Friday, 19 August 2011

Siri 3 : Breaking The Ice.


Hari berikutnya kami telah membuat appointment untuk berjumpa dengan General Ade Musa- Presiden of Somalia Puntland. Pertemuan tersebut diaturkan oleh Dr Z telah diadakan di Restoran di Sheraton Hotel. Wah dalam hati Den masa tu tak sabar-sabar lagi nak menghadiri perjumpaan tersebut. Maklumlah pada masa tu Gen Abe Musa ini adalah antara orang yang paling berpengaruh di kawasan autonomi Somalia Puntland, sebahagian dari kawasan utara Somalia. Dalam hati Den masa tu, fuhhhhh bukan main bangga lagi dan berdebar-debar lak nak menemu ramah orang kuat Somalia nie.


Dalam pukul 2 lebih, entourage yang ditunggu tiba. Ala makk aii, Den ingat si Gen tu mestilah gah orangnya dan bergaya, rupa-rupanya hensem Den sikit daripada dia. Den ingat BMI dia pun mesti lebih dari Den. Cuma appearance kami saja yang agak hampir sama tone warnanya, bezanya Den Gelap-gelap manis dia gelap-gelap berkilat. Masa tu Den ada konfident sikit, bila tengok Gen tu, lebih kurang macam kembar Den sahaja, Cuma Den manis sikit sebab ada misai. Dan bila dia bercakap, Den menghadapi masalah untuk memahaminya. Nak kata english tak juga nak kata Africaan langguage pun susah juga, apa-apa pun Den banyak suruh dia repeat sebab tak berapa faham dia cakap.
 Dari Kiri : Dr Z, Kol X, Pembantu Khas Gen. Abe dan Den 
Duduk: Govenor Puntland Gen Abe Musa di Hotel Sheraton, Djibouti.

Walau apa pun perjumpaan tersebut banyak membantu kami di dalam memberi maklumat penting dan mutakhir berkaitan situasi kapal HS1pada waktu itu. Dan Hasil dari perbincangan dengan General Ade Musa, kami mendapat maklumat bahawa kedudukan kapal HS 1 dan semua kapal yang ditawan masih di kawasan perairan Eyl. Beliau mendakwa bahawa beliau telah mendapat maklumat bahawa ketua kumpulan lanun adalah seorang dikenali sebagai ‘Black’yang dianggotai oleh pemuda dari pelbagai puak Somali yang berlainan.

Beliau juga memaklumkan terdapat kematian yang melibatkan krew HS 1, namun mayat anak kapal yang mati tersebut telah di buang ke dalam laut. Pihak lanun juga sedang mencari seorang anak kapal yang dipercayai telah hilang atau bersembunyi. Walau bagaimanapun setelah semakan dibuat kami dapati maklumat tersebut adalah ‘kelentungan ‘ Gen Ade.  Beliau juga memaklumkan bahawa pada masa ini, HS1 mengalami masalah kerosakan enjin dan maklumat ini juga masih belum dapat dipastikan melalui kesahihan sumber beliau.

Pada dasarnya, menurut Gen tu sebagai Presiden of Somalia Puntland, beliau tidak bersetuju krisis ini diselesaikan melalui rundingan dan membayar pampasan. Menurut beliau tindakan ini akan lebih merumitkan keadaan dan meningkat insiden tebusan di masa akan datang. Beliau lebih cenderung untuk menyelesaikan krisis ini dengan menggunakan ketenteraan dan sebagai ‘deterence’ dengan tidak membayar sebarang pampasan kepada pihak lanun. Setelah  Den siasat dan dapat maklumat dari sumber lain, Den percaya bahawa Gen tu sebenarnya tidak menceritakan pendirian yang sebenarnya. Kredibiliti Gen tu untuk memberi maklumat tepat,sahih dan dipercayai dah mula kami ragui. Walau bagaimanapun pandangan Den tidak sehaluan dengan partner Den yang sorang lagi tu . Beliau berpendapat  bahawa Pandangan dari Presiden of Somali Puntland, Gen Ade Musa, adalah suatu pandangan diplomasi seorang pemimpin negara yang mana ia lebih mengutamakan keselamatan dan nama baik Somalia secara keseluruhan. Usaha untuk membebaskan tebusan dengan memberi bayaran tebusan akan dilihat sebagai satu tindakan untuk melumpuhkan aktiviti pelanunan.

Kami sependapat mengenai kebolehpercayaan  maklumat yang Gen Abe berikan. Atas sebab itu kami cuma mengklasifikasikan maklumat dia tu boleh dipercayai hanya setelah dibuat semakan dengan sumber lain. Walau bagaimana pada masa itu hanya beliau sahaja yang boleh memberi maklumat yang dianggap terkini maka , maklumat tersebut kami anggap adalah yang terbaik dan terkini setakat itu. Pada malamnya Dr Z telah merancang untuk memperkenalkan  kepada kami pada seseorang yang di percayai oleh Dr Z sebagai orang perantara antara pihak lanun dan dikenali sebagai Mr K . Dalam hati Den ini  dah kira bagus sebab beliau mungkin mempunyai maklumat yang lebih banyak mengenai kumpulan lanun yang telah menawan HS1 tu.

Malam tu selepas makan malam, Den dimaklumkan oleh partner Den bahawa beliau ada tugas luar bersama Dr Z. Dia telah arahkan Den untuk menemu bual dan mendapatkan maklumat dari Mr K. Apa pun malam tu  Mr. K jumpa Den di lobi hotel dan kemudian Den ajak dia ke cafe kat hotel tu. Dia datang dengan kain pelikat dan membawa sebungkus plastik merah yang Den lihat mengandungi sejenis ‘sayur-sayuran’ macam daun kalsum aje. Sebagai nak ‘memecah ais  [breaking the ice] ..nak mula bicaralaa,

Den tanya dia  “ Yo..Bro whats in the plastics bag  ?’. 

Mr K : “ Sir you don’t know hah...this is what we calll khat leaves .

Den :  ‘ What is it for ?..is a medicine or is it something u all use for cooking ?

Mr K:   “ No..this is what we like to chew ..people of somali like to chew these leaves everday ‘.

Den “..Is is a kind of cannabis, or drugs ?

Mr K :  “Well I would say , it is sort of that, you wanna try, just chew it like you chew  a chewing gum , but don’t swallow it, once u finish it, and u feel it dry, you spit it out .

Den :  Ok Let me try a bit.

Sambil Den ambil dua tangkai daun ghat tu dan kemudian Den kunyah macam daun sirih , mula-mula Den rasa pahit sikit, lepas tu sedap lak, masa tu Den order air coke , bila kena air coke yang sejuk dengan daun khat tu. fuhhhhh kepala Den sodap semacam ..macam kat cloud nine. Hehehe. Lopeh tu Den mintak dan Mr K setangkai lagi..ehhhh dio bori Den 4 tangkai, Den kunyah, macam kambing makan sirih, Den teguk air coke, kepalo Den makin sodap, macam pekena ubat batuk lak…high in the sky…dah Nampak bintang circling around kat my head.
Khat or Qaad is considered a leafy narcotic obtained from the Catha Edulis tree. The tree, which originated in Ethiopia, has spread to many other countries like Zimbabwe, Congo, Kenya, Arabia, South Africa, Tanzania, Yemen and other countries. When the kat leaves are chewed, you experience the feeling of euphoria and a strange stimulation. Kat has become a cultural phenomenon for the Somali and Yemeni societies.
Dalam tengah high tu, Den dah mula sembang tak berhenti , pasal politic dan keamanan Somalia, macamana Somalia boleh bangkit dan sebagainya. Pendek kata kalau Den berkempen masa tu untuk jadi presiden Somalia  gerenti Den akan menang. Cakap Den laju semacam aje, walaupun bahasa Inggeris Den tak baik , tapi masa tu Den rasa Den cakap macam air..semuanya lancar. Masa tu Den perasan si daun khat tu dah abis dan air coke dah 3 botol. Mr K pun dah pening. Lalu Den panggil waiter, suruh bawak bill  dan kemudian 

Den kata kat waiter tu :..” Yo bro if Iwant these khats leaves, now , where I can get it “

Waiter tu jawab “..” OK Sir I can buy for you , just give 10USD, will get a good khat leaves for you “

Den : OK, take this USD 10, after that u send the ghats to gazebo at the beach I will be there and brings along some cokes ok ? 

OK Sir, jawab si waiter tu.

Lepas tu Den ajak Mr K. pergi ke gaezebo dengan niat nak menginterview dia,malangnya hajat Den tak kesampaian. Pening daun khats masih lagi menguasai Den, dan hampir sejam kemudian keadaan menjadi lebih tidak sesuai bila si waiter tu datang dengan serumpun daun khats , macam nak bagi kambing makan dan beberapa tin coke. Malam tu Den sembang kosong dan berbual pelbagai isu mengenai Somalia sehingga abis ghats yang baru dibeli dan sedar-sedar mentari dah menampakkan sinarnya di bibir laut aden. Malam tu Den tak tidur langsung  kerana penangan khats tu..

Pagi tu Den terus pergi ke coffee house untuk breakfast, dan masa tu partner Den jumpa Den..dan bertanya “ Apa macam mission malam tadi, succeed ke “ ..[maksudnya boleh kami  melantik Mr K untuk menjadi eyes and ears kami ] …..Jawapan dari Den “…Mission accomplished but need further confirmation.. saya pelan nak jumpa dia malam nie …[Accomplised apo ..malam tadi kepalo dah pening dan macam orang hisap madat ...sesekali terasa ingin jugak mencuba, nasib baik tak ketagih lak , tidak haru dibuatnya] Dan dalam pada tu  memang niat Den nak jumpa Mr K sekali lagi , dan kali ini memang nak  ‘screen test ‘ dia betul-betul, apa yang berlaku malam tadi hanyala  ‘breaking the ice”….hehehehe sambil minum ice coke.!!