Monday, 7 November 2011

Altantuya Revisited : A Blown Up Theory .

Ontah mano datangnya idea nie Den pun tak tahu, semasa  minum pagi  tadi sambil menikmati sup gear box qurban…Den terbaca alkasih PM dan isterinya yang dok mengerjakan haji di Mekah. Dalam pada mereka sedang menunaikan  haji tu ada juga suku sakat yang anti dengan mereka berdua [ dalam kes ini manusia tu suku sakat Den yang sedang duduk semojo dengan Den sambil menikmati  sup gear box tu ]. Menuru mereka , “ katonya PM Iran pergi haji , sama macam golongan yang lain , malah katanya PM tu naik lori dan tiada bezanya  dengan umah haji yang lain..tapi kato mereka lagi tengok si Najib dan Rosmah tu, mereka kerumah Allah dengan  dieskort  dan diberi layanan yang keterlaluan,,lalu mereka mempersoalkan ke mahburan ibadah haji yang dilaksanakan oleh pasangan pemimpin kita tu.


Laaa suku sakat Den, kalau yo pun memang tak sokong kerajaan ini , takkan laa sampai isu nie pun dah di bangkangkan..Bilo Den bersuaro sikit. ..nampak macam Den menyebolahi si Najib tu lak…Lalu dio tembak Den…katonya ..” Zai kau tahu tak yang Rosmah tu  berdoso bosa pasal dia terlibat kematian perempuan  Altuntuya tu….pasal apo  kau dok sokong  dio lagi …kau pun dah pencen eloklak kau bertukar arus lak…banyak bondo yang kau tak  tahu pasal kek luar nie … “ Ping…..!!! kepalo Den raso poning lak..adakoah poning pasal kono tembak  atau poning pasal  hirup banyak sangat sup gear box tu..maklum laah gear box qurban, banyak daging dan fresh lagi….kolestoreolnyo pun boleh tahan jugak!. Den maleh nak menjawab pasal dio orang ini suku sakat  Den jugak….Kemudian Den ditembak dengan persolan kedua, kau tahu tak bahawa si Altantuya tu disuruh lotopkan oleh si Rosmah tu….kalau tak kan si Az dan Sir tu berghani lotupkan  .

Adohai…nie laa teori yang masih tertanam dalam bonak  beberapo ramai lagi  [ Den sendiri tak pasti, tapi mungkin jugak ado yg dah ghamai sodar] bahawa Si Najib dan Si Rosmah tu bertanggunjawab  diatas kematian Altantuya.  Den ghaso  sebagai “ Law Abiding Citizen “…Den kono torangkan sikit pasal isu ini…supaya suku sakat Den yang  masih percaya bahawa PM dan Kak Rosmah terlibat di dalam kes  Altantuya, mendapat “second humble opinion “…Lagi satu den ghaso isu ini secara  “officalnya dah diselosaikan di mahkamah.  Dari perbicaraan yang telah dilaksanakan, Mahkamah telah berpuasa hati  dengan keterangan yang telah diberikan oleh pihak pendakwa, dan Pihak Pembela dalam keterangan pembelaannya gagal pulak nak menimbulkan sebarang  “keraguaan “ .{cast some reasonable doubt ‘ di atas kes pendakwaan.  OKT [Orang Kena Tuduh ] Pertama dan Kedua , telah memberi keterangan membela  diri secara bersumpah..dan semasa memberi keterangan mereka tidak langsung menyatakan bahawa  beliau telah melaksanakan pembuhuhan  Altantuya di atas  arahan sesiapa.  Den secara peribadi  percaya, jika mereka telah diarahkan   untuk berbuat demikian, pasti mereka akan memaklumkannya kerana  “nyawa mereka adalah taruhannya  di dalam kes ini, ini tak kira lagi maruah, dan integriti dan sebagainya. 

Dan Den tahu ramai orang-oang yang pernah terdedah dengan isu-isu  dan perjalanan mahkamah berpendapat bahawa bukannya mudah untuk memutar belitkan cerita dan mengadakan bukti  palsu dimahkamah.  Sebab  sebelum sebarang keterangan  yang diberikan di mahkamah digunapakai atau diterima, satu proses yang  ‘tidious’, akan dilalui sehinggakan kalau ada keterangan yang  direka-reka atau bukti yan gdibuat-buat , sudah pasti ia akan mudah dikenal pasti.  Itulah sebabnya pemimpin Agung PKR tidak berani memberi keterangan secara bersumpah semasa pembelaan   didalam kes beliau kerana, apa- juga keterangan yang di beri  akan di kupas, di selidik dan dicabar sebelum mahkamah boleh menerimanya sebagai bukti . Fuhhh maleh lak Den nak tulis pasal isu perundangan..pendek cerita,

Den dan ramai lagi  “law abiding citizen , hari ini telah menerima keputusan mahkamah tersebut  dan  Den  berpendapat kita akan selamat dari gejala fitnah di dalam kes Altantuya ini kerana Mahkamah adalah satu institutsi yang telah diamanahkan untuk tujuan tersebut. Sekirannya Mahkamah yang membuat kesilapan, ini bukan bermakna kita akan turut berdosa kerana memfitnah dengan mempercayai hukuman mahkamah…itu laa sebabnya ado orang bijak pandai kato bila jadi hakim ini..satu kaki kito kek syurga satu lagi kek nerako….jadi untuk rakyat marhein macam kito ini elok sajolaa kito terimo keputusan mahkamah supaya kito selamat dari doso memfitnah pemimpin kito dan isterinyo yang sedang diberi kemudahan oleh Allah untuk mengerjakan Haji..

Isu ni tak leh nak Den abiskan kek sini ajo, sebab Den  secara peribadi cuba juga nak mencari jawapan dan logiknya dakwaaan teori yang menyatakan Kak Rosmah  terlibat di dalam kematian Altantuya. Bilo Den tanya persolan ini, macam mano  Kak Rosmah  boleh terlibat  di dalam kes ini dan macam manolak  bukan sahajo Altantuya dibunoh tetapi dilotupkan…..kebanyakkan mereko yang Den  tanyokan tak dapek nak memberi Den satu pun teori yang boleh dianggap logik dan diguno pakai.,..Untuk mereko , Den dah jumpa jawapan kepada teori tersebut.  Den harap  anda semua akan faham, boleh menerima dan lopeh nie tidur dengan lena dan jangan timbulkan lagi isu Altantuya  ini.

Menurut dari sumber yang Den sendiri tak  boleh percayai…..Semasa peringkat awal  Altantuya dan sepupunya mula  “mengharrasss’  OKT ketiga,  hatta   daerah putrajaya telah  mula kecoh kerana pertama  OKT ketiga mempunyai nama yang nampir sama dengan  TPM masa tu,  ditambah lagi bahawa  OKT ini dikatakan  mempunyai hubungan rapat  dengan TPM dan secara kebetulan  OKT ketiga  melalui syarikatnya telah melaksanakan satu projeck usahasama dengan LTAT di dalam pengurusan perolehan  kapal selam.  Situasi  ini merupakan satu ‘ condusive ground “…untuk  mengambbarkan kelemahan kerajaan  BN pada waktu itu . Pelbagai usaha  telah dibuat oleh pihak tertentu untuk  menyerang TPM pada waktu kerana hanya TPM dilihat dapat  mewarisi  dan membawa  kepimpinan BN ke kemuncak kegemilangan semula. 

Pelbagai usaha di buat untuk menyerang Najib dan Rosmah…sehingga ada yang mendakwa Najib  memang terlibat dengan kes Altantutuya dan mendakwa  ada gambar bahawa Najib, OKT ke 3 dan  Altantuya pernah   menghadiri makan malam bersama di salah sebuah  Restorant di Hong Kong .  Dan untuk membukti kan dakwaan mereka  “some  dumb jack ass “ telah pun menghasilkan  satu gambar dengan bantuan  adobe photoshop  menunjukkan  ketiga-ketiga mereka sedang  menjamu selera.  Dan dalam masa beberapa hari berikutnya gambar tersebut telah tersebar di ruang sesawang maya.  Menurut  pengarang  teori ini, keadaan tersebut telah menyebabkan Rosmah  menjadi panik dan  pada satu petang  OKT 1 dan 2 telah datang berjumpa  Kak Rosmah sambil membawa  gambar print   “Dinner in Hong kong “ tu untuk tatapan  Kak Rosmah.  Dan kak Rosmah , maklumlah,  bila dah berumor ni, mata puntak berapa nampak … Bila dia melihat  gambar tu dia terus memberi  tahu kepada  Okt  2 …. “ Welll …It is not clear  ………I WAN YOU TO BLOW IT UP …NOW….! Dan pada masa tu di katakan  nada kak Rosmah agak marah, kerana mungkin kecewa dengan OKT Kedua yang tidak  membawa gambar yang lebih jelas dan terang.

Sebaik sahaja OKT 2  mendenganr arahan tersebut, beliau terus berlari keluar dan berjumpa dengan  OKT  1,  yang menunggu  di luar. OKT  1 terus bertanya  apa kata Kak Rosmah  jawab OKT ke 2 :….Datin Sri marah dan kata  I WAN YOU TO BLOW IT UP …NOW . Memangkan itu arahan dari pihak bos mereka, sebagai anggota yang terlatih,  terus melaksanakan tugas baru yang diberikan . Dan malam tu  selepas sahaja mereka  memblow up  altantuya dengan PE  yang mereka ada, OKT telah menghantar msg ke bosnya dengan berkata “ …OK MISSION ACCOMPLISH , THE SUBJECT HAS BEEN BLOWN UP..AS  BEING INSTRUCTED ….ACK.    Beberapa minit kemudian OKT 1 mendapat reply…. YOU  DUMBASS, I  WANT  YOU TO BLOW UP THE PICTURE, SO  I CAN SEE IT CLEARER NOT BLOWN UP THE SUBJECT….!!!

Dan sehinggalah kes tersebut diketahui umum dan perbicaraaan yang dilaksungkan…..tiada sebarang stament dari OKT 1 atau 2  yang menyatakan bahawa  mereka telah diarahakan oleh sesiuapa untuk membunuh Altantuya. Dan dalam teori ini pun kita tak l;eh juga nak salahkan Kak Rosmah jugak sebab  arahannya telah disalah tafsirkan oleh OKT  1 dan 2.

Apapun sebagai penulis kepada blow up teori ini, Den den sendiri tidak percaya dan tidak boleh memberi sebarang bukti sokongan Den. Tapi Den ghaso ramai dikalangan luar terumatanya di pihak yang membangkang memang gemar teori sebengini….janji ada isu, samda fakta, bukti dan keterangan sokongan lain kira……Macam ketuk ting kosong, kasi nyaring , kasi kuar supaya semua orang tahu..kalau tanya apa isinya…ishhhhh nanti akan di dedahkan…..Yang penting kasi havoc  denagn  ‘chaos teori ini dulu…..!!!!Buktinya nantilaa kita cari..lagi pun  bukan nak kena bagi kat mahkamah….kasi buat masyarakat suspious sahaja dah cukup dah……itu laaa mentali pihak disebelah sinun tuuuuu…..