Saturday, 10 December 2011

Sirir 1 : Amanat Anuar dan Arwah Aminah

Dato Anuar Ibrahim [DSAI] telah membunyikan gondang porang  PRU 13 dan telah menyoru ‘semuo puak yang tidak mempercayoi ‘kesucian nya di dalam kes liwat” dan berjanji akan mengampunkan/memaafkan kaum ini jika mereka menyokong beliau untuk merampas putra jaya di dalam PRU 13 ini . Dan isu utamo yang diamanatkan di dalam ‘soruannya ini adalah berkaitan tuduhan bahawa Perdana Menteri adolah 'suspek sebonar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan si Aminah bt Abdullah.  Selain itu DSAI juga memberi fakta-fakta yang mengaitkan PM sebagai orang yang menjadi'pengarah sebenar konspirasi' dan orang yang paling bermotif untuk membunuh Aminah sambil mengakui bahawa Razak Baginda memang juga mempunyai motif untuk membunoh . ….Response Den ….hehehee….berapo orang yang lagi akan tertipu dan mempercayai dakyah si DSAI nie. …yang dah tertaksub dongan dakwaan nei Den tak nak ambik peduli…sobab kalau di togo nanti….porang bosa lak….buek nambah doso Den ajo….


Sebolum Den mengulas dengan panjang lebar pasal ‘dakwaan dan amanat DSAI  ini’…elok rasanyo Den maklumkan kan sini…Isu pembunuhan Minah nie adalah modal ‘basi’ yang sedang di recyle dan di ‘reconn’ oleh DSAI untuk menjatuhkan PM….dan memandangkan isu ini jika dipercayai akan memberi impak yang tidak baik bukan sahaja kepada kerajaan  malah kepada ATM sobab disobut dimano pihak MP ada mengeluarkan laporan berkaitan kes ini. [ SEPENGETAHUAN DEN MP TAK BUEK KOJO-KOJO NIE, SOBAB KES MACAM INI KALAU ADO MELIBATKAN ATM, ADO UNIT LAIN YANG MEMBUEKNYO…DAN DEN AMAT MENGETAHUI PASAL ISU INI – FRANKLY SPEAKING..DEN GHASO DSAI MAIN TEMBAK AJO NIE ]  maka Den rasa patut Den memberi alasan dan “second opinion” dalam isu Minah ini. Dalam artrikel yang lopeh Den dah tulis pasal isu nie secara detail…tetapi  entah apo sobabnyo…macam Den sedang berkonspirasi dengan DSAI lak..atau ia secaro kebotolan lopeh Den tulis pasal artikel Altantuya revisited…DSAI pulak menimbulkan isu yang samo walaupun dah dikategorikan sebagai isu basi…

Walaupun ia berbaur politik…tetapi ia memberi impak yang besar terhadap keselamatan dan keamanan Negara jika “ia menjadi kepercayaan kepada majority anak muda yang akan mengundi pada PRU ke 13 ini.” Den harap pembaca dapat menilai semua kebenaran dakwaan DSAI ini. Bagi Den ini dah masuk kes keselamatan dan ketenteraman negaro nie….dan Den percayo kalau bondo ini tak di ‘bori second opinion mungkin ado yang percayo bulat-bulat dan akan mengakibatkan huru haro Malaysia..Dan sebagai askar pencen Den ghaso terpanggil nak memberi pandangan Den berdasarkan pengetahuan Den semasa berkojo dulu..walaupun nilai pandangan Den mungkin hanya beberapo sen ajo…..maklumla askar pencen……nilainyo…tak tinggi mano.

Kalau Den nak mengulas secara teperinci tentang fakta yang DSAI kemukakan sebagai “bukti penglibatan PM sebagai kes ketua konspirasi di dalam kes Arwah Si Minah tu dan juga rintihanya  mengenai kes liwat II…memang boleh dibuat buku. Dan kalau ulas secara lalu, Den pasti, ramai penyokong DSAI tidak akan faham. Justeru itu Den akan ulas isu yang diutarakan di dalam amanatnya satu persatu secara ringkas dan padat dengan mengambil kira segala fakta yang di berikan oleh DSAI agar segala isu yang dikemukakan akan dapat dinilai oleh pembaca dan akhirnya dapat membuat keputusan sendiri tentang kebenaran dakwaan DSAI tentang penglibatan PM dalam kes pembunuhan Arwah Minah tu.

Di awal amanatnya DSAI mendakwa Dirinya ‘Suci Dari Kes Liwat…dan dalam maso yang samo DSAI  telah berhujah  Tentang Penglibatan PM dengan Isu Kematian Aminah. Seperti yang Den katokan dalam artikel Den yang lalu…usaha-usaha nak memburok PM  dengan mengaitkan PM dengan kes pembunohan Arwah Aminah ini memang susah nak di kikis dari mental puak pembangkang…Disini Den lihat ketidak kosistennya DSAI di dalam usaha sebenarnya untuk membersihkan imej dan maruah dirinya. Semua sedia maklum bahawa beliau pada masa ini sedang menghadapi kes liwat kali kedua di Mahkamah. Walaupun dalam kes pertamanya beliau telah di dapati tidak bersalah atas pertuduhan itu, kita mesti ingat bahawa di dalam keputusan penghakimannya, hakim telah mengesahkan bahawa perlakuan homoseksual sebagaimana yang dipertuduhkan memang berlaku…..tetapi atas sebab-sebab kekurangan bukti lain..maka DSAI di bebaskan…Bila timbul kes liwatnya yang kedua DSAI telah  mempertahankan kes tersebut dengan cuba mempengaruhi orang ramai supaya menggunakan logic akal dan mempercayai beliau tidak terlibat dengan kes liwat dan memberi kenyataan berbentuk pertanyaan kepada semua pihak

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu?

Bagi Den  dua persoalan yang pertama yang diutarakannya adalah lebih kepada usaha untuk meraih simpati dan keterangan seterusnya berkaitan dengan “tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini.” Dan “Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu?” Ini adalah satu pembohongan .Kalau benar dia ada bukti bahawa dia tidak terlibat dalam kes Saiful, apo pasal dio tak  ‘bontangkan ajo buktinyo kek mahkamah….dio boleh tipu orang kampung  dan orang bandar yang ‘nampak tapi tak melihat’…bahawa mahkamah tidak adil dan di kuasai oleh orang tertentu..tapi secaro jujur Den katokan dan kalau tak cayo ..tanyolah mano-mano  pengamal undang-undang…..bukan sonang  nak ado-adokan cerito yang tak boto di mahkamah….dan kalau hakim tak terimo  ‘alasan atau pembuktian DSAI di mahkamah walaupun  ia bukti yang kukuh….Den ghaso rakyat jelato akan faham dan  pasti akan menyebolahi Anwar. Malangnyo kesompektan ini tak  di gunokan  oleh DSAI  semaso pembelaan, sebalik dio dok menembak orang lain yang tak ado kono mengono dengan kes tersebut. Den nak tanyo penyokong DSAI apo hujah pembelaan DSAI pasal isu liwat ini selain dari dakwaan mahkamah tidak telus dan ia adalah merupakan kopibasi yang diketuai PM ?...Kalau dia tidak berpeluang nak membuktikan bahawa dia tidak bersalah..APA HUJAH YANG NAK DIBERIKAN SEBAGAI BUKTINYA ?
SEKADAR HIASAN TIADA KENA MENGENA SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG DAH ARWAH

Masalahnya DSAI hanyo menuduh PM dengan teori “kopibasinya “dan TIDAK MEMBERI SEBARANG BUKTI YANG KUKUH DALAM KESNYA BAHAWA DIO TIDAK TERLIBAT DALAM KES SAIFUL…Padohal dio boleh berbuek demikian hanya dengan mengemukokan alibi…Kalau dah memang betul pado maso kejadian tu dio tak ado dengan Si saiful atau makan karipap bersamo…kenapo dio tak leh nak bagi saksi alibi….kalau boto maso tu dio tongah meeting..apo tak panggil corum meetingnyo  waktu tersebut naik  mahkamah dan bori ketorangan ?....Bilo DSAI diberi peluang untuk membela diri….alangkah rugi dan poliknyo sobab dio tak gunokan peluang tersebut dengan sewajarnya….Malah tindakan dio dengan memberi keterangan  secara tidak bersumpah…yang mustahil DSAI tidak mengetahui bahawa bagi mereko yang biaso dengan perjalanan undang-undang….itu jorek diri namonyo…Yang DSAI nak panggil PM dan si Rosmah untuk beri keterangan buek apo…? .Katolaah…tujuan DSAI memanggil mereka untuk mengesahkan bahawa PM dah  implan si saiful sebagai agent provocater dan mengarahkan supaya saiful bueklah apo jugak rancangan supaya DSAI liwat dio …dan PM mengaku dalam mahkamah pasal teori konspirasi ini..Adokah ini bermakno DSAI dah berjaya di dalam kes pembelaannya dengan menyatakan :

Lihatlaah dunia! Dari dulu dah saya katakan bahawa PM adalah ketua konspirasi yang mengaturkan supaya saya meliwat si Saiful dengan harapan kaerier dan maruah saya akan hancur…!.Maka atas niat jahat PM lah saya telah terliwat pembantu peribadi saya! Saya sebenarnya tidak bersalah…ini semua angkara PM hingga menyebabkan saya terliwat Saiful.

Walaupun itu berlaku, dari segi undangx yang Den tahu..bondo tu is not a good defense for kes liwat dio..Caro dio boleh bebas dari tuduhan liwat tu yang Den nampak hanyo ado tigo situasi :

a.       Dia boleh membuktikan kepada mahkamah bahawa dio telah dipaksa oleh seseorang samada PM ko, Saiful ko atau sesiapo untuk meliwat si saiful yang mano kalau gagal….nyawo dio atau anak bini dio akan terancam.

b.      Dio kono buktikan bahawa semen DNA yang ado dalam si saiful tu bukan dio punyo atau telah dicuri dan dimaksudkan ke dalam si saiful….tapi di dalam isu ini DSAI dengan secara tidak disedarinya telah mengakui bahawa, memang sah…contoh DNA yang ada pada pihak  forensic yang digunakan oleh mereka untuk membuat ‘comparison ‘ dengan DNA MR X  yang berada pada saiful adalah DNA DSAI .

Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu.

Bila findingnya  positif..dan tidak dapat disangkal oleh pakar DNA DSAI sendiri di dalam mahkamah….tuan-tuan fikirkanlah seperti kato DSAI dengan gunokan  akal logik tuan-tuan apo kesimpulan yang boleh dibuat.

c.       Dio boleh buktikan dengan caro defense of alibili..dengan mengatokan bahawa pada tarikh dan maso kejadian dio tak ado di tempat kejadian..dan ini yang paling mudah bagi DSAI kerana dia boleh memanggil ahli corum meeting yang didakwanya sedang berlangsung pada waktu itu…

Persoalannya ngape DSAI tidak memilih salah satu dari kemungkinan diatas?..Fikirlah secara logik akal.  Pada dasarnya DSAI telah berjayo memutar belitkan keadaan hingga ramai pengikutnya yang taksub tidak dapek berfikir secara rasional. Tumpuan sepatutnya di berikan kepada DSAI untuk menjawab persoalan tersebut.  Sebaliknya DSAI telah berjaya mengharubirukan keadaan, Ia menjadi lebih gempak apabila PM dan Rosmah lak dituduh penakut dan tidak berani memberi keterangan di Mahkamah di dalam kes pembelaan DSAI . Maka perkara itu dicanangkan seluruh pelusok negaro hinggokan suku sakat Den yang duduk kek corot dan hulu kampung percayo…..

….Anwar tidak terlibat dalam kes liwat…tapi PM yang jahat buek konspirasi sehingga berjaya menyebabkan Anwar ..TERLIWAT SAIFUL.

….fuhhhh jahat sungguh DS Najib dikacomato suku sakat Den yang sedang menempah tiket ke syurga dengan hanya menyokong parti yang kononya memperjuangkan Islam….

Sebelum Den peghabihkan posting  ini Den  pun nak ajak pembaco berfikir seperti saranan DSAI pasal apa DSAI tidak mengambil jalan mudah untuk membersihkan  namanya dengan  cara berikut :

a.       Memberi sample DNA secara sukarela dan menetapkan ujian DNA itu dibuat dengan syarat  PAKAR DNA DSAI  turut hadir  bersama sepanjang proses ujian dilaksanakan dan nak gempak lagi…suruh Bar Council , SUHAKAM, SUARAM..turut menghantar wakilnya untuk menyaksikan proses tersebut.

b.      Kenapa DSAI tak bersumpah dengan nama Allah seperti yang dibuat oleh Saiful. Kito sumo tahu dalam mentali umat Islam….bilo orang bersumpah dengan namo Allah….99% umat Islam akan percaya walaupun  mungkin mahkamah  tidak menerima tindakan itu sebagai bukti yang sah.

c.       Kenapa DSAI tidak memberi keterangan secara bersumpah sebagaimana yang lazimnya dibuat orang yang tidak mengaku bersalah?. Keterangan secara bersumpah mempunyai weigthage yang lebih. Adakah sebab DSAI takut di soal balas…dan dengan memberi keterangan secara tidak bersumpah DSAI akan bebas melemparkan segala tuduhan dan fakta yang tidak boleh disoal balas dan dibuktikan kebenarannya….Ia tidak memberi sebarang menafaat dan impak kepada kes pembelaannya tetapi ia akan mempengaruhi sebahagian besar masyarakat luar yang tidak mengetahui perjalanan perbicaraan mahkamah.

d.      Kenapa DSAI tidak mengemukakan sebarang saksi untuk alibinya..? 

Ini baru satu isu yang dapek Den kupaskan pasal Amanat DSAI sempena PRU 13….Disebabkan masa yang tak mengizinkan..Den akan sambung lagi ulasan dan komen Den pasal Amanat tu di dalam siri yang akan datang….buek maso ini cubo fikir secara logik akal dulu tontang apo yang Den katokan di atas….