Sunday, 7 August 2011

Siri 1 : TIM ADEN : Djibouti Here I Come !

Den masih ingek lagi pada 19 Ogos 2008 lebih kurang jam 2230 waktu tempatan kapal Bunga Melati 2 (BM2) kepunyaan MISC dipercayai telah ditawan oleh sekumpulan lanun di Gulf of Aden, Somalia. Dari maklumat awal yang diterima dari pihak MISC, kapal tersebut adalah merupakan sebuah kapal ‘tanker’ yang membawa muatan minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia ke Rotterdam, Belanda. Terdapat seramai 29 warga Malaysia dan 10 warga Filipina yang turut sama ditawan di dalam insiden ini.

Pada hari berikutnya Den telah diarahkan oleh bos Den untuk menghadiri satu mesyuarat Kumpulan Kerja Kawalan Keganasan yang  telah diadakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Apo yang dibincangkan semaso mesyuarat tersebut tak lah dapek Den ceritokan secaro terperinci. Yang Den tahu, balik ajo dari mesyuarat tersebut Den telah membuat memo untuk berkaitan mesyuarat tersebut kepada bos Den. Mulai hari itu Den telah diarahkan untuk mengikuti perkembangan kes rampasan kapal tersebut dan dikehendaki membuat satu laporan  harian setiap hari .
KAPAL BUNGA MELATI DUA YANG DITAWAN LANUN
PADA  18   OFOS 2008
 Pada hari keempat selepas kejadian tersebut, dan waktu itu adalah hari Sabtu, semasa Den sibuk membuat kerja di pejabat, bos Den telah datang dan bertanya kepada Den .

“ Den , pass port antarabangsa kau hidup lagi tak ?”. 

Den pun hairan dengan pertanyaan tersebut dan Den jawab  ‘. OK lagi Tuan, saya baru pergi Indonesia bulan lepas, tarikh mati pun 2013, ehhh kenapa Tuan tanya benda tu ?

Maso tu bos Den selambo ajo cakap, “ standby sama ada Isnin atau Selasa ini kita akan ke sana .”

Maso tu Den ingek dio tu bergurau sebab cara dia cakap macam tak ada trill langsung...Kemudian Den tanya bos Den , “Pergi ke mana tuan ? .  

Bos Den jawab “, Kita akan ke Port of Aden, Yemen untuk “memantau” kes ini.

“..Maso tu Den macam tak percaya aje, tapi Den maleh nak bercerita panjang sebab masa tu Den tengah sibuk nak membuat laporan perkembangan kes rampasan kapal tersebut berdasarkan dari  “maklumat dari kengkawan Den “.

Petang tu selepas saja Den selesaikan laporan Den dan serahkan kepada Bos Den, Bos Den berposan sebelum balik “ OK you better make a preparation, most probably by Monday or Tuesday  kita akan bertolak .”.

Eh biar boto ini, lalu Den minta kepastian dan maklumat lanjut berkaitan pergerakan tersebut seperti siapa lagi akan pergi, apa misi kami, berapa lama dan sebagainya. Bos Den pun memberitahu Den dan kali ini dengan nada yang agak serius “movement date bla..bla...misi..bla..bla...duration..bla.blaa...

Lepas sahaja briefing tersebut baru Den yakin yang Den akan pergi ke sana  di dalam masa terdekat . Apa misi dan visi tak perlu lah Den ceritakan di sini, sebab masa Den balik rumah pun Den bagi tahu orang ghumah Den “..Yang, I akan outstation, minggu depan..mungkin untuk beberapa minggu .”..itu sahaja  yang Den bagi tahu dan orang ghumah Den memang dah faham tak pernah tanya lebih dari itu.

DJIBOUTI BERSEMPADAN DENGAN SOMALIA

Hari Isnin Den dapat confirmation dari Bos Den yang Den akan bertolak pada malam tersebut , first stop Dubai  then ke Sanaa, Yemen dan seterusnya ke Port of Aden. Cuma terdapat perubahan dari segi keanggotaan mulanya kami sepatutnya berlima, tetapi akhirnya Den berduo aje, dan bukannya dengan bos Den, ada seorang Kol  X akan terlibat. Wah maso tu bukan main banggo nya Den, maklumlah, dalam ghamai-ghamai pegawai lain yang bekerja kat tempat Den ini, Den terpilih dan seorang lagi tu berpangkat  kol. Wah ini dah kiro jadi jebon boto nie, walaupun  misi tu agak sukar...nak-nak kat tempat orang lak..Apo pun Den syukur kerana diberi kepercayaan untuk mengikuti misi tersebut.

Memandangkan tugas yang bakal dijalankan adalah melibatkan pembabitan pihak lanun dari Somalia, maka kami telah menghubungi kenalan lamo yang berada di Djibouti untuk membantu kami dalam melaksanakan penugasan tersebut. Mengikut perancangan asalnya kami akan ditempatkan di Port Of Aden, Yemen Walau bagaimanapun, setelah perbincangan dibuat dengan agent kami  (hehehee macam cerita Mat Bond lak } kami telah dinasihatkan untuk berada di Djibouti kerana dari segi geografinya, Djibouti adalah lebih bersesuaian  bagi melaksanakan tugas kami dan ia  mempunyai kemudahan yang diperlukan bagi membantu Tim di dalam melaksanakan tugasan ini.

Dan seperti yang dirancang , pada malam Isnin tu , jam 1100 kami berlepas dari KLIA menuju ke Dubai. Fuhh maso tu macam cerito wayang boto, Kami berlopeh menaiki fligth first class. Itu bukan kali pertamo Den naik pesawat first class, tapi kali ini ado  kelainan sedikit. Maso tu fikiran dalam kepalo dok mencongak dan merancang tugas yang akan dijalankan. Fuhh kalau nak ikutkan bukan senang, dan harapan ‘jabatan’ Den adolah sangat tinggi kerana ini melibatkan  ‘isu negaro jugak laa nie ‘..Maso tu Den terfikir yang MKN pun menantikan berita dari Den dan kawan Den tu. Kalau Den gagal , mak ooiii mano nak lotak muko. Peg yang ikut Den tu walaupun pangkatnya full kolonel, tapi  kojo yang kito kono buek tu bukan bread n butter dio, ini kojo Den....kalau pincang Den akan pincanglah semuanya, Kolonel tu lobeh kepada PR manokalo yang nak membuat kerja-kerja sebenar adalah Den...berat juga tanggungjawab tu bilo Den fikirkan. Apo-apo pun Den buat ‘cool’ ajo di sepanjang maso penorbangan sebab nak kontrol mancho laa kononnya.

Kami sampai di Dubai , waktu jam awal pagi. Nasib kami baik , kawan lamo Kol X jomput kami di lapangan terbang. Dari sana kami terus bergerak ke salah sebuah mess penginapan pegawai tentera UAE. Sampai disano, Den agak terkojut, apo tak nyo, mess dio orang kalah hotel 4 bintang kek Malaysia. Bilik yang Den dapek memang cukup mewah dan walaupun maso Den masok  waktu dah hampir dinihari, dalam bilik tu ado terhidang makanan dan buah-buahan. Mewah memang mewah maso tu, macam cerito James Bond lak. Semuanya ado class gitu. Sampai ajo Den terus mandi, lopeh tu apo laei  Den menikmati juadah yang memang dah disediakan kek bilik tu...Nasi berani  , ada kambing dan banyakkkk bawang.


Bilo lopeh makan , Den kono lak buah-buahan...pendek kato memang konyang boto Den pagi tu. Bilo dah konyang, mato pun kocik ajo...Den pun bergorak menujuk ke katil queen size nya. Sambil meronong siling bilik tu, kepalo Den dok ghisau akan tugas yang bakal Den laksanokan...berjaya ke..hati Den dok bertanyo. Ini bukan kerja main-main nie, ini kerja betul, kalau tugas macam in kat Malaysia, insyAllah tak ado masalah, tapi ini kek tempat orang, bahaso dio pun Den tak faham, Dah laa tu, Den pun susah jugo nak menyembunyikan indentiti  walaupun kulit Den memang golap...sobab orang kat tempat Den nak pogi tu lagi golap-golap. .Satu laei orang kek sano rambutnyo kebanyakkannyo 'curly', rambut Den luruss, dio orang jarang ado misai Den ado misai lobek lak tu, dan yang paling ketaro, dio orang  BMI nyo gondah-gondah..dan Den kategori debab.memang susah nak 'blend ' dengan dio orang. Nak-nak kalau buek kojo under cover, memang tak tercover Den. Apo-apo pun..entah  pukul berapo Den terlolap Den tak sodar malam tu Den tidur macam  si  Labu dan Labi...sambil mulut mengomel..bezonya si Labu dan Labi kato cari kayu,cari kayu.dan Den kato lak.cari maklumat, cari maklumat,.cari..maklumat sampai Den terlolap.