Monday, 12 September 2011

Kami Redha..Tapi...Issshhhh..Kalaulaaa......

.Pemergian seorang pemberita BERNAMA semasa mengikuti misi kemanusian di Somalia telah sedikit sebanyak menimbulkan banyak pertanyaan tentang  ‘persediaan’ yang telah dibuat oleh pihak penganjur bagi menghadapi misi tersebut. Pada mulonyo Den maleh nak menulis dan mengulas mengenai kejadian tersebut, kerana Den berpendapat, pihak penganjur sudah semestinya ‘membuat persediaan yang secukupnya’ dari aspek keselamatan, sebelum melaksanakan  misi di bumi Somalia. Dan Den percaya , mereka telah mendapat ‘nasihat keselamatan’ dari tim atau pasukan yang memang ‘pakar fasal isu-isu keselamatan di Somalia.  Dan Den menganggap bahawa kejadian yang menimpa arwah tersebut adalah merupakan satu ketentuan Ilahi dan kita semua patut redha menerimanya. Itu adalah tanggapan asal Den mengenai kejadian tersebut.


Walau bagaimana, setelah Den membaca beberapa pernyataan dari berita-berita berkaitan insiden tersebut sama ada dari media cetak mahu pun dari media elektronik [berita TV dan internet] serta pengakuan yang telah dibuat oleh anggota yang mengikuti misi tersebut di dalam satu wawancara , Den mula terfikir sama ada pihak yang terlibat di dalam ,misi tersebut  telah mengambil ‘langkah-langkah’ keselamatan yang secukupnya di dalam melaksanakan misi tersebut. Den tidak berniat nak mempertikaikan pakar yang telah memberi ‘khidmat nasihat keselamatan’  kepada tim misi tersebut , tetapi, pemikiran di benak Den ini sentiasa merasai bahawa ‘mungkin’ kekurangan dari segi analisis/persediaan dalam beberapa isu keselamatan yang vital dan utama sehingga menyebabkan terkeluarnya statement berikut dari beberapa orang yang mengikuti misi tersebut :

a.      Bahawa peluru akan tetap menembusi ‘[anti bullet] vest jacket, jika arwah Noramfaizul Mohd Nor memakai jacket tersebut semasa kejadian.

b.      Perlu  ada satu  S.O.P yang digunakan pakai untuk menangani krisis sebegini.

Sebelum Den  memberikan pandangan Den dalam isu ini, Den nak buat disclaimer dulu  bahawa “ Isu dan hujah yang Den berikan adalah merupakan pandangan peribadi Den dan tidak berniat nak mempertikaikan kredibiliti, tim penasihat keselamatan  yang telah memberi khidmat nasihat  tersebut jauh sekali nak memperkecilkan kemampuan mereka. Analisis dan pandangan yang Den akan cuba berikan nanti adalah berdasarkan kepada pengalaman Den berkaitan isu keselamatan dan ia hanya berpandukan kepada ‘raw intelligence material’ yang Den perolehi dari pembacaan Den dan juga pengalaman Den dulu selama 48 hari bersama orang Somalia semasa  melaksanakan ‘ kerja-kerja’  PR semasa kes  rampasan kapal dagang Malaysia dulu. Justeru itu , kalau pembaca bersetuju dengan pandangan Den, anggap ia sebagai perkara yang perlu dikaji dimasa hadapan dan kalau pembaca tak bersetuju,  ‘boleh ingorekan  sahaja  pandangan Den ini tanpa Den berasa sebarang kocik hati, maklumlah pandangna askar pencen hhuhuhuhu...

Isu yang pertama yang Den nak ulaskan adalah berkaitan  Bahawa peluru akan tetap menembusi ‘[anti bullet] vest jacket, jika arwah Noramfaizul Mohd Nor memakai jacket tersebut semasa kejadian”..Response Den  pada statement ini “..kalau ia dikatakan oleh orang yang tidak  ‘biasa’ dengan isu-isu keselamatan’...Den tak kisah “...tapi kalau statement ini merupakan statement yang dikeluarkan oleh mereka-mereka yang mempunyai latar belakang keselamatan dan menganggapnya sebagai satu  ‘alasan yang mudah’ dan merupakan faktor utama mereka tidak memakai vest jacket pada waktu misi tersebut ...Den confius sikit.! Adakah kerana mereka hanya mempunyai  anti bullet vest yang mampu menahan peluru 5.56 mm sahaja ? Maka Den rasa kesal sekali.
Redha dengan pemergiannya.....tapi ..ishhhhh..kalau laa.....

Pertanyaan yang pertama Den nak kemukakan adakah  “satu analisis keselamatan telah dibuat dengan sewajarnya “. Jika ada sudah tentu semasa analisis tersebut , perkara -perkara berkaitan dengan kegunaan senjata dan ‘keupayaan’ senjata-senjata yang biasa juga digunakan di kawasan tersebut sepatutnya diambil kira. Dalam bahasa mudah, kalau kita dah kenal pasti bahawa, di Somalia, senjata yang mereka biasa gunakan adalah dari jenis, AK 47, yang mempunyai caliber  peluru 7.62mm, begitu juga dengan GPMG  serta kalau ada M16 caliber pelurunya adalah 5.56mm . Dalam konteks ini Den harap tim misi telah dinasihatkan  agar semua anggota menggunakan anti bullet vest yang mampu menahan peluru 7.62mm, tetapi perkara itu tidak dapat dilaksanakan, disebabkan ketiadaan vest jenis tersebut, maka alasan yang mengatakan “Bahawa peluru akan tetap menembusi ‘[anti bullet] vest jacket, jika arwah Noramfaizul Mohd Nor memakai jacket tersebut semasa kejadian, Den akan terima dengan senang hati. Sebab the isu had been adressed and advised, but it could not be fullfilled because of lack of logisctic, or for any other  reasons. “.  Tapi kalau  perkara itu tidak “diadvisedkan ‘....maka statement tersebut menunjukkan , dari segi kefahaman Den bahawa ...”security assessment was not done thoroughly dan this aspect has been overlooked ...itu pandangan Den.

Statement yang kedua yang menyatakan bahawa ‘Perlu  ada satu  S.O.P yang digunakan pakai untuk menangani krisis sebegini”...adalah sesuatu yang amat memeranjatkan Den. Den bukanlah pakar di dalam isu-isu keselamatan perlindungan ini, tetapi dari pengalaman Den sebagai seorang anggota komando, dan kemudian terlibat secara terus di dalam isu –isu berkaitan dengan keselamatan perlindungan, Den rasa statement tersebut tidak sepatutnya  ada. Ini adalah kerana “...menurut  pengalaman Den, bila kita membicarakan soal-soal operasi atau misi yang melibatkan isu-isu keselamatan, maka isu utama yang kita akan  ambil kira  adalah  ‘security pelan ‘. Dari segi asanya, securiti plan ini melibatkan , langkah-langkah keselamatan awal atau dalam bahasa yang mudah Tindakan Serta-merta , seperti mana yang  MESTI ADA  di dalam  setiap misi yang melibatkan  isu-isu keselamatan sebegini...Paling kurang , dalam  situasi ini, ia mesti ada Tindakan Diserang Hendap, Tindakan di Tembak Curi, tindakan Kenderaan Rosak , tindakan Di tahan pihak awam, Tindakan, tindakan, tindakan dari pelbagai kemungkiran, sehingga tindakan pertolongan cemas harus dimaklumkan dan didedahkan kepada semua anggota misi..ini adalah kerana , ia  MERUPAKAN PERKARA ASAS DI DALAM MANA-MANA MISI KESELAMATAN ‘....DAN INI LAH YANG DIKATANKAN STANDARD OPERATING PROCEDURE S.O.P  Part ini Den kecewa sekali kerana mereka tidak mengetahui  dan tidak didedahkan dengan perkara ASAS dan UTAMA di dalam melaksanakan misi –misi ini.

Dan  dari pengalaman Den bergaul dengan orang Somalia ini, membuatkan Den merasakan bahawa , jika status keselamatan sebenarnya di kawasan operasi adalah tahap 5 dari 10 di mana 10 adalah yang paling teruk sekali, kalau pembaca tanya Den, Den akan upkan lagi ke tahap 11 atau 12..sebabnya, majoriti dari anggota yang mengikuti misi ini adalah mereka-mereka yang kurang berpengetahuan dari segi keselamatan, jadi jika kita kata tahap keselamatan adalah pada tahap 11 atau 12, sekurangnya-kurang, mereka akan membuat persediaan keselamatan sehingga ke tahap 9 atau 10.....yang mana adalah lebih baik dari tahap 5. Apa pun nie pandangan peribadi Den berdasarkan ilmu keselamatan yang ado pado Den walaupun tak lah setinggi mano. Kerana bagi Den, biar kito berlobeh-lobeh di dalam soal menjago keselamtan, sampai ke tahap ‘attention to the details’....janji kito selamat.

Dan dalam pada itu pulak ada yang mengatakan “...Dah ketentuan Allah, nak buat macam mana, kalau dah ajal dia, dia tetap akan pergi “....heheehhee, Den setuju dengan stament tu, TAPI..KITA KENALAH PASTIKAN DULU BAHAWA KITA TELAH MENGAMBIL KIRA BAHAWA KITA TELAH MENGAMBIL SEGALA LANGKAH YANG SEWAJARNYA UNTUKMENGELAKKAN KEJADIAN TERSEBUT, DAN JIKA IA BERLAKU JUGA, KITA AKAN REDHA TANPA SEBARANG KEKESALAN....

Nak kasi faham lebih mudah, kita umpamakan bahawa sebelum  kita tidur, kita pastikan semua pintu dan tingkap rumah kita dikunci dengan sewajarnya, kemudian pencuri masuk dengan memecahkan pintu tersebut, maka kita akan terima kejadian itu dengan redha dan anggap sebagai ketentuan Ilahi, tetapi kalau kita tak kunci pintu , dan  pencuri masuk, mungkin kita akan redha juga, tetapi dengan kekesalan,  ..laaaa ngapalaa aku tak kunci pintu malam tadi.....!!!!

Den ghaso ini yang analogi yang sesuai untuk insiden di Somalia ini. Den teringat pulak masa nak terjun payung statik, Bila pintu kapalterbang dibuaa, Jump Master  suruh penerjun bangun dan jerit  “periksa peralatan “..Penerjun  akan memeriksa dan menjerit semula :

‘Topi Keleder”

“Tali Penyangkut”

“Cap Well”,

“.{.apa laei  Yo.lupo lak ] sampai selesai diperiksa  dan bila lampu hijau , despactner akan melepaskan penerjun....dan masa tu kalau ada payung yang tak kembang dengan baik...maka masa tulah yang paling sesuai untuk ..SERAHKAN NASIB MU PADA TUHAN ‘...