Friday, 15 July 2011

SIRI 1 : OPS SCORPENE

Mungkin ramai yang tak tidak tahu bahawa, terdapat usaha serampang dua mata yang bertujuan untuk memdapatkan maklumat ketenteraan dan juga secara tidak langsung bertujuan untuk memperlekehkan kredibiliti pasukan keselamatan kita. Dan dalam masa yang sama akan memburokkan kerajaan,Perkara ini jelas berlaku di depan mata, walau bagaimanapun kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa disebabkan ia dilindungi oleh undang-undang malah ia telah menjadi satu keperluan pula dari segi undang-undang untuk kita melaksanakannya. Situasi ini  boleh di panggil sebagai “Espionage through the Legal Means”. [ELM]. ELM  ini pulak boleh berlaku dengan duo caro, pertamo, melalui kebebasan bersuaro di Parlimen [ELM + PROXY ] dan keduo melalui tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

Dari pengamatan Den , OPS SCORPENE yang sedang dilaungkan oleh pihak SUARAM adalah salah satu cara halus untuk mencapai matlamat yang Den nyatakan diatas. Adakah ia secara kebetulan atau memang sesuatu yang telah dirancang, maka usaha tersebut turut di ‘laksanakan’ di dalam Parlimen. Di Malaysia pengumpulan, samada kita suko atau tidak maklumat dan rahsia kerajaan SEDANG dibuat tanpa menyalahi perundangan . Caro pertamo adalah melalui sesi soal jawab di Parlimen dan keduanyo melalui tindakan perundangan terhadap kerajaan.



Kito semuo tahu bahawa Parlimen ado imunity dimano apo juo yang dibincang disano tidak boleh diambil sebarang tindakan, melainkan ia melampaui adab dan tatacara yang sebagaimana yang ditetapkan di dalam SOP Parlimen. Justeru itu semua MP bebas untuk bertanya apa jugo soalan, walaupun  ia melibatkan rahsio negaro. Jadi apo jugo maklumat rasmi dan rahsia kerajaan terpaksa di jawab oleh parti pemerintah jika ditanya oleh mana-mana MP. 

Situasi ini dari kacamata orang yang berfikiran seperti JEBON, adalah peluang yang sangat baik untuk mengetahui rahsia negara, termasuk rahsia keselamatan, kerana mereka hanya perlu BERTANYA dan jawapan yang BENAR akan diberi. Jebon-jebon dari selatan ke, utara ke, yang mata satu ke, tak perlu bersusah payah nak menanam agent-agent lagi untuk mendapatkan maklumat. Jebon-jebon in hanya perlu mencari proxy mereka sahaja di Parlimen. Sebab tu,kalau kita amat-amati, sejak kebelangkan ini, banyak isu yang melibatkan ATM dibincangkan khususnya kes SCORPENE.

Dan satu lagi kaedah ELM ini adalah apa yang sedang dibuat oleh SUARAM dengan cara MEMBAYAR Peguam Perancis untuk menyiasat kes pembelianSCORPENE. Kalau kita lihat dan amati Isu ini menurut SUARAM “kapal selam bukan satu isu tersendiri tetapi isu negara dengan kesan domino yang menjadi perhatian semua rakyat Malaysia, tentang bagaimana wang dibelanjakan dalam pembelian senjata dan hak untuk pengetahuan semua rakyat. “


Persoalan yang  menjadi tando tanyo Den sekarang apo pasal SUARAM sibuk sangat nak tahu “ tentang bagaimana wang dibelanjakan dalam pembelian senjata”  dan SUARAM tidak sibuk bertanyo dan nak menyiasat pasal bagaimana wang dibelanjokan didalam sektor lain yang lobih bosa peruntukkannyo. ? SUARAM tau ko tidak bahawo ado lobeh 24 laei kementerian  lain turut membelanjokan berbillion dollar, kenapo tak ditanyo bagaimano duit di belanjo kerano bondo tu lobih banyak memberi kesan kepada rakyat, seperti Kementerian Pelajaran, Kesihatan dsbnya ?

Kenapo mesti hal yang melibatkan pembelian asset pertahanan . Dan kenapo SUARAM sanggup berbelanjo sejumlah wang untuk melantik peguam-peguam Perancis mewakili SUARAM untuk menyiasat satu pembayaran berjumlah Euro 114 juta kepada komisne dari DCNS ke Perimekar ? KOMISION 114 juta Euro  ? Kepalo hangoknyo komisin, ini semuo nak buek rakyat yang buto hati nyo marah tak tontu pasal kepada ATM dan kerajaan. Bondo tu bukan komisin itu adolah bayaran untuk SERVIS..servis apo ?

Kalau tak silap Den isu ini dah lamo di jawab di Parlimen dan mengikut kawan Den yang “menyediokan “ jawapan tersebut bayaran tersebut dibuat mengikut segala peraturan kewangan yang sedia ada dan tidak melanggar mano-mano etika malah jumlah tersebut bukannya komisin, ia  adolah permbayaran yang di bayar kepada PERIMEKAR atas sebab-sebab PERKHIDMATAN SOKONGAN berikut :

a.     Sediakan kemudahan kediaman kepada hampir 30 keluargo, tim projek yang berado di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

b.     Sediakan kelengkpan  pejabat  dan kediaman bagi krew hampir TLDM hampir 200 orang dan hampir 50 orang staff penyelenggaraan pengkalan untuk tempoh 4 tahun di Prancis dan Sepanyol.

c.     Insurance cover untuk semuo anggota yangterlibat untuk tim  projek.

d.     Pembayaran elaun haria EURO50 untuk LLP dan 60 untuk Peg sehari untuk 3 tahun.

e.     Membiayai kos penerbang pergi balik/cuti anggota krew 3 kali setahun untuk setiap org.

f.       Dan ini termasok kos-kos tambahan lain atas servis yan gdiberikan kepada Tim Projek dan Kerajaan.

Dan kalau kito kiro berapo jumlahnyo…tontulaah ado lobih sobab PERIMEKAR mano boleh bori free servis, dan servis tu mesti dibayar…takkan nak dibaayar dengan air lior ajo… THERE IS NO SUCH THINGS AS FREE LUNCH !

Bondo ini adalah fakta, sobab tu Audit negaro ko, SPRM ko, tak nampak sebarang kepincangan di dalam urusan jual beli kapal selam tu. Dan satu lagi Syarikat Perimekar adalah konsotorium tigo  syarika utamo iaitu LTAT, Boustead dan K.S. Ombak. Dari segi prosedur dan peraturan tidak ado yang salah. Dan bondo ini Den ghaso dah dijawab di Parlimen , apo pasal SUARAM masih nak panggil Peguam untuk  siasat pasal isu  “komisin” –kos perkhidmatan sokongan dan koordinasi Perimekar ?

Apo tujuan SUARAM berbuek demikian , Den tak nak tahu dan kalau Den bagitahu pun itu tak ponting dan ado juak-juak “bonghap” [klaau tak ado Alhamdulilah] akan kato itu teori  bodoh.Dan kito tahu dah siapo BAYAR SUARAM ini, Den maleh nak mengulas panjang pasal tu.  Apo yang Den ghisaukan adolah akibat dari tindakan SUARAM [bunyi pun dah doket SUARA HARAM] adolah :

  • Rakyat jelato akan percayo dan kato kerajaan rasuah, kestabilan   politik akan terancam.
  • Kredibiliti dan Imej ATM/Kerajaan akan tercalar
  • Segalo rahiso negaro dan rahsia dari segi ketenteraan akan  tersebar dan MINDEF akan di masuki oleh ORANG ASING Upahan SUARAM   dan semuo Dokumen berkaitan dengan SCORPENE akan terbongar .
  • Apo juo maklumat yang diperolehi SEPERTI DIATAS  akan mudah SAMPAI ketangan pihak lain . Ini namonya collection of intelligence through the 3 rd parti atau proxy.
  • LOPEH INI KALAU ADO APO-APO PROJEK PEMBOLIAN PERALATAN ATM, ALAMATNYO TIM PROJEK [99% ANGGOTA ATM } IKET POROT LAA, NAK-NAK KALAU TIM  PROJEK TU KONO POEI NEGARO LUAR…!
  • Satu laei, bagaimana sesi soal jawab hal-hal keselamatan di Parlimen boleh mendedahkan banyak maklumat rahsio ?.Apo kosannyo soalan berikut kepada keselamatan negara dan ATM : yang ditanyo oleh LIM GUAN ENG : 
  • Minta Menteri Pertahanan menyatakan samada ada penilai bebas antara bangsa dilantik untuk menentukan sebab 2 buah kapal selam Scorpene tidak dapat menyelam
  1.   Apakah pelan kontigensi sekiranya tidak di baiki.
  2.  Siapakah yang bertanggunjawab .
  3.  Apa tindakkanna keatasnya .
  4.  Nyatakan kos 


JAWAPANNYO : KITO POEI MINUM DULU….TUNGGU LAA DEN AKAN ULASKAN DARI KACO MATO JEBON DAN BUKAN DARI KACO MATO CHE EMBON .!