebut…Abihlaa kau Mat Rock malam nie….kono siang dek musuh….Dalam hati kocik Den berharap sangat agar Mat rock dapek meluluskan diri dna balik ke pengkalan dnegan selamat.

Den pun bergerak dengan agak pantas berpatah balik menuju ke titik berpecah (DP) tadi..dan beberapa minit kemudian Den nampak kelibat  Gondang….Den beritahu Gondang, bahawo si Rock dah terpijak trip flare..Dan dari apo yang Den nampak tadi..ghamai musuh sedang berkejar ke arah dia. Dalam pada tu tetiba Den dengar bunyi orang bercakap dengan agak kuek dan di belakang mereka Den nampak ada sebuah moto yang bergerak secara perlahan ke arah kami. Pada maso tu Den pasti , musuh yang sedang bergerak ke arah kami dan membuat ‘clearance sweeping’ untuk mencari kami. Den dan kawan yang satu laei, tak tunggu lagi, terus lari kerana Den nampak  musuh dah  mula berlari menuju ke arah kami. Maso tu Den dan kawan Den macam  “ pelari utusan di hutan Amazon”..abih semua somak samum kami godah, longkang bosa tak jadi masalah…kami lari sekuek hati kerana takut ditangkap musuh. Maso tu kawan Den yang sorang lagi dah hilang entah kemano. 

Den kemudian terus berlari dan berlari menuju ke Emergency  RV   yang telah ditetapkan yang terletak kira-kira 1 km dari kawasan sasaran.  Bila hampir sampai disana, kami nampak land rover musuh dan dua buah kapcai dah berada dikawasan tersebut. Maso tu Den tak pikir lain lagi ini mesti musuh ini. Den pun apo laei, terus tarik tangan kawan Den dan  bergerak menuju ke kawasan paya yang berhampiran..Plan pertamo yang terlintas kek kepalo Den maso tu adaloh nak masok ke dalam kawasan paya tersebut dan seterusnya menyeberangi “tasik/kolam..yang Den sendiri tidak ketahuan dalam dan luasnya. Walau bagaimanapun entah macamano Den batalkan niat Den kerana, maso tu Den terfikir bahawa kami membawa senjata dan berpakaian lengkap, walaupun tanpa pack…tapi ianya amat merbahaya jika kami cuba berenang melintasi kolam/tasik tersebut . Den terus batalkan niat nak meng ‘cross” tasik tu.

Maso tu raso panik pun ado kerana kami telah dikepung…jalan lain yang ada adalah ..melalui kawasan kampung Cina dan kandang babi . Maso tu Den terfikirlak..kalau kami bergerak menuju ke kawasan perkampung Cina….kehadiran kami akan lebih mudah dikesan musuh kerana Den pasti kat kawasan tu ado banyak anjing yang akan menyahut dan menyalak kegemberian menyambut kedatangan kami dengan memberitahu pihak musuh. Ini tak boleh jadi ini…maso tu Den terus buek…Quick Mental Aprreciation….Pengkiraan Keadaan .-[Kaedah menyelesaikan permasalah secara  sistematik }. Option yan gada satu lagi adalah  melalui kebun getah…tapi  kawasan tersebut juga adalah bahaaya kerana Den percaya pihak musuh pasti sedang berkeliaran kerana ia adalah kawasan kegemaran “budak basik ‘ untuk bersantai/break semasa didalam latihan .Option tu pun Den buangkan..

Den dah faham sangat sifat dan hati budi serta gerak laku musuh ini….dio orang memang nak-nak sangat tangkap kami  malam tu..maklumlah kehadiran kami ke situ telah diketahui…maka mereka akan cari kami walaupun sampai kelubang cacing, kalau mereka tak dapek jugak tangkap kami malam tu, maka ia merupakan satu kegagalan dan merupokan satu kes yang memalukan bagi squadron tersebut. Dalam erti kato mudah, ego mereka akan ghaso tercabar.  Oleh sebab itulah dalam sekojap maso ajo..kawasan tu dah dipenuhi dengan musuh dan mereka telah mengeluarkan kata-kta pujokan dan rayuan kepada kami… “ Woit…basic….aku tahu kau orang ado menyurok  dalam dalam kawasan semak/ tu …Menyerahlaa..!!! Kalau tidak lagi teruk nanti ..!!! Apa ???? Kami nak menyerah diri….?? .Boleh Jalan laa…Den dah bertekad tak akan menyerah diri…biar Den ditangkap baru “macho sikit”…Apo-apo pun maso tu kepalo otak Den tongah ligat berfikir ….macamano nak melopehkan diri ini…..

Den kemudiannya mengajak Gondang , untuk bergerak dari kawasan semak samun tadi..dan menuju ke kawasan paya…dari situ kami berpatah balik mengikut jalan paya dan tepian kolam dan terus bergerak mengampiri kawasan kandang mr Piggy.  Pergerakan kami amat tektikal sekali tetapi agak pantas dan kami bersyukur kerana cuaca yang gelap pada malam itu memudahkan lagi kami keluar dari kawasan kepungan…..Selepas bergerak beberapa ratus meter kami mengampiri gigi kolam/tasik. Mso tu den dengan Gondang bertanyo …Tuan kita nak kena seberang tasik ini ke ..? Jawb Den ..ringklas…Tak.  Kemudian si Gondang tu bertanyo lagi..Abih tuan , macam mana kita  nak balik kepengkalan nie..kita dah kena kepong…? Maso tu telingo Den dah paneh…Si Gondang ini dok sibuk bertanya musuh berada disekiling..kepalo otak Den dok memikir nak melepaskan diri dari musuh …lalu..Den luku kepalo si Gondang..dan kato.. “ Syihhh…musuh ada sekliling kito, jangan nak memokak dan banyak tanya…Kau percayo den tak ..? Jawab Gondang ….perlahan dan sayu ajo bunyi  seolah-oleh berbisik….cayooooo tuan…bunyinyo manjo ajo…mungkin akibat dari efek lukuan Den tadi kot…lau Den kato…kau ikut ajo Den ok..!

Kami seterusya bergerak masuk kedalam tasik dan dari situ kami bergerak dengan memegang tebing sehingga ke kawasan kandang khinzIr yang terletak kira-kira 300meter dari situ pergerakkan kami amat tektikan dan amat berhati-hati kerana kami takut dikesan musuh, atau anjing dan dalam masa yang sama takut terlepas pegangan di tebing kolam . Kami sampai di kawasan kandang tersebut kira-kira 30 minit kemudian… Sebaik sahaja mendarat {keluar dari tasik} …kami bergerak menhampir kandang khizir tersebut. Dari sinaran api kawasan bangsal itu…kami nampak ada dua petak  “kandang’ yang tiada kehadiran khixir…..Denpun bergerak dan memasuki petak tersebut…dan dari kejauhan kami masih mendengar bunyi salakan anjing dan kenderaan serta suara orang yang sayup-sayup…yang mungkin sedang mencari kami. Malam tu Den membuat keputusan untuk tidur aje didalam petak tersebut kerana Den yakin kalau ada musuh pun di sekitar kawasan tersebut mereka tidak akanberani untuk masuk dan melihat di dalam kandang tersebut…..Mula-mula Den goli geloman jugak…tapi Den kkorehkan hati..Bau kawasan tu oun boleh tahan jugak…tapi bau kami pun waktu basik tu apa kurangnyha….so..pendek kata kami boleh adaptasilaa situasi  tempat itu…Dan malam itu kami tidur dengan lena sekali..dengkuran si Gondang yang mula-mula menganggu tidur Den tidak begitu mengancam lagi ..kerana ianya telah tenggelam dengan dengkuran  dan dengusan jiran sebelah petak kami malam itu.

Kira-kira pukul 6 pagi kami sedar dan setelah memerhatikan keadaan agak selamat kami bergerak balik ke pengkalan dengan penuh kekesalan kerana “tinjauan rapat kami menemui kegagalan, .Den telah maklumkan kepada Gondang agar jangan menceritakan kepada anggota lain dimana kita orang tidur malam tadi…kalau mereka tanya katakan sahaja…kami lari masuk kawasan paya..Full Stop.!!! Sebaik sahaja sama di pengkalan kami dimaklumkan bahawa Mat Rock telah balik lebih awal sedikit dari kami. Bila ditanya bagaimana dia boleh melepaskan diri dari kepungan musuh malam tadi…jawab Mat Rock..dia masuk dalam kolam….dan tidak tidur sehingga dia bergerak balik pada jam lebih kurang 4 pagi. Mat Rock bertanya kami macamana pulak kami berjaya melepaskan diri , Den maleh nak jawab ..Den kato… “..Kami tidur dalam paya ..! “Perkara pertama Den buek waktu tu…Den buangkan baju dan seluar yang Den pakai malam tu…Kasut tak dapek Den nak buangkan sebab….den tak ado kasut spare…kalau tak teruk Den berkaki ayam lak…cukuplaa Den samak ajo kasut tu....Walau bagaimanapun den bersyukur kerana kami semua selamat.