KURSUS TERBARU

KURSUS TERBARU

Pages

KENGKAWAN SIBER DEN

Wednesday, 19 October 2011

Politik Dan Askar Pencen.

Kehangatan dan bahang PRU 13 semakin terasa. Perkara ini tidak boleh disembunyikan lagi dan dah menjadi ‘open secret’ yang PRU  13 mengikut ramalan Den akan dibuat selewat-lewatnya pada bulan 3 tahun depan.  Sebagaimana pernah Den kata dulu, bahawa Den tidak berminat sangat nak membincangkan isu politik ini kerana, biasanya kesudahan tidak baik. Sama ada penyokong kerajaan ataupun penyokong pembangkang semuanya mempunyai alasan tersendiri untuk menyokong mana-mana pihak yang di sukainya. Begitu jugak Den, kalau Den ceritakan pandangan dan sokongan politik Den diruang ini..Den pasti akan bertalu-talu soalan dan hujah yang akan diutarakan oleh pihak penyokong pembangkang dan sudah tentu jenguh Den nak menjawab kepada pihak yang tak sependapat dengan Den.

Wednesday, 12 October 2011

Heli Pad ..LP..LZ ..!

Dalam siri yang lopeh Den bercerito pasal MADEVAC, yang mano biasanya tidak semudah nak dilaksanakan sebagaimana mudahnya nak menceritakan. Sebelum Den bercerito panjang Den nak beri takrifan dulu fasal takut ado yg tak dapek tangkap cerito Den ini nanti . MADEVAC ini dalam bahaso mudah adolah MEDICAL EVACUATION , dibawa keluar atas dasar sakit, kesihatan terganggu dan sebagainya. Kalau CASEVAC ...maksudnya CASUALTY EVACUTION, ini biasonya kalau tercedera semasa bertempur ke, terpijak jerangkap samar ke..dan ado yang kono parang pun dikategorikan sebagi CASEVAC...dan kalau BODYBAG..ini maksudnya ...bawak keluar jenazah laa..huhu sebonarnya tak ado istilah ini sajo Den buek..

Monday, 3 October 2011

MEDEVAC .

Jumaat lopeh kalau tak silap Den , ado ditayangkan cerita drama Bere Hijau , siri satu di TV 1. Mungkin pasal  ia baru bermula, mako kurangnya aksi-aksi komando yang ditontonkan kecuali kisah ‘flash back’ Sjn Ramli ? dan di mana adegan salah satu anggota cuba membawa anggota yang cedera keluar dari kawasan operasi......yang bertempur dengan PGK.  Bilo part tu Den teringek maso Den terlibat di dalam- operasi-operasi  dan terpakso membawa anggota cedera keluar. Dan secara kebetulan masa tu Den berseorangan di Hotel di Seremban. Alahai..maso tu fikiran pun mudah laah melayang teringek maso zaman Den mudo-mudo di kawasan operasi. Maso tu Den tak lah bernasib baik seperti ‘group GGK dlm drama  tu,..Den tak pernah bertembung dan bertempur...dengan PGK. Yang biaso den bertembung adalah dengan Pendatang Haram Thai (PHT)sekali, Geng puak PULO sekali dan yang lain selalunyo....group kobau pendek..dan jugo binatang liar lain seperti gajah dan seladang dan harimau....huhuhuu.