Friday, 9 September 2011

Exam Fever .

Dalam diam-diam dah lebih seminggu kita bergayo. Kesibukan dan keseronokan Den berhari raya kali ini adalah lain dari kebiasaannya. Maklumlah Den baru nak berjinak-jinak menjadi orang awam. Dan keseronokan ini ditambah dengan fikiran yang lapang kerana , tidak seorang pun anak-anak Den akan menduduki sebarang peperiksaan penting sekolah pada tahun ini. Kalau tak risau juga , sebab takut-takut mereka raya hingga lupo fasal buku dan nak mengulang kaji pelajaran.


Mana-mana omak bapak yang anaknya akan menduduki peperiksaan penting di sekolah tak kiralah sama ada UPSR , PMR, SPM atau STPM tentu dalam keadaan resah gelisah dan bertungkus lumuh untuk memastikan anak-anak mereka bersedia  menghadapi peperiksaan itu nanti. Dari Den untuk emak bapak yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan Den nasihatkan jangan ghisau tak tontu arah, dan jangan pakso  anak-anak untuk belajar, nak-nak disaat-saat akhir ini, takut dio orang tension lak. Yakinlah pada kebolehan anak-anak anda, dan InysAllah bagi mereka-mereka yang telah berusaha selama ini, pasti akan mendapat kejayaan. Bagi yang maleh tu....tak guna diketuk atau dipakso di saat akhir ini, buek menyakitkan hati ajo. Takut kito pulak yang akan somput dibueknya.

Den teringek maso Den kocik-kocik dulu maso nak ambil perikso Penilaian Darjah limo. Maso tu omak Den pun tak tahu yang Den nak perikso. Maklumlah keluargo Den agak bosa maso tu 7 adik beradik, bapak pulak dah tinggalkan kami , macam orang kampung Den kato, ‘gantung tak bertali’. Omak Den kojo jadi amah ghumah orang, jadi memang tak ado maso nak ambik tahu seponohnyo fasal pelajaran Den, nak-nak Den anak bongus lak. Maso tu nak kato Den belajar sendiri pun tak jugak, maklumlah, mano ado tuisyen macam sekarang nie, elektrik kek ghumah Den pun tak ado laei, maso tu pakai pelito ajo. Maso tu TV, radio pun tak ado kek rumah, kesudahannya pukul 8 malam, ghumah dah golop geltio, kami pun selalu tidur awal...Bilo Den fikirkan, ini mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada bilangan anak-anak orang kampung yang ghamai bilangnya dulu dan tak macam trend orang sekarang yang biasanya mempunyai 2 atau 3 orang ajo ......hahahha
LAST MINUTE PREPARATION...BETTER THEN NEVER ...

Apo pun peperiksaan Penilaian Darjah 5 tu, Den harungi jugo walaupun tanpo persediaan yang rapi. Omak Den pun tak pernah bertanyo  sama ada Den buleh jawab atau tidak kertas peperiksaan tersebut, tahu-tahu keluar result Den dapek 3 A 2 B. Fuhhh maso Den banggo boto Den, maklumlah anak pertamo dari keturunan bapak Den yang dapat result macam tu. Maso tu nak dapek 5A bukan sonang , kek sekolah Den yangapek pun tak sampai 3 orang, tak macam sekarang.  Rezeki Den baik, berdasarkan keputusan tersebut Den ditawarkan masuk asrama dan bersekolah di Malacca High School. Maso melapur kat MHS, Den ghaso terasing sangat, dan ghaso macam ruso masuk kampung. Maklumlah  tak pernah bermimpi nak belajar kat sekolah di bandar. Dulu Den ingek, Den akan belajar kek Sek Dol Said atau Talib Karim aje. Tapi dah rezeki Den, walaupun maso tu Den boleh dikategori sebagai budak bonghap dari kampung, akhirnya Den bersekolah di bandar juga.

Semasa di MHS, Den masuk tingkatan 1C, yang majoritinya budak melayu, IA dan IB, jangan mimpi kecuali beberapa orang anak aristokrat Melayu ajo yang layak. Nasib Den baik maso Den tingkatan 2 , Den masuk Tingkatan 2A. OiiiiMak oiii...menyosa jugak Den masuk kelas tu pada masa tu, sebab hanya duo orang ajo Melayu. Den dan jugak anak Dato Ghani , Norazman [arwah]. Den tak pandai bahaso inggeris lak, lagi laa masalah, sebab dalam kelas tu semuo orang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Sejak dari itu Den dah mula pandai ‘speaking’ sikit-sikit....setakat nak lepas tengkuk boleh laa.

 Semasa Tingkatan 3 Den , Den tak buat persiapan dan perancangan  yang agak rapi dan masih lalai dengan kegiatan sukan pada waktu. Den maso mudo-mudo main rugby dan hoki. Maso tu Den wakil sekolah, tim hoki Den  jadi juara negeri Melaka. Rakan sepermainan Den adolah  Lim Chow Chuan, bekas ketua tim hoki Malaysia . Dan rugby pulak memang sukan kegemaran Den, dan Den pernah mewakili ATM di dalam sukan ATM dan bermain dengan Club Royal Selangor dan COBRA. Tim Den pernah jadi juara 7 Sebelah Jonah Jones dulu..hehehe sorry sajo merapu , sebab teringek fasal mudo-mudo dulu.

Apo-apo pun keputusan peperiksaan SRP agak sederhana, Den dapek A 12 . Dan pada waktu tu Den telah diajak oleh kawan Den Azlan Yunos[sekarang Cikgu di Sekolah Dol Said AG], untuk memohon memasuki Tingk 4 RMC. Maso tu Den tak kona dan tak tahu pun fasal RMC tu. Azlan ini bapaknya askar, dan mahu anaknya masuk RMC. Azlan mengajak Den dan menolong mengisi borang untuk memasuki RMC. Berkat pertolongan Azlan dan keluarganya, Den dapek masuk RMC, malangnya Azlan tak dapat masuk begitu juga dengan nasib 12 orang permohon lain dari MHS. Pemergian Den ke RMC adalah sesuatu di luar dugaan  sama ada bagi diri Den maupu orang –orang kampung. Pada mula Den menolak kerana masalah kewangan,tapi dengan bantuan orang kampung dan seorang pegawai Lt Hashim RAMD, dari kampung Den , dia orang kumpulkan wang untuk Den ke sana. Tuhan tu maha kaya, kalau dia kata itu rezeki kita , tak ada sorang pun boleh menidakkannya. Akhirnya Den masuk RMC dengan bantuan Lt Hashim  [arwah dah-Al Fatihah untuk rohnya}

Semasa di RMC, hehehehe..banyak cerita yang menarik dan tidak menarik...nak pendekkan cerita, Masa menduduki SPM  Den dah tersasar jauh dari tujuan utama Den. Di sana Den banyak ‘main’ dari belajar...apa-apa pun , nasib Den baik sebab Den dapat pangkat 1 dengan agregat yang tak berapa baik. Sekali lagi...Den menduduki peperiksaan tanpa sebarang persiapan yang sebenarnya, nasib baik Den dapat lulus jugak.

Selepas itu Den ditawarkan untuk mengikuti kursus Marine Engineering di UTM. Kalau ikut minat masa tu Den nak ambil course berkaitan petroleum, tapi ATM tidak ada biasiswa untuk itu pada masa itu. Disebabkan terikat dengan RMC, Den terpaksa menerima  tawaran tersebut dan Den diberi dua pilihan sama ada untuk mengikuti kursus Aeronautical engineering atau Marine engineering. Den membuat pilihan yang salah dengan mengikuti kursus Marine engineering. Tak tak boleh bawak course tu,banyak melukis dan mengira. Bab-bab melukis pelan nie , den memang kurang. Lalu ditambah dengan tidak ada persediaan untuk menghadapi peperiksaan , Den kantoi kat UTM dan seterusnya Den telah ditawarkan untuk mengikuti Latihan Kadet Tauliah Tetap di RMC sekali lagi. Dan kali ini Den tak menolak.

Semasa di kadet RMC, kami terpaksa mengambil STP, tetapi hanya dua subjek sahaja. Masa tu, pelajaran akademik tidak penting bagi kami, ini adalah kerana, kami lebih tumpukan kepada latihan ketenteraan . Selama dua tahun di sana, pelajaran akedemik kami anggap sebagai acara sampingan sahaja. Semasa kelasa majoriti dari kami akan tidur, ada satu peringkat tu, kelas kami dibatalkan dan kami semua dikenakan ‘extra drill’ semata-mata kerana  kami semua tidur dan guru yang mengajar telah merajuk dan tidak mahu mengajar lagi...Keputusan peperiksaan bulanan dan tahunan kami....hehehhee segan nak berceritalak....paling tinggi adalah 47%, dan diperolehi oleh seorang kadet yang paling bijak antara kami...Markah purata Den 15% - 25%. Heheehe tak pernah lulus pun.

Apa-apa pun semasa peperiksaan STP, dari 48 kadet yang ambil tu, hanya seorang sahaja dapat 2P, iaitu A dan A- ..dan pelajar itu adalah ...Den hahahahaa, Den sendiri tak percaya dengan keputusan tersebut. Dan berdasarkan kepada keputusan tersebut, Den telah memenangi  Anugerah Pelajar Akedemik Terbaik selain dari Hadiah Pedang Kehormat yang Den terima......hahaahhaa malu lak Den ghasonya bila bercerita fasal hal ini...

Dari pengalaman Den ini, Den dapati persediaan untuk menduduki peperiksaan ini, adalah tanggungjawab  pelajar itu sendiri. Jika mereka bersedia dari awal  pasti mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah bila tiba waktu peperiksaan. Peranan ibu bapa lebih  kepada ‘memberi kesedaran dan galakan kepada anak-anak untuk berusaha dan bukannya.. memaksa anak-anak supaya belajar...berikan mereka kesedaran akan kepentingan  perlunya ada kelulusan akademik...dan biarkan mereka sendiri berusaha dan menentukan bagaimana mereka hendak mencapainya. Dua tahun lepas , duo orang anak Den berturut-turut menduduki peperiksaan UPSR. Den tak pernah menghantar mereka untuk tuisyen, kerana mereka tidak mahu, Den tak pernah  memaksa mereka belajar......tapi hasil UPSRnya tidak sebaik mana  [kedua-duanya mendapat 4A 1B], dan sekarang mereka dah mula merasai bagaimana harus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi. Nasihat Den kepada mereka senang sahaja. ...Jangan harap ayah dan ibu akan meninggalkan harta bertimbun untuk kamu adik-beradik, kamu nak senang kamu kena berusaha, kalau kamu malas , abah tak kisah kerana , kamu sendiri yang akan susah nanti....kalau nak senang nanti , kamu kena susah sekarang, kalau nak susah nanti kamu boleh bersenang lenang sekarang....lu fikirlaa sendiri...hahha

Apa-apa pun message yang Den nak sampaikan kepada omak-bapak yang ado anak-anak yang akan mengambil peperiksaan, jangan ghisau tak tontu arah dan jangan pakso anak-anak supaya belajar, nak-nak di saat akhir ini. Takut-takut nanti dio orang tension lak. ...dan bagi omak bapak, jangan risau sangat, takut-takut kito pulak kono penyakit darah tinggi lak. Apo-apo suruh mereka berusaha dengan sebaik mungkin dan kemudian TAWAKAL.....Insyallah , kalau mereka dah buat persediaan dari awal , Allah akan memberi balasan atas usaha tersebut. Dan ibu bapa hanya perlu berdoa sahaja  dan bertawakal...jangan ghisau-ghisau tak tentu fasal.....Dan untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan , tak kira UPSR, PMR atau SPM dan STPM...Den doakan semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan usaha kamu selama ini. Ameen........