Monday, 9 January 2012

Beginning of the Ends....

Den minta maaf sebab lamo bonar menyepi , disebabkan komitment dengan urusan keluarga dan peribadi. Maklumlah awal tahun ini Den telah berpindah  dan sibuk  dengan urusan nak menyekolahkan anak dan nak mencari kerja…setelah lama mengganggur. Apapun disebabkan  isu hangat pasal  Anuar dibebaskan dari tuduhan liwat nie….Den nak komen  sikit….Secara peribadi Den rasa sukar juga nak  menerima berita tu. Tapi   disebabkan ia dikeluarkan oleh Mahkamah,, maka Den terima dengan hati yang terbuka.


Lepas nie mana-mana puak yang yakin bahawa Anuar terlibat dengan meliwat, MACAM DEN.. tak payah kita meroyan lak yo…jangan buek peranghai tak elok…Apo kewajaran dan justifikasi bahawa Anwar boleh dibebaskan Den tak pasti lagi sebab Den tak baco laei judgement hakim tu. Apo pun pasal keputusannya dah didapati dio tak bersalah…tak payahlah kito nak pertikaikan lagi. Kito tunggu ajolaa kalau ado episod  rayuan oleh pihak pendakwa.

Bagi Den , dengan kebebasan Anuar ini, situasi politik Malaysia akan menjadi lebih rancak dan menarik lagi….dan kalau tak kuek iman ghamai yang akan mula rasa keraguan terhadap perancangan Allah terhadap maso dopan Malaysia ini. Apo pun Den nasihatkan agar  kito semuo sentiaso berdoa dan meminta petunjuk dari Allah tentang siapokah yang sebonanrya bercakap benar …SAIFUL atau ANUAR.  Bagi Den ini tando-tando Melayu dan Malaysia menuju kejalan kehancuran. Isu  pemecatan Dr Hassan Ali juga merupakan satu-satu tanda bahawa   Islam/Melayu Malaysia sedang berada diambang kehancuran. [Beginning of the Ends ] Kita pada hari ini dah tak boleh menilai mano yang benar  dan mano yang bathil. Ulama yang ‘celupar mulutnya’ menjadi keagungan ramai, ulama yang terang-terangan bersengkokol dengan kaum kafir yang nak menjahamkan Islam/Melayu di Malaysia menjadi ikutan dan pujaan ramai.

Dikesompektan ini Den nak mengingatkan kepada kaum Islam /Melayu bahawa kito sekarang sedang menghadapi ‘zaman’ yang paling sukar di dalam menentukan survival kita sebagai orang Islam/Melayu di tanah Melayu ini. Jauh di sudut hati Den, percaya bahawa saat ini telah bermula zaman pengkikisan keistimewaan orang-orang Islam/Melayu di tanahair sendiri….dan jika ini menjadi kenyataan kelak…kalau kita menyesal dan menangis dengan air mata darah pun dah tak guna lagi. Den nak berpesan kepado adik-adik Den  yang tak tahu lagi akan kepentingan untuk menjaga hak melayu di tanahair sendiri….kalau anda tak mampu untuk membuat sebarang kebaikan untuk keutuhan bangsa Melayu/Islam di bumi Malaysia ini..janganlah anda pula terlibat di dalam  usaha untukj menghancurkan hak dan keistimewaan orang Melayu/Islam di bumi Malaysia  ini.

Akhir sekali Den katokan  kepada penyokong-penyokong Anwar bahawa , pembebasan Anwar membuktikan bahawa Mahkamah di Malaysia tidak dikuasai oleh Barisan Nasional dan ini membuktikan bahawa kerajaan sekarang tidak ada ‘hidden hand’ untuk mengarahkan Mahkamah supaya menghukum Anuar .Secara peribadi Den sukar untuk menerima keputusan Mahkamah tersebut berdasarkan skema perundangan yang Den tahu…tapi Den berpendapat bahawa Hakim itu  ‘erred in law’ bila membuat keputusan tersebut. Apa-apapun ini adalah pendapat peribadi Den . Dan InsyAllah kalau dipanjangkan umur kita akan dapat melihat pula  zaman kejatuhan Anuar….dan Den pasti Anuar  TIDAK AKAN DAPAT JADI PM….[ini ramalan Den  huhuhu….}