Thursday, 3 November 2011

Terimaaa..Kasihhh...ATM

Sejak menjadi askar pencen ini, dan dah mula berkerja dan berniaga seperti orang awam , Den terasa banyak sangat kelainannya. Ini la masanya Den nak  ‘mengadjustkan’ diri dan cuba memahami senario dan suasana dunia orang awam. Maklumlah dalam 27 tahun  yang lepas, dunia yang Den kenali adalah dunia askar…dan  maso tu Den ghaso…Den  Join the Army…Den  tak berapo tahu pasal  ‘outside world’…mungkin  kerana lamo bonar duduk dalam  ‘fox hole ‘ kot . Silap Den jugak sebab, mula-mula Den masuk Navy…lopeh tu  Den tukar color lak… join the Army…kalau maso tu Den join the Navy…tontu dah lamo Den ‘see the world’. Den tak join Air Force dulu sebab maso tu Den jenis ‘gayat’ sikit’ maso tu Den ingek kalau masuk Air Force mesti kojo kek awam biru dan  tompek tinggi ajo. Alangkah naifnyo Den maso. Rupo-ruponyo masuk komando lagi gayat, kono tergojun payung, absailing, repealing .Tapi maso tu gayat-tak gayat Den hobin ajo sobab komando laa katokan.…Akhirnya Army laa tompek Den membosar dari tingkatan satu hinggo tigo, sebagai Kadet Tentera Sekolah, lopeh tu maso tingkat  4, 5,6 sebagai boi kat Cwg Putera MTD dan kemudiannya joint kadet…commission, masuk Army sampai laa Den pencen..Kalau di campur pengalaman hidup sebagai tentera ini dari tingkat satu sampai Den bicara..fuhhhh 32 tahun jugaklaaa Den hidup dalam suasana keaskaran….


Secara tak langsung, walaupun omak bapak dan suku sakat terdoket Den tidak ado yang join askar..sampai  laa nie…Den ghaso jiwa askar ini dah sinonim dengan jiwa Den. Bilo Den fikir-fikirkan…banyak boto yang Den belaja dari askar ini…dan pelajaran yang Den dapek tu , ado juga yang baik dan ado jugak yang tak baiknyo…Yang baiknyalah yang Den nak ceritokan kali ini dan yang tak baiknya tak yah lah Den ceritokan..sebab tak mendatangkan sebarang menafaat samada pada diri Den atau pun pada pembaca blog nie.
HOW THE AMERICAN APPRECIATE THEIRS ARMY...HOW ABOUT US ?

Sebenarnya  secara peribadi memang banyak jaso ATM pado Den yang tidak mudah untuk Den lupokan. Apatah lagi untuk meludah balik kepada ATM selepas Den bersara . Itulaa sebabnya “kesetiaan Den pada organisasi ini amat menebal sekali. Walaupun ada ketika dan masanya Den merasakan Den dipinggirkan dan dinyahkan [nasib baik tak dimaknyahkan] dari organisasi ini secara halus. Bilo Den kenangkan , biarllaaa..mereka yang dah berjaya menyahkan Den tu adalah individu  dan bukannya organisasi ATM itu sendiri. Den ambik ikhtibar macamano orang–orang barat yang banyak memburukkan Islam sedangkan keburukan yang sebenarya adalah dilakukan oleh orang-orang yang mengaku Islam.  Islam itu baik, benar tetapi disebabkan perbuatan beberapa orang yang mengaku menganutinya dan membuat onar..adalah tidak adil untuk kita melabelkan Islam itu sebagai jahat, buruk dan sebagainya.

Begitu jugalah dalam ATM ini, sebenarnya, ATM hanya sebuah institusi yang dibina atas norma-norma nilai dan tujuan yang baik..Cuma beberapa individu-individu tertentu di dalam oraganisasi itu yang  tidak berlaku baik hingga menyebabkan nama ATM itu sendiri turut tercemar.  Bagi Den loyalty to the organisation adalah lebih utama jika dibandingkan dengan loyaty to the individual in the organization.

Atas sebab itu Den tidak akan melupokan jasa ATM kepada Den yang kalau nak disenarikan memang panjang benar.  Opssss…Sebelum Den menulis lebih panjang lebar lagi, Den harap jangan ado puak yang berpendapat bahawa Den tidak  ‘Bersyukur dengan Allah pulak bila seolah-olah terlalu taksub menceritakan dengan nikmat yang kononya di berikan oleh ATM. , Kesyukuran Den kepada nikmat yang Allah kurniakan kepada Den tak payahlah dipersoalkan atau di bincangkan disini..itu biarlah ia menjadi urusan antara Den dan Allah.Dan bagi mereka yang mungkin ada niat untuk mengingatkan pasal isu perlunya kita ketahui bahawa segala nikmat hidup ini adalah pemberian Allah….Den ucapkan terima kasih…Sebab bab tu Den memang  tahu , pasti dan faham. Ini adalah kerana segala kenikmatan itu adalah haknya dan di  juga berhak untuk  memberikannya kepada sesiapa juga dia kehendaki.  Cuma di dalam konteks ini Den nak “mengucapkan “ ribuan terima kasih “kepada ATM….kerana menjadi “ platform” atau “medium” untuk Den memperolehi nikmat kehidupan dari Allah.
Antara sebab  yang utamo Den ghaso terhutang budi sangat dengan askar ini adalah caro ‘tentera mencorakkan pemikiran Den’. Kek sini Den nak terangkan secara spesifik sikit, supaya geng-geng yang tak sependapat dengan Den yang memang tunggu nak menerokam Den faham. Cara pemikiran yang Den maksudkan adalah  cara ‘pemikiran yang krtikal dan menganalisa  permasalahn‘.Kalau dalam bahasa taktikalnya“ mental appreciation’. pengkiraan keadaaan. Dan Den harap tak ado pembaco  yang  berfikiran seperti  manny , si gajah dalam filem the ICE tu yo [ si manny nie jugak pernah melawat ke blog Den dan memberi komen komikalnya]….

Maksud Den askar ini bukanlah sentiasa di latih untuk sentiasa angguk-angguk dan geleng-geleng aja terhadap arahan pegawai atasannya sebagaimana lagu 2X5 tu yea.  Kalau ahli-ahli koporat dok sibuk nak belaja pasal critical tihinking, analytical thing. Thingking outside the box..dsbnya….dari orang macam di BONO dan sekutunya..sebenarnya  kehidupan dalam tentera dah lama mengajarnya kepada umat askar. Cuma mungkin pasal kito tak perasaan sahaja dan Den dah menamalkannya  dalam kehidupan hari dari mulo-mulo Den tahu apo itu  “mental appreciation process”..sampailaa nie….ianya amat membantu Den dalam menyelesaikan samada masalah kerja maupun kehidupan harian.

Selain dari itu , semasa dalam askar, Den diberi peluang untuk  mencari ilmu akademik sehingga keperingkat  Jack of All Traits…but “Master of None “. Dan  dengan ilmu yang sedikit dan berguna inilah dapek juga Den mengharungi kehidupan sebagai askar pencen dengan lebih selesa dan bermakna.  Sekurangnya-kurangnya….ilmu ini dapek Den gunokan di dalam bidang perniagaan air tebu dan cendol Den.  Dengan ilmu dacing ini jugalah dapek Den menolong memaklumkan kepada kekawan berkaitan beberapa isu kecil berkaitan hal-hal dan permasalahan pendacingan. Dan atas sebab ituloah Den sokong parti  DACING…..!!!

Selain dari itu banyak lagi ilmu-ilmu yang Den pelajari semasa di  dalam ATM yang mana sifu-sifu Den tak kurang hebatnya…Ilmu menuang, Ilmu senyum dalam tangisan, dan pelbagai percambahan  minda lagi bak kata orang …intiative..intiative..intiative…Den  tak zero laaa..

Den juga mewah berjalan dan merantau di tempat orang semasa Den dalam perkhidmatan. Walaupun Den berasal dari kampung dan sekolah tak tinggi  apatah lagi nak berbahasa lingua franca seperti English dan sebagainya, tapi di dalam tempoh perkhidmatan Den, pueh jugak Den menjelajah  beberapa benua, Amerika Utara, Eropah Barat/Timur, Afrika, Arab dan beberapa tempat lagi….Cuma Mekah tak sampai lagi laa..InsyAllah kalau ada rezeki dan keizinan Allah akan sampai juga nanti ….Insyhallah…Amin….

Dan  dengan ilmu dan pengalaman yang Den perolehi semasa dalam ATM ini pula telah banyak  membantu dan memberi peluang untuk Den meneruskan sisa-sisa hidup ini  di dunia awam. Bukanlah Nak kato Den banggo dan mogah dengan ilmu yang seciput ini , cumo Den nak menzahirkan rasa kesyukuran Den kepada Allah dan terima kasih Den kepada ATM kerana  hidup Den semenjak kebelakangan ini tidak sesusah mana dan tidak juga semewah mana..Cuma ….ngam-ngam  dan selesa sikit kalau nak dibanding jutaan insan lain yang mungkin  tidak menerima kerahmatan dan kenikmatan hidup di dunia ini . Hari ini , walaupun Den masih kena berkerja untuk membesarkan anak Den Yang Berlima tu, Den tidak laa merasa sebarang tekanan , dan tekan darah pun masih ok lagi..Alhamdulilah…

Dan sebagaimana yang Den pernah katakan dulu..walaupun , nasib Den tak sebaik mana dan seringkali merasa dipinggir dan digulo-gulokan semasa berkidhmat di dalam ATM , ini bukanlah bermakna Den dapek peluang baik untuk menghentam ATM setelah bersara dan bebas dari sebarang ikatan dengan ATM. Bagi Den ketidakbaikan nasib Den dan gulo-gulo yang diberikan kepada Den semasa di dalam ATM dulu hanyalah disebabkan oleh mereka-mereka yang Allah telah berikan kuasa, kedudukan dan pangkat..tetapi telah menyalah gunakannya untuk kepentingan peribadi hingga menyebabkan ramai asar-askar , tak kira apa pangkat  dianayia, dipingggir dan dinyahkan begitu sahaja hingga ada diantara mereka yang mahu meludah balik ATM setelah berhenti/bersara semata-mata kerana marah dan ingin membalas dendam…sayangnya …ludahan /kemarahan yang mereka tujukan sepatutnya kepada individu-individu yang telah menyalahgunakan kuasa itu dan bukanya kepada institutsi ATM..kerana pada pendapat peribadi Den….mereka termasuk Den harus …ber TERIMA KASIH KEPADA ATM.