Thursday, 29 September 2011

Askar Tak Ado Kojo !

Ado yang beri komen “Askar  tak ado kojo”  dalam salah satu artikel Den.Secara peribadi, walaupun Den dah boleh dimasukkan di dalam kategori askar pencen, Den memang tak berapo selesa bilo mendengar ungkapan yang askar tak ado kojo nie.  Dan ghaso statement tu keluar dari mereka yang mungkin tidak berapa faham atau  tau budaya kerja dalam  askar nie. Secara kebetulan hari ini gonap 27 tahun Den kojo dalam askar. Bilo Den ghonongkan balik, sepanjang maso 27 tahun yang lopeh, hanya beberapo ketiko sahaja yang Den boleh kata bahawa ....Den tak ado kojo, ia itu maso cuti..itu pun tak menentu, ado jugo maso cuti kono datang berkojo. Kategori kojo dalam askar ini , amat banyak..maklumlah askar ini boleh dikategorikan sebagai  ‘Jack of all threads master of non “.


Kalau yang unit infantri tu, kalau tak terlibat dengan operasi mereka akan sibuk dengan latihan, pentadbiran dan  pelbagai aktiviti dan rancangan yang telah di rancangan di dalam kitaran 18 bulan. Setahun ado 12 bulan dan memandangkan tempoh 12 bulan tu tak cukup untuk menyiapkan  ‘kerja “ di dalam tempoh tersebut, maka terpaksalah askar membuat ‘traning and administering plan” untuk jangka masa 18 bulan. ..sebab banyak kojo yang nak dibuek. Kalau  yang unit bantuan tempur dan perkhidmatan pun lebih kurang samo jugak...sibuk memanjang kecuali mungkin ada dua tiga kes yang agak terpencil. Dan satu lagi kito kono ingek askar bukan kerja dari jam 8-5  ajo...maso kerja dio orang tak menentu...tak kirolaa yang duduk kek HQ macam di MINDEF tu. Kalau yang pegawainya sibuk dengan paper work yang biasanya tak pernah habis-habis...dan bekerja di waktu malam adalah menjadi kebiasaan, nak-nak kalau dapat bos yang semuanya nak cepat. ..dan ada juga yang beri tugas hari ini tetapi nak benda tu disiapkan semalam.  Itu tak masuk lagi tugas-tugas tambahan seperti guard, pegawai bertugas, pengawal ronda, pengawal api, stand by dan sebagainya.

Satu perkara yang kito kena faham, dalam askar ini, kalau yang kojo istilah draf, rehearsal dan sebagainya adalah menjadi keperluan dan amalan dan situasi akan menjadi lebih mencabar lagi bila askar kerja biasanya mengikut hireki. Sebagai contoh kalau ada lawatan, Gen nak kena bagi taklimat, maka kolonel akan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan teks  taklimat lawatan. Kolonel tu akan mengarahkan Lt Kol untuk membuat persiapan teks, si Lt Kol akan mengarahkan Mej membuat teks dan power point presentation. Mej akan memanggil staffnya pulak untuk membantu.

 [ Dalam askar, Mej ni  walau pun pangkatnya rendah, tetapi dia tu  officers yang ‘most used his brains and intelelectual” , sebab banyak kerja utama dan kertas-kertas kerja ditulis di dalam ATM oleh Mej...tapi bila Mej nie naik pangkat Lt Kol..dio orang dah mula kurang gunakan  otakknya dan begitulah seterusnya, sebab ada Mej yang akan membuatkan apa-apa penulisan untuk mereka...Kalau dalam istilah PC,Mej ini adalah Hard Discnya..Dan ini adalah salah satu sebab Den berhenti dari askar, takut nak pakai Lt Kol..dan jadi kurang menggunakan otak lak...bilo naik pangkat kolonel dan seterusnya..Itu sebabnya kalau ada apo-apao kesalahan dio orang akan kato “..This is A MAJOR MISTAKES, MAJOR BLUNDERS” DAN SEBAGAINYA KERANA YANG BUAT KERJA TU SEBENARNYA ADALAH MAJOR DAN BUKAN LT KOL MISTAKES..SEBAB LT KOL HANYA SALAURAN KERJA UNTUK GENERAL AJO . TAPI KALAU MISTAKE TU SIKIT AJO DIO ORG KATO .ItIs OK..It’s ONLY A GENERAL MISTAKE....TU laa bilo general Mistake ajo...ia dianggap tidak serius sebab GENERAL yang BUEK tidak seperti kalau MAJOR MISTAKE...habis di umputnyo kito.....hahahhaaa..tak do laa , Den melawak ajo..Sorry to all Lt Kol dan the generals.....! just  joking yo ..! ]

Lepas Mej tu siap, Draf akan diberi kepada Lt Kol tadi, dia akan check dan kalau puas hati diadakan beri kepada Kolonel, kolonel tu akan check dulu, kemudian dia akan beri draf tu kepada Gen tadi. Lepas tu biasanya akan ada rehearsal taklimat, dan kalau ada pembetulan si Mejar tadi akan membuat pembetulan dan proses yg sama akan berulang...fuhhh..ini baru satu kerja biasa, nak siapkan taklimat lawatan aje...belum lagi kerja-kerja ‘paper work”  yang lain. Amalan tersebut adalah menjadi kebiasaan di dalam kerja-kerja yang melibatkan ‘paper work”...banyak kerjanya , dan bayangkan lah, punyalaa telitinya , sampaikan huruf font, saiz, pemilihan warna di dalam satu-satu presentation power point pun akan di ambil kira..Pendek kata, kalau taklimat tu hanya 30 minit sahaja..tetapi ia akan memakan masa seminggu dua untuk menyiapkanya..Ini bukanlah bermakna, ATM suka buka kerja lebih atau remeh temeh..sebenarnya  askar tu mementingkan  “perfections’ di dalam hasil kerjanya.!!! Bak kato GeneralIdola Den " Attention To Details "... {tapi dalam penulisan nie, Denmainhontam ajo....maso tak ado nak check spelling dan grammernya....maklumlah...DEN BANYAK KOJO...hahahha.
ADO ASKAR KOJO PORANG ADO JADI DOKTOR, ADO GUNO PENYAPU, ADO GUNO PEN  DAN MACAM-MACAM LAGI..YGTAK ADO KOJO..PUN SEBONARNYA TONGAH BUEK KOJO SAMO ADO BUEK KOJO BODO ATAU BUEK BODOH AJO..JANJI KOJO..

Dalam kalau nak dihuraikan senarai kerja dan tanggungjawab unit-unit bantuan tempur dan perkhidmatan di dalam askar nie , memang tak tersenarai....Walaupun dalam Sasaran Kerja Tahuan (SKT) senarai tak berjela-jela, tapi realitinya..askar nie memang sibuk memanjang. Hatta pemandu pun kenderaan pun sama....kalau tak caya, kalau anda berjumpa dengan pemandu-pemandu yang sedang minum di kedai kopi tu ..kebanyakannya dia orang tu sebenarnya  di dalam waktu kerja, seperti menunggu bos dia habis meeting laa, hantar barang laa, dan sebagainya...jangan ingat dia orang minum masa waktu kerja..dia orang tak ada kerja....Dan satu lagi ..kalau jumpa askar sedang memegang cangkul dan sabit di kawasan kem, mereka tengah bekerja bergotong royong membersihkan kawasan, kalau tengok mereka berkumpul di padang-padang awam  atau mainan seperti di tasik, mereka tengah bekerja atau membuat latihan senaman dan sebagainya.

Satu lagi kito kena faham, jangan ingat  bila askar banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti riadah tu , bermakna dio orang tak ada kerja. Sebenarnya mereka terpaksa hadir kerana itu adalah tuntutan perkhidmatan dan sebenarnya adalah kerja. Ada satu masa tu dulu, pada setiap petang rabu, di sebuah Markas, semua staf dikehendaki hadir untuk ‘tarian poco-poco’...ini bukanlah bermakna kerana dah tak ada kerja...sebenarnya..keperluan untuk menghadiri latihan poco-poco itu adalah satu tuntutan kerja juga, kalau tak, jangan haraplah askar-askar tu akan datang....

Dari pengalaman Den,  di dalam askar ini, Quality Time (Q Time_ iaitu masa yang dikatakan sepatutnya di habiskan bersama keluarga) adalah paling sedikit di dalam ATM. Ini adalah kerana , sebenarnya anggota ATM terlalu sibuk dan terlibat dengan kegiatan-kegiatan  dan penugasan yang telah diadakan di dalam ATM. Maso Den kek Sungai Udang dulu, maso bujang....memang sibuk memanjang...kalau ada hari rehat pun sehari dua, Den banyak nak buat kerja-kerja yang tak dapat diselesaikan. Waktu kerja mingguan Den dulu...pagi PT jam 0630 dan petang jam 1630 pulak ada baris sukan, kadang-kadang sampai jam 6:30. Malam Isnin dan Rabu adalah hari latihan malam, Malam Jumaat .ada tahlil dan malam sabtu, sebulan dua kali ada hari pengajian pegawai...Walaupun bujang maso tu, memang Den tak ado maso nak bergaul dengan orang dari dunia luar. ...nak jumpo omak Den kek Alor Gajah tu sebulan sekali pun susah..apo laei fasal nak bercinto,memang tak ada maso...girlfriend pun lari bro...!!!!

Kalau unit-unit infantri tu lagi laa....bab operasi tak pernah abih...Ops Pasir laa, Ops Kota , Ops Merpati  dan macam-macam ops lagi. Sekali ops biasnyo 3 bulan dah hilang waktu bersamo keluargo. Ini tak termasuk lagi dengan latihan peringkat kompeni, rejimen dan latihan-latihan besar yang lain.  Lepas tu dengan stand bynya lagi...paling pendek, bilo standby nie biasonya sebulan. Lopeh tu dalam maso yang samo askar-askar nie  juga akan terlibat dengan pelbagai kursus yang diperlukan hadir untuk peningkatan kerjaya mereka . Ada kursus yang sebulan , dua bulan 3 bulan dan ado yang sampai 6 bulan dan bertahun pun ado. Lopeh tu bilo sampai masonya setiap 18 bulan , nak kono preparation untuk Admin Inspection lak...lagi leceh dan memakan banyak maso nak membuat persiapannya. Tanyo laa mano-mano askar...apo reaksi dio orang fasal Admin Inspection tahunan nie...Dari pegawai sampai ke prebet..kalau boleh nak elakkan.  Nanti Den akan ceritokan apo yang berlaku pado maso Admin Inspection nie...!Pendek kato askar-askar unit infantri ini memang sibuk memanjang ajo...

Sebenarnya semasa ketiadaan ancaman keselamatan yang nyata  seperti semasa ancaman PKM dulu, kehidupan askar menjadi lebih “sukar dan susah’ jika dibandingkan masa ada ancaman dulu. Maso du;lu-dulu, askar nie sibuk dengan operasi , latihan, kursus, operasi...tetapi pada masa ini, sejak operasi banyak dikurangkan, makan askar banyak terlibat dengan latihan dan pekara-pekara administrative...dengan kertas kerja, dengan TQM dan ISO, dengan KPI dengan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti sampingan. Peace time Soldiering ..bukannya waktu yang seronok...banyak masa digunakan untuk latihan, aktiviti pentadbiran, kursus dan sebagainya...dan banyak kerja lain lagi..Jadi bilo ado orang kato Askar Tak Ado Kojo.....Den nak marah pun tak leh jugak sebab mungkin mereka tak faham dan tak mengetahui akan sistem askar bekerja nie....dio orang bukan kerja from 8-5 macam awam dan swasta dan lopeh tu boleh ‘switch off’ dan esok start kerja lagi...Dio orang kerja tak ikut maso..dah lah kojo unit yang tak pernah abih , ditambah dengan kerja-kerja sampingan dan projek jiwa murni lagi.....pendek kato mereko ini memang tak koring bulu ...Tu sobab bilo Den mulo kojo kek tempat awam nie...Den relaks ajo...sobab tak sesibuk dan sesusah mano kalau nak dibayangkan maso Den kojo dalam askar dulu.

Dan kalau ado orang yang kato askar tu tak ado kojo dan dio adolah bokeh askar....hehehhe...Den pasti dio tu samo ado org yg tak berguno atau kaki tuang maso dalam askar, atau dio orang tu  ada sikit busuk hati ... Bilo Den start start buek peralihan dulu...kepalo Den ghaso logo-selogonya..sobab tak ado lagi  “work  pressure” yang sentiaso menghantui Den semaso menjadi askar dulu.  Akhir sekali , bilo kerajaan mengumumkan kenaikan gaji pado askar-askar nie dalam maso terdoket nie..seminggu duo lagi agaknya.....Den harap janganlah ado pihak yang tak bersetuju dengan kenaikan tersebut dan terus memberi komen ....ASKAR TAK ADO KOJO...tapi gaji terus naik...Sebab Den ghaso kerajaan tak bodoh , nak naikkan gaji askar macam tu sajo, apo tah lagi ATM ini bukannya ‘boleh memberi pulangan financial kepada tabung kerajaan. Seperti kastam , polis dansebagainya...KERAJAAN NAIK KAN GAJI ASKAR TU SEBAB KERAJAAN TAHU YANG ASKAR NIE BANYAK KOJO DAN KOJO-KOJO YANG DIBUEK OLEH  ASKAR INI ADALAH AMAT PENTING UNTUK KESELAMATAN DAN KESTABILAN KERAJAAN HARI INI. So kalau kito takpasti...lopeh nie  jangan cakap.. ASKAR TAKADO KOJO...GAJI DINAIKKAN JUGO YO ....!!!!!