Monday, 1 August 2011

Ramadhan di Empat Benua.

Pojam colek,pojam colek…Ramadhan datang lagi..Syukur kita dapat  berpuasa sekali lagi.   Dan kita patut lebih bersyukur kerana kita dapat menjalankan ibadah puasa dan bertarawih di bulan yang mulia ini dengan penuh kesenangan tanpa sebarang halangan, kerana negara kita masih lagi aman..tahun.. Dan pada kali ini Ramdhan tibo, Den terkonangkan  maso-maso Den berpuaso semasa dalam perkhidmatan. Terutamanyo semasa operasi. Kalau  berpuaso di dalam kem, biasanyo kegiatan dan tugas harian totap samo, latihan Pt dan latihan fizikal lain biasonya  akan diteruskan seperti biasa juga.


Cuma yang tak sodap bila berpuasa di kem adalah kerana terpaksa menghadiri banyak majlis berbuka puasa yang telah dianjurkan. Den Masih ingek maso Den jadi Adjutant 11 RGK dulu, setiap selang dua hari Den akan menghadiri majlis berbuka puasa . Biasanya setiap skuadron akan buat majlis berbuka, dan sebagai Adjutant Den akan pasti dijemput, lepas tu jemputan untuk menghadiri  Majlis Berbuka di Mess Pegawai, Mess Sarjan, Kpl Club dan ini tak masuk lagi majlis-majlis berbuka Dengan Panglima Grup, PTD,PAT..bla..bla...

Ado sampai satu peringkat tu..Dah naik maleh nak menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan sobaba pado maso tu laah banyak doso merungut... waktu berbuko pukul 7 lobeh, kul limo dah kono baris... sambil menunggu ketibaan si anu, si anu ...biasonya kami akan merungut, air terlampau manih kami merungut,  nasi lombek , kami merungut, tak leh nak berghasap lopeh buko kami merungut..tu yang banyak doso merungut tu maso majlis berbuko...dan sebab tu Den tak suko majlis berbuko berpuaso semasa di dalam  perkhidmatan.

Selain dari itu, pengalaman berpuaso dan berbuko di dalam hutan semasa operasi  adalah antara pengalaman yang tak akan Den  lupokan. Apo taknyo, maso berpuaso dalam hutan banyak ‘trillnya’. Rutin kami pun tetap sama seperti masa-masa operasi di luar bulan puasa. Pagi dalam jam 0800 kami dah mulakan rondaan, dan kami akan berhenti berlabuh untuk membuat persiapan berbuka selalunya pada jam antara 3-5 petang. Makanan kami sama ada untuk berbuka atau bersahur tidak ada yang ‘specialnya’ kecuali kalau nasib bak kami dapat menangkap ikan. Kalau tak kami akan makan ‘pack ration sahaja. Apa pun kami tetap bersyukur kerana, dalam keadaan macam itu pun, makanan kami masih boleh lagi dikategorikan sebagai “mewah”. Cuma mungkin semasa berbuka biasanya kami tidak berapa selesa sedikit, kerana berbuka ‘ala-ala candle ligth  dinner’..atau macam red indian di sekeliling ungun api sambil di dendang oleh nyamuk dan agas. Dan kalau nasib tak baik pula, hari hujan kami akan makan di bawah basha di dalam kegelapan atau di bantu cahaya ‘torch ligth’..dari segi lain , kira ok , tak lah menjadi masalah sangat.

Selain dari pengalaman berpuasa di dalam kem. Den bernasib baik kerana pernah juga berpuasa di tiga benua lain. Semasa Den di Bosnia, Den berkesempatan berpuasa   dan pada masa tu adalah musim sejuk. Kami bernasib baik  kerana Ramadhan pada waktu itu jatuh semasa musim sejuk. Kalau ditakdirkan jatuh pada musim panas..Fuhhhh maleh Den gambarkan. Bukanlah kerana cuaca di sana ‘amat panas’ semasa musim panas, tetapi masalahnya..siangnya amat panjang dan malamnya amat pendek. Bayanglah  semasa musim panas, waktu subuh biasanya antara 0200-0230 , maghribnya dalam jam 2100 lebih...kalau nak dikira , waktu siangnya panjang tu..dan malamnya agak pendek semasa musim panas.

 Dan Den percaya kalau maso Den ado kek sano dulu tu Ramadhan jatuh musim panas, dan pado maso tu Den pun masih bujang paneh lagi....ghaso-ghaso Den ado masonya Den akan kecundang tu ...Tapi Den nasib baik sebab maso tu musim sejuk. Maghrib masok dalam jam 1545 petang dan subuh lak dalam jam 8 pagi...apo laei...maso puaso pun agak pendek laa. Semasa buka  walaupun kami hanya berbuka di dalam kem, tetapi bagi kami ia sudah cukup mewah, dengan kambing salainya dan macam-macam lagi. Cuma yang sedihnya, semasa dah dekat-dekat nak berbuka tu, pasti akan ada anak-anak dan orang –orang tempatan yang akan datang di pagar-pagar kem untuk meminta makanan yang berlebihan, susu dan sebagainya. Bila difikirkan balik, rakyat Malaysia yang beragama Islam lebih bernasib baik dari mereka-mereka ini. Kita di Malaysia Mewah dengan makanan, Ramadhan di sambut dengan meriah sekali, Setiap malam masjid-masjid  dipenuhi dengan orang  ramai untuk sembahyang tarawih dan selepas tu sesi makan moreh pulak..kan mewah tu..

Semasa Den menyambut Ramadhan di benua Amerika pula , keadaan di sana pada waktu itu adalah baru sahaja lepas musim sejuk. Dan tempoh untuk berpuasa pun tidak lah terlalu lama. Cuma suasana berpuasa agak berlainan. Maklumlah, masa tu Den tidak membawa keluarga. Santapan sahur Den amat mudah, semuanya jenis yang boleh dalam micro wave oven. Santapan berbuka lagi simple...jenis cepat dimasak sedap di makan dan buah-buahan. Nak sembahyang tarawih berjemaah, susah sikit.. kerana nak pergi ke Masjid yang agak jauh .Biasanya Den akan pergi dengan tok-tok arab, kalau dio orang absent , maka Den pun turut absent. Disebabkan penempatan yang Den tinggal tu , kurangnya umat Islam, maka Den tak merasa sangat kemeriahan bulan Ramadhan dan ianya lebih kepada ibadah berpuasa dan berbuka secara sendirian , tiada  ‘agenda melawat ‘bazaar ramdhan.’

Pada masa itu untuk mendengar azan pun agak susah sekali. Teringat pula , semasa Den  melaungkan azan  di waktu subuh, sebaik sahaja Den selesai, datanglah  dua orang MP kek bilik Den dan bertanyakan kenapa Den  ‘menjerit” dan mengganggu orang di waktu pagi..Den terangkan kepada mereka tentang “azan’ dan keperluan amalan dalam Islam...dan jawabnya ..”..This is United states..u have to respect the others...u are not allowed to shout the azan any more here ...”Den terus jawab ..” .OK..dan baru laah MP tu blah, maleh Den nak bertokak dengan dio lagi..Cubo kek Malaysia, walaupun bukan negara Islam, tapi kalau ado orang nak datang dan bori tahu suruh kito jangan berazan....Den ingek dah tontu orang tu sekurang-kurangnyo kepalo dio akan diluku. Walaupun Malaysia  ‘bukan sebuah negara Islam “...tapi kebebasan untuk meninggikan syariat Islam dan mengamalkan ajaran dan suruhan Islam tidak pernah dihalang. Walau pun kita mempunyai kerajaan yang ‘sentiasa korupsi, dan sering ‘menindas hak rakyat’ dan pemimpin-pemimpinnya yang di agak zalim, rasuah dan tidak islamik tetapi hak kita sebagai orang Islam tidak pernah di sekat atau dihalang.....inilah uniknya Malaysia sebagai bukan negara  Islam !!!!

Benua ketigo yang Den sompek berpuasa ialah di benua Afrika...[Tanah Arab bolom ghaso laei...bolom ado rezoki ] Negerinya  Djibouti/Somalia. Den berada disano selamat 42 hari dan sompek berpuaso selamo 28 hari kek sano. 95% penduduknya beragama Islam. Semasa Ramdhan, kebanyakkan dio orang ini sangat pasif. Kalau pergi ke masjid-masjid...selepas waktu zuhur....hampir semua kawasan masjid akan dipenuhi oleh manusia....bukan untuk beribadah atau majlis tazkirah, atau sebagainya...Mereka sebenarnya datang dan meramaikan masjid hanya untuk tidur. Maklumlah kat luar kan panas. Waktu berbuka, Den memang tak sanggup nak berbuka kat luar, sebab pertama mungkin faktor kebersihan dan yang keduanya, biasanya tak sampai hati nak makan, sebab  sering kali ada sahaja ‘grup kanak-kanak susah’ datang minta makan atau berdiri di kawasan restoran tersebut sambil memerhati kita makan. Keadaan ini menyebabkan Den sering kali tak selesa nak makan di luar, selain dari di restoran hotel penginapan Den .
DJIBOUTI..A PLACE WHERE I DON'T WANNA TO BE..
Maso tu Den tinggal kek Sheraton Djibouti. Walaupun harga makanannya amat mahal kalau ikut rate Djibouti..Den tak kisah, sebab makanan tu semunya di bayar oleh ‘ bos den”...Sekurang-kurangnya , Den merasa senang sikit untuk makan, kerana di luar tu banyak sangat dugaannya. Kalau ikut hati Den memang tak sampai nak hati makan sambil diperhatikan oleh kanak-kanak susah tu..hilang selera sebab kesian kat mereka. Tu sebab Den lebih suka berbuka kat hotel aje semasa di sana. Kalau kat Malaysia, pendekata kalau nak makanlea, tak payah mintak-minta  ...pergi aje kat ke banyakkan masjid..sah ada makanan dan juadah untuk berbuka yang disediakan secara percuma. Walaupun pada masa ini orang ghamai sibuk menyatakan tentang kenaikan harga barang-barang harian disebabkan dasar kerajaan yang tidak betul....tetapi masih ada juga orang yang baik budi dan murah  hati untuk menyediakan makanan untuk orang berpuasa secara percuma...inilah uniknya Malaysia sebagai bukan Negara Islam.

Dan hari ini, merupakan kali pertamo Den berpuaso selepas tamat dari perkhidmatan, Den terasa satu kelainan pula. Semasa Den sampai di pejabat pagi tadi, telah kedengaran lagu Selamat Hari Raya , nanyian Sanisah Huri...dan Di tempat kerja Den yang baru nie....pukul 1225 dah sibuk membeli lauk pauk untuk berbuka puasa yang telah dijual oleh agent jualan dari pejabat ke pejabat. ...Biar betul ini macam tak percaya aje. Sementara itu, terdengar suara-suara sumbang yang bersembang pasal cuti hari raya nanti , siapa yang akan kena ‘stand by’ siapa yang akan cuti fasa satu dan cuti fasa dua “. Dan di waktu rehat telah kedengaran suara-suara staff Den bercerita fasal tapak bazar Ramadhan yang bakal mereka lawati pada petang ini.  Selain itu telah kelihatan borchure-brochure  diedarkan untuk tempahan kek dan biskut hari raya sedang giat dilaksanakan. Meriahnya Ramdhan di sini..

Adakah ini memang menjadi kebiasaan di sebuah office awam semasa bulan Ramadhan atau sebaliknya...sukar untuk Den fahami, maklumlah ini adalah kali pertama Den menghadapi ketibaan Ramadhan di dalam suasana yang berlainan. Apa pun inilah uniknya cara orang Malaysia menyambut Ramadhan...Kita bernasib baik kerana dapat menyambut ketibaan Ramadhan dalam keadaan aman damai dan dilimpahi dengan rezeki yang cukup mewah dari Allah SWT . Kita masih bernasib baik kerana dapat menyambut Ramadhan di dalam suasana yang aman damai dan tidak ada rakyat yang kebulur di tepi jalan kerana ketiadaan makanan. Persoalannya adakah kita akan dapat menyambut Ramadhan di dalam suasana seperti ini pada tahun hadapan ...jika kerajaan kita yang ‘zalim, korupsi, tidak islamik dan tidak bersih ini yang memerintah sekarang digantikan dengan kerajaan lain yang lebih baik dari kerajaan sekarang ? “ “ Sama-sama lah kita tunggu dan lihat nanti....”.