Wednesday, 13 July 2011

WITH THE GOD'S WILL....I WILL SURVIVE !

Baru duo tigo artikel Den tulis yang  berkaitan isu keselamatan, ghamai yang dah paneh. Den bukanyo nak berpolitik tetapi Den nak membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan. Ado salah sangko dan dah mulo menuduh Den macam-macam. Den tak marah, cumo Den sodih sikit yang menuduh caro tak langsung tu adolah orang-orang yg warak, dalam  Islam ado mengajarkan bahawa TAK BAIK KITO BUROK SANGKO….tapi ,ontahlah maleh Den komen lobeh-lobeh. Sobab yg Den ghaso ghamai yg buruk sangko nie adolah orang-orang yg baik latarbelakang agamonyo. Bagi nak merodhokan keadaan biar Den menulis perjalanan terakhir Den sebagai pegawai Undang-Undang dan berharap ini mungkin akan menyojokkan keadaan sebolom Den menulih pasal isu-isu keselamatan yang lobeh grand lagi hahahaaaaa...


Awal bulan 11 tahunnyo beberapo tahun yang lopeh, Den terimo satu dokumen untuk merujuk satu kes bagi perbicaraan tentera. Kesnya melibatkan “kes kelucahan melampau “, dimana pihak CPK, telah menerimo satu CD yang memperlihatkan aksi ranjang nan garang  seorang pranita. Pranita tersebut telah dikenali dan kes beliau telah dirujuk untuk perbicaraan mahkamah tentera. Setelah Den baco segala “cabutan keterangan’ dan lihat bukti  yg ado, Den berpendapat bahawa kes itu tidak ado merit untuk di teruskan. Alasan Den ,

PERTAMO : tiado saksi yg boleh membori keterangan yg kukuh berkaitan dengan rakaman CD tersebut, CD tersebut hanya dijumpai, setelah pasangan wanita itu, membaiki handphonenya dikedai, kemudian towkey kedai telah menguploadkan rakaman kelakuan lucah pranita tersebut dan kemudiannya telah  mem’burn’kan kepada CD. CD dijual dengan harga RM5 satu.

KEDUO : Tiada keterangan yang diambil dari towkey kedai itu berkaitan dengan CD tersebut.

KETIGO : Ketiadaan pakar untuk membuat  ‘autentication’ akan ke originality CD tersobut.

KEOMPEKNYO : Pado pandangan Den kes ini lebih kurang macam kes prono seorang ketuo sahaja. Yes it is him, he is the one in the video but he is doing it or fun, somehow  some nasty people had used it to blackmail me. Dan the video got nothing to do with kes video yang baru –baru yo..JANGAN BUROK SANGKO…

KELIMO : Hanya seorang saksi yang menjumpai CD yang akan memberi keterangan dan bahan bukti yang ada hanyalah CD yang tak boleh nak di autenticate kan .

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya, Den hantar memo kek Bos Den  dan Cadangan Den “ Case should not be trial by CM”, dan seperti biasa Dato Den setuju. Walaupun dari sogi moral dan ehhemmmmm AGAMONYO bondo tu salah dan tak sesuai, tetapi dalam bab-bab dakwa, hukum dan melibatkan perundangannya bukan boleh kito main ikut sodap kito ajo. Setolah tidur dongan tangan melokek ke dahi, selamo 3 hari tigo malam, dan selepas memohon petunjuk dari Allah, Den buek keputusan untuk “tidak meneruskan kes tersebut”.

Penghujung  bulan 11, Den mendapat telefon dari HQ, dan seperti biasa , boss Den “belasah Den” pasal tak nak meneruskan kes tersebut. Seperti biasa , beliau yang kocut perut dan takut pado  chief off all the land red indians, dio sorang Den abis-abisan dan suruh Den proceed jugak. Perang talian berlaku. Den pun berkoreh jugak..tak mahu mengikut kehondak dio Den akhiri peperangan tersebut dengan “ OK Tuan, you akan dapat apa yg tuan nak, the case will be reffered to CM, somewhere in Jan next year,because I am damn busy lately..”..Plunggggggg Den letak telefon. seperti biaso Den kalau dah paneh, memang maleh nak bercakap banyak...takut Den bertindakan diluar kawalan. 

Hari berikutnya Den pergi ke Mindef, jumpa Pengarah Den . Bila Den masuk Den terus kata “ Tuan, Saya rasa masa dah tiba untuk saya balik bertugas di unit komando, lagipun saya dah lama dalam bahagian undang-undang hampir 7 tahun, saya rasa masa dah tiba untuk saya balik ke unit .”.

Jawap boss Den : “..OK , aku akan postingkan kau ke Mersing sebagai ketua squdron…, effective on 1st   of Jan .” Den tak berapa selesa bila dia kata Den akan diposting kan ke unit tempur semula , lalu Den jawab “ ..well tuan , saya nak minta consideration sikit , saya dah buat OC dulu, lagi pun dengan keadaan sekarang saya rasa tak sesuai untuk buat OC, saya bukan nak mintak pangkat  saya Cuma nak minta dipostingkan ke PULPAK sebagai staff, memandangkan kesihatan dan tubuh badan saya yang tak mengizinkan ini “…

Jawapannya “..Nope you don’t have any choice , either balik 22 Cdo or go back to your own Kor ,,” Den cubo merayu dipuncak gonting, hehehee hampeh , langsung tak dilayannyo. Lalu Den kato , “OK Tuan, can you give me two weeks, before I made any decision”. 

Den terus keluar..2 weeks ?...Maso tu Den berfikir, kalau Den balik ke kor asal Den akan kehilangan elaun komando RM 900.00, hilang elaun mengajar/syarahan 500-600 sebulan dan claim tugas resmi 800-1000 sebulan, bilo dijumlahkan..fuhiii hampir rm 2500 jugak laa.. Entah macamano, Den terus pergi ke Jabatan Arah Kor Asal Den , tanpa ada sebarang appoinment, Den terus minta jumpo pengarah, Den masuk dan Pengarah,maso tu memang dah kona Den, Dio tanyo, ..”..Yo mr loyar….how can I help you ?’…Pendekkan cerito Den kato “ Tuan, saya nak balik ke kor asal, just tell me what  I should do…and I don’t care where I will be posted, just let me ini “…Pengarah terus suruh Den tulis surat kepada Pengarah Kdo, Panglima Kdo, Pengarah Kor Asal Den dan Panglimonyo..lopeh tu dio kato tunggu surah posting keluar”…Den tanyo when is the earliest date ?...dio Jawap early Jan .

Lopeh sembang Den pun balik ke pejabat…Dalam hati Den, kalau jadi , Den akan kehilangan hampir RM2,500..bolehko Den survive…?....Maso tu orang ghumah Den pun Den tak bincang laei…Tapi entah macamano agaknyo, hati Den tak ghisau langsung pasal duit tu…Den kato  dalam hati Den …..I will survive….

Pertengahan bulan 12, Den terima surat dari Panglima komando, para pertama, ucapan pembukaan, para kedua,ucapan bahawa komando tiado halangan dan para ketigo, terimo kasih, jumlah perkataan tak sampai 100 perkataan. Minggu berikutnyo Den terimo posting order ke unit baru Den dalam kawasan KL jugak. Awal Jan Den lapur dan mulo berkerja kek tompek baru, raso janggal pun ado , maklumlah maso tu dah hampir 22 tahun dalam komando, tetibo kojo dengan unit kor asal Den.

Apo-apo pun Den gembiro dan sonang hati walaupun Den kehilangan pendapatan yang agak banyak jugak , tapi maso tu Den banyak sonyum, hati ghaso lapang, kepalo ghaso ringan dan tak dibebani lagi dengan masalah “konflik of interest”….cumo Den sodih sikit pasal terpakso tanggalkan landyard biru Den dan juga bere Den, termasuk wing Den yang selamo ini bertempek kek baju uniform Den. Kalau ikutkan hati Den nak lawan ajo arahan larangan memakai landyard biru dan bere hijau tu kepada mereko-mereko yang tak berkhidmat dengan komando..sebabnya bondo tu  :Den earned” dan bukannya dibori sajo-sajo…apo-apo pun siapolah Den…Den relo dalam pakso ajolaa….
.
Ops…apo jadi dengan kes pranita tu yo …hehhee..kes tu Den tak rujukkan ke MT sehinggo pengganti Den datang. Den kato dengan dio Den memang sajo tangguh kes tu  untuk dio dakwa ke CM…Den tahu di marah jugak kek Den, ..Lopeh tu beberapo bulan kemudian Den dimaklumkan oleh pengganti Den bahawa kes itu di quashed by the CM kerano lack of evidence…Den sonyum ajo….tu laa cakap Yang Arif tak nak donga..hahahaaaa…