Sunday, 17 July 2011

Siri 2 : OPS SCORPENE

Kapal selam Scorpene adalah merupakan salah satu aset strategik Negara yang baru dibeli. Sebagai satu aset strategik kerajaan Malaysia tidak seharusnya  memberi terlalu banyak publisiti dan juga penyebaran maklumat berkaitan dengan asset tersebut apatah lagi tentang tahap operasi dan juga ‘services viability ‘ aset tersebut. Selain dari itu aset ini adalah sangat sensitif dan juga digeruni oleh pihak musuh kerana kebolehannya beroperasi tanpa dikesan.


Setakat yang Den tahu pihak ATM amat menjaga akan kerahsiaan di dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan status, kemampuan asset ini. Walau bagaimanapun, disebabkan desakan oleh sebahagian MP yang sama ada buta tentang hal–ehwal keselamatan [bnonghap] dan kerahsiaan ATM atau dengan niat sengaja nak mendedahkan perihal maklumat tersebut kepada umum secara tidak langsung dan mungkin mempunyai motif tersendiri, telah mempersoalkan banyak isu berkaitan aset tersebut di Parlimen dan menyebabkan pihak Kementerian terpaksa menjawab segala persoalan yang dikemukakan atas dasar ‘transparency’.  

Sebagai contoh, mari kito kupas soalan yang telah dikemukakan oleh Lim Guan Eng berkaitan dengan isu ‘tidak boleh menyelam’. Den tak nak menjawab kenapa ia ‘tidak boleh menyelam’ kerana jawapannya dah diberi oleh ATM. Tetapi Den nak mengulas implikasi soalan tersebut dari segi keselamatan dan kerahsiaan maklumat ATM. Berdasarkan kepada soalan yang telah dikemukakan [lihat Siri 1] , Duo Isu yang ditanya adalah seperti berikut :

a.   Adakah penilai bebas antara bangsa dilantik untuk menentukan sebab ia tidak boleh menyelam ?

b.   Ulasan Den :  Ini adalah soalan bodoh. Sebab kita tahu bahawa aset tersebut bernilai berbillion Rm dan masih dalam edah gurantee dan ‘warranty’ . Kalau pun aset tersebut tidak ado gerenti atau waranti sekali pun, ATM tidak perlu nak melantik penilai bebas,kerana aset ini merupakan aset strategik, bila diambil penilai bebas, nanti ado pihak yg bonghap lak, suruh maklumkan hasil siasatan pada pihak umum. Mako pado maso tu akan terburailaah segala maklumat sensitif dan juga kelemahan dan kekurangan aset tersebut. Pendek kato ‘archilles heel”  aset tersebut diketahui umum. TETAPI, bilo ATM dah maklumkan fasal apo aset tak boleh menyelam puak bonghap nie lak tak percayo , sebab  bondo tu dibuat oleh ATM /Kerajaan dan bukan penilai bebas. Kesudahannya Kerajaan dan ATM  berado di dalam keadaan serba salah. Jika di  panggil penilai bebas, abih semua rahsio akan terbongkar, bilo tak panggil dan bagi sobab yang sebenarnya , puak pembangkang tak percayo dan kato kerajaan/ATM menyorokkan sesuatu...Rakyat boghap especially geng SMB-PP akan percayo bulat-bulat dan terus mengutuk kerajaan/ATM. Dan inilah yang sedang berlaku sekarang...mereka tak percaya dengan penjelasan ATM berkaitan dengan isu tersebut.

c.   Apakah pelan kontingensi sekiranya tidak boleh dibaiki ?

d.   Ulasan. Ini soalan nak memerangkap ATM. Tapi isu sebonarnya aset itu adolah disebabkan masalah teknikal kecik. Tapi bilo dipersoalan sebegitu, mana-mana pihak bonghap akan beranggapan ia terlalu serious. Guan Eng, sama ado bonghap atau buto kerana tanya soalan ini, kerana apa juo jawapannya akan menampakkan seolah-olah ATM ini cock up sangat, boli barang berbillion, tapi baru dapek dah rosak dan tidak boleh berfungsi, dan kalau inilah jawapannya, mako mudah lagilah mereko akan menuduh bahawa ado unsur-unsur penyelewengan di dalam pembelian aset tersebut dan geng SMB –PP akan mengiakannya dan menyalahkan ATM. Yang sodehnyo...orang luar memandang tinggi dan menghormati  ATM sebagai sebuah pasukan yang profesional dan berkaliber..malangnya rakyat negaro sendiri yang tidak tahu menahu fasal isu keselamatan pandang hino dan mengondahkan ATM..tu yang Den sodeh ..nak-nak geng-geng SMB–PP yang menjadi duri dalam daging dengan bertopengkan Islam...!

Selain dari itu, sekarang nie sibuk lak pembangkang bertanya kepada kerajaan fasal tindakan mahkamah yang dibuat oleh SUARA HARAM dan Peguam Peranchis, fasal isu “komisin” OPS SCORPENE laa kononya... Semuanya akan membuat kerajaan/ATM serba tak kena, kerana jika diperintah mahkamah untuk membenarkan pihak guaman SUARA HARAM untuk memeriksa dokumen pembelian dari ATM maka akan lebih banyak lagilah rahsia berkaitan dengan aset itu akan terbongkar..dan lepas tu adolah juak-juak akan membukukan segala maklumat tersebut dengan tujuan semata-mata nak menjahanamkan kestabilan politik kita sekarang dan juga nak menjahanamkan kredibiliti dan imej ATM. 

Sebagai contoh lihat buku yang telah di tuliskan oleh  MP DAP yang berjaya mengumpul banyak maklumat pembelian aset ATM...dari sumber rasmi kemudian dimanupilasikan.. kesudahan dio kayo , namo ATM tercemar dan kerajaan di burukkan dengan isu rasuah..dan juak-juak SMB- PMM akan bertepuk tangan dan mulo menaburkan fitnah bahawa..Kerajaan korup, ATM korup...wahal dio orang ini tak tahu hujung pangkal pun...hatta ..”back side” dio yang kurap pun dio tak sodar sobab dok sodap mencourupkan kerajaaan/ATM.

Dan penulisnya adalah  :

Kua Kia Soon is director of the human rights organization SUARAM. He has also been Principl of the community-run New Era College (2000-08); Opposition Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95); Director of Huazi Research Centre (1985-90); political detainee under the ISA (1987-89) and lecturer at the National University of Singapore