Friday, 16 September 2011

HANG Ber5 Bukan Melayu Asli

Kali ini Den nak menulis di luar dari norma kebiasaan dan akan membahasakan penulisan Den berdasarkan kepada ‘perkara-perkara yang terlintas dibenak Den, tanpa perlu menapisnya dulu. {edisi pendek = Den nak merapu laa nie ] Justeru itu, Den harap pembaca dapat menilainya secara santai dan tidak akan menilai dari segi logik, ilmiah dan sebagainya. OK Den dah start nak merapu nie….Semasa perbarisan Hari Malaysia tadi antara kenderaan-kenderaan yang berarak melalui pentas DiRaja adalah , satu siri kereta Pahlawan Melayu yang di dahului oleh Tuah, Lekir, Lekiu  kenderaan pahlawan keluaran  proton,..itu yang Den dengar dari pengulas, dan Den tak dengar pasal si Jebat dan Kasturi…[mungkin ada disebut kot] . Dan pada waktu tu Den terfikir mungkin si Jebat tidak diajak sebab dia dah dalam kategori Bus sekarang {Bas JEBAT : MELAKA KL] atau mungkin tengah sibuk, maklumlah kalau ikut seniority dalam jenis kenderaan si JEBAT yang mula-mula keluar dan dah dalam kategori bus bukan kereta seperti yg lain rakannya maka ia tidak disenaraikan. TUAH pun dalam kategori bus juga mula-mulanya…TUAH BUS CO, tapi Cuma famous kek Melaka ajo.

Atau mungkin juga kerana ia pernah DERHAKA kepada raja, maka dia tidak diajak untuk perbarisan yang dihadiri oleh Raja ini…Selain dari itu,  senjata mereka pun dah keluar awal juga, Cuma dalam versi motor aje [KRISS]….hahhaa. dan mungkin si Kasturi tidak  muncul-muncul ,kerana keletihan, maklumnlah masa musim raya hari tu si Limau Kasturi dah banyak mencurahkan bakti..lagi pun si Kasturi ini dah tak masuk dalam kategori kenderaan..dia membawa diri ke dunia pertanian…

Dalam pada tu, bila Den terfikir pasal lima sahabat HANG ini, dan sangat diagung-agungkan oleh masyarakat Melayu dan di anggap sebagai pahlawan MELAYU…satu persoalan yang  “pelik’ keluar dari benak Den. Adakah mereka benar-benar orang Melayu.?...SECARA RASMINYA DEN NAK BAGI TAHU DEN TAK BERNIAT NAK MEMPERTIKAIKAN SEJARAH MELAYU DAN MASYARAKAT MELAYU MASA KINI BAHAWA MEREKA ADALAH MELAYU..Cuma Den nak bagi tahu..PENDIRIAN DEN [MUNGKIN DEN SALAH ] …bahawa mereka yang bergelar HANG berlima ini adalah bukan Melayu..! Pendirian Den ini adalah lebih kepada bersifat kepercayaan peribadi Den, dan Den nasihatkan adik-adik yang menduduki peperiksaan sejarah dan ada solan bertanyakan status kumpulan berlima ini, jawab mereka ..”MELAYU’..kerana sebarang jawapan yang lain, Den gerenti jawapan nya akan salah.

Alasan-alasan Den, mungkin tidak logik dari segi  ilmiah dan sejarah, mengapa Den berpendapat mereka adalah BUKAN melayu adalah yang pertamamnya dari segi  nama mereka , HANG…peliknya mereka mempunyai surname yang sama , macam adik beradik sepusat sepusing lak, dan bertambah pelik, selepas kematian/ketiadaan mereka, tak ada atau amat sukar sekali nak mencari nama orang-orang MELAKA, baik di kawasan Duyung, Tengkera, Bandar Hilir dan sebagainya, yang mempunayi surname yang sama. KECUALI KAWAN Den masa kat MHS dulu..itu pun dia ambil nama ujungnya sahaja….ABG TUAH . 

Satu lagi, dalam masyarakat melayu kuno , memang sukar untuk kita  dapat golongan adik beradik atau keturunan yang mempunyai surname HANG, tidak seperti WAN, TUAN, NIK, SYED dan sebagainya. Dan satu lagi,mungkin secara kebetulan atau mereka memang sekapal dengan Puteri Hang Li Poh dimana , nama HANG berlima ini sama lak dengan nama puteri HANG LI PO yang dikahwini oleh Sultan Melaka. Den terfikir adakah kemungkinan mereka berlima ini sebenarnya adalah golongan ‘body guard’ Puteri Hang Li Po yang ditugaskan khas untuk menjaga puteri cina itu. Ada juga kemungkina nama mereka berlima ANG TOH AH [HANG TUAH] ANG CHEE FATT [HANG JEBAT] ANG LI QUE [HANG LEKIU]. ANG LI KHER [HANG LEKIR] DAN ANG  TOH LI [HANG KASTURI] . 

Alasan yang kedua yang Den terfikirkan pasal ketidak melayuan mereka berlima ini adalah pasal , rupa paras dan sifat yang diceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu…yang menyatakan bahawa Hang Tuah, berkulit cerah, mempunyai kumis yang nipis dan bermata agak kecil [sepet] dan mempunyai rupa yang agak menawan sehinggakan Tun Teja pun tergila-gilakan beliau. Dari kefahaman Den, ciri-ciri ini lebih menunjukkan bahawa Hang Tuah adalah seseorang lelaki Cina , yang agak sasa handsome, kurang-kurang macam Jet Li... Dan diceritakan juga bahawa Hang Tuah tidak mahu menerima cintaTun Teja…ehhemm otak Den dah mulo burok sangko  ini…adakah ini kerana status Hang Tuah sebagai ‘body guard kepada Puteri Hang Li Poh, maka dah menjadi kebiasaan para pekerja diistana Cina dulu, bahawa mereka biasanya akan di kasi. Dan dalam kes ini, otak jahat Den menyatakan bahawa Hang Tuah dah dikasi maka dia tak ada nafsu untuk kaum yang wanita..Opssss ini teori dan pendapat peribadi Den ..dan Den rela di  “kritik’…pasal isu ini…hahaha Dan sebab itu kesemunya tidak pernah ada keturunan.
HANG ORANG MANA ?.....AWAT HANG NAK AMBIK TAHU  ?

Hujahan yang ketiga Den, bahawa HANG berlima ini bukan Melayu adalah dari kefahaman Den berkaitan dengan kata-kata  hikmat Hang Tuah yang terukir di lukisan logam di dalam Muzium Negara … TA’AA KAN MELAYU HILANG DI DUNIA’ . Kalau anda biasa bergaul dengan kaum Cina Melaka dan baba serta nyonya melaka..mereka suka bercakap melayu Ta’aa..dalam perbulaan harian mereka [ingin mengikut pengamatan Den bercampur dengan mereka dulu] dan Den berpendapat bahawa orang yang dikatakan sebagai Hang Tuah yang menyatakan perkataan itu, terdapat kemungkinan bahawa dia tidak fasih dan biasa dengan bahasa  Melayu..kerana dalam bahasa mudah dan harian, biasanya kalau nak bercakap yang membawa maksud yang dikatakan oleh hang Tuah dalam transkrip gambar logam itu, orang Melayu macam Den akan kata “ …MELAYU TAK AKAN HILANG DIDUNIA”…hehehe pasti akan kata dan argue dengan Den bahawa, itu bahasa klasik, bahasa melayu kuno dan sebagainaya….itu pandangan mereka, tapi bagi Den it’s something that tickle my mind….!!! Dan seperti kata Den tadi ini pendapat peribadi Den…

Dan lagi satu adalah kepakaran mereka bermain senjata dan kehandalan mereka menewaskan musuh. Heehehe..part ini Den teringat cerita-cerita kung fu cina lakonan Jet Li dan  Jackie Chan, macam cerita Fung Sai York…di mana hero Cina yang pandai berkung Fu dan dapat menewaskkan ramai musuh dengan pelbagai aksi menarik…dan bila di adaptasi di dalam dunia tanah melayu pada masa itu, orang melayu hanya bersenjatakan keris dan parang, dan langkah silat mereka lebih banyak  bunga dari buah..maka bila geng Hang berlima ini datang, dengan kepkaran kung fu mereka dan ditamnbah dengan kemahiran bermain pedang potong gajah dan juga lembing, ..susah tentu mereka akan jadi hero dan dianggap sebagai pahlawan handal….begitulaah kisahnya, dan hujanh Den mengenai ketidak melayuaan kumpulan Hang berlima ini…in satu teori Den ajo…

Apa-apa pun , pendapat ini senjaga Den tulis untuk menyatakan pandangan peribadi Den sejak dulu lagi…dan tidak berniat nak mempersoalkan sejarah atau mempersoalkan hak orang-orang melayu yang menganggap Hang Tuah sebagai Pahlawan Melayu . Maaf Cakap walaupun Den orang Melaka, Den tak menganggap HANG berlima nie sebagai pahlawan Melaka dan tidak pernah  lak nak memperkecilkan mereka, Cuma Den tak ambik port aje. Bagi Den ada ramai pahlawan - pahlawan Melayu yang lain seperti Tun Perak, Datoi Dol Said, Dato Naning,Panglima Siamang Gagap, Mat Kilau, dan lain-lain lagi yang Den banggakan sebab sejarah tentang perjuangan mereka jelas tertulis. Dan Den bukan berniat nak menjadi ahli  politik yan gnak mencari publisiti muruahan atau…nak menimbulkan kontravesi ….Den Cuma nak memberitahu pandangan Den pasal Hang berlima tu. 

Pada yang mengakui kepahlawanan mereka berlima itu dan percaya mereka adalah MELAYU..Den tak ada bantahan, mungkin mereka mempunyai alasan yang lebih kukuh dari Den yang mempercayai bahawa mereka berlima itu adalah keturunan pahlawan Cina yang datang bersama dengan putreri Hang Li Poh dan telah hidup dnegan masyarakat melayu sehingga  telah dimelayukan. Mungkin juga mereka telah memeluk agama Islam, dan mereka menjalalni kehidupan serta mengamalkan adat-adat melayu, bercakap melayu..maka dari segi bawah perlembagaan mereka adalah  MELAYU….dan kalau ini yang dimaksudkan mereka sebagai MELAYU DIPERLEMBAGAANKAN, seperti kawan-kawan kita yang muaalaf  yang berada di bumi Malaysia ini..maka MELAYU kategori ini MELAYU  PERLEMBAGAAN , Den akan terima, tetapi yang Den pasti HANG berlima ini bukan Melayu, seperti Melayu jati , kulit golap , misai lobek….macam DEN ..Melayu ASLI dan bukan orang ASLI yo haahahahahhaha .!!!!!

 Akhir sekali nak nak minta tolong semua pembaca mengundi tentang kategori Hang berlima ini di petak undi pos yang Den sediakan. No Fee.  No Hidden Charges . Just For Fun