Tuesday, 20 September 2011

Para War Dance ..

Tarian perang  [War Dance] yang telah di pamerkan  semasa sambutan Hari Malaysia/Merdeka tempoh hari telah sedikit sebanyak  menarik minat anak lelaki Den yang berumor 7 tahun tu.  Dan secara kebetulan beliau juga sempat menyaksikan tarian perang  HAKKA, yang dibuat oleh Team All Blacks , New Zealand sebelum perlawanan rugby piala dunia 2011 antara New Zealand dan Japan.  Dari situ beliau [anak Den ] telah mengajukan soalan  apa  hebatnya  pasukan PARA dan apa bezanya dengan pasukan komando.  Dan dalam masa yang sama anak Den yang darjah ompek tu  menyampuk lak,  kenapa komando tak ada juga tarian perang macam yang dibuat oleh pasukan PARA tu .  Susah jugak nak bagi jawapan yang tepat fasal  soalan yang diberikan kerana Den tak pasti sama ada dia orang akan faham bila Den cakap fasal misi, operational capability dan sebagai strategk  force dan sebagainya. Maklumlah budak mentah lagi. Walau bagaimanapun demi untuk tidak melukakan hati mereka Den jawap jugak soalan mereka di dalam bahasa yang mudah untuk mereka faham.
Dan sebelum tu ,jika dalam penulisan Den ini mungkin ada yang tak betul dan  tepat, harap para PARA tolong botokan yo Dari segi kewujudannya, sepengetahuan Den, Bde PARA ini adalah merupakan strategik force atau  ‘troops PTD, dan ia lebih merupakan pasukan yang mempunyai ‘extra means for insertion ‘, atau boleh diatur gerakkan melalui udara dan berbeza dengan pasukan-pasukan infantri biaso. [Kalau tak silap De  sebab Den tak baca pun Doctrine Para Bde ini ]. Kelebihannya adalah boleh diaturgerakkan dengan pantas dengan menggunakan laluan udara. Nak kata pasukan PARA ini  ‘elite forces ‘ pun ya jugak, tapi tak laa sampai tahap ‘special forces’ kot. Dan kalau ikut kefahaman Den maso  dulu-dulu dalam komando, PARA BDE  tidak ditugaskan untuk mengambil alih sebarang misi-misi yang biasanya dilaksanakan oleh  pasukan Gerak Khas...tetapi mengikut sumber yang Den tak boleh nak pastikan , sekarang nie, PARA Bde juga melakukan operasi-operasi yang biasanya dibuat oleh pasukan komando seperti  ‘Ops Shorfiled’,  dan juga ‘large scale raids’..serta amphbious assault ‘....part ini kalau dulu-dulu memang bertindan dengan penugasan komando, tetapi mungkin doktrinenya dah diubah untuk meliputi perkara-perkara tersebut Den tak pasti laaa..
Dari segi ethos sebagai anggota para dan juga  ‘gah’ sebagai pasukan ‘elite,’..Den secara peribadi memang respek kek pasukan PARA ini. Dari awal penubuhan PARA, semangat keparaan dan ke gahannya sebagai anggota PARA memang tinggi dan  sentiasa digahkan dikacamata umum. Mula dengan perbarisan ‘sayap berdarahnya’ di mana tanda seseorang itu telah diterima masuk sebagai anggota PARA, dan Den difahamkan hampir menyamai kursus asas komando, diikuti dengan  ‘ethos’ dan jati diri sebagai seorang anggota PARA, tentang cara bersalam PARA, cara camoflouge PARA, cara potongan rambut ‘PARA’....memang ‘gah sebagai pasukan elite dan sekarang pula dengan cara “tarian perang PARA tu...Dari segi nilai kosmersial dan kosmetik...Den memang salute dengan pasukan PARA ini. Dan ini secara tidak langsungnya berjaya menaikkan imej dan kredibiliti para hampir setanding dengan pasukan special forces lain  seperti GGK, PASKAL,PASKAU dan VAT 69...Pendek kata pasukan PARA kini, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan special forces yang lain walaupun..elauan mereka di bayar dengan jumlah yang lain-lain.
Den teringek masa Den menghadiri satu kursus taktik pegawai kanan di pulada dulu, di mana, dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Panglima 10 Bde PARA waktu itu, seorang Pegawai telah bertanya dengan soalan berikut :...”Since the end of the WWII, parachute operations has been considered obsolete and  irrelevant with the new concepts of war..What is ur  response to such statement ?” Responsenya yang Den Nampak , Panglima tu merah padam, walau bagaimanapun, dia Berjaya menjawab dengan tenang dan memberi jawapan yang agak rasional dan boleh diterima pakai….Secara peribadi Den memang setuju dengan pandangan Pang5 tu, tetapi mungkin rasional dan analogi yang diberikan berkaitan kepentingan pasukan PARA di era ini tidak diberi dengan tepat,maka ramai antara kami yang tidak  bersetuju dengan jawapan panglima tersebut. Apa pun Den bukanlah nak mempertikaikan atau memperlekehkan kewujudan unit PARA ini,. Secara ikhlas , bukan pasukan PARA sahaja sepatutnya mempunyai ethos and comradeship pasukan yang dianggap unik dan gah, sepatutnya semua PASUKAN INFANTRI MALAYSIA MESTI MEMPUNYAI  SEMANGAT KE GAHAN DAN ETHOS YANG TINGGI DAN GAH JUGA SEPERTI PARA. Kalau itu berlaku, barulaa askar MALAYSIA, ATM…akan sentiasa dipandang gah dan  berkredibiliti di kacamata umum dan menjadi kebanggaan rakyat.

PAK MAON  WAR DANCE
Dan sejak diperkenalkan ‘PARA WAR DANCE’ semasa perarakan MERDEKA dulu, kedudukan dan reputasi PARA sebagi pasukan  ‘elite’ ATM telah  semakin menyerlah dan makin dikenali ramai. Dari segi semangat pasukan, ethos pasukan dan jati diri serta ‘profesionalisme’…itu merupakan satu petanda yang baik. Tapi Den secara peribadi tak berapo berkonan dengan part ‘awal-awal, gerakan bungo-bungo ‘ tarian perang PARA ini….langkah bungo nya kebanyakkannya nak mengacah-acah ajo..ehhh nak cabut pisau atau tak , nak cabut atau tak…ehhh lopeh tu topok tanah lak, macam tak puas hati…dan kemudian tu dio boleh topok-topok kepalo lak….ehh macam orang lupo lak….Den ghaso langkah bungo-bungo tu tak sesuai dan tak Nampak garangnya sebab macam takut-takut dan tak boleh  keputusan.  Adengan -adengan dan langkah-langkah bungo-bungo  yang teragak-agak tu elok digantikan dengan gerak langkah yang tegas, keras..yang lain tu kira ok laa….Ini pendapat peribadi Den..bukan nak  menjatuhkan imej PARA…
Ehhhh…pandailak Den komen pasal tarian porang orang lain yo….Yang komandonyo adoko tarian porang sendiri…? Part ini Den maleh nak layan, sobab dari dulu lagi…komando tak pernah di aja runtuk menari-nari  jika dalam situasi porang….yang Den tahu…kalau adolaa langkah-langkah yang mirip macam tarian porang dalam komando tu, biasonya dibuek di dalam  ‘LUBANG BERUANG’…DAN KALAU ADO GERAK TARIAN YANG SESUAI UNTUK MENARI WAKTU TU ADOLAH..HOBIN JANG HOBIN…!!!!!..Lopeh tu memang gerenti ado yang akan ke RSAT….On the serius note :  KENAPA GGK TAK ADA TARIAN PERANG..JAWAPAN RASMI DEN TAK PASTI, JAWAPAN DEN ADOLAH….komando kalau nak menari dio orang akan menari macam PAK MAUN…..kasi happing satu BAMBOO BAR hahahha dan NOT FOR PUBLIC VIEWING...HEHEHHE..SENYAP DAN BERKESAN...
Dan sebagai ending note fasal tari-menari dalam ATM nie :, dulu ada satu usaha untuk memperkenalkan tarian POCO-POCO di dalam ATM. Perrgh…part tu yang paling Den tak goma . Masalahnya, bilo dah ramai ahli BAKAT yang minat dengan tarian tersebut, satu usaha oleh golongan pegawai yang berhati dan jiwa lembut dan berhati dang dut cuba  ‘mempermosikkannya kepada semua anggota ATM, terutamanya di HQ….hasilnya…memang tak Berjaya….sebab se dang dut-dang dut askar  bila disuruh menari di padang kawad..memang tak leh nak masuk channel….sebab padang kawat tu sesuai untuk berkawat dan bukannya untuk aktiviti- aktiviti lembut seperti berdang dut ….lagi satu kami askar memang pemalu bila bab-bab macam nie ..HAHAAHAHAHAHHAAA…………….