2 Disember 1989 adalah merupakan tarikh di mana Perjanjian Hatyai ditandatangani oleh Parti Komunis Malaya (PKM), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Seluruh dunia menyaksikan upacara menandatangani pendamaian itu dan sejak perdamaian tersebut, memang tidak ada persengketaan bersenjata antara dua puak ini. Boleh dikatakan semenjak perjanjian tersebut dimeterai, tiada lagi ancaman komunis secara “kekerasan” yang berlaku. Pendek kata, perjuangan menentang komunis dengan menggunakan senjata telah selesai. Peristiwa itu telah menjadi satu simbol kejayaan Malaysia di dalam memerangi ancaman anasir komunis. Walau bagaimanapun ini bukan lah bermakna ATM telah mengundurkan semua askar-askar yang bertugas di perbatasan sempadan . Walaupun secara rasminya ancaman komunis telah berakhir, tetapi usaha untuk menjaga keselamatan perbatasan sempadan masih lagi diteruskan .
Tuesday, 31 May 2011
Cari [Ubi] Kayu...Cari [Ubi] Kayu.
Thursday, 26 May 2011
NEED TO KNOW BASIS .
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Tempoh Den berkhidmat di unit 21 Komando tidak lah lamo mano. Kiro-kiro 4 tahun ajo. Lopeh tu telah di postingkan ke unit 11 Rejimen Gerak Khas RGK). Unit ini glamor sikit dan kadang-kadang dikenali sebagai S.A.S Malaysia. (Special Air Service – Pasukan elite British). Cogan katanya adalah Tetap Unggul. . Unit ini dianggap lebih elite dari unit –unit tempur komando yang lain. Budaya kerja dan juga keterampilan anggota 11 RGK ini agak berbeza jika dibandingkan dengan anggota komando yang lain. Maso zaman Den dulu, sekarang Den tak pasti, biasonya orang-orang tertentu dan terpilih ajo yang akan dipilih untuk menyertai untuk ini. Maso tu Den rasa bangga dan mogah juga kerana telah di beri peluang untuk berkhidmat di dalam unit ini.
Tuesday, 24 May 2011
GO OR NO GO....I Will GO...
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Stand By adalah satu situasi di dalam tentera di mana sesuatu pasukan itu dikehendaki berada di dalam sedia untuk melaksanakan sesuatu tugas operasi khas atau boleh diatur gerakkan bila keadaan memerlukan. Istilah ‘stand by ‘ ini telah menjadi satu kebiasaan kepada unit-unit tempur sama ada Rejimen Askar Melayu, Rejimen Ranger, mahupun pasukan komando. Biasanya bila sesuatu unit atau pasukan itu di letakkan di dalam status “Stand By”, ini bermakna pasukan tersebut akan sentiasa berada di dalam keadaan siap untuk diatur gerakkan di dalam satu jangka masa notis tertentu, seperti 2 jam notis, 8 jam notis atau 24 jam notis. Pendek kata bila amaran “Stand by” telah dikeluarkan kepada sesuatu unit itu, maka unit tersebut pada dasarnya telah bersedia untuk di atur gerakkan dan beroperasi.
Saturday, 21 May 2011
Mimpi Maggie , Mimpi Ngeri !
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Hari ini Den penat sedikit sebab baru balik dari membeli barang-barang dapur. Antara barang yang Den beli adalah 5 bungkus Maggie (1pack = 5 bungkus). Maggie adalah makanan kegemaran Den selain dari nasi, nak-nak kalau Maggie kari taroh telur dan sotong. Setakat 2-3 bungkus Den tak jadi masalah. Perkara ini bukanlah satu isu yang luar biasa bagi Den,walau bagaimanapun ia merupakan punca leteran orang rumah Den kepada Den. Maklumlah dio tu misi , pantang Nampak Den makan benda-benda yang ”tak berapa berkhasiat”, habis dia berceramah dan berkhutbah pasal bab-bab keperluan untuk memakan makanan berkhasiat dan bernutritiens tinggi. Den pulak dah macam “ketagihan’ dengan Maggie ini, kalau tak kono sekurang-kurangnya seminggu sekali, raso macam kurang lak, tapi tak sampai ke peringkat macam ketagihan candu. Apa-apa pun Maggie nie dah menjadi salah satu makanan ruji sejak zaman Den bersekolah lagi. Maso tingkatan 1 hinggo tingkatan 5 Den tinggal di asrama. Jadi sepanjang maso tersebut Maggie telah menjadi “santapan utamo “ Den , nak-nak kalau ujung bulan. Bilo masok askar, minat untuk memakan Maggie makin bertambahlak, sobab pado pandangan dan mengikut selero Den, punconya Maggie nie : COPEK DIMASAK SODAP DIMAKAN.
Friday, 20 May 2011
Ke Ranjang Belanja..!
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Pejam celik pejam celik, dah masuk hari Jumaat. Pantas betul masa berlalu dan bulan pun dah nak sampai penghujungnya. Biasanya bagi orang yang bekerja hujung-hujung bulan adalah antara tarikh dan masa yang sangat dinanti-nantikan. Bagi askar minggu-minggu terakhir ini adalah sangat bermakna, kerana pada masa ini laa masa yang sesuai untuk mereka memeriksa sama ada “sang harimau “ akan mengaum atau hanya berpesan “..sorry your transaction has been cancelled because insufficient amount Code 570.” Bagi yang tak faham maksud pernyataan tersebut, sila gunakan kemudahan online Goggle translator ( GT ) dan hasilnya terjemahannya adalah “Maaf transaksi anda telah dibatalkan kerana JUMLAH YANG MENCUKUPI Kod 570”. Woit ?..Ini yang Den maleh nak gunokan google translator ini kerana, yang Den faham kalau bahasa Inggerisnya insufficient (NOT ENOUGH IN AMOUNT OR QUALITY TO SATISFY A PURPOSE OR STANDARD) bermaksud…”tidak mencukupi “..tapi bila Den pakai insufficient membawa maksud “mencukupi “ . Masalahnya kalau mencukupi kenapalaa duit tu tak keluar-keluar.!!! Sebagai nasihat kalau kawan-kawan kena buat tesis ko, kena tulis artikel ko bila buat rujukkan dalam bahasa Inggeris jangan nak cuba-cuba gunakan online GT kerana Den pasti kau akan kecundang.
Wednesday, 18 May 2011
Satu utk saya, satu utk bapak..
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Latihan fizikal dan mental yang keras yang telah dilalui oleh anggota komando menyebabkan ramai dikalangkan anggota komando mempunyai tahap keegoan dan keberanian yang melampaui tahap keegoan dan keberanian manusia biasanya. Perkara ini terjadi disebabkan ada di kalangan anggota komando, yang gagal mengawal emosi dan juga berfikir secara rasional disebabkan kedangkalan fikiran mereka atau disebabkan desakan “darah muda”. Akibat dari permasalahan tadi, maka secara tidak langsung ia telah menyebabkan ramai dari kalangan anggota komando yang masih muda mempunyai sifat keegoan yang tinggi dan selalu menunjukkan keberanian mereka secara keterlaluan walaupun tidak kena pada masa dan tempatnya. Perkara ini semua dilakukan adalah disebabkan kegagalan mereka untuk mengawal fikiran dan juga keinginan yang tinggi untuk menonjolkan jati diri mereka sebagai seorang anggota komando .
Monday, 16 May 2011
InysAllah..InsyAlllah....ehhh Boleh Blahhh Pulak !
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Mungkin ada yang beranggapan bahawa ramai anggota yang menyertai unit komando ini kebanyakannya mempelajari ilmu kebatinan atau ilmu persilatan dan juga ilmu-ilmu rohaniah lain seperti kebal, memakai susuk keberanian semata-mata untuk mempertahankan diri. Perkara tersebut mungkin benar berlaku di masa awal—awal penubuhan komando dahulu. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini amalan-amalan sedemikian rupa telah berkurangan dan amat jarang berlaku atau di amalkan oleh komando-komando kita . Ini mungkin disebabkan sejak penubuhan Kor Agama di dalam ATM telah memberi sedikit sebanyak panduan serta larangan untuk menuntut ilmu sebegitu rupa di dalam ajaran Islam. Justeru itu, amalan-amalan yang berbentuk khurafat itu telah lama tidak diamalkan oleh anggota-anggota komando. Keberanian yang ada pada komando-komando kita pada hari ini adalah disebabkan hasil dari latihan yang telah mereka lalui dan juga jati diri mereka sendiri dan bukannya disebabkan oleh amalan ilmu-ilmu kebatinan sebagaimana yang sering diamalkan oleh komando-komando Indonesia.
Saturday, 14 May 2011
1 stoking, 2 stoking, 3 stoking....!!
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Ramai yang mungkin berpendapat bahawa, setiap orang yang menjadi tentera itu biasanya mempunyai jiwa yang kuat serta jati diri yang teguh. Lebih-lebih lagi kalau mereka itu menyertai tentera darat yang mana diketahui umum satu pasukan yang agak “keras” dan regimental jika dibandingkan dengan tentera udara dan laut. Walau bagaimanapun dari pengalaman Den perkara itu tidak lah benar dan di dalam tentera darat sendiri masih ramai anggota yang mempunyai sifat dan jati yang sensitif, emosional dan juga sentimental.
Wednesday, 11 May 2011
Bisa Nangis Lagi....!!!
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Semenjak Den menulis fasal pengalaman Den semasa berkhidmat, terutamanya semasa siri Basic Komando (Siri 1-15d), Den banyak dapat komen dari pembaca. Kebanyakan pembaca member komen yang positif, memuji dan ada juga yang terlalu mengangkat Den. Maaf cakap komen-komen yang terlalu memuji terpaksa Den deletekan, kerana Den segan dan rasa tak selesa. Kalau ada komen yang mengutuk, Den akan tetap siarkan sebab Den tak kisah pasal kutuk-kutuk ini. Cuma bila bab puji-puji Den segan sikit. Jadi kali ini Den nak maklumkan kepada semua pembaca bahawa walaupun Den telah dilatih sebagai anggota komando, tetapi sebenarnya Den dan komando-komando yang lain adalah sama juga macam manusia lain. Den pun ada perasaan takut, geli, dan sebagainya.
Oleh sebab itu dalam entri ini Den nak cerita sikit beberapa sifat “ kurang komando” yang ada pada Den dan kawan-kawan Den. Ada satu masa tu, pada hari minggu kalau tak silap Den, senior Den yang berpangkat Mejar telah mengajak Den untuk keluar ke Melaka untuk menuntun wayang. Kami bergerak dari Kem Sg Udang kira-kira jam 2:00 petang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh senior Den tu. Semasa kami sampai di Selekoh Haji Said, kawasan Paya Rumput Sg Udang, kami lihat kenderaan dihadapi kami terbabas lalu terlanggar pokok. Senior Den terus memberhentikan kenderaan dan kami keluar dari kereta dan menuju ke kenderaan yang terbabas tersebut untuk memberi pertolongan. Sebaik tiba Den dapati pemandu sedang mengerang kesakitan dan tersebit antara tempat duduk dan stereng kereta .Di sebelah pemandu Den lihat seorang wanita, mungkin isteri pemandu tersebut juga tersepit dan berkata “..tolong selamatkan anak saya”..dengan suara yang amat menyedihkan. Bila Den periksa kenderaan tersebut Den dapati ada seorang bayi berumur antara 4 ke 6 bulan berada antara kedua-dua tempat duduk hadapan . Den terus mengangkat bayi tersebut dan Den dapati pada waktu itu muka dan kepala bayi itu telah luka dan berdarah.
Selepas mengeluarkan bayi tersebut, Den berkata dengan senior Den yang berada di belakang Den, “Tuan tolong pegang bayi ini, saya nak cuba keluarkan ayah dia yang tersepit “...Lalu Den memberikan bayi tersebut kepada dia. Selepas itu Den terus menolong pemandu yang tersepit tadi. Dalam pada itu, Den terdengar jeritan seorang wanita “Alllllahhhhh...”, wanita tersebut berada di kawasan itu kerana ingin melihat kejadian itu. Bila mendengar saja wanita tersebut menjerit Den berpusing ke belakang dan dapati senior Den telah jatuh dan seolah-olah tidak sedarkan diri. Den terus mendapatkan beliau dan memegang bayi yang berada di tangannya. Den pun bertanya “ Tuan apa pasal tuan macam nak pengsan nie “...Pada masa itu Den dengar dia kata “...Sorrylaa Den, aku memang tak leh tengok darah, tu yang aku rasa nak pitam tu ..”..Apa ??? Tuan komando tak boleh tengok darah ...? Den macam tak percaya aje, tapi itulah hakikatnya, Apabila ambulan sampai, bukan sahaja mangsa kemalangan dibawa ke hospital terendak, senior Den itu pun diangkutnya sekali kerana pada waktu itu dia kelihatan amat lemah dan tak bermaya....Dalam hati Den, ingatkan komando tak ada masalah dengan darah, tapi ada juga yang phobia bila melihatnya.
Satu lagi kisah berlaku semasa operasi di kawasan sempadan. Seorang terup komander, 2Lt “Jack” telah “terkena parang semasa hendak membuat basha dan mengalami luka yang agak dalam di bahagian ibu jari kaki. Disebabkan banyak berlaku pendarahan, Den telah mengarahkan agar anggota medik menjahit luka tersebut. Perkara tersebut tidak di persetujui oleh pegawai yang cedera itu, dan katanya, “Tuan, saya tak mahu dijahit, biar luka tersebut disapu dengan ubat sahaja, lagipun saya ada membawa ubat gamat”..katanya. Den tidak bersetuju dengan permintaan tersebut dan mengarahkan agar luka tersebut dijahit juga. 2Lt Jack, merayu kepada Den bahawa dia tidak mahu dijahit. Bila Den tanya dia kenapa ,...jawabnya.” Tuan saya tak leh tengok jarum, saya phobia !....Apa ? Komando phobia bila tengok jarum ????? Tapi kalau anda tengok penampilan dia, memang takut, muka macam geng pocah pintu, kalau pakai loreng, wing bertempek kiri kanan, tak cukup kat dada, kat bahu ada lagi, dengan pisau komando yang mempunyai sarung kulit beruang...pendek kata bila melihat keterampilannya....memang takut dan melambangkan komando sejati. Tapi sayangnya ..bila dia melihat jarum...suntikan atau jahitan...lututnya jadi lemah dan lembek....!!!!!
Sebab itu Den katakan bahawa, kami walaupun dah dilatih sebagai komando, tetapi dari segi nalurinya kami tetap sama dengan manusia biasa. Macam Den, walaupun Den gah bercerita fasal pengalaman Den sebagai komando, tapi Den pun ada phobia juga. Mula-mula seorang pun tak tahu fasal “masalah” Den tu. Benda tu pecah masa Den lepas kahwin. Satu malam tu, Den balik ke rumah pak mertua Den. Rumah dia rumah papan dua tingkat, rumah kampung . kira-kira pukul 3 pagi, Den dengar bapak mertua Den mengetuk siling di bahagian bawah rumah. Den pun turun bersama isteri, mak mertua dan anak buah Den nak menengok apa yang dibuat oleh bapak mertua Den. Menurut bapak mertua Den , kat bawah siling tu ada seekor ular sawa dan dia cuba untuk mengeluarkannya. Emak mertua Den kata”...Den kau pergi tolong ayah kau tu, kau komando, benda-benda macam ini tentu tak jadi masalah.”.Den pun terdiam dan memandang isteri Den, kata isteri Den :..”Apa lagi , pergi laa..”:. Den turun dengan memberanikan diri, komando laa katakan, Den ambil galah buluh, Den maju setapak, kemudian Den jolok kat lubag siling tu, Den maju setapak Den jolok dan kemudian Den berundur tiga empat tapak. Isteri Den menjadi hairan..”Aik? komando pun takut ular ke, kata dah makan ularlaa, buat soplaa, buat BBQ laaa...ini kepala ular tak nampak lagi dah berundur...!!!”.Den terus respon “....Den makan ular dah mati, ini ular hidup....Den goliiiiiiiiiiiii (geli )...Mak dan bapak mertua Den gelak besar bila dia tahu yang Den memang geli dengan ular. Lepas tu masa dah ada anak, semasa melawat zoo, anak Den sibuk nak bergambar dan memegang ular, Den buat-buat tak dengar aje dan mengajak mereka berlalu dari kawasan itu.....Kato Den “..Don’t touch the snake...its dirty !!!...Isteri Den senyum aje bila mendengarnya...!!!!
Satu lagi insiden yang memalukan Den, masa tu Den dah ada dua orang anak. Semasa tu Den sedang baring di hadapan TV,tiba-tiba anak Den berlari ke ruang tamu sambil berkata “Abah..ada tikus....cepat bunuh”...Bila dengar perkataan tikus, apa lagi,Den terus bangun dan melompat ke atas tangga menuju ke tingkat atas. Anak Den bertanya...”Abah apa fasal lak abah lari...?.”..Den masa tu tengah memegang kain pelikat yang hampir terlodeh, dan berkata..” bunuh tikus...?..no way ...abah geliiiiiiiii...” Bila mendengar saja kata-kata Den, anak Den tergelak besar...”Abah Komando...tapi takut dengan tikus...??. Masa tu isteri Den berkata “..Alahhhh abah kau tu, cakap berdoga-doga (besar), komando laa, lompek sini lompek sano , tembak sini tembak sano....torgojun payong, makan ular, makan katak, tapi bilo kono dengan tikus ....abih hilang komandonya........!!! Pinngggg...berdesing teliga Den bila mendengarnya...tapi apa nak buat, memang Den takut dan geli dengan binatang-binatang seperti tikus, ular dan anak ayam...Lagipun Den hanya manusia biasa dan bukannya ..SUPERMAN.DAN Den juga BISA NANGIS LAGI.....!!!!!.
Tuesday, 10 May 2011
Unprofessional Conduct ?
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Setiap tahun memang sudah menjadi kebiasaan bagi unit-unit di bawah naungan GGK (Gerup Gerak Khas) untuk mengadakan latihan bersama dengan beberapa pasukan khas dari luar Negara. Ini bukan satu rahsia Negara, kerana terdapat banyak juga laporan-laporan yang berkaitan dengan tentera asing yang dilaksanakan terpampang di dada akhbar. Den mula terlibat dengan latihan bersama ini sebaik sahaja Den tamat menjalani kursus AK dan semasa itu Den bertugas di X RAY Sqn 21 Kdo dan menjadi ketua troop. Latihan bersama dengan pasukan khas asing ini biasanya melibatkan latihan dua hala. Konsepnya “u teach me ,I teach u” dan biasanya ia focus kepada latihan kepakaran dan operasi-operasi khas. Ia akan dibahagikan kepada dua peringkat, peringkat pertama adalah latihan secara teori dan praktikal dan peringkat kedua adalah latihan yang perlaksanaan operasi khas.
Latihan bersama yang pertama Den laksanakan adalah melibatkan pasukan unit khas dari british. Kebanyakan dari mereka adalah anggota-anggota yang sangat terlatih di dalam operasi bandar (urban warfare ) tetapi kurang pengalaman dan juga pendedahan tentang operasi-operasi hutan. Memang tidak dinafikan ada di antara mereka yang pernah melaksanakan latihan dan operasi peperangan hutan yang sebenarnya di kawasan Amerika Selatan, tetapi minat mereka untuk menjalani latihan dan mempelajari seni peperangan hutan dari tentera Malaysia sangat tinggi, kerana (ramai org Malaysia yang tak tahu hal ini kot..) tentera Malaysia adalah satu-satu negara yang sangat di segani kerana kejayaan kita membanteras komunis . Dan ke banyakkan tentera asing juga menganggap bahawa tentera Malaysia adalah pakar dan mahir di dalam seni peperangan hutan. Justeru itu banyak negara-negara asing yang ingin mempelajari peperangan hutan ini dari tentera Malaysia.
Pada fasa pertama latihan bersama yang diadakan dengan pasukan penjajah tersebut, semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Walau bagaimanapun kebanyakan dari kami (termasuk Den ) amat tidak menggemari dan meluat dengan anggota dari pasukan penjajah tersebut. Kebanyakan dari mereka adalah sombong dan bongkah dan selalu memandang rendah dengan komando kita. Sifat-sifat hidung tinggi dan bongkah sebagai penjajah masih lagi menebal di sanubari mereka . Mereka masih menganggap kami sebagai tentera dari “third world country” dan tidak se sofistikated mereka. Memang Den akui pada waktu tersebut tentera kita masih belum mempunyai kelengkapan-kelengkapan canggih seperti , Nigth Vision Goggle (NVG)(Alat pandang malam), GPS, telefon satelit, infra red binocular dan sebagainya. Gelagat dan kelakuan mereka yang sering meninggi diri dan memandang rendah kepada kami, apatah lagi negara kita pernah dijajah oleh mereka membuatkan Den merasa marah dan tidak selesa. Semenjak itu, Den pun sentiasa bersikap tegas dan tidak berkompromi dengan mereka apa bila timbul masa-masa mereka meminta bantuan. Pendek kata Den masa tu tak “layan dia orang sebagai tetamu “...Masa tu Den muda lagi dan tak pandai lagi nak beralah..atau bersopan santun...nak menerokam macam ghimau ajo hahahahhaha.
Latihan peringkat akhir yang melibatkan “operasi khas” bersama telah dirancang untuk diadakan di sebuah kawasan lapangan terbang lama. Pada masa tersebut, Den telah di arahkan untuk menjadi pasukan merah (musuh). Den dan troop Den telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kawasan kompleks lapangan terbang dan juga dua stesen pemancar (dummy, - sebenarnya adalah tangki air lama yang diubahsuai untuk kelihatan seperti pemancar ). Pasukan biru (pasukan khas british dan juga tim letupan khas anggota Y Sqn) telah ditugaskan untuk melaksanakan satu serangan mengejut dan memusnahkan pemancar tersebut. Setiap tim letupan (British dan Y Sqn ) dipertanggungjawabkan untuk memusnahkan satu pemancar dengan menggunakan bahan letupan sebenar.
Minggu pertama itu, Den yang mengetuai pasukan merah di kompleks lapangan terbang lama itu telah melaksanakan rutin harian seperti membuat rondaan kawasan, memasang barb wire (dawai gulung) di beberapa tempat sensitif dan juga benteng-benteng pasir bagi memperkuatkan lagi sistem pertahanan kami. Sepanjang masa tersebut, Den tahu pihak pasukan biru akan membuat pemerhatian dan tinjauan bagi mengenal pasti kedudukan kami dan juga penempatan beberapa halangan sebelum mereka mula menyerang kedudukan kami. Mereka juga (pasukan biru) akan mencatat segala aktiviti harian kami dan juga mengenal pasti kedudukan “pemancar” dan akan memilih jalan masuk dan keluar ke kompleks tersebut. Bila gerakan kami,( yang akan turut disenaraikan sebagai sasaran penting) adalah terletak di tower kawalan lapangan terbang tersebut. Den telah memberi arahan supaya laluan ke menara tersebut tidak dipasang dengan sebarang halangan atau benteng pasir kerana Den telah mempunyai satu rancangan “jahat” nak mengenakan komando British tersebut.
Kira-kira 2 minggu Den dan troop berkampung di kawasan tersebut. Akhirnya Den mendapat maklumat bahawa, beberapa orang pegawai atasan akan datang melawat ke lokasi kami pada malam tersebut dan JMT (Jangka Masa Tiba ) (ETA) ke lokasi kami adalah dalam 1200 malam. Ini merupakan satu ‘hint’ kepada kami bahawa pada malam tersebut pasukan biru akan menyerang kedudukan kami dan memusnahkan kedua-kedua pemancar. Den telah memanggil semua anggota kumpulan merah dan memberi taklimat akhir tentang tindakan yang akan diambil jika kedudukan kami diserang. Sebenarnya perkara ini telah lama di taklimat dan anggota semuanya telah mengetahui untuk bertindak jika diserang. Walau bagaimanapun pada malam tersebut , Den telah mengeluarkan perintah khas.,bahawa...pada jam 1100 malam, Den mahukan beberapa lapis “barb wire” (wire berduri gulung yg digunakan untuk menghalang orang melalui sesuatu kawasan ) di pasang di kawasan hadapan jalan untuk ke tower dan beberapa tempat lain yang tidak pernah dipasang lagi sebelum ini.
Kira-kira, 1200, malam, beberapa pegawai atasan yang dijangka akan datang melawat ke lokasi Den tidak muncul- muncul. Den beranggap mungkin mereka telah membatalkan niat mereka untuk ke lokasi Den dan mungkin juga mereka berada di satu lagi kawasan sasaran. Walau bagaimana pun tepat jam 12:15 Den melihat trip flare pertama yang dipasang di kawasan perimeter tempat sasaran telah menyala, dan diikuti dengan beberapa letupan “thunder flash” dan juga tembakan senjata peluru kapur. Pada waktu itu, semua lampu di kawasan pertahanan Den telah dipadamkan kerana kami mahu pasukan biru menghadapi masalah apabila menyerang di suatu lokasi yang gelap. Den yang berada di “tower” dapat melihat kelibat pasukan biru berlari sambil menembak untuk menghampiri kawasan sasaran. Keadaan kompleks dan menara yang gelap gelita itu telah memberi masalah yang besar kepada pasukan biru. Pada waktu itu, dengar mendengar beberapa jeritan dalam bahasa Inggeris ..”F)#@!@! S@#$% OH )3*& ARHH%^%%7...di bahagian bawah tower tersebut. Pada waktu Den pasti bahawa “toman dah masuk jaring..”...Den senyum dan berkato dalam hati “ ..Ambik kau , kau ingek kau terror sangat, kato ado NVG apo tak guno..”..sekarang mampuih kau tersangkut kat kawat..’
Beberapa minit kemudian , Den mendengar tipuan wisel dan itu menandakan bahawa kami semua mesti mengambil perlindungan kerana mereka akan meletupkan kedua-dua “pemancar” dengan bahan letupan sebenarnya. Lepas letupan, Den mendengar pasukan biru menjerit perkataan “FALLING DOWN” antara satu sama lain dan ini membawa maksud bahawa serangan telah berjaya dan mereka dikehendaki berundur ke RV selepas serangan mereka. Kira-kira 30 minit kemudian Den mengarahkan lampu kompleks tersebut dibuka. Pada masa itu Den perasan salah satu dari pemancar tersebut tidak jatuh sebagaimana yang sepatutnya . Den tak tahu pasukan manakah yang memasang letupan di sasaran tersebut, sama ada komando british atau anggota Y Sqn. Setelah memastikan bahawa anggota Den semuanya ok , Den mengarahkan mereka untuk berehat dan tidur .
Pada pagi keesokannya, kami memaklumkan kepada HQ bahawa satu dari sasaran tidak jatuh dan Den memberi “damage assessment” kepada HO. Secara keseluruhannya Den klasifikasi serangan tersebut sebagai gagal. Pada masa itu juga Den mendapat maklumat dari HQ bahawa 3 orang komando British telah mendapat kecederaan yang agak teruk di mana mereka terpaksa mendapat jahitan antara 5-8 jahitan kerana terlanggar barb wire. Masa tu Den bertanya adakah anggota Y sqn pun mengalami kecederaan yang sama dan jawapannya amat melegakan hati Den..tiada yang kena. Pada masa tu Den senyum sendiri, ambik kau british, padan dengan muka kau..
Semasa post mortem, keadaan menjadi agak kecoh, apabila pegawai British menyatakan kekesalannya terhadap tindakan Den yang dianggap tidak profesional dan tidak memberi kerjasama dengan pihak beliau. Pada waktu tersebut, CO dan OC serta Ketua Staf GGK turut hadir. Mat Salleh tu pun kata, disebabkan kecederaan yang dialami oleh 3 anggotanya menyebabkan mereka gagal untuk meletupkan sasaran pemancar dengan sempurna dan pemancar tersebut tidak dapat dimusnahkan dan pada dasarnya misi tersebut gagal. Setelah mendengar kekesalan yang diluahkan oleh Pegawai British tersebut, CO Den terus bertanya kepada.. Den “ OK ..2LT ...hahaha (Den) Do you have anything to say about the allegation made by Major bla..bla..Mula-mula Den diam , kemudian Den terus berkata :
..”Yes Sir !,Well with due respect Sir. First I have to tell our British counterpart that” ..I am, in fact we are as professional as you are.
“No 2 : throughout the exercise, we have given our full commitments to ensure the success of the exercise is guaranteed.
And thirdly...the incident will not happens, and I am referring to the causalities sustained by 3 of your so call professional soldiers, if and if you all are professional enough and abide to the basic rule of raid, that is “the target must be put under surveillance until the last moment prior to the attack, I am sure that the incident will not happen.
If a proper and thorough surveillance until the last moment prior to the attack has been made, I am sure your professional soldiers will know the exact locations of the barb wire and could past through it without any problems. Furthermore, you all have been equipped with your NVG, why you never used it..So don’t blame us for your lack of professionalism and failure to anticipate the changes of the barrier location..
(Sorry yo, Den terlopeh lah menulis dalam bahaso orang putih nie…sebonanrya Den pun bukan pandai ..tapi pasal ghoram punya pasal , Den hobin ajo…)
Masa tu telinga Den dah panas, Den pun tembak laa...Sebaik sahaja Den berkata demikian. CO Den terus menyampok...OK 2lt Den...enough...you get out from this room now.!..Bila mendengar aje arahan CO Den yang mungkin tengah marah tu, Den terus beri dia tabik sedas..dan “Permission to carry on Sir”.Den keluar dari bilik tersebut. Apa belaku lepas tu Den tak tahu. Walau bagaimanapun selepas tamat latihan bersama tu, Den tidak dikenakan apa-apa pun tindakan dari pihak atasan Den. Den rasa mungkin Co pun mempunyai pandangan yang sama dengan Den. Sejak dari itu Den memang tak respek langsung dengan komando British tu . Sobab tu, semasa Den berkhidmat , den tak pakai langsung wing SAS yang Den terima dari mereka. Dia orang mungkin mempunyai kelebihan dari segi peralatan dan kelengkapan, tetapi “…naluri” di orang tak sesuai dan tak mempunyai sifar keberanian sejati macam pahlawan melayu, ..heheee….hehheeee……
Monday, 9 May 2011
Siri 15d : Breaking the trends....!
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Setelah dua hari kami ‘senang banyak’ dan ‘berkampung’ didalam ladang kelapa sawit tersebut, kami pun membuat persiapan untuk bergerak menuju ke CP 10 , iaitu tempat penamat kami. Walaupun kami semua berasa ‘fresh’ dan ‘segar’ kerana telah mendapat rehat dan tidur yang cukup, bau kami tetap sama dan Den mahu mengekalkan begitu sehingga ke garisan penamat. Sebelum bergerak, seperti biasa Den akan memberi satu taklimat ringkas . Kali ini tiada sebarang arahan berkaitan “Tindakan Serta Merta “ yang diberikan kerana keyakinan kami amat tinggi bahawa perkara itu tidak diperlukan. Den Cuma merancang untuk mengadakan satu lakonan dan drama sedih dan menyayat hati, semasa kami melapur di CP 10. Rancangan kali ini adalah untuk menarik simpati jurulatih dan supaya kami tidak banyak ditanyakan berkaitan perjalanan kami. Den akan memegang watak si capik, yang mana Den akan berjalan seperti orang capik dan bertongkat ketika menghampiri garisan penamat, sementara itu Rumbi akan di papah oleh Mat Sebi dan Nizam dan Mat Lani ditugaskan untuk membawa pack dan senjata Mat Lani. Semuanya ini dirancang adalah untuk meraih simpati dari jurulatih agar mereka tidak banyak bertanya tentang perjalanan kami. Setelah semua bersedia , kami pun memulakan langkah .
Setelah kami berjalan selama kira –kira 30 minit , kami pun telah nampak akan kelibat CP 10..di mana khemah dipasang dan kami dapat lihat ramai anggota AK yang telah berada di kawasan tersebut dan keadaan mereka adalah amat riuh sekali . Kira kira 300 meter dari CP, kami mula memainkan peranan kami. Den berjalan seperti orang capik (terenjut-enjut) seolah-olah mengalami kesakitan lutut yang melampau , sementara itu Rumbi telah dipapah oleh Nizam dan Mat Sebi dan di belakang sekali kelihatan kelibat Mat Lani yang berjalan seperti unta Bahgdad dengan membawa pack dan senjata si Rumbi. Kira-kira 100 meter dari garisan penamat , Den nampak Kapt bla..bla..dan Sarjan Misai menunggu ketibaan kami . Masa tu Den terdengar jeritan dari Sarjan Misai “..Woi komando, larilaaa, takkan kau org berjalan lagi…dah nak mampos sangat ke ?...Bila mendengar jeritan Sarjan Misai, Den menjadi tak selesa. “apo laie Sarjan Misai nie, tak habis-habis nak toture orang’. Demi menjaga hati Sarjan Misai, Den pun buat-buat berlari, macam orang capik sambil menggunakan tongkat, si Mat Lani yang mula-mula jalan di belakang Den, telah berlari memotong Den, macam kaldai yang sarat dengan bagasi, sementara itu Nizam dan Mat Sebi tetap mengekalkan temponya kerana mereka sedang memapah si Rumbi.
Sebaik sahaja sampai, kami mendengar jeritan dan sokongan serta kata-kata semangat dari AK yang lain. Mereka semuanya kelihatan ceria dan bergelak ketawa. Kami terus melapur di khemah dan berjumpa dengan Sarjan Misai. Masa tu Sarjan Misai Cuma berkata “…ok bagus siswa kamu Berjaya sampai juga akhirnya. Lepas ini kamu boleh joint tim yang lain dan berehat. Kalau kamu rasa sakit dan perlukan rawatan , pergi ke khemah medic. Malam ini jam 8 berkumpul untuk makan malam ..dan kamu semua boleh bergerak sekarang …!!!....Masa tu Den macam tak percaya ..”Apa ??? kami tak perlu nak beri sebarang taklimat sebagaimana yang lazimnya, tak perlu disoal dan tiada sebarang kata-kata atau perbuatan mendera pada kali ini. Apa dunia nak kiamat ke…???Den macam susah nak menerima situasi itu..!!! Ini bermakna semua lakonan kami untuk meraih simpati dari jurulatih tadi adalah sia-sia belaka …!!!! Cehhh..buang maso ajo, lakonan kami sikit pun tak di hargai dan tak mendapat perhatian yang sewajarnya…bentak hati Den. Apa-apa pun, kami tetap gembira kerana, “dosa-dosa” kami semasa pergerakan dari CP 8,9 dan 10 masih tidak dibalas lagi…hehehee…
Malam itu ada sedikit kelainan dari malam-malam yang lain. Kami makan tanpa sebarang gangguan, kami dibenarkan untuk membuat pentadbiran masing-masing tanpa sebarang gangguan. Kami tidur di tempat lapang dan tiada lagi jeritan dan kejutan di waktu malam yang menghantui kami. Secara teorinya, latihan AK telah tamat, Cuma kami masih tak mengetahui siapakah yang bakal gugur di saat-saat akhir. Memang menjadi lumrah Kursus AK, pada hari terakhir atau sebelum upacara penyampaian bere hijau dan pisau dilaksanakan akan ada seorang dua AK yang akan digugurkan. Dan saat itu adalah yang paling kami takutkan kerana ia mungkin terjadi pada kami. Bagi Den, peluang untuk perkara itu berlaku pada Den adalah tinggi memandangkan Den adalah siswa novis…dan ia pernah berlaku pada siswa lain sebelum itu. Sebab itulah, pada malam itu walaupun latihan AK telah tamat secara rasminya, tetapi selagi upacara penganugerahan bere hijau tidak dilaksanakan Den tidak menunjukkan sebarang reaksi kegembiraan kerana pada waktu itu apa yang Den fikirkan adakah Den akan digugurkan dari kursus disaat –saat akhir. Den tidur dengan seribu kebimbangan, walaupun sepatutnya tiada apa lagi yang nak dibimbangkan pada saat itu.
Pada keesokannya, selepas minum pagi, kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diarahkan untuk membuat persiapan “ kawasan serangan mengejut” yang akan digunakan untuk demonstrasi serangan mengejut semasa perbarisan tamat latihan. Ada kumpulan yang diarahkan untuk menyediakan model di khemah berhampiran tempat perbarisan tamat latihan .Pbt Sudin telah dipanggil untuk mengetuai kumpulan tersebut…dan pada waktu itu kami semua dah menjangkakan yang Pbt Sudin adalah bakal penerima anugerah komando terbaik di dalam kursus kami. Ini adalah kerana, biasanya pelatih terbaik dikehendaki memberi taklimat serangan yang akan dilaksanakan semasa upacara tamat latihan kepada tetamu kehormat yang akan menyampaikan bere hijau dan di dalam kes kami beliau adalah Panglima GGK sendiri. Setelah dua hari kami Berjaya menyiapkan sasaran yang diperlukan. Seterusnya kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang akan terlibat di dalam demonstrasi serangan dan kumpulan kedua adalah mereka yang tidak terlibat dan akan bersedia di tempat permulaan untuk perbarisan penyampaian bere hijau.
Den telah di letakkan di dalam kumpulan demo, tetapi peranan Den adalah kecik aje, sebagai pembantu ketua kumpulan letupan. Sementara itu Sam telah dilantik sebagai ketua kumpulan serangan. Den rasa tak sedap hati sebab sebagai siswa Den sepatutnya dilantik sebagai ketua kumpulan letupan, tetapi ini tak berlaku. Dari saat itu , hati Den dah mula gelisah” ini mesti kes kena gugur di saat-saat akhir ini “ kata hati Den. Selain dari itu Sam juga telah dilantik sebagai ketua perbarisan semasa tamat latihan dan Adjutannya adalah Pbt Sudin. Ini menguatkan lagi sangkaan kami bahawa Sudin akan dipilih sebagai komando terbailk. Perkara itu Den tak berapa kisah , sebab Den tahu bagaimana perasaan menjadi penuntut terbaik ini, sebab masa cadet days dulu Den adalah pemenang pedang kehormat dan juga pemenang akademik terbaik untuk kadet . Jadi pasal penuntut terbaik atau tidak Den tak kisah sangat, tapi yang Den risaukan adalah sama ada Den akan dianugerahi bere hijau atau tidak…
Pagi yang dinantikan pun tiba, semasa perbarisan pagi, Sarjan Misai, telah member taklimat terakhirnya sebagai jurulatih kami. Berapi-rapi kata-kata semangat yang dihamburkan kepada kami oleh Sarjan Misai. Kemudian tiba bab sedih yang dinanti-nantikan ramai…Masa tu Den dah bersiap dan berada bersama dengan kumpulan letupan sebelum memasuki kawasan demonstrasi. Sarjan Misai, dengan suara yang tenang menyatakan “ OK nama-nama yang saya panggil sila keluar dan jumpa saya di khemah jurulatih selepas nie…98445…Pbt..bla,,blaa.. 983435 Pbt huhhuu.. 398537 Pbt ishh.sihkkk..” kata Sarjan Misai. Wah Den rasa lega sebab nama Den tak dipanggil, Den lulus laa nie kot…kata hati Den. Tetiba Kapt bla..bla..kata kepada Sarjan Misai..” Sarjan..panggil Siswa..hahahaha (Den)..sekali , jumpa saya “. Bila dengar sahaja nama Den disebut, Den rasa nak menjerit, rasa-rasanya bagai kepala Den di hompok kelapo ajo …!!..Den terus pusing kanan, hormat sedas dan berlari menuju ke tempat Kapt bla..bla… Maso tu Den cuba tabahkan hati..dan berkali-kali…berkata dalam hati “..as I expected..as I expected…ok be clam, be cool..this is not the end of the world or my world for that matter…” Den cuba nak memujuk hati Den…yang hairannya den tak menangis punnnnnnnn…Bila sampai saja di tempat Kapt bla-bla…dia berkata dengan ringkas “…OK saya nak kamu pergi ke khemah gerakan (bilik gerakan - berhampiran tempat perbarisan kira-kira 200meter dari situ ) dan berjumpa dengan OC(Ketua Cawangan Komando )…pergi sekarang.!!!.”. Bila dengar sahaja arahan tersebut, Den pun berlari sepantas kilat dengan menjinjing senjata Den. Tak pelaa,,,kata hati Den..turun skot pun tak paa sekurang-kurangnya den dah lalui semuanya….InsyAllah kali kedua Den akan Berjaya…kata Den lagi di dalam hati.
Sebaik sahaja sampai di bilik gerakan, Den terus masuk dan melapur pada OC yang ada di situ .Masa tu Den lihat, Pbt Sudin dah ada di dalam khemah tu dan Den lihat suara dia tergagap-gagap seolah-olah sedang memberi taklimat. OC terus bertanya kepada Den ..” Kau tahu sebab apa kamu dipanggil ?” ..Tidak Tuan, tapi saya rasa saya akan diturunkan skot Tuan ..” jawab Den “..OK kata OC Den dengan senyum…” You have 45 minutes to familiarize with the model and the attack orders and to rehears and I want you to present it when the Panglima comes …”..Rasa-rasanya itulah yang Den dengar perkataan yang terkeluar dari mulut OC Den. Sebaik sahaja menerima arahan itu Den terus menerima kayu penunjuk (pointer) dan juga Q cards berkaitan skrip persembahan yang akan diberikan dari Pbt Sudin.
Walaupun masa agak singkat dan Den berada di dalam keadaan tertekan, Den Berjaya menyampaikan satu taklimat yang memuaskan hati Panglima GGK pagi itu. Apa taknya, bila dia baling spanner (istilah menyoal dengan tujuan untuk menduga) Den akan menepis dan mengilas soalan dia. Dia bagi jurus tiga Den jawab jurus 5,…wah macam cerita Laksamana DoReMI lak.. hahahahhaaa….akhirnmya..Panglima GGK tu rasa puas hati dan mungkin juga dia dah puas digoreng oleh Den…hahahaha (sorry yea, melawak ajo). Selesai taklimat, Den diarahkan oleh OC untuk memasuki perbarisan penganugerahan bere hijau, sementara itu kawan-kawan Den dah pun memulakan gerakan untuk membuat serangan. Setelah semuanya selesai majlis penganugerahan bere hijau itu dilaksanakan dengan penuh gilang gemilangnya….Den maso tu hanyo ..tersonyumm..tersonyommmmmmmmmmmm..panjang……
Selepas perbarisan, Den dimaklumkan bahawa, Sudin tidak dapat memberi taklimat dengan baik dan selalu gagap dan gugup, sebab itu walaupun dia dipilih sebagai penuntut terbaik, dia tak boleh nak memberi taklimat tersebut dengan baik. Pasal kredibiliti Den dalam aspek memberi taklimat ini, ke banyakkan dari jurulatih memang dah tahu….(shhh sorry bukan nak menyombong yo) sebab tu Den digantikan di saat-saat akhir. Lepas tu baru Den tahu kalaupun Den tak disuruh untuk memberi taklimat tersebut, Den memang lulus kursus tersebut, Den tidak diberikan peranan penting di dalam serangan dan juga semasa perbarisan kerana menurut jurulatih ia adalah kerana mereka sangkakan kaki Den sakit betul dan disebabkan mereka melihat Den berjalan macam orang capik sebab tu mereka tak berikan sebarang peranan penting kepada Den semasa perbarisan anugerah bere hijau. Masa itu , barulaah semua pertanyaan sering yang bermain di kepala Den baru terjawab. Lakonan Den menjadi tetapi hampir memakan diri.....Apa-apa pun.....hari tu Den dah “Break the trend..dan tradition..”...Sebab Den adalah siswa yang lulus hanya setelah sekali sahaja menghadiri kursus asas sejak 6 tahun kebelakangan itu...
Sunday, 8 May 2011
Siri 15c : Terimaaaaa Kasihhhhh...Tonto !
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Kira-kira 45 minit kemudian Den sampai di rumah Mat Lani. Kami berhenti di bahagian dapur rumah dia dan seterusnya Den berjumpa dan berkenalan dengan Mak dan Bapak Mat Lani. Emak Mat Lani mengajak Den untuk masuk ke rumah . Mula-mula hajat nak masuk tu ada jua, tetapi bila melihat reaksi adik perempuan Mat Lani yang pada waktu itu ada di belakang ibunya, yang menutup mulut, Den jadi segan dan pada waktu Den terfikir, mungkin adik Mat Lani menutup mulut kerana, tak tahan dengan bau badan Den..hahahhaa…Den pun membatalkan niat Den untuk masuk ke rumah tersebut, sebaliknya Den katakan yang Den nak duduk kat luar dahulu ( di belakang rumah ) kerana nak menunggu kawan-kawan Den yang lain. Mak Mat Lani , macam faham dan seolah-olah dapat membaca hati Den. Dia menghulurkan secawan kopi panas untuk Den. Sambil menunggu kawan-kawan Den, Den bersembang dengan ayah Mat Lani dan pekena rokok “gudang garam “ pemberian ayah Mat Lani…Masa tu kepala Den pening , disebabkan Den tak biasa merokok, tapi pasal nak jaga hati ayah Mat Lani, Den teruskan juga menghisap rokok tersebut.
Kira-kira 30 minit kemudian, semua riders selamat sampai di destinasi yang dituju. Kami bernasib baik kerana semasa perjalanan kami tidak menghadapi sebarang halangan. Sebaik sahaja semua sampai, Mat Lani mengajak kami memasuki rumah beliau kerana, emaknya telah menyediakan makanan. Setelah berfikir seketika, Den maklumkan kat Mat Lani, bahawa Den berasa tidak selesa untuk masuk dan makan di dalam rumah kerana keadaan kami yang agak kotor, berbau dan kami tidak mahu menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada keluarga Mat Lani. Walau bagaimanapun Mak dan ayah Mat Lani , berkeras mahukan kami makan di dalam rumah dan katanya makanan dah siap terhidang. Den seterusnya memohon maaf kepada mereka kerana Den tidak sampai hati nak masuk ke dalam rumah mereka dengan keadaan kami pada waktu itu. Den percaya kalau kami buka kasut aje, nescaya akan hilang selera makan kami pada waktu itu. Akhirnya Mak dan ayah Mat Lani mengalah dan mengarahkan agar Mat Lani membentangkan tikar di belakang rumah di malam buta itu untuk kami bersantap.
Setelah tikar di bentang, lauk dihidangkan, Mat Lani memasang beberapa batang lilin untuk menerangi kawasan tersebut. Lauk yang dihidangkan pada malam itu adalah kari ayam, sambal tumis sotong, sayur sawi goreng ikan bilis dan telur dadar. Kami menyantap dengan begitu selesa sekali malam tu sambil di terangi dengan lampu lilin. Sambil makan Den berseloroh dan berkata “ Wah..senang banyak kita malam nie, dah lah tak payah berjalan, boleh buat “candle ligth dinner” (CLD) lagi. Geng Den yang lain tak ambil kisah dengan kata-kata Den tu, Cuma Rumbi saja yang bersuara. “ Tuan candle ligth dinner “ tu apa ?...Bila mendengar pertanyaan Rumbi tu, Den tersenyum sendirian..dan berkata “ Laaa..Rumbi itu pun kau tak tahu ke ?..Rumbi menjawab “ ..pernah dengar tuan, tapi tak tahu apa maksudnya ..”...Den kata” ..CLD tu adalah kita makan sambil diterangi oleh cahaya lilin, biasanya suasana macam gini di anggap romantik dan sesuai untuk orang tengah bercinta “..kata Den..Rumbi pun berkata “ Wah kalau macam itu, lepas kursus ini aku nak makan “CLD “ laa dengan girlfriend aku kat Medan Ikan Bakar Umbai..,Bila mendengar kata-kata Rumbi tu, Den senyum sendiri, “ woit rumbi ,kalau kau makan kat Umbai tu, manalak kau nak dapat suasana “diterangi cahaya lilin “ masa makan, kat tempat tu dahlah cerah dengan lampu-lampu, dan kalau kau nak tengok juga lilin menyala, setahu Den lilin yang dibuek halau lalat adalah...! Tempat tu tak sesuai untuk buat CLD, tempat yang sesuai adalah di hotel-hotel bertaraf 4 atau 5 bintang...baru kelas gitu”, kata Den . “Kalau macam tu cancel laa tuan, buat perhabis duit aku aje makan hotel macam tu “.....Lepas makan, kami dihidangkan dengan minuman air kopi. Suasana malam itu amat nyaman sekali. Hari itu adalah antara hari-hari yang paling bahagia di sepanjang hidup kami semasa menghadiri AK. Lepas makan, kami pun tidur di kawasan belakang rumah Mat Lani, dengan hanya beralaskan poncho.
Pada keesokannya, pagi-pagi lagi kami telah bangun dan berkemas. Emak Mat Lani telah menyediakan nasi lemak dan juga air kopi dan juga beberapa jenis kueh mueh untuk kami sebagai sarapan pagi. Selepas sarapan kami bergerak ke CP yang terletak kira-kira 3 km dari rumah Mat Lani. Setelah hampir di kawasan CP 9, Den berhenti dan memberi taklimat kepada geng Den seperti biasa berkaitan dengan perjalanan kami. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa semua anggota mempunyai cerita yang sama. Setelah selesai , kami pun melapur di CP 9. Kali ini penampilan tim kami adalah berbeza, kami tidak bercakap banyak dan tidak lagi bermegah. Kami juga tidak menceritakan kepada kawan-kawan lain apa yang berlaku di sepanjang perjalanan kami. Semasa itu kami telah mendapat maklumat bahawa 3 tim telah digugurkan dari mengikuti kursus kerana “dipercayai telah memeras ugut, pekerja Indonesia di sebuah kongsi. Masa itu Den tak ambil tahu sangat fasal cerita itu. Sebaik sahaja selesai melapur Kami berehat sebentar dan 30 minit kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke CP 10, iaitu CP terakhir.
Kami tidak bergerak ke arah CP 10 , sebaliknya kami telah berpatah balik ke rumah Mat Lani. Kami sampai di rumah Mat Lani, kira-kira pukul 12 00 tengah hari. Sebaik sahaja sampai kami terus menikmati juadah makan tengah hari yang telah disediakan oleh keluarga Mat Lani. Selepas makan, Den pun memberi taklimat untuk meneruskan pergerakan ke CP 10 yang terletak kira-kira 45 km dari situ. Kali ini ia turut di hadir oleh ayah Mat Lani selaku pemandu van dan dua orang rakan Mat Lani selaku “tonto “. Rancangan pergerakan amat mudah, dari rumah Mat Lani kami akan terus terbang menaiki van yang akan dipandu oleh ayah Mat Lani dan menuju ke CP 10 . Pergerakan akan didahului oleh dua rakan Mat Lani yang akan menaiki dua moto kapchai dan bertindak sebagai tonto. Tugas mereka adalah untuk memastikan bahawa , laluan kami adalah bebas dari sebarang sekatan musuh. Jika mereka melihat atau mengetahui kehadiran musuh, mereka akan berpatah balik dan memaklumkan kepada kami yang akan bergerak 15 minit selepas mereka bergerak. Ini adalah kerana kami akan menaiki van yang tertutup dan jika van tersebut ditahan, bermakna kami tidak akan berpeluang untuk melarikan diri. Apa yang mungkin mampu kami buat pada masa itu adalah serahkan nasib kami pada tuhan.
Setelah semua bersedia untuk bergerak, kami menaik van putih yang Den sendiri tidak pasti kepunyaan siapa, tetapi yang Den tahu ia akan dipandu oleh ayah Mat Lani. Semasa menaiki van hanya perasaan perkataan berikut di pintu van tersebut “ Wak Jamari Enterprise. 3 orang pekerja. Barang-barang persendirian sahaja ?. Setelah kira-kira 15 minit kedua-dua tonto itu bergerak, van tersebut mula meninggalkan rumah Mat Lani. Semasa di dalam van , kami hanya berdiam dan banyak menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikir..akan perjalanan kami selamat sambil menghabiskan saki baki rokok yang masih ada di dalam simpanan kami. Di sepanjang perjalanan, dua kali tonto telah mengarahkan agar ayah Mat Lani , menggunakan jalan lain kerana mengikut maklumat dari tonto bahawa pihak musuh sedang berkeliaran di kawasan tersebut. Nasib baiklah ayah Mat Lani amat mahir dengan jalan-jalan ‘short cut” di kawasan tersebut. Kami akhirnya berjaya mengelak dari melalui jalan-jalan yang dikuasai musuh. Setelah hampir sejam, kami dapati van tersebut berhenti di sebuah rumah usang di dalam ladang kelapa sawit......
Selepas menurunkan semua peralatan kami, Den pun bersalaman dan mengucapkan salam perpisahan . Den seterusnya mengarahkan agar semua anggota tim duduk di dalam rumah usang tersebut sementara Den dan Sebi membuat tinjauan kawasan bagi memastikan kedudukan kami yang sebenarnya dan juga CP yang hendak kami tujui. Kira-kira 2 jam Den balik dari recce dan telah memastikan kedudukan sebenar dan juga kedudukan CP 10 yang hanya terletak kira-kira 1km dari tempat kami. Setelah mengesahkan kedudukan kami berasa amat lega kerana kami pasti musuh tidak akan beroperasi di kawasan tersebut kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan CP. Ini adalah kerana, mengikut arahan latihan yang Den fahami, pihak musuh tidak boleh beroperasi di dalam lingkungan 5km dari mana-mana kawasan CP. Masa itu Den yakin ,seyakin-yakinnya bahawa musuh tidak akan menangkap kami lagi dan kami secara teorinya telah berjaya untuk menamatkan latihan tersebut dengan hanya sekali dijadikan POW.
Walaupun telah hampir benar dengan CP 10, Den tidak mahu melapur pada hari itu , kerana ia adalah amat tidak logik jika diketahui oleh jurulatih bahawa kami boleh bergerak sejauh 45 km hanya dalam beberapa jam sahaja. Sebenarnya kami diberikan 72 jam untuk sampai ke CP terakhir. Jadi Den telah bercadang untuk berkhemah dan berkampung di kawasan itu untuk 48 jam lagi, dua hari terakhir ini kami gunakan sepenuhnya untuk kami berehat tidur dan mengubati kecederaan kami. Malam tersebut kami tidur di dalam pondok usang itu dengan penuh kelenaan tiada sebarang gangguan (melainkan gangguan nyamuk sesekali ) . Kami berjaya di tahap ini adalah kerana kemampuan tonto kami membaui kehadiran musuh dan memberi maklumat segera kepada kami yang mengekori dari belakang bagi mengelakkan dari diburu musuh. Malam itu Den tidur dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana telah memudahkan perjalanan kami dan ucapan terima kasih kepada keluarga Mat Lani, kap chai riders dan kedua tonto yang telah membantu kami sepanjang perjalanan dari CP 8,9 dan 10..... Malam itu Den meminta Mat Sebi, mendendangkan lagu khas..sebagai mengenang jasa mereka-mereka yang telah membantu Den, lagu SERIBU BINTANG ....nyanyian ALLEYCATS dan Mat Sebi mengakhiri nya dengan ucapan. TERIMAAAAAAAA KASIHHHHHHH !! Kami semua tidur dengan senyuman pada malam itu.
Saturday, 7 May 2011
Siri 15b : Komando Merempit...!!!
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Kira-kira 5 jam kemudian kami sampai di Chek Point ke 8. Pada waktu itu keadaaan Den agak teruk dan dah mula berjalan terhenjut-henjut dan bersepah. Den mengalami pembengkakkan melampau dibahagian lutut. Sementara itu Si Zam mengalami kepecahan dan kemelecetan yang agak melampau juga sehingga mereka terpaksa berjalan menggunakan kasut shoalin (macam kasut kung fu tu ) begitu juga dengan si Rumbi yang mengalamai "kepijaran " melampau dibahagian alat sulitnya akibat dilumurr dengan cili blender semasa kami ditawan ( Semua geng kami diperlakukan dengan perkara yang sama, tetapi, kami tidak lah seteruk si Rumbi..sebabnya syihhhh isu sensitif , tak boleh Den nak katakan disini. ) Ketibaan kami di check point ini tidak lah seceria dan semegah mana jika dibandingan ketika kami melapor di check point-check point sebelum ini. Kami tidak menjerit, kami tidak banyak bercakap .
Perisitiwa kami di jadikan POW telah memberi kesan yang mendalam di dalam tingkah laku kami. Kali ini kami lebih "berhemah", tidak banyak bercakap dan tidak bersembang " tinggi " dengan tim-tim lain sebagi yang lazimnya. Jurulatih di check point tempat kami melapur pun mentertawakan kami bila mereka mengetahui bahawa tim Den telah di tangkap oleh musuh. Rasa-rasanya hilang 'macho" dan tergugat kredibiliti kami pada waktu tersebut sebagai "tim 'the slickers"...sebab kejayaan kami sebelum ini dimana berjaya mengelak dari ditangkap oleh pihak musuh sehingga ke check point ke 7. Tim Den tak banyak menceritakan kepada rakan-rakan yang lain tentang butiran peristiwa bagaimana kami dijadikan tawanan oleh musuh dan apa yang telah kami lalui semasa tempoh terebut. Bagi Den dan geng Den yang lain , biarlah peristiwa tersebut menjadi pengalaman ngeri bagi kami dan biarlah derita kami tanggung sendiri..
Selepas melapur dan mendapat taklimat dari jurulatih berkaitan dengan pergerakan ke Check Point 9, kami telah berkumpul dan seperti biasa berbincang bagaimana kami nak melaksanakan pergerakkan seterusnsya. Semasa ini, walaupun Den belum memberi sebarang kata pembukaan, Den lihat air muka geng-geng Den terpancar dengan sinar kejernihan dan senyuman .,lebih-lebih lagi muka si Mat Lani. Den tahu dan Den dah dapat baca, yang mereka ingat Den akan bersetuju dengan "rancangan tidak rasmi" yang telah dibuat, dibincang dan diperdebatkan semasa perjalananan ke CP 8 .iaitu kami akan mendapatkan bantuan pada peringkat ini memandangkan kami mempunyai alasan yang kukuh unutk berbuat demikian (yang kami rasa sebagai satu justifikasi yang kuat pada waktu tersebut ..)
a. 3 dari anggota tim mengalami "kecederaan melampau " yang boleh menjejaskan peluang kami untuk sampai pada waktu yang telah ditetapkan.
b. Memandangkan hanya dua check point aje yang tinggal (9 dan 10) Den menjangkakan bahawa musuh akan lebih tertumpu di kawasan yang agak kecil . Dengan kepadatan tim-tim dan bilangan musuh yang boleh di deploy di dalam kawasan itu, kemungkinan besar untuk ditangkap sekali lagi adalah tinggi. Dan pada masa itu Den risau dengan ingatan tulus ikhlas dari colour Sepah " tangkap sekali lagi..turun skot! . Dan Den tak memandang mudah pekara itu.
c. Tim kami telah berada di kawasan yang mana kami boleh mendapat bantuan agent yang boleh memudahkan pergerakkan kami . Peluang ini hendaklah dipergunakan dengan sewajarnya. Sekurang-kurangnnya kami boleh aplikasikan pelajaran untuk "contact agent " yang telah kami pelajari...hehehhe
d . Dan alasan yang terakhir dan Den sendiri sahaja yang memikirkannya adalah "terdapat kemungkinan besar yg Den akan digagalkan di dalam AK ini, kerana Den adalah antara dua siswa yang tinggal. Sam adalah veteran manakala Den adalah novis (kali pertama) jadi kebarangkalian tinggi yang Den akan digugurkan. Semangat Den agak lemah pada waktu bila teringatkan "trend" ini. (Siswa biasanya tidak akan lulus dengan sekali hadir kursus AK).
Berdasarkan kepada sebab musabab diatas tadi, Den telah memperincikan lagi rancangan pergerakan Den untuk ke CP 9 sebagaimana yang telah dibincangkan semasa pergerakkan ke check point 8 selepas di tawan musuh. Rancangan amat mudah : . Kami akan berhenti di satu RV (Rendezvous Point) (Titik Pertemuan ) yang difikirkan selamat dan sesuai. Dari situ, Mat Lani secara solo akan bergerak ke kawasan perkampungan berhampiran untuk meminta bantuan dari segi pakaian dan pengangkutan. Selepas menukar pakaian awam Mat Lani secara solo dikehendaki bergerak kekampungnya, tidak jauh dari kawasan itu , sementara kami menunggu beliau di RV tadi ) untuk mendapatkan kenderaan dari keluarganya untuk mengambil kami dan membawa kerumah beliau. Dari sana kami akan menaiki kenderaan lagi dan bergerak menuju ke CP 9. Sekiranya rancagan in berjaya , prosedur yang sama juga akan dilaksanakan di selepas CP 9 untuk CP 10 (penamat ). Full Stop !.. Senang, rengkas dan padatkan.. ?.rancangan kami. ?
Kira-kira 5km dari CP 8, kami pun mancari satu tempat yang paling strategik untuk dijadikan RV . Tempat tersebut juga harus membolehkan kami membuat pemantauan sekeliling dari jalan raya utama dan juga trek yang menghampiri kawasan kami . Sebaik sahaja kami tiba di RV tersebut, Den dan Mat Sebi, telah membuat tinjauan kawasan (recce) bagi memastikan kesesuaian tempat tersebut untuk dijadikan RV dan juga kami nak menetapkan RV alternatif (RV ini digunakan jika musuh telah mengetahui kedudukan kami kami mesti beredar dan berkumnpul semula di RV Alternative,) Sementara itu Mat Lani sedang sibuk membuat persiapan untuk penyusupan keluar dari kawasan tersebut untuk melaksanakan operasi sulit dan penting .
Setelah semuanya selesai, Den telah mengarahkan Mat Lani memberi taklimat semula tentang berkaitan apa yang harus dia lakukan di dalam operasi sulit itu . Mat Lani memberi taklimat dengan jelas dan penuh yakin. Kemudian Den "test" dia dengan pelbagai soalan "Tindakan Serta Merta (TSM) " tentang apa yang harus dilakukan kalau timbul sesuatu situasi itu, seperti jika dia terserempak dengan musuh, jika dia kembali ke RV dan dapati kami tiada disitu dan sebagainya...Selepas berpuas hati dengan penerangan Mat Lani . Den pun melepaskan beliau pergi dengan diringi doa . Semuga berjaya !. Mat Lani pun bergerak dengan hanya memakai seluar loreng, t shirt loreng dan kasut Kung Fu..menuju ke kampung terdekat....Apa yang berlaku sepanjang masa operasi Mat Lani , kami tak tahu.
Setelah semuanya selesai, Den telah mengarahkan Mat Lani memberi taklimat semula tentang berkaitan apa yang harus dia lakukan di dalam operasi sulit itu . Mat Lani memberi taklimat dengan jelas dan penuh yakin. Kemudian Den "test" dia dengan pelbagai soalan "Tindakan Serta Merta (TSM) " tentang apa yang harus dilakukan kalau timbul sesuatu situasi itu, seperti jika dia terserempak dengan musuh, jika dia kembali ke RV dan dapati kami tiada disitu dan sebagainya...Selepas berpuas hati dengan penerangan Mat Lani . Den pun melepaskan beliau pergi dengan diringi doa . Semuga berjaya !. Mat Lani pun bergerak dengan hanya memakai seluar loreng, t shirt loreng dan kasut Kung Fu..menuju ke kampung terdekat....Apa yang berlaku sepanjang masa operasi Mat Lani , kami tak tahu.
Malam itu kami tidur dalam keadaan "tidur-tidur ayam 'sahaja. Ini bukan kerana kami takut kepada musuh yang mungkin menghampiri kami pada malam itu. Den asyik memikirkan apakah yan gberlaku pada Mat Lani..Berjaya ke dia untuk sampai ke kampungnya ? Adakah dia ditangkap musuh dan sebagainya...Pada waktu itu, kami memang dah bersedia jika kami ketahui kehadiran musuh,. Kami dah tahu bagaimana nak bertindak dan kemana nak dituju..dan bagi memastikan kami benar-benar bersedia, Den telah memasangkan beberapa "trip flare" dan juga rentangan tali yang diikat dengan water botol yang boleh menghasilkan bunyi jika dilanggar oleh sesuatu objek. Sambil berbaring kami berborak dan bersembang. Sesekali Den menyuruh Mat Sebi mendendangkan lagu. tapi Den suruh dia menyanyi secara berbisik...hahhaaa. lain pulak suara masa Sebi bila menyanyi lagu sambil berbisik..(meremang bulu tengkok Den maso tu..lain macam ajoo..) Den pula masa tu antara dengar dan tak dengar aje...Bila Den terlelap , tak pula dapat dipastikan.
Tiba-tiba, Den dikejut oleh Mat Sebi. " Tuan bangun, Mat Lani sampai .." Bila dengar sahaja nama Mat Lani, Den bingkas bangun sepantas kilat . Mat Lani menghampiri Den dan berkata :
Mat Lani : OK tuan kita boleh bergerak sekarang, saya datang dengan tiga kawan saya dengan 4 buah moto kap chai. .Kita boleh naik moto ke rumah saya. Mula-mula saya ingat nak membawa lori atau van, tapi saya rasa tak selamat tuan, sebab saya dengar polis ada buat road blok,..dan saya takut musuh ada bersama polis..itu pasal saya bawa moto aje ."
Den : OK, apa plan pergerakan ke sana ? tanya ku ..
Mat Lani : Setiap org akan menaiki moto tuan, saya ada bawa beberapa baju civis untuk geng kita pakai, dan saya bawa juga dua beg, untuk kita "diismantle senjata kita dan masukkkan ke dalam beg tersebut : pack terpaksa kita letak antara penunggang dan pembonceng"..
Den : Wah pandai kau yo Lani, kau dah fikirkan bondo-bondo tu semuo yo...Ok, bagi aku 5 minit...kato Den ..Den pun mengarahakan Nizam dan Rumbi untuk membuka balik , pagar water bottle tadi, sementara Den dan Mat Sebi, membuka balik 2 trip flare yang telah dipasang.
Setelah semuanya bersiap, Den menyuruh Mat Lani memanggil kawan-kawan dia yang menunggu tidak jauh dari situ . Setelah berkenalan, Den pun mula memberi taklimat pergerakan . Den difahamkan jarak dari lokasi tersebut ke rumah Mat Lani adalah kira-kira 30 km. Den maklumkan kepada semua "riders" bahawa pergerakkan mereka adalah bebas, dan tidak boleh secara berkumpulan, siapa boleh sampai dulu lagi bagus. Keduanya Den beritahu, jika dia tahan oleh askar atau orang berpakaian awam semasa dalam perjalanan, jangan berhenti, ..rempppp..itt..Den arahkan mereka untuk gunakan segala skil merempit yan gada pada mereka asalakan tak ditahan dan .teruskan perjalanan kecuali kalau road blok dan polis beruniform ada bersama. Kalau ditahan atau ditangkap...jangan maklumkan kemana dan apa tujuan kami, selepas ditawan dikehendaki bergerak ke RV alternatif ( sebuah masjid 7 km dari rumah Mat Lani ) dan bukannya terus ke rumah Mat Lani, setelah 2 jam di RV alternatif baru bergerak ke rumah Mat Lani. Ini bagi mengelakkan dari musuh untuk mengesan dimana sebenarnya kami. Kalau boleh elakkan dari berhenti dimana-mana tempat kecuali keadaaan terpaksa, kalau tidak terus bergerak ke rumah Mat Lani. Den juga arahkan pergerakkan akan berselang 5 minit setiap satu motor dengan moto yang lain dan Den akan bergerak dahulu diikuti, Rumbi, Mat Sebi, Nizam .
Setelah selesai memberi taklimat pada semua "riders" , kami menukar pakaian kami, senjata di dismantle dan dimasukan ke dalam beg. Malam tu Den memakai kain pelikat dan baju melayu johor..Di garisan permulaan, Den menaiki moto yang dipandu oleh Mat Lani...Setelah semuanya siap , pada malam tu, Den pun bergerak sebagai perserta rempit pertama....vrooommm..vrommmm..kapchai Mat Lani mengaum dan meninggalkan RV tersebut....Kami merempit tak ubah macam "crazy frog" malam tu......
Friday, 6 May 2011
Siri 15a : KO ! Pasal Terlebih Tidur !
Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!
Dalam pada masa yang sama kami telah diarahkan berkumpul di trek ladang getah tersebut. Kami berlima saling pandang memandang antara satu sama lain. Apalah nasib kami , disebabkan hujan dan cuaca yang dingin dan mungkin kerana keletihan , kami telah tertidur dan telah ditangkap oleh musuh yang telah meronda di kawasan tersebut pada awal-awal pagi. Den tak menyalahkan sesiapapun dalam hal ini, kerana Den beranggapan insiden ini tidak akan berlaku sekiranya ada di antara kami yang sedar awal dan bersiap lebih awal untuk meninggalkan kawasan tersebut . Kesimpulannya kami KO FASAL TERLEBIH TIDUR ! Sedangkan Den sendiri tak sedar dan lena dibuai mimpi apa lagi yang Den nak harapkan dari anak-anak buah Den...Den pun teringat pantun Melayu masa tu “ kumbang jarak kumbang jagung , sebab tidur telajak...jadi kami semua mesti tanggung ..! (boto ko pantun tu ?.alah lebih kurang ajelaa).
Mengapa kau tanyakan kisahku
Malam tu kami tidur dengar lena sekali, walaupun hujan turun Den tidak beri geng Den untuk memasang ponco. Sebabnya kami khuatir bahawa tempat tidur kami pada malam tersebut boleh dikesan oleh musuh dan satu lagi untuk memudahkan kami bertindak sekiranya musuh datang. Kami tidur dengan menggunakan ponco sebagai selimut . Keadaan yang sejuk itu membuat kami begitu selesa tidur walaupun berselimutkan ponco. Kami lena diulit mimpi walaupun sesekali kami terjaga disebabkan biji-biji getah dan ranting halus yang jatuh di atas ponco kami semasa hujan renyai-renyai...
Tiba-tiba Den dikejutkan dengan bunyi tembakan senapang peluru kapur dan mendengar jeritan “bangun..!bangun ...senang banyak kau ..” dan diikut dengan beberapa tendangan di belakang badan dan kaki Den. Den yang pada masa itu masih bergulung di dalam ponco, menjadi panik..dan berkata abih laa kali ini... Bila Den tarik aje ponco Den , Den nampak ada kira-kira 5 orang anggota musuh yang dah berada di situ. Salah seorang sedang bercakap menggunakan walkie;
“ Xray 01, sini Xray 04: Kami dapat sekumpulan lembu sedang nyenyak tidur. Ini lembu baik, masih fresh lagi dan belum pernah kena lagi .Kalau minat datang ke lokasi aku sekarang....ganti !” Kemudian Den dengar satu pihak lagi menjawab
“ Xray 01 : mana lokasi anda ganti.
“ X Ray 04 : di kebun getah berhampiran dengan kilang papan Ah Tong Sawmill batu 14 Jalan Segamat Labis...ganti .”..
X Ray 01 :tunggu sampai kami datang, jangan makan sorang ganti”...”
Truper Ali, telah mengarahkan kami semua untuk menanggalkan pakaian kami, dan seterusnya tangan kami diikat ke belakang. Kami telah diarahkan untuk duduk melutut..adoi mak sakitnya lutut, disebabkan trek tersebut mempunyai batu-batu kecil, walau bagaimanapun kami tetap buat kerana kami takut untuk membantah. Kami seterusnya telah diarahkan untuk membuat ‘side roll’ di atas trek tersebut dengan tangan yang terikat di belakang. Seksanya waktu tu, sebab dengan keadaan tangan yang terikat, kami mempunyai masalah untuk menggulingkan badan ke kiri atau ke kanan ..dan setiap pergerakan adalah amat menyakitkan. Kemudian kami diarahkan untuk melutut sekali lagi. Para musuh mula bertanya pelbagai soalan kepada kami .
Musoh 1 (M1) : siapa ketua kamu ? siapa di antara kamu ini adalah siswa ?
Kami : hanya diam dan tak menjawab walaupun sepatah . Masa tu Den rasa terharu juga sebab geng Den tak ada seorang pun yang memberitahu musuh bahawa Den adalah siswa. Musuh memang mencari siswa kerana bagi mereka ini lah peluang untuk melanyak pegawai sebelum mereka memakai bere hijau..Sebab bila dah pakai bere hijau nanti, siswa-siswa inilah yang akan melanyak mereka balik...tu yang musuh nak mengambil kesempatan terhadap siswa tu.
M2 : (Pangkatnya truper ajo (Prebet) : Ok kau orang tak nak bagi tahu siapa ketua kau, tak apa...sekarang buka mulut kamu semua...!!!! ( Kami telah diberi taklimat bahawa sekiranya kami ditangkap kami hanya boleh memberi tahu nama, no dan pangkat kami sahaja kepada musuh: jika kami memberi maklumat lain berkaitan dengan “operasi” (latihan kami ) dan jika musuh membuat laporan , kami boleh digugurkan dari mengikuti kursus. Memandangkan musuh tidak bertanya nama, no dan pangkat kami, maka sebab itu lah kami semua berdiam diri.)
Sebaik sahaja kami membuka mulut, M1 telah menyumbat mulut kami dengan kepingan getah “segerap “ ( susu getah yang telah beku di dalam mangkuk getah). Pada masa itu mulut kami semua penuh dengan getah segerap dan kami tak boleh nak bercakap atau berkata apa-apa...malah tak boleh nak senyum pun....Bau getah tu...alahai malas nak Den ceritakan. Bagi mereka-mereka yang pernah menoreh getah pasti akan faham dengan apa yang Den cuba terangkan .
M3: OK sekarang bagi tahu siapa nama kamu dan ke mana kamu nak tuju ?...soalan tersebut ditujukan kepada Den. Den cubo nak menjawab, dengan mulut yang telah disumbat dengan getah segerap tu : Nahmo saahyoooo Truepoorrr blaaa..blaaa..Nohmommmborr sembihlang kohong thee gooo..blaaa..sotaaaahhapp ( Nama saya truper bla..bla..nombor 903.bla..bla..staf ). Pingggggg.....pipi Den berdosing terkono sedas penampar...oleh M3.
M3: Aku tak faham apa kau cakap ....ulang sekali lagi....itupun kau tak boleh nak cakap ke ...? Den mengulangi sekali lagi..tapi bunyinyo lobih kurang samo ajo macam tadi...mano nak boto cakapnyo, sobab maso tu mulut Den dah ponoh dengan gotah ...! Pingggg sekali lagi Den kono pelompang dan di ikut dengan tendangan side kick...tergolek Den macam buah nagko jatuh. ..Selepas tu soalan yang sama di tanya pada geng-geng Den..dan jawapanya hampir semua sama....mereka juga turut merasai apa yang Den telah rasai...masa tu Den nak gelak pun ada bila mendengar mereka menjawab dengan mulut yang penuh dengan getah segerap tu...
Kira-kira...30 minit kemudian setelah puas Den dan geng Den di “perlakukan” oleh musuh tadi..Den nampak ada tiga motor kapchai dan satu motor “scrambler” dan diikuti dengan 1 x landrover datang ke lokasi kami ditahan itu. Mereka semua adalah anggota-anggota musuh yang telah dipanggil tadi. Gelagat mereka pada waktu itu tak ubah macam “red indian dapat senapang”....terjerit-jerit...seolah-olah keseronokan kerana berpeluang untuk “memperlakukan kami”. Riak air muka dan kata-kata mereka menggambarkan kegembiraan dan kebanggaan kerana berjaya menangkap kami untuk pertama kalinya. Pada masa tu Den merasa keresahan yang amat sangat. Apa taknya Den takut ada diantara mereka yang akan mengenali Den kerana sebelum memasuki AK unit Den adalah dari troop 3 , X;RAY Sqn 21 Kdo...dan musuh-musuh tersebut adalah dari unit yang sama. Keadaan ini bukanlah satu advantage kepada Den walaupun mereka dari unit yang sama, malah akan menjadi anak buah Den. Bagi mereka inilah peluang untuk menghentam siswa sebelum siswa tersebut menghentam mereka di hari hadapan.
Sebaik sahaja gerombolan serigala (musuh ) itu tiba..salah seorang berkata kepada M3 : ...Ishhhhh apalaa kau nie...tak baik buat di orang macam tu, kan getah segerap tu kotor...suruh di orang tu keluarkan ..
M3 , menjawab “ Baik colour ( Staf Sarjan di dalam Kdo dipanggil Colour ). Lepas tu Colour tu kata..laaa Siswa bla-bla..pun ada sama ke...? Bila Colour tu berkata demikian aje Den rasa kepala Den bagai nak pecah .Alamak pecah tembelang aku...kata hati Den...Tadi Den tak mengaku bahawa Den adalah siswa...bila datang Si Colour Sepah nie...dia pecah rahsia lak...(Colour Sepah ini adalah troop Sarjan Den di Xray Sqn ,fasal tu dia kenal Den ). Sebaik sahaja Colour tu berkata demikian. Den dapat rasakan serangan dan tumbukan serta tamparan bertubi-tubi sampai kat muka , kepala dan juga badan Den...Masa tu Den tak leh nak mengelak sebab dah lah tangan Den terikat, serangan pula datang dari pelbagai sudu dan arah...Den ingek kalau letak Mr T pun kat situ mesti T akan tionggg juga.
Selanjutnya, colour tadi telah mengarahkan supaya kami semua meluahkan getah segerap yang masih berada pada mulut kami waktu itu. Pada saat ini Den jangkakan bahawa nasib baik juga Colour Sepah ini ada, sekurang-kurangnya, kami tak dilayan seteruk tadi. Walau bagaimanapun sangkaan Den meleset sama sekali. Sebaik sahaja kami meluahkan getah tersebut, kami telah disuap dengan sesudu (sudu makan) cili api yang telah di blender yang dibuat khas untuk POW macam kami. Mak oiiiiiiipodeh..sepodeh...nyo....Walaupun biasanya kalau setakat ikan sembilang masak lomak cili padi dan asam pedas serta sambal tumis menjadi kegemaran Den...dan Den boleh tahan...tapi kali ini Den memang tak leh tahan...ini mungkin fasal faktor bahan kimia yang ado pada gotah segerap itu tadi memodehkan lagi cili padi yang telah sememang nya telah podeh sejak azali laei....Maso tu Den lihat mulut geng Den semuanya..tercungap-cungap macam ikan kaloi terlepas didaratan..Kombang kuncup...mulut kami menahan kepedasan. Kami seterusnya diarahkan untuk terjun di dalam parit kecil berhampiran trek tersebut dan dibenarkan untuk minum air...Bayangkan masa tu tangan kami masih terikat lagi...agak-agaknya macam mana kami nak minum air tersebut ?...Sebaik sahaja sampai di parit tersebut kami mula “menyudu“ macam itek...Adaoi hai air parit tu pulak..ada macam-macam rasanya...maklumlah lepas hujan...air yg agak keruh..Den rasa macam air tanah pun ada, macam air rumput pun ada..apa jua rasanya kami terus telan bagi meredakan kepedasan yang kami hadapi.
Setelah hampir dua jam kami ditawan akhirnya kami dilepaskan. Color Sepah, pergi dia sempat berpesan kepada Den..”Siswa , sekali lagi kau kena tangkap, jangan mimpi kau nak pakai bere hijau ...” kata-katanya lembut tapi membawa makna yang penuh mendalam. Setelah musuh berlalu pergi, kami tidak bercakap sepatah pun antara satu sama lain. Masing-masing terus mengenakan pakaian dan menunggu arahan selanjutnya dari Den. Den seterusnya telah mengadakan satu “post mortem” untuk mengenal pasti kelemahan kami sehingga tertangkap. Kata Den : “OK...saya tak mahu sesiapa pun dipersalahkan di dalam hal ini. Anggap ini sebagai satu dugaan dan juga sebagai satu balasan tuhan ke atas kita semua terhadap apa juga kesalahan yang telah kita lakukan semasa kursus ini. FullSTOP..No finger pointing !!..Ok !...Kata Den . “OK tuan.”.jawab geng Den hampir serentak . Itu adalah post mortem yg paling pendek Den ghaso dalam dunia..dimana kata-kata pembukaan oleh pengerusi (Den) dan dituruti dengan kata-kata penutup dan dengan menggunakan kuasa veto yang ada pada Den pada waktu tersebut.
Setelah berehat dan memulihkan tenaga yang hilang....kami pun bergerak menuju ke Check Point ke 8. Dalam perjalanan Den berkata kepada Mat Sebi, satu lagu ..Sebi pun terus response :
Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa
Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan....
“ .....Den ghaso tak sedap pulak...tukar..
Mat Sebi pun nanyi lagu andainya aku pergi dulu: Alleycats
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
...lagi Den ghaso tak sodap...lain punya lagu baru...Mat Sebi pun menyanyi lagu ...Sudirman , Biarlah Ku Sengsara Sendiri
Biarlah ku hidup sendiri
Usah kau ganggu lagi diriku
Ku ingin damaikan hati ini
Bertahun peristiwa berlalu
Tak guna kau sebut-sebut lagi
Menambah sakitnya hati yang lara
Masa engkau pergi dulu
Tiada pesan engkau tinggalkan
Ku berduka ku merana
Hidup sepi tak berteman
Hanyut sudah impianku
Dalam arus airmata
Kerana kau
Insani yang hidup penuh sendu
Biarlah aku sengsara sendiri
Haahha..lagu ni sedap .sikit...kato hati Den...Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Check point 8 dengan tunduk dan syahdu sambil mendengar lagu ... Biarlah Ku Sengsara Sendiri ,.
Subscribe to:
Posts (Atom)