KURSUS TERBARU

KURSUS TERBARU

Pages

KENGKAWAN SIBER DEN

Friday, 19 August 2011

Siri 3 : Breaking The Ice.


Hari berikutnya kami telah membuat appointment untuk berjumpa dengan General Ade Musa- Presiden of Somalia Puntland. Pertemuan tersebut diaturkan oleh Dr Z telah diadakan di Restoran di Sheraton Hotel. Wah dalam hati Den masa tu tak sabar-sabar lagi nak menghadiri perjumpaan tersebut. Maklumlah pada masa tu Gen Abe Musa ini adalah antara orang yang paling berpengaruh di kawasan autonomi Somalia Puntland, sebahagian dari kawasan utara Somalia. Dalam hati Den masa tu, fuhhhhh bukan main bangga lagi dan berdebar-debar lak nak menemu ramah orang kuat Somalia nie.

Seeing Is Believing :

Kali ini Den nak buat selingan sekejap, nak menulis pun tak kesempatan waktu, cuma Den nak memberi gambaran sedikit sebanyak tentang latihan yang di lalui oleh anggota Asas Komando. Cuma lepas ini Den harap janganlak nak dimanupilasikan klip  video ini yea. Den dapek pun dari you tube...kalau tak puas hati, suruh youtube  blok clip nie.....Dan kalau yan gtak keras hati , JANGAN NONTON. !!!!!


GAMBARAN SEBAHAGIAN DARI LATIHAN SURVIVAL HUTAN. BILA MELIHAT VIDEO INI TERKENANG MASA DEN MENJALANI LATIHAN TERSEBUT DULU, DARI SEGI ZAHIRNYA NAMPAK SEKSA, TAPI SEBENARNYA BANYAK YANG MELUCUKAN, KALAU ANDA DARI JENIS  'HAPPY GO LUCKY'.LAA



Den rasa yang nie mesti SISWA nie  [pegawai] .Soalan yang ditanya amat mudah "..Kemana kamu nak pergi selepas nie ?' ...Kalau jawap, turun skot [gagal] dan tak jawab nielah padahnya...


Budak ini Den rasa juara gula kabung. amacam Mat Sebi, Lagu Bunga Tanjung pun boleh tergugatkan ?


Tamat  latihan...satu kejayaan, satu pengharapan...lepas nir jangan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tak senonoh dah lah..

Tuesday, 16 August 2011

Siri 2 : They Got and They Forgot


Pada keesokannya, selepas sarapan, Den dan Kol X telah membuat brain storming bagaimana nak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Matlamat utama kami adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan lanun dan kes penahanan HS 1. Perkara ini bukan satu benda yang mudah dan ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan rancangan yang teliti. Hasil dari brain storming tersebut , kami telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan pihak UKMTO [UK Maritime Trade Operations ] .  UKMTO adalah mirip kepada organisasi IMB [International Maritime  Bureau] yang merupakan sebuah badan sukarela awam.

Sunday, 7 August 2011

Petikan Hansard Dewan Rakyat : 13 MAY 1969 Revisited .

Den dah lamo nak menulih pasal Peristiwa !3 May ini secara kebetulan Den terbaca isu ini di blog CELAH GEGAR dan Den cut n pastekan untuk semua pembaco melayu semoga ianya memberi sedikit kesedaran kepada kita untuk BERSATU sebelum terlambat. 



Siri 1 : TIM ADEN : Djibouti Here I Come !

Den masih ingek lagi pada 19 Ogos 2008 lebih kurang jam 2230 waktu tempatan kapal Bunga Melati 2 (BM2) kepunyaan MISC dipercayai telah ditawan oleh sekumpulan lanun di Gulf of Aden, Somalia. Dari maklumat awal yang diterima dari pihak MISC, kapal tersebut adalah merupakan sebuah kapal ‘tanker’ yang membawa muatan minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia ke Rotterdam, Belanda. Terdapat seramai 29 warga Malaysia dan 10 warga Filipina yang turut sama ditawan di dalam insiden ini.

Monday, 1 August 2011

Ramadhan di Empat Benua.

Pojam colek,pojam colek…Ramadhan datang lagi..Syukur kita dapat  berpuasa sekali lagi.   Dan kita patut lebih bersyukur kerana kita dapat menjalankan ibadah puasa dan bertarawih di bulan yang mulia ini dengan penuh kesenangan tanpa sebarang halangan, kerana negara kita masih lagi aman..tahun.. Dan pada kali ini Ramdhan tibo, Den terkonangkan  maso-maso Den berpuaso semasa dalam perkhidmatan. Terutamanyo semasa operasi. Kalau  berpuaso di dalam kem, biasanyo kegiatan dan tugas harian totap samo, latihan Pt dan latihan fizikal lain biasonya  akan diteruskan seperti biasa juga.