Ado yang beri komen “Askar tak ado kojo” dalam salah satu artikel Den.Secara peribadi, walaupun Den dah boleh dimasukkan di dalam kategori askar pencen, Den memang tak berapo selesa bilo mendengar ungkapan yang askar tak ado kojo nie. Dan ghaso statement tu keluar dari mereka yang mungkin tidak berapa faham atau tau budaya kerja dalam askar nie. Secara kebetulan hari ini gonap 27 tahun Den kojo dalam askar. Bilo Den ghonongkan balik, sepanjang maso 27 tahun yang lopeh, hanya beberapo ketiko sahaja yang Den boleh kata bahawa ....Den tak ado kojo, ia itu maso cuti..itu pun tak menentu, ado jugo maso cuti kono datang berkojo. Kategori kojo dalam askar ini , amat banyak..maklumlah askar ini boleh dikategorikan sebagai ‘Jack of all threads master of non “.
Bilo dah pencen nie, manolaei tompek yang sesuai untuk Den bercerito kalau tak kat kodai kopi. Den nie..dari umo 18 sampai 40s, Den hidup dlm askar,unit Kdo. Banyak pengalaman pahit manih yg Den nak ceritokanyo...Inilah cerito Den...bokeh kdo..apo yang Den cerito memang bondo fakta, cumo mungkin caro pengkisahannyo ado kelainan sikit, semuonyo dibuek ateh sobab sensitifviti dari sogi keselamatan, maruah,moral dan nak jago ati kawan...tapi yg fakta totap fakta...Den tak nak ubah...tak mano org nak tahu cerito sobonar. Baik burok cerito Den pandai-pandai timbangkan sendiri...Den cumo bercerito...dan inilaa cerito Den.......
Thursday, 29 September 2011
Askar Tak Ado Kojo !
Tuesday, 27 September 2011
1000,2000,3000 Check !
Alfansorrey geng PARA ! Bilo Den menulis pasal PARA WAR DANCE ado lak yang tak berapo pueh hati dengan Den..Den mintak maaf laa. Den bukan nak mulo porang sabil dengan geng para ini. Den sajo nak menyakat. Cerita fasal PARA ini teringek lak maso Den mulo-mulo menghadiri kursus PARA, nak mendapatkan sayap penerjunan tu. Badge Den [grup] adolah grup pegawai kadet yang pertamo di pilih untuk menjalani latihan asas penerjun statik ini. Sebelum tu memang tak pernah ada lagi anggota kadet yang mendapat sayap penerjunan statik sebelum ditauliahkan. Nak dijadikan sejarah agaknya, maka grup kadet Den telah terpilih sebagai grup pegawai kadet pertama yang menjalani latihan asas payung terjun.
Tuesday, 20 September 2011
Para War Dance ..
Tarian perang [War Dance] yang telah di pamerkan semasa sambutan Hari Malaysia/Merdeka tempoh hari telah sedikit sebanyak menarik minat anak lelaki Den yang berumor 7 tahun tu. Dan secara kebetulan beliau juga sempat menyaksikan tarian perang HAKKA, yang dibuat oleh Team All Blacks , New Zealand sebelum perlawanan rugby piala dunia 2011 antara New Zealand dan Japan. Dari situ beliau [anak Den ] telah mengajukan soalan apa hebatnya pasukan PARA dan apa bezanya dengan pasukan komando. Dan dalam masa yang sama anak Den yang darjah ompek tu menyampuk lak, kenapa komando tak ada juga tarian perang macam yang dibuat oleh pasukan PARA tu . Susah jugak nak bagi jawapan yang tepat fasal soalan yang diberikan kerana Den tak pasti sama ada dia orang akan faham bila Den cakap fasal misi, operational capability dan sebagai strategk force dan sebagainya. Maklumlah budak mentah lagi. Walau bagaimanapun demi untuk tidak melukakan hati mereka Den jawap jugak soalan mereka di dalam bahasa yang mudah untuk mereka faham.
Posted by
DEN CDO
at
16:01
Links to this post
Para War Dance ..
2011-09-20T16:01:00+08:00
DEN CDO
General|
Comments
Labels:
General
| Reactions: |
Monday, 19 September 2011
Sudah Tukar Kaa.... ? Ayooo Saya tak tahu.....!!!
Tidak sampai 24 jam PM kita dah bercakap pasal pemansuhan ISA dan beberapa undang-undang dharurat yang lain, keluar pulak statement dari seorang wakil rakyat pilihan Kota Alam Shah, berkaitan dengan cadangan supaya bendera Jalor Gemilang di gantikan..dan buat masa ini, dia tu dah gantikanpun dengan bendera DAP. Kalau laa ISA boleh diguna pakai lagi….pastikan si Mano ini menjadi orang terakhir yang di kenakan tindakkan undangx dibawah ISA tu . ..!!! Den malaeh nak komen dan mengutuk pasal tindakan dan saranan anggota DAP yang bersahabat baik dengan PAS dan PKR tu . Lagi banyak kita kutuk dan marah serta maki dia, buat nambahkan dosa kita aje…
![]() |
| JASA MU DIKENANG .... |
Posted by
DEN CDO
at
13:20
Links to this post
Sudah Tukar Kaa.... ? Ayooo Saya tak tahu.....!!!
2011-09-19T13:20:00+08:00
DEN CDO
General|
Comments
Labels:
General
| Reactions: |
Friday, 16 September 2011
HANG Ber5 Bukan Melayu Asli
Kali ini Den nak menulis di luar dari norma kebiasaan dan akan membahasakan penulisan Den berdasarkan kepada ‘perkara-perkara yang terlintas dibenak Den, tanpa perlu menapisnya dulu. {edisi pendek = Den nak merapu laa nie ] Justeru itu, Den harap pembaca dapat menilainya secara santai dan tidak akan menilai dari segi logik, ilmiah dan sebagainya. OK Den dah start nak merapu nie….Semasa perbarisan Hari Malaysia tadi antara kenderaan-kenderaan yang berarak melalui pentas DiRaja adalah , satu siri kereta Pahlawan Melayu yang di dahului oleh Tuah, Lekir, Lekiu kenderaan pahlawan keluaran proton,..itu yang Den dengar dari pengulas, dan Den tak dengar pasal si Jebat dan Kasturi…[mungkin ada disebut kot] . Dan pada waktu tu Den terfikir mungkin si Jebat tidak diajak sebab dia dah dalam kategori Bus sekarang {Bas JEBAT : MELAKA KL] atau mungkin tengah sibuk, maklumlah kalau ikut seniority dalam jenis kenderaan si JEBAT yang mula-mula keluar dan dah dalam kategori bus bukan kereta seperti yg lain rakannya maka ia tidak disenaraikan. TUAH pun dalam kategori bus juga mula-mulanya…TUAH BUS CO, tapi Cuma famous kek Melaka ajo.
Posted by
DEN CDO
at
14:04
Links to this post
HANG Ber5 Bukan Melayu Asli
2011-09-16T14:04:00+08:00
DEN CDO
General|
Comments
Labels:
General
| Reactions: |
Monday, 12 September 2011
Kami Redha..Tapi...Issshhhh..Kalaulaaa......
.Pemergian seorang pemberita BERNAMA semasa mengikuti misi kemanusian di Somalia telah sedikit sebanyak menimbulkan banyak pertanyaan tentang ‘persediaan’ yang telah dibuat oleh pihak penganjur bagi menghadapi misi tersebut. Pada mulonyo Den maleh nak menulis dan mengulas mengenai kejadian tersebut, kerana Den berpendapat, pihak penganjur sudah semestinya ‘membuat persediaan yang secukupnya’ dari aspek keselamatan, sebelum melaksanakan misi di bumi Somalia. Dan Den percaya , mereka telah mendapat ‘nasihat keselamatan’ dari tim atau pasukan yang memang ‘pakar fasal isu-isu keselamatan di Somalia. Dan Den menganggap bahawa kejadian yang menimpa arwah tersebut adalah merupakan satu ketentuan Ilahi dan kita semua patut redha menerimanya. Itu adalah tanggapan asal Den mengenai kejadian tersebut.
Posted by
DEN CDO
at
13:42
Links to this post
Kami Redha..Tapi...Issshhhh..Kalaulaaa......
2011-09-12T13:42:00+08:00
DEN CDO
SECURITY ISSUES|
Comments
Labels:
SECURITY ISSUES
| Reactions: |
Friday, 9 September 2011
Exam Fever .
Dalam diam-diam dah lebih seminggu kita bergayo. Kesibukan dan keseronokan Den berhari raya kali ini adalah lain dari kebiasaannya. Maklumlah Den baru nak berjinak-jinak menjadi orang awam. Dan keseronokan ini ditambah dengan fikiran yang lapang kerana , tidak seorang pun anak-anak Den akan menduduki sebarang peperiksaan penting sekolah pada tahun ini. Kalau tak risau juga , sebab takut-takut mereka raya hingga lupo fasal buku dan nak mengulang kaji pelajaran.
Posted by
DEN CDO
at
14:53
Links to this post
Exam Fever .
2011-09-09T14:53:00+08:00
DEN CDO
General|
Comments
Labels:
General
| Reactions: |
Wednesday, 7 September 2011
I was there ..
Setelah hampir seminggu berada di Djibouti, barulah perlaksanaan tugas yang telah diamanahkan kepada kami dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. “Eyes and ears” kami yang pada masa itu telah diletakakan di front line agar dapat memberi maklumat yang terkini dan sahih berkaitan dengan situasi kapal Malaysia yang ditawan itu. Pada hari keempat kami juga menerima berita bahawa sebuah lagi kapal dagang kepunyaan Malaysia turut di tawan di perarian Somalia. Ini bermakna terdapat dua buah kapal dagang Malaysia yang telah ditawan oleh pihak lanun.Keadaan ini membuatkan kami lebih proaktif dan berusaha dengan lebih keras lagi bagi memantau kedua-dua kes ini. Walau bagaimanapun perkara ini bukan dapat dilakukan dengan mudah dan ia memerlukan kos yang agak tinggi. Segala bentuk pebelanjaan untuk informer kami termasuk kos pengangkutan, telefon dan juga elaun harian di tanggung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
