Monday, 3 October 2011

MEDEVAC .

Jumaat lopeh kalau tak silap Den , ado ditayangkan cerita drama Bere Hijau , siri satu di TV 1. Mungkin pasal  ia baru bermula, mako kurangnya aksi-aksi komando yang ditontonkan kecuali kisah ‘flash back’ Sjn Ramli ? dan di mana adegan salah satu anggota cuba membawa anggota yang cedera keluar dari kawasan operasi......yang bertempur dengan PGK.  Bilo part tu Den teringek maso Den terlibat di dalam- operasi-operasi  dan terpakso membawa anggota cedera keluar. Dan secara kebetulan masa tu Den berseorangan di Hotel di Seremban. Alahai..maso tu fikiran pun mudah laah melayang teringek maso zaman Den mudo-mudo di kawasan operasi. Maso tu Den tak lah bernasib baik seperti ‘group GGK dlm drama  tu,..Den tak pernah bertembung dan bertempur...dengan PGK. Yang biaso den bertembung adalah dengan Pendatang Haram Thai (PHT)sekali, Geng puak PULO sekali dan yang lain selalunyo....group kobau pendek..dan jugo binatang liar lain seperti gajah dan seladang dan harimau....huhuhuu.


 Tapi jangan salah sangko ,kalau bertembung dengan grup kobau pendek dari hutan nie...kadang-kadang ..kito kono jugak buat tindakan serta-merta, kalau tidak , habis di sondolnya kito....TSM kami kalau jumpo group kobau pendek ini, kalau boleh biar kito terkojut , jangan dio yang terkojut....kalau group kobau pendek ini terkojut...mampuih tak cukup tanah nak kito lari, nak-nak kalau kito sarat dengan ‘bergen pack’. Kalau itu keadaannya biasonya kito akan ghobahkan badan ketopi denai dan matikan diri dan beri laluan kepada group kobau pendek ini. Biasonya dio akan lalu sambil menundukkan mukonya dan tak akan joling pun kek kito kalau berado di topi denai tu..sobabnya dio tunduk dan terus berjalan bila lalu depan manusia nie..menurut ceritonya adalah disebabkan mereka malu dan insaf..sebab  EMAK BAPAK MEREKA KETURUNAN B@B# MAKA JADI MEREKA ANAK-ANAK B#b*!!!  Tapi setakat ini bolum pernah Den dongar komando yang kono sondol atau cedera dek angkara kobau pendek ini. Yang pernah group  Den alami adalah disebabkan oleh serangan gajah yang mengamuk.

Kalau orang biaso dengan species gajah nie, biasonya akan faham bahawa gajah nie adalah golongan binatang yang sensitif dan mempunyai ala pendengaran yang  amat baik. Maso dalam hutan kami selalu diingatkan oleh geng-geng komando lamo, supayo jangan cakap benda yang tidak elok , atau bercakap tak tentu fasal  tentang gajah. Menurut geng komando lamo, gajah ini boleh dengar dan biasanya kalau apo yang kita cakap itu menjadi kemarahannya, seperti kita bercakap besar, maka adolah nanti gajah yang akan menyerang kita. .ya  atau tidak itu Den tak pasti , yang Den pasti benda tulah yang selalu diingatkan kepada kami semasa berada di dalam hutan.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu ,semasa kami sedang membuat rondaan, kami dapati salah satu anggota  Ronda Kumpulan Kecil [RKK] telah tercedera kerana diserang gajah yang mengamuk semasa mereka membuat rondaan. Nama Koperal tu kalau tak silap Den adolah Zulkipli, org Perak..dan Den selalu panggil dio Yob ajo. Adalah diceritakan semasa RKK tersebut berjalan, mereka telah terserempak dengan kumpulan gajah. Gajah yang terserempak dgn komando ini pulak panik dan lari bertempiaran, dan  semasa gajah-gajah ini lari, DALAMMASA YANG SAMO KOMANDO PUN TENGAH  LARI BERTEMPIARAN JUGAK...HUHUHU, salah seekor gajah tersebut telah dikatakan  ‘terpijak’ kaki Kpl Zul ini hingga menyebabkan beliau tercedera.

Den difahamkan bahawa keadaan kaki  Kpl Zul agak teruk dan ketua RKK telah menghubungi Den untuk  meminta supaya Kpl Zul di buat  “medical evacuation  , [medevac]”...penarikkan keluar atas dasar kesihatan. Disebabkan kedudukan RKK kami agak berhampiran , maka Den arahkan RKK tersebut bertemu di suatu titik pertemuan [Rendezous Point] {RV} . Semasa di RV Den telah memanggil anggota medik Den untuk membuat ‘ penilaian tahap ‘kecederaan Kpl Zul dan meminta pandang anggota medik tersebut. Den di maklumkan bahawa  keadaan Kpl Zul agak “ parah “ dan memerlukan  rawatan segera dan disarankan supaya dibuat “MEDEVAC”. Tapi bila Den periksa kaki dio, Den dapati tak lah seteruk mana,  Cuma bengkak sahaja, dan Den buek  “beberapa’ test yang Den belajara dari rawatan kecemasan, Den dapati tiada  ’tulang yang patah “...Dalam hati Den dah mulo fikirkan yang Kpl Zul ini masih ok lagi dan tak perlu rawatan luar, Cuma mungkin kakinya bengkak. Walau bagaimanapun demi menjaga moral anggota lain dan memudahkan perjalanan operasi kami, Den setuju untuk membuat permohonan MADEVAC.

Pada petangnya Den telah membuat permohonan untuk membuat MADEVAC, dan permohonan tersebut telah diluluskan. Heli dijangka akan datang pada jam 1100 pagi keesokkannya di satu LP yang telah dikenal pasti  yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari lokasi kami. Dan malam tu , keadaan Kpl Zul bertambah ceria , maklumlah esok beliau akan diterbangkan keluar. Dan pada pagi itu Den bersama semua anggota dari kedua-dua RKK telah bergerak menuju ke LP yang telah ditetapkan..Kalau ikut perancangan pergerakan kami sepatutnya  sampai ke LP yang terletak di kemuncak sebuah bukit di kawasan Ulu Laho itu akan memakan masa 45minit ke 1 jam. Kami bertolak pada jam 0900 dan dijangka sampai pada jam 10 00 pagi dan kami mempunyai lebih kurang 1 jam lagi untuk membuat pembersihan kawasan sebelum heli boleh mendarat...Walau bagaimanapun perjalanan kami akan lambat disebabkan  terpaksa membawa Kpl Zul dengan strechter...dan disebabkan badan beliau pun lebih kurang macam anak gajah..huhuu maka perjalanan kami menjadi begitu perlahan sekali..maklumlah dah lah kami sendiri sarat dengan  bergen pack kami , perjalanan adalah menongkah bukit dan keadaan hutan yang hujan pada malam sebelumnya menyukarkan kami....Kami ibarat kura-kura panjat dinding....

Masa untuk MADEVAC adalah pada jam 1100 pagi..dan Den tahu kami tidak boleh lewat dari itu, kerana , jika heli datang dan tiada sebarang tanda-tanda kehadiran kami di LP, maka biasanya heli tersebut akan terus balik dan akan membuat laporan atas kegagalan kami untuk berada di lokasi yang dijanjikan. Jika ini berlaku, Den tak dapek nak menjawabnya....pendek kata ia di anggap sebagai satu kegagalan dan kalau nasib tak baik..Den pulak yang akan di persoalkan nanti. Keadaan ini merisaukan Den...bagi mengatasi masalah ini, Den telah arahkan satu lagi RKK untuk mengikut Den dan berjalan terus ke LP dengan seberapa segera untuk membuat persiapan di sana. Dan kami sampai kira-kira jam 10 45 pagi.
GAMBARAN MEDIVAC DALAM ARMY..TIADO KONO MENGONO  DGN MEDIVAC  ZULL GAJAH

Sebaik sahaja sampai , Den terus  arahkan supaya di pasang air panel, untuk memberi tanda pendaratan kepada heli tadi. Lepas itu Den arahkan anggota lain untuk membuat parameter  patrol..untuk memastikan kawasan tersebut selamat....Dan Den dengan ‘sabre beacon’..menunggu dengan penuh keresahan di kawasan LP....Berjaya kah Kpl  Zul untuk dibawa keluar pada hari ini. .?..Kalau tidak...memang teruk Den nak berjawab nanti...! Mesti bos Den kat luar tu nanti akan menjerit macam orang histeria..dan Den dah bayangkan berapo kali Den akan “diberukkan”...oleh Big Bos Den nanti...dan Den bayangkan...kes macam ini pun dah boleh mengolapkan maso dopan Den dan karier Den dalam komando...Den menunggu kedatangan heli tersebut dan ketibaan Kpl Zul dengan penuh kegelisahan.

Lebih kurang jam 1055 dari jauh Den dah dengar sayup-sayup bunyi heli dan mula nampak kelibat heli...dan Den terus  mengarahkan agar, bom asap  dan suaran dinyalakan bagi memberi panduan kepada heli tersebut. Dan pada waktu itu, Den bertanya kepada anggota Den sudahkan geng Kpl Zul sampai ..dan jawapannya negatif. Lalu Den arahkan agar anggota tersebut pergi menjejaki semula kumpulan Kpl Zul dan beritahu bahwa ;   Heli telah sampai dan kalu kumpulan tersebut tidak sampai dalam masa 10 minit, maka medevac akan dibatalkan !.  Anggota tersebut pun berlari dengan sepantasnya..dan pada masa tu Den lihat heli sedang menuju ke arah LP kami. Dan beberapa minit kemudian Den lihat heli terebut telah membuat “fly in” dan sedang berusaha untuk mendarat..

Dan dalam pada masa itu Den toleh ke belakang dan Den dapati Kpl Zul dah tersengih dengan  tongkat kayu untuk bergerak menuju ke heli. Den pun terus menghubungi pilot melalui sabre beacon dan menyatakan bahawa dua anggota Den akan keluar dan pada masa itu juga Den lihat dua anggota komando baru  turun untuk menggantikan Kpl Zul dan rakannya. Fuhhhh maso lega raso Den, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...Dan  beberapa minit kemudian Den merasa  lega melihat heli tersebut bergerak pergi dan dalam hati kecil Den merasa bangga kerana menjadi jugak MADEVAC Den ..huhuhu

Selepas itu Den telah mengumpulkan semua anggota, dan memberi taklimat untuk meneruskan operasi. Di samping itu Den sempat mengucapkan terima kasih kepada kumpulan strecher barrier, [pengunsung] kerana bersusah payah membawa beban..yang macam anak gajah tu [Kpl Zul } hingga dia selamat di bawa keluar. Pada masa tu ada pula seorang truper kata:

“...Tuan, Kpl Zul tu kelentong kit alaa tuan,..Tuan tahu, bila si Ali datang beritahu kami bahawa kalau kami tak sampai ke LP dalam masa 5 minit, medevac dibatalkan..tuan tahu tak apa Kpl Zul buat ?.Apo dia tanya Den .

 “ Dia turun dari strecther dan terus ajak kami lari sambil terhenjut –henjut dengan tongkatnya dan dia suruh kami bawa pack dan senjatanya...tu yang kami cepat sampai tu...”..

.Laaaa jawab Den...maso tu Den nak golak pun yo jugak...marah pun yo jugak...tapi Den kontrol dan Den kato kat dio orang...tak po..kali nie Zul Gajah konokan  kito lain kali kito konokan dio balik....dan sejak hari itu kami panggil Kpl Zul....Zul Gajah..dan memang konolaa badannyo pun macam anak gajah sikit...Dalam hati Den , tak poo laa, janji misi Den untuk MEDEVAC ini tak gagal...kalau tidak pasti teruk Den akan di  “...berukkan “oleh bapak beruk kat luar tu hahuhuhu....