Monday, 7 November 2011

Altantuya Revisited : A Blown Up Theory .

Ontah mano datangnya idea nie Den pun tak tahu, semasa  minum pagi  tadi sambil menikmati sup gear box qurban…Den terbaca alkasih PM dan isterinya yang dok mengerjakan haji di Mekah. Dalam pada mereka sedang menunaikan  haji tu ada juga suku sakat yang anti dengan mereka berdua [ dalam kes ini manusia tu suku sakat Den yang sedang duduk semojo dengan Den sambil menikmati  sup gear box tu ]. Menuru mereka , “ katonya PM Iran pergi haji , sama macam golongan yang lain , malah katanya PM tu naik lori dan tiada bezanya  dengan umah haji yang lain..tapi kato mereka lagi tengok si Najib dan Rosmah tu, mereka kerumah Allah dengan  dieskort  dan diberi layanan yang keterlaluan,,lalu mereka mempersoalkan ke mahburan ibadah haji yang dilaksanakan oleh pasangan pemimpin kita tu.

Thursday, 3 November 2011

Terimaaa..Kasihhh...ATM

Sejak menjadi askar pencen ini, dan dah mula berkerja dan berniaga seperti orang awam , Den terasa banyak sangat kelainannya. Ini la masanya Den nak  ‘mengadjustkan’ diri dan cuba memahami senario dan suasana dunia orang awam. Maklumlah dalam 27 tahun  yang lepas, dunia yang Den kenali adalah dunia askar…dan  maso tu Den ghaso…Den  Join the Army…Den  tak berapo tahu pasal  ‘outside world’…mungkin  kerana lamo bonar duduk dalam  ‘fox hole ‘ kot . Silap Den jugak sebab, mula-mula Den masuk Navy…lopeh tu  Den tukar color lak… join the Army…kalau maso tu Den join the Navy…tontu dah lamo Den ‘see the world’. Den tak join Air Force dulu sebab maso tu Den jenis ‘gayat’ sikit’ maso tu Den ingek kalau masuk Air Force mesti kojo kek awam biru dan  tompek tinggi ajo. Alangkah naifnyo Den maso. Rupo-ruponyo masuk komando lagi gayat, kono tergojun payung, absailing, repealing .Tapi maso tu gayat-tak gayat Den hobin ajo sobab komando laa katokan.…Akhirnya Army laa tompek Den membosar dari tingkatan satu hinggo tigo, sebagai Kadet Tentera Sekolah, lopeh tu maso tingkat  4, 5,6 sebagai boi kat Cwg Putera MTD dan kemudiannya joint kadet…commission, masuk Army sampai laa Den pencen..Kalau di campur pengalaman hidup sebagai tentera ini dari tingkat satu sampai Den bicara..fuhhhh 32 tahun jugaklaaa Den hidup dalam suasana keaskaran….