Tuesday, 27 September 2011

1000,2000,3000 Check !

Alfansorrey geng PARA ! Bilo Den menulis pasal PARA WAR DANCE ado lak yang tak berapo pueh hati dengan Den..Den mintak maaf laa. Den bukan nak mulo porang sabil dengan geng para ini. Den sajo nak menyakat. Cerita fasal PARA ini teringek lak maso Den mulo-mulo menghadiri kursus PARA, nak mendapatkan sayap penerjunan tu. Badge Den  [grup]  adolah grup pegawai kadet yang pertamo di pilih untuk menjalani latihan asas penerjun statik ini. Sebelum tu memang tak pernah ada lagi anggota kadet yang mendapat sayap penerjunan statik sebelum ditauliahkan. Nak dijadikan sejarah agaknya, maka grup kadet Den telah terpilih sebagai grup pegawai kadet pertama yang menjalani latihan asas payung terjun.


Pada dua minggu pertama kami hanya menjalani latihan-latihan asas kawad penerjunan dan juga latihan fizikal di Maktab Tentera Di Raja . Selepas dua minggu kami telah bergerak menjalani latihan seterusnya di Cawangan Payung Terjun PULPAK. Pada peringkat asas, kami tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan latihan yang kami lalui, maklumlah masa tu kami semua pegawai kadet...masih tough, dan tak mengenal erti pewai [letih] lagi. Tapi bila mula menjalani latihan seterusnya di Cawangan Payung Terjun, ada di antara kami yang ketar lutut dan lembik lutut . Maklumlah semasa di sana, kami telah diperkenalkan dengan beberapa latihan dan  juga kawad-kawad penerjunan yang berbeza dari masa mula-mula kami menjalani latihan di MTD dulu. Semasa di MTD, latihan kawad penerjunan yang paling kami  ‘boring sekali adalah ‘....Latihan Mendarat .
KESERONOKAN YANG SUKAR DIGAMBARKAN.........BILA PAYUNG MENGEMBANG

Latihan tu actually tak lah teruk mana, tapi disebabkan ia dibuat berulang kali dan secara cepat maka ia menjadi satu  ‘penderaan ‘ pulak kepada kami. Apa taknya apabila jurulatih memberi arahan “ KEDUDUKAN MENDARAT !”..Maka kami macam robot akan bertindak “Sambil menjerit  KEDUDUKAN MENDARAT dan terus ...Melompat setempat, kemudian berdiri dengan merapatkan kedua belah kaki , muka dihadapkan ke bawah, tengkuk di tundukkan ke hadapan, kedua-dua tangan di angkat dan rapat kepada kedua-dua belah telinga...sambil menunggu arahan selanjutnya dari jurulatih. Bila jurulatih kata ...MENDARAT DI SEBELAH KANAN..GO!...Maka kami akan menjatuhkan badan di sebelah kanan dan pastikan kaki kami rapat, tangan dan siku-siku rapat serta tengkuk di tunduk rapat...dan terus menjatuhkan diri...macam nangka busuk..belum sempat kami nak merasa lega..biasanya...jurulatih akan memberi arahan semula....KEDUDUKAN MENDARAT’... Kami akan bingkas dengan pantas dan melompat setempat macam hantu cina dan terus mengambil posisi macam mula-mula tadi...Kemudian jurulatih, akan memberi arahan mengikut sedap mulutnya...seperti MENDARAT DI SEBELAH KIRI GO, MENDARAT DI SEBELAH KANAN GO,..mendarat di sebelah hadapan...dan ada jurulatih yang nak mengenakan kami akan memberi arahan...MENDARAT DI SEBELAH BELAKANG GO...masa tu kalau ada yang buat memang saja bodoh..nak menyeksa diri....Bila arahan ini dibuat berulang kali dan secara pantas..ia dah menjadi penyeksaan  pula buat kami...

Semasa di  Cawangan Payung Terjun, kami telah diperkenalkan dengan beberapa latihan asas yang lain seperti, latihan kawad kecemasan , semasa penerjunan, seperti jika berlaku ‘twist’, perlanggaran, payung kembang tak baik dan sebagainya. Latihan ini banyak memeningkan kami kerana kami akan tergantung di ‘hanger payung dan selalunya kami akan berpusing . Seterunya adalah latihan terjun dari menara kipas. Kami akan terjun secara ‘botol’ dari satu menara pada ketinggian lebih kurang 30-40 kaki dan badan kami diikat dengan harness yang di  sambung pada kipas, seterusnya kami diarah untuk terjun dan mendarat di petak pasir di bawah....Jarak 30-40 kaki memang tak tinggi, tapi bila dah naik kat menara kipas tu, rasa geli  dan lemah lutut jugak...tinggiii...kalau kalau tak betul kedudukan jatuh boleh jugak mendatangkan kecederaan. Dan bila di pandang ke bawah..hati kecil akan berkata..boleh ke aku lompat masuk dalam petak pasir tu ..? ada ke kemungkinan aku akan mendarat di atas simen ..? sebab dari atas tu, kita kan nampak petak pasir tu...kocikkkk ajo...ghaso tak ado konfident lak nak terjun maso tu.

Selain dari itu, satu lagi latihan yang sering membuat kami lemah lutut dan sayu, adalah latihan menara exit...dimana kami akan melompat keluar dari sebuah menara pada ketinggian 40-50 kaki dan seterusnya akan tergantung pada satu ‘kabel’ dan bergerak ke depan pada jarak hampir seratus kaki. Ini adalah simulasi seperti penerjunan situasi sebenar di mana kami kena membuat beberapa kawad sehingga payung kembang  .Kalau ikut pelajarannya...Sebaik sahaja kami melompat keluar dari menara exit tu kami akan mengira 1000, 2000, 3000...[alasannya 3 saat adalah kerana secara teorinya payung hanya akan kembang setelah 3 saat ditarik ] kemudian baru check..pandang atas, lihat payung kembang dengan baik atau tidak, kemudian periksa keliling, takut-takut, kalau ada payung kawan yang sedang merapat..dan kalau ada kami akan membuat kawad mengelakkan perlanggaran sambil mendepakan tangan dan menjerit ...JAUHKAN..JAUHKAN...Dan selain dari itu kami juga diajar untuk membuat kawad-kawad pendarat kecemasan seperti mendarat di air, mendapat di pokok dan sebagainya...Fuhhh dari segi teorinya dan latihan semuanya cantik....

Bila bab penerjunan sebenar, lain pulak kisahnya. Grup Den telah membuat latihan penerjunan sebenar di Gong Kedak... Masa kali pertama terjun, Den adalah penerjun yang ketiga . Bilo dalam kapal terbang, punya laah sesak, ghaso nak terjun ajo..pasal tak selesa dengan payung yang berada di badan..Bilo pintu dibuka...kami dah mula dengar deruman angin yang kuat, maso tu hati ghaso sayu lak....lututlak rasa lembik semacam aje...maklumlaah baru first time. Lepas tu kami dengar arahan dari jurulatih ...[SEBENARNYA ANTARA DENGAR DAN TAK DENGAR  DISEBABKAN KEADAAN DALAM PESAWAT YG BISING] Bila despacther menjerit ....PERIKSA KELENGKAPAN !....DAN KAMI SEMUA AKANPERIKSA SATU PERSATU SAMBIL  MENJERIT :

TOPI KELEDEAR, CAP WEL,PAYUNG CADANGAN

...AOP LAEI...? DAN LAST SEKALI TALI PENYANGKUT SELAMAT DAN TERKAIT !....

Bila lampu hijau ON aje..kami semua akan bergerak menuju ke pintu pesawat, macam lombu di hambat nak masuk kandang...dan maso tu kami dah tak leh nak berhenti  atau nak berfikir lagi , nak terjun atau tidak...kami terus bergerak macam  lembu di cocok hidung...dan bila keluar dari pesawat ajo...yang Den ingek maso tu...mato Den terpojam...lopeh tu  bahu Den ghaso tersentak...dan baru Den sodar payung dah kombang...ehhhh maso tu laa baru teringek nak mengiro....1000,2000, 30000..dan suara Den ghaso pelahan sekali...laaa rupanya payung dah lamo kombang Dah baru nak mengiro...Satu persoalan yang Den selalu tanyo, tapi biasonya tak mendapat jawapan yang memuaskan hati Den ialah...kenapo kami disuruh menunggu 3 saat dengan mengira 1000,2000,3000 sebelum membuat pemeriksaan payung kembang dengan baik atau tidak...kenapa tidak disuruh kira 1,2,3...kan lebih mudah...? Any takers ....why must para troppers count 1000,2000,3000..instead of 1,2,3...immediately after jumping out from the plane ?

Semasa payung kembang...keadaan di persekitaran agak sunyi sekali dan dalam beberapa saat kemudian , Den lihat, bumi makin lamo makin doket...kaki Den ghaso goli lak...ghaso nak copek ajo sampai ke bumi...tapi maso tu Den teringek posan jurulatih...jangan kojar bumi....pastikan kaki dan kedudukan dalam keadaan sedia untuk mendarat, bila dah menghampiri bumi...Dan Den lakukan apo yang telah diajar..maso tak perlu nak berfikir lagi dah...mungkin disebabkan, kami memang dah selalu dilatih dan didera dengan KEDUDUKAN MENDARAT maka kami dah bersedia untuk mendarat sebagaimana yang telah diajar..dan semuanya berlaku secara automatik. Mungkin ini adalah sebabnya kami sentiasa di dera dengan latihan  KEDUDUKAN MENDARAT... di mana bila di dalam keadaan sebenarnya, ia dapat dilakukan tanpa perlu teragak-agak atau berfikir panjang lagi....dan Den mendarat dengan selamat...

Dan di sepanjang perkhidmatan, Den ingek  Den telah  membuat penerjunan statik tak lebih dari 20 kali. Di mana di antaranya beberapa kali terjun di waktu malam, dan terjun di  air....Walaupun Den tak banyak pengalaman penerjunan, tetapi  Den rasa itu pun dah kira bertuah kerana bukan semuanya boleh merasa pengalaman untuk terjun payung nie. Kalau hari ini orang suruh Den terjun, Den ghaso tak ado masalah , tapi mungkin Den kono pakai payung kargo lak sesuai dengan bentuk tubuh Den sekarang nie ...huhuhu...