Wednesday, 7 September 2011

I was there ..

Setelah hampir seminggu berada di Djibouti, barulah perlaksanaan tugas yang telah diamanahkan kepada kami dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. “Eyes  and ears” kami yang pada masa itu telah diletakakan di front line agar dapat memberi maklumat yang terkini dan sahih berkaitan dengan situasi kapal Malaysia yang ditawan itu. Pada  hari keempat kami juga menerima berita bahawa sebuah lagi kapal dagang kepunyaan Malaysia turut di tawan di perarian Somalia. Ini bermakna terdapat dua buah kapal dagang Malaysia yang telah ditawan oleh pihak lanun.Keadaan ini membuatkan kami lebih proaktif dan berusaha dengan lebih keras lagi bagi memantau kedua-dua kes ini. Walau bagaimanapun perkara ini bukan dapat dilakukan dengan mudah dan ia memerlukan kos yang agak tinggi. Segala bentuk pebelanjaan untuk informer kami termasuk  kos pengangkutan, telefon dan juga elaun harian di tanggung.


Di dalam pada itu kami tidak pula menerima dan percaya segala lapuran yang diterima itu secara bulat-bulat. Kami juga membuat semakan dan juga ‘double check’ dengan sumber-sumber yang lain dan ini semuanya melibatkan kos yang agak banyak. Apa pun kami bersyukur kerana segala maklumat yang telah di lapurkan telah membantu secara tidak langsung berkaitan dengan usaha untuk membebaskan kapal-kapal yang telah ditawan oleh pihak lanun tersebut.

Secara ringkasnya dari maklumat yang diterima di dapati t banyak kumpulan lanun yang diasaskan oleh bekas anggota Somali Marine Force and Voluenteer Coast Guard Puntland. Mereka menjadi ketua lanun dan merekrut anggota mereka dari kalangan anak-anak muda. Kumpulan anak muda ini yang  menjalankan kegiatan melanun yang di taja oleh seorang  atau sekumpulan ‘financer’. Kumpulan penaja ini seterusnya  menempatkan beberapa ‘elders’ di dalam ‘pay roll’ mereka termasuk kakitangan kerajaan . Berdasarkan kepada keadaan ini, adalah tidak salah untuk menyatakan bahwa kebanyakan mereka yang terlibat di dalam kegiatan pelanunan adalah merupakan bekas Somali Marine dan juga Coast Guard.

Adalah dipercayai bahawa kumpulan lanun di negara itu  mempunyai kelengkapan senjata yang mencukupi untuk berperang selama 20 tahun {Mengikut takfsiran Governor of Puntland, Somalia]. Justeru itu, kempen memerangi lanun akan menemui jalan sukar, ditambah lagi dengan sikap lanun yang rela mati. Adalah diketahui umum bahawa kumpulan lanun di Somalia mempunyai peruntukan kewangan, pentadbiran yang lebih baik daripada apa yang disangka oleh kebanyakan orang. Malah mereka juga mempunyai kelengkapan persenjataan dan peralatan yang lebih canggih dan terkini. Selain dari itu, mereka juga mendapat sokongan daripada komuniti mereka dan sebahagian pemimpin kerajaan. Sesetengah kumpulan lanun itu malah berjanji untuk menyumbangkan sebahagian wang tebusan yang diperoleh untuk membangunkan sekolah dan jalan-jalan raya, Berdasarkan jumlah wang tebusan yang dibayar, kegiatan lanun dianggap sumber pendapatan terbesar di Somalia. Pada dasarnya kumpulan lanun jarang mencederakan tebusan mereka, sebaliknya hanya menahan mereka untuk mendapatkan wang tebusan. Secara tidak langsung kegiatan perlanunan di bahagian Somalia utara turut menyumbang dari segi ‘ekonomi’ kepada penduduk setempat.

Sementara itu, pihak kami juga telah berjaya membuat perhubungan secara terus dengan pihak perampas. Di dalam satu tahap perbincangan yang telah dilakukan oleh Kolonel X dengan ketua perampas salah sebuah kapal Malaysia tersebut. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Abdi dan mengaku bertanggungjawab melakukan rampasan kapal kepunyaan Malaysia pada 19 Ogos 2008. Abdi menegaskan bahawa beliau adalah Ketua Kumpulan Perampas dan berkuasa penuh di atas segala keputusan yang bakal diambil oleh kumpulan beliau. Abdi berjanji akan memberi sepenuh komitmen dan kepercayaan serta kerjasama dengan Tim Aden untuk merancang dan melaksanakan pembebasan Kapal tersebut dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun usaha kami ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak di Kuala Lumpur. Justeru itu kami juga telah diarahkan untuk memberhentikan segala perhubungan dengan pihak perampas. Tindakan ini kami anggap telah memberi tamparan yang hebat kepada kami untuk membantu di dalam usaha pembebasan kedua-dua kapal tersebut. Terdapat banyak isu-isu yang tidak dapat nak dibincangkan secara terbuka di dalam hal ini. Walau bagaimanapun kami tetap akur dengan arahan yang telah kami terima dari Kuala Lumpur supaya tidak membuat sebarang pehubungan terus dengan pihak lanun , kerana dikhuatiri akan menjejaskan usaha-usaha yang sedang di lakukan oleh Kuala Lumpur bagi membebaskan kuda-dua buah kapal yang ditawan itu.

Keanggotaan pihak Lanun di peraran Somalia yang berasal dari pelbagai suku kaum , pada dasarnya adalah untuk mudahkan mereka mendapat bantuan dari mana-mana kaum di kawasan perairan timur Somalia jika keadaan memerlukan. Keadaan ini memudahkan mereka untuk mendapat bantuan logistik dan juga maklumat di beberapa kawasan di sepanjang pantai Somalia kerana mereka mempunyai orang tempatan untuk berhubung.Keadaan yang berlaku di Somaliland pada ketika ini adalah disebabkan oleh masalah kemiskinan melampau yang mendorong rakyat biasa mengambil tindakan terdesak. Pelanunan adalah satu cara yang termudah untuk mendapatkan wang.  Selain dari itu,ketiadaan Kerajaan Pusat dan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan kapal dagang di perairan Somaliland menjadikan kejadian seumpama ini berterusan dan berleluasa.
Selepas menerima arahan tersebut untuk menhentikan perhubungan dengan pihak perampas , kerja-kerja kami lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk menubuhkan rangkaian perhubungan dengan pihak-pihak tertentu di Djibouti bagi menyediakan ‘platform’ dan memudahkan usaha-usaha Kuala Lumpur semasa pembebasan kapal tersebut nanti.  Kami juga telah telah berhubung rapat dengan pihak berkuasa di pelabuhan Djibouti dan juga Lapangan Terbang Djibouti dan juga pihak Peranchis, bagi memastikan segala kemudahan logistiks dan pentadbiran akan dapat dilaksanakan dengan lancar semasa ketibaan kapal-kapal TLDM di dalam proses pembebasan kapal –kapal dagang Malaysia yang di tawan itu.  Didalam masa yang sama kami masih lagi meneruskan usaha-usaha untuk mendapatkan makumat terkini berkaitan nasib anak-anak kapal  yang telah ditawan itu.

Pada masa itu kami mempunyai pandangan yang agak berbeza dengan pihak Kuala Lumpur  kerana kami percaya bahawa terdapat option lain yang mungkin boleh digunakan di dalam usaha untuk membebaskan kapal-kapal tersebut. Walau bagaimanapun option yang cuba kami utarakan tidak dipersetujui oleh pihak Kuala Lumpur. Kami juga  telah mencadangkan agar Kuala Lumpur menghantar wakil mereka di Djibouti untuk bersama-sama dengan Tim Aden. Kehadiran mereka selaku ‘government authority’ yang boleh membuat keputusan boleh membantu melicinkan lagi usaha pembebasan kapal-kapal tersebut. Selain dari itu saranan tersebut dibuat bagi membuktikan kepada pihak disana bahawa kami disini ‘benar-benar’ mempunyai acess untuk membuat perundingan dengan pihak lanun bagi membebaskan kapal-kapal tersebut.

Dan kira-kira dua minggu kemudian Kuala Lumpur telah menghantar tiga orang wakil ke Djibouti untuk berbincang secara terus dengan kami berkaitan dengan situasi terkini kapal-kapal yang telah ditawan . Semasa ketibaan rombangan tersebut telah diberi taklimat terperinci berkaitan dengan situasi terkini krisis tersebut. Pada dasarnya wakil berpuas hati dengan maklumat terkini yang telah diberikan dan mereka juga bersetuju dengan beberapa saranan yang telah di berikan oleh pihak kami bagi menyelesaikan krisis tersebut. Kami telah dimaklumkan bahawa perkara tersebut akan dibuat perbincangan lanjut dengan pihak Kuala Lumpur sebelum apa-apa tindakan susulan diambil. Pada peringkat itu , kami merasa sangat berpuas hati kerana sekurang-kurangnya usaha kami selama ini ‘ diberi perhatian oleh pihak tertentu  sehingga secara tidak langsung turut menyumbang kepada jalan penyelesaian krisis ini. Dan pada hari ini , baila ada aje cerita pasal kegiatan lanun di perarian Somalia yang menawan kapal-kapal dagang, Den akan tersenyum sendirian sambil mengenangkan perisitwa lama dan dalam hati Den akan berdetik “…I was there…and have involved in one of the crisis ..”.. sambil senyum-senyum kambing , rasa satu macam kepuasan lak.
KEJAYAAN NAVY MEMBENTERAS LANUN DI SOMALIA

P/s:  Den tidak berhajat nak menyambungkan siri ini kerana  terlalu banyak isu-isu yang dikategorikan sebagai RAHSIA. Dan lagi pun ,kisah  bagaimana ia dibebaskan, telah banyak diceritakan di dalam media …Cuma mungkin tidak kesemuanya.Nak tahu semuanya, kena sembang kat Kedai Kopi .